Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, January 26, 2010

Zulkifli Noordin ~ Keseorangan menghadapi serigala serigala PKR!

















Saya pernah bertanya pada YB Zulkifli Noordin akan kenapa beliau masih bertahan duduk bersama golongan yang kini memang tidak berpegang kepada perjuangan menegakkan Ad Deenul Islam seperti didalam PKR dan amnya didalam Pakatan Rakyat?

Peguam yang terkenal dengan kelantangan suaranya didalam membela kedudukan agama Islam didalam negara Malaysia ini menjawab," Jika aku tidak ada didalam Pakatan Rakyat, DAP dah lama akan bersama sama puak puak yang memperlecehkan Islam ini menekan pihak berkuasa agama dari sehari ke sehari!"

Saya hanya boleh mendengar sahaja akan luahan hati manusia yang hari ini diberitakan menghadapi pelbagai caci maki pihak pihak yang sanggup menjual kehormatan agama, kesultanan Melayu dan masadepan umat Islam negara ini sambil memakai topeng adil, sama rata, sama rasa dan berlabel mengikut selera manusia bukannya amanah Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Siapa hendak saya persalahkan diatas kedudukan perkara ini?

Pihak berkuasa kita yang membiarkan kaduk naik junjung? Ular lidi berubah menjadi naga? Kesultanan Melayu yang membiarkan hal ehwal Ad Deenul Islam diperkotak katikkan pihak pihak yang kini berani mencerca, memaki hamun, menghina, memperlecehkan walau Sultan Sultan dan Raja Melayu itu sendiri?

Kenapa sampai begitu sekali kelembapan institusi kekuasaan Melayu Muslim menghancurkan sedikit demi sedikit rasa gah pada mereka yang sepatutnya menjadi benteng dan tunggak kekuasaan kerajaan yang mengaku berteraskan ajaran ajaran Islam di Semenanjung Tanah Melayu ini?

Situasi Zulkifli Noordin hari ini adalah simbolisma kejatuhan kuasa kerajaan Melayu Muslim yang seolah barah yang semakin menular, merebak memamah kedaulatan Kesultanan Melayu yang mula hilang kembali sama seperti ketika semenanjung ini dijajah dahulu kala.

Cuma ianya tidak begitu ketara kerana penghapus kekuasaan Melayu Muslim ini bukan bangsa asing, bukan berlainan agama dan bukan musuh dari luar.

Zulkifli Noordin cuma seorang manusia biasa yang terjebak didalam kancah percaturan politik tanpa ia mimpikannya?

Ia bagaikan duri didalam daging mereka yang mengamalkan 'Ayatul Kursi'. Bukan 'Ayatul Kursi' yang kita baca sebagai pendinding dari jin, syaitan dan manusia yakni Ayat ke 255 didalam Surah Al Baqarah, Al Quranul Karim.

Ayatul Kursi yang mereka amalkan lebih mirip kepada Ayat Berebut Kerusi. Ini bukan saya yang kata!

Zulkifli Noordin yang berkata.

Kerusi Parlimen, Kerusi Menteri Besar, Kerusi itu dan ini.

Mereka tak peduli nasib anak bangsa. Mereka tak hairan dengan masa depan umat Islam disini. Mereka tak ambil tahu tentang ancaman kehancuran tanahair ini dan kemungkinan Melayu hanya tinggal kenangan seperti terlupusnya kaum Red Indian di Amerika.























Hari ini Zulkifli Noordin terasak ke penjuru dengan kemaraan serigala serigala PKR yang berbuih dimulut, menyeringai menunjukkan taring taring mereka kepadanya...

Ada sesiapa yang akan peduli?

27 comments:

ag said...

saya begitu berharap semoga YB zul di pecat serta merta supaya tiada lagi anasir yg mengugat perkembangan islam di negara ini.

sekarang ini masjid/surau di selangor meriah dengan majlis ilmu dan kuliah.kehadiran jemaah banyak bertambah di bandingkan zaman pemerintahan umno.

YB zul mempunyai banyak rahsia yg tidak di ketahui oleh org ramai.
mungkin sebab2 itu cuma di ketahui oleh ahli PAS yg tidak mahu meng aibkan beliau.

walaupun tuan pro umno dalam banyak hal, saya nasihat kan tuan supaya tidak terjerumus dalam hal ini.

MAHAGURU58 said...

Terimakasih diatas nasihat saudara. Saya amat menghargainya.

Tentang YB Zul ada menyimpan pelbagai macam rahasia Pakatan Rakyat, saya percaya akan kemungkinannya?

Namun saya kasihan melihat dirinya di asak sedemikian rupa oleh mereka yang sebangsa dan seagama dengannya.

