Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, February 24, 2010

Cadangan Kampus UITM Serendah oleh PYBK yang kini dilanda krisis!

Petang tadi, saya menghadiri satu majlis penerangan yang dikelolakan Pengerusi Permodalan Yayasan Pembasmian Kemiskinan @ PYBK, Dato Haji Zainal Abidin Hj Sakom, di ibupejabat YBK di Kelana Jaya.

Ramai rakan rakan blogger yang lain turut hadir dan kami semua diberi penerangan terperinci oleh Yang Berbahagia Dato Hj Zainal Abidin Hj Sakom tentang kedudukan sebenar perkara melibatkan soal tanah tapak projek Cadangan Kampus UITM Cawangan Serendah yang kini diambang bahaya dirampas oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dibawah pemerintahan MB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ada pelbagai perkara yang didedahkan kepada kami oleh Dato Hj Zainal Abidin Hj Sakom dan saya rasa media perdana tidak berani mendedahkan kepada umum diatas kemungkinan permit penerbitan mereka mungkin terancam akibat pembocoran maklumat maklumat berkaitan.

Insya Allah akan saya dedahkan nanti selepas mendapat persetujuan Dato Hj Zainal Abidin Hj Sakom.

Sila tonton video cadangan Projek Kampus UITM Cawangan Serendah PYBK yang diberikan kepada kami tadi:


Saya sendiri rasa teruja melihat kehebatan perancangan kompleks UITM Serendah ini. Dengan landskap yang di olah sedemikian rupa, memang boleh menjadi kampus induk bagi institiut pengajian tinggi di Selangor ini.

Dato Hj Zainal tadi beritahu kami bahawa ada 5 universiti yang mahu bersama sama menjayakan projek ini dan ianya berkemungkinan menjadi Taman Pendidikan Pengajian Tinggi serantau.

Kenapa kah ada pihak yang mahu mensabotaj usaha murni ini?

6 comments:

Jebat said...

nyahkan si pengkhianat! kita gempur! kita tawan kembali selangor..

Salam Mahaguru…

Harap mahaguru dapat linkkan blog saya kedalam laman blog mahaguru

http://jebat2010.blogspot.com/

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Datuk!

Sudah hamba emel pada Datuk.

Harap mengerti pendirian hamba.

Insya Allah!

Kebenaran pasti terserlah jua!

Wassalamualaikum.

YB Raz said...

mungkin ada sesetengah pihak yang mahu mennyingkirkan orang melayu dari pendidikan..

harap semua pihak dapat bersatu untuk martabatkan orang melayu dan islam dinegara sendiri..

sunsnake@budakbalun said...

Salam..

InsyaAllah... Apa sebenarnya yang YB Zainal Sakom rahsiakan akan terbongkar..

Sayang kerana ada manusia yang berkebolehan dalam ilmu Islam.. cenderung kepada Islam dan cinta kepada ilmu, namun rela memperjuangkan bangsa melebihi Islam!

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum YB Raz,

Suasana politik semasa memang amat menjengkelkan bilamana sesama Islam amat mudah dengki mendengki, cemburu tahap terlampau dan sanggup menghancurkan sebarang peluang atau kesempatan lawan politik tanpa belas dan kasihan.

Maka saya berdoa agar mereka yang sedang berantakan didalam siyasah semasa supaya berhenti sejenak dan mempertimbangkan kedudukan umat Islam didalam percaturan politik dan kuasa bangsa didalam arena yang mereka ceburi ini?

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam sunsnake @ budak balun,

Didalam kes ini kita sebagai pihak ketiga yang tidak berkepentingan dan selaku Blogger Muslim harus berhati hati sebelum merumuskan sesuatu secara mutlak kerna tidak tahu apa sebenarnya kedudukan perkara?

Apa yang saya dapat, saya kongsikan disini untuk tatapan dan pertimbangan para pembaca blog Mahaguru58 dengan harapan agar mereka yang berupaya mengupas hakikat kes ini dapat memberikan kita sumbangan fikrah yang membina dan adil.

Maka marilah bersama sama saya untuk membantu menghuraikan kerosot siyasah yang telah tersimpul diantara PYBK dan MB Selangor serta Exco Exco beliau.