Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, March 13, 2010

Bila parti politik memberi amaran pada Polis Di Raja Malaysia

Bagaikan cacing kerawit nak menjadi ular! Bila kaduk naik junjung! Dan macam macam lagi..

Begitulah rasa saya bila membaca emel amaran daripada Parti Sosialis terhadap pasukan Polis Di Raja Malaysia supaya jangan campurtangan atau melakukan apa apa terhadap rancangan mereka ingin berdemonstrasi terhadap isu cukai GST dihadapan Parlimen Malaysia pada 15hb Mac ini sebelum Parlimen bersidang.

http://parti-sosialis.org

PSM STATEMENT : 13 MARCH 2010

15 MAC GST PROTEST: WE CALL UPON THE POLICE NOT TO DISRUPT THE 1 HOUR PROTEST

On 15th. March, on the opening day of the new session of Parliament, PSM along with the Protest Coalition will exercise out rights to freedom of assembly and conduct an one hour peaceful protest and picket against the implementation of the GST.

The GST is going to affect the livelihood of 85% of the population who today do not earn enough to pay income tax. This kind of protest at the Parliament opposing a bill by the rakyat is a common thing in any democratic society.

As such, PSM calls upon the police not to disrupt or create unnecessary obstacles to the public on this day. The picket is only going to be an hour and the organisers have assured that it will be peaceful and will take all measures on safety etc.

We hope the police would not resort to nationwide road-blocks and other forms of harassment to the public as it would be a working day. All previous protest conducted by PROTES has been peaceful unless disrupted by the police. We denounce the statement by KL police chief Muhammad Sabtu Othman who seem to say that such gatherings would pose a threat to national security.

It is time for the police and the Home Ministry grow up to higher standards of democracy and fundamental liberties.

S.Arutchelvan
Secretary General
Party Sosialis Malaysia
Tel -019-2537791

visit our website at http://parti-sosialis.org

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pelik benar saya tengok cara manusia manusia ini mentafsirkan kebebasan bersuara sehingga sudah berani berlaku biadap terhadap DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong, teraju negara dan sudah berani memberi amaran terhadap pasukan Polis Di Raja Malaysia sendiri?

Apakah mereka merasa diri itu terlalu hebat dan berkuasa lebih daripada Yang Di Pertuan Agong sendiri?

Bila rakyat Malaysia sebegini tidak terdidik dengan adat resam dan kebudayaan timur yang tahu hormat terhadap institusi Kesultanan Melayu dan cara cara membawa diri bila berhadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Al Muktafi Billah Shah bila Tuanku akan ke Parlimen untuk merasmikan persidangan Parlimen yang akan berlangsung pada hari itu, maka saya selaku seorang warganegara menyeru pasukan Polis Di Raja Malaysia supaya mengajar puak puak ini dengan tatacara akur terhadap Rukunegara!

Ada yang perlu merasa supaya tahu akan maksud peribahasa ' Dimana bumi dipijak ; disitu langit dijunjung!'

Resam manusia manusia sebegini adalah bagaikan kaduk naik junjung , tak sedar diri akan adab terhadap Raja dan Sultan Melayu, penaung bumi tercinta tanahair kita ini.

Semoga pasukan PDRM tidak gentar dek guruh dilangit dan melaksanakan Kedaulatan Undang Undang terhadap golongan yang tidak tahu bersyukur ini.

Kuatkuasakan undang undang. Jangan dok main dondang sayang mengikut resmi Menteri Amaran Dalam Negeri.

Kalau di zaman dahulu, sudah pasti dijatuhkan hukum pancung kerana derhaka terhadap Sultan!

Punca kerosakan akhlak mereka ini berpunca dari kelemahan Kerajaan 2 Sepupu yang kurang sifat keperwiraan didalam menghadapi petualang petualang seperti ini.

Silap haribulan, hancur negara angkara kedua mereka ini bila tak berani menegakkan undang undang!

Apakah punca kepada semakin kurang ajarnya sebahagian rakyat jelata yang tidak sedar diri akan kedudukan masing masing sehingga berani mencerca maki segala institusi kerajaan dan paduka tuanku tuanku itu sendiri?

Masaalah ini pada hemat saya timbul bilamana Duli Duli Tuanku Sultan Melayu lebih rajin menjaga dan bersuara mengenai hal ehwal sukan itu dan ini, konsert begitu begini dan berdiam diri, memejam mata, memekakkan telinga dan membiarkan sahaja anasir anasir pengadu domba bebas mengeluarkan kenyataan ikut sesuka hati mereka TANPA ada apa apa tindakan keras untuk MENGAJAR MEREKA menurut lunas peruntukan undang undang sedia ada!!!

Sakit hati saya membaca suratkhabar hari ini dimana adanya laporan tentang usul Ahli Parlimen Shah Alam untuk mendesak Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah memperkenankan usul meminda perlembagaan negeri Selangor untuk meluluskan permohonan membiarkan orang orang kaffir menggunapakai kalimah 'Allah' sesuka hati mereka!

Seandainya usul tersebut mendapat perkenan Tuanku, maka saya tidak hairan sekiranya negeri Selangor bakal dilanda