Tak salah merasa kasihan terhadap sesama Muslim, kan?

Apa saudara lebih rela melihat umat ini hancur angkara durjana puak yang khianati agama?

attessa said...

Saudara bukan keseorangan, kami sentiasa menyokong saudara zul...wlupun kami bukan ahli politik lacur...
syabas zul...anda amat mengkagumkan saya

Anonymous said...

Salam Tuan Mahaguru yang dikasihi,

Jika YB ZulNordin benar-benar ikhlas, sabar dan tawakkal dia akan melalui segala-gala ini, insyaAllah jika sudah merupakan ketetapanNya dan bersesuaian dengan sa'at Nya, sama sebagai Nabi Nuh 'alaihissalam membahterai bahteranya di dalam ombak yang bergelombang yang menelan manusia-manusia yang ingkar.

Kita doa'kan semoga dia istiqamah dan diperteguh serta dipeliharaiNya. Demikian juga doa' sifaqir ini kepada Tuan Mahaguru.

AL-ISLAMU YA'LU WALA YU'LA 'ALAIH

Salam,
TokPakir

Harris said...

Hal ini melangkaui kepentingan parti, bersatulah orang Islam Malaysia agar kalimah keramat ini tak diperkotak-katikkan. Jangan erana harta dunia kita memperjudikan akidah generasi akan datang.
Saya sokong penuh perjuangan YB ini.
Allah Hu Akabar!

Jeffry said...

SLM TUAN HAJI..INI LAH MASANYA YB ZUL MEMBUAT PENDIRIAN. RAKYAT SDG MEMERHATI

abukhuzaifah said...

lawan debat terbuka la supaya rakyat bole menilai kerana setakat pemahaman aku setelah meneliti hujah2 dan nas2 dr alquran nampaknya Alah itu berhak utk seluruh manusia termasuk yg kafir.yahudi memanggil elah dan kristian memanggil tuhan bapa.tp yg menakutkan akan disalahgunakan utk memurtadkan.betullah kata tok guru nik aziz.tp cara zul buat hujah belakang dan rsnya tak kuat lgsung nak tangkis hujah tok guru dan alim ulamak yg sependapat kalimah Allah berhak digunakan oleh seluruh manusia.yg kata tak berhak alasanya sbb terjemahan sj.ini aja alasan nya

HR said...

banyak ceramah agama tapi soal kalimah Allah berdolak-dalih..
banyak ceramah agama tapi disusuli cercaan dan makian kepada lawan..
akhirnya jadi cerita penglipur lara..

apa pun 'rahsia' YB Zul, sepatutnya kita sokong beliau dalam mempertahankan kalimah Allah..

Anonymous said...

Saya justru heran, agama kok tidak membuat orang lebih bijaksana, adil serta penuh cinta? Bahkan agama justru membuat orang menjadi beringas bahkan hingga membunuh. Kalau itu kehendak Allah, lantas apa bedanya sama iblis? Atau kita salah mempercayai Allah? Maksud aku jangan-jangan yang kita percayai sebagai Allah itu justru adalah iblis yang tengah menyamar ya? Kalau gitu pantas saja kita sama kejamnya dengan Hitler, Stalin dan lainnya.

NEW MALAYSIA GENERATION said...

YB Zul is umno plant in PKR...!

I do not see why he needs to fight on behalf of other Muslim by his own.

The PR have PAS which carries Allah all over the country. There are non-muslim in PAS nowdays...

So I do not understand why he act this way?

To answer this, he is a plant by Umno in PKR...!

Blue said...

Membenarkan nama Allah swt itu digunakan oleh orang bukan Islam, boleh dibahagikan kepada 3 kategori:

1 Nama Allah swt langsung tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Ia hanya utk orang Islam sahaja, seperti yang disarankan oleh pihak Sultan.

2 Membenarkan digunakan tapi dengan syarat tidak boleh bercanggah dengan surah al-Ikhlas 112.

3 Membenarkan digunakan tanpa ada sekatan apa2. Kalau mereka nak kata Allah swt itu ada anak, mereka dibenarkan.


Tapi yang dijelas ialah tiada ulama yang membenarkan seperti dalam kategori 3, kerana ini BOLEH MEMBAWA SESEORANG MUSLIM ITU KEPADA KEKUFURAN(pandangan Prof. Datuk Harun Din). Maka semua amalnya akan ditolak dan termasuklah dia kedalam golongan yang rugi diakhirat. Walaupun ada yang mengatakan pandangan ini adalah khilaf, tetapi dalam soal aqidah lebih elok kita ambil jalan yang paling selamat.

Semua ulama yang mengatakan boleh menggunakan nama Allah swt meletakkan syarat bahawa ianya mesti digunakan dengan baik dan tidak disalah guna. Pandangan ini termasuk, Sheikh Dr Yusuf al-Qardawi, Sheikh Dr Wahbah al-Zuhaili, TGNA, DSHA, Dewan ulama PAS, Dr Asri dan Dr Nor Manutty.

Malangnya syarat2 ini tidak diperjelaskan. PAS dan PKR, samada sengaja atau tidak sengaja, tidak memperincikan syarat2 ini. Bagi kita umat Islam ini lah isu sebenarnya. Apakah dia syarat2 itu? Apakah yang dimaksudkan dengan tidak boleh disalah guna? Apakah syarat2 ini sama dengan kategori 2?

Pihak Kristian tentu tidak setuju kalau kita mengenakan syarat kategori 2, mereka akan berkeras maukan kategori 3. Tapi ini boleh membawa kekufuran kepada orang Islam yang membenarkannya.

Kalau kita memaksa juga mereka dengan kategori 2, bagaimana pula kita hendak pastikan mereka mengikut syarat2 itu? Apakah kita akan mengambil tindakan mahkamah pula, sekiranya syarat2 itu dilanggar? Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengobati? UMNO, PAS dan PKR langsung tidak membicarakan soal ini. Nampaknya mereka lebih mementingkan tujuan politik masing2.

Bagi kita umat Islam yang sayangkan Allah swt, untuk menghilangkan keraguan samada syarat2 itu dipatuhi atau tidak, penyelesaian yang terbaik, ialah dengan memilih kategori 1, seperti mana yang disarankan oleh pihak Sultan.

MAHAGURU58 said...

atessa,

Terimakasih diatas komen sokongan saudara.

Saya menyokong Zulkifli Noordin hanya kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala semata mata.

Seandainya ia berubah pendirian bagaikan lalang, sudah lama saya akan membiarkannya mengikut sukahatinya.

Namun kerna ia tegar mempertahankan hak hak umat Islam serta prinsip prinsip perjuangan kita sejamaah, maka sokongan saya terhadapnya Insya Allah tidak akan berubah.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam tokpakirkd,

Jazakallah diatas sokongan tuan.

Bersama lah kita berusaha menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar mengikut tahap kemampuan kita!

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Harris.

Terimakasih diatas sokongan tuan. Istiqamah lah kita di atas jalan Allah!

Insya Allah kita kan berjaya menegakkan Kalimah Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengikut apa sahaja yang kita mampu!

Bersuara membantah penyelewengan akidah ummah melalui pembiaran kuffar menyalahgunapakai Ismul Allah ini juga merupakan satu cabang jihad fisabilillah!

Menyatakan kebenaran pada yang terpesong akidah!

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Tuan Jeffry!

Kita tengok sahaja apa keputusan beliau?

Samada panas hingga ke petang atau hujan di tengahari?

MAHAGURU58 said...

abukhuzaifah,

Ini bukan soal terjemahan semata mata.

Ianya melibatkan kesempurnaan kefahaman Tauhid dan kemantapan akidah.

Tiada siapa mempertikaikan bahawa memang Allah Subhanahu Wa Ta'ala Maha Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi serta kesekelian alam maya yang kita sedar ataupun tidak kewujudannya?

Yang kita bantah adalah penyalahgunaan Ismul Allah Subhanahu Wa Ta'ala oleh makhluk yang TIDAK BERIMAN KEPADANYA tetapi meletakkan kalimah Allah yang Maha Suci kepada kefahaman tahyul penyembahan mereka!

Saudara jangan mengambil mudah perkara ini!

APAKAH KRISTIAN ITU SEMBAH ALLAH RABBUL JALIL ATAU Trinitas ~ Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Tuhan Ruhul Kudus?

Begitu juga kepada fahaman kuffar lain seperti kaum Sikh yang turut mengaku bahawa mereka juga penyembah ALLAH?

Apakah abukhuzaifah sudah menyelidiki hakikat sebenar tentang apa dia yang disembah puak kaffir kaffir ini atau saudara main tangkap muat sahaja?

Dah kaji belum?

Jika belum, maka nasihat saya adalah supaya menyelidiki perkara perkara ini dengan penuh teliti sebelum bersuara.

Ini adalah untuk mengelakkan diri terjebak didalam golongan mereka yang cenderung untuk menyokong kaffirin didalam MENSYIRIKKAN ALLAH!

Sanggup ke saudara bersama mereka?

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum HR.

Semoga Allah memberkati saudara!

Amin!

MAHAGURU58 said...

Saudara erensdh,

Terlebih dahulu, ingin saya menasihati saudara supaya jangan melatah, berburuk sangka terhadap Allah Rabbul Alamin!

Apakah Allah Subhanahu Wa Ta'ala memerintah erensdh membunuh manusia yang tidak berdosa?

Mana nas nas dan dalil dari Al Quran Kitab Suci Allah yang memerintah kita berbuat begitu?

Usah tercirit mulut saudara bilamana memperkatakan sesuatu menyalahkan Allah!

Apa saudara bukan manusia Muslim?

Muslim apa saudara kayak berbicara sebegitu terhadap Allah?

Mana mungkin saudara tidak mengetahui adab adab seorang Muslim bila ngomong mengenai Allah Tuhan kita Maha Pengasih Maha Penyayang?

Beristighfar lah saudara!

Mudah2an di ampunkan Allah!

Pergi ajukan soalan soalan saudara terhadap mana mana Pak Kiyai yang hampir dengan kediaman saudara!

Tidak pantas saudara mendedahkan kecetekan fahaman aD Din saudara dengan mempersamakan Iblis Laknatullah dengan Ar Rahman Ar Rahim.

Maaf. Saya perlu menyejukkan hati ini buat sementara.

Insya Allah saya sambung nanti.

MAHAGURU58 said...

New Malaysia Generation,

Are you sure you represent the New Generation of Malaysians by jumping to this unfounded conclusions?

Malaysia is truly in trouble if this is what its new generation of citizens are made up of?

My advice is don't speak about things you have yet to verify and know?

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Blue,

Semoga Allah memelihara tuanhamba!

cookiesfrenz said...

salam...

saya berharap YB Kulim akan jadi BEBAS demi bersuara membela islam tercinta.mutakhir ini, puak2 kuffar semakin berani meminta sesuatu yang diluar jangkaan kita dgn disokong PR yang gila kuasa.

kenapa tidak Anwar Ibrahim bersumpah dikalayak ramai.kenapa YB KULIM bersama PR sedang PR terang lagi bersuluh membenarkan perkataan ALLAH digunakan di gereja.

mat

NEW MALAYSIA GENERATION said...

We are the rakyat, rakyat speak what they feel...

If I feel unsafe, then I will say I feel unsafe.

Can you assure me YB Zul acted on behalf of all Muslim in Malaysia?

I don't think that he is capable of doing it. He acted within his own perimeter of influence. There should be some conspiracy to make him strong enough to make police report within his own working group?

He has the answer of the influence he gets?

I would not want to eloborate more on the new generation of Malaysian. Definately I'm not in your route. I'm also carrying the same weight as yours too as a Malaysian.

I do not foresee you as a new generation.

We voted for changes during the GE-12th... We are teh new generation.

Frankly speaking...

At the beginning, I'm seeing you as pro-opposition, as time goes, I did saw you in some part of function which the govt involved!

I have still continue reading and reading on your articles, and the more I read, it is going towards the govt...

Anyway, good luck to you for your passion, and Allah will surely knows what colour is your heart...

Rgds...

MAHAGURU58 said...

New Malaysia Generation,

Why don't you email YB Zul and ask him directly?

I am not his spokesman.

YB Zul and I are friends and fellow members of the Muslim Bloggers Alliance.

YB Zul's email address is zul_lawyer@yahoo.com

I'm sure that he'll be more than willing to inform you as to who he is?

You are absolutely correct when you say that we are not on the same path.

I am on the path of Allah. I don't know about you but leave it to yourself to choose which path you want to take?

I voted for the PKR's Khalid Ibrahim in the 12th GE!

That was my decision back then. Not anymore.

My choice. No one can force me to vote for this or that! Same with you!

That's what a democratic process is all about?

I am a 52+ Malaysian. Don't know anything about you because you choose to be anonymous.

Yet here you are unfairly concluding and assuming things about me and my own personal political choices!

Does that say much about you who chooses to remain incognito yet preach your principles or points of view here?

Be upfront if you want to be taken seriously. :)

That's the mark of a real man!

Anonymous said...

Tuan,
Maybe NMG is not a he..? Or may not even a she...what might that ought to be...? ;)

MAHAGURU58 said...

Hahahahaha! Good one there Evening Flute! :P

Pemuda Melayu Islam said...

Slm, i don't to fitna or further provoke NMG,but surely this xxxxing xxxhole represents M'sian liberalist vision where in future m'sian might be ended like jahilliya western people,semuanya halal belaka,ie:kahwin sejenis,kahwin dua jenis,freely murtad n ifc demand will be easily achieved.

Abdullah said...

Salam Tuan,

saya cadangkan Yb ni jadi ahli politik bebas, macam Yb Brem Ali.
Nak buek mcm mano, kena turun keretapi naik teksi atau kereta sendirilah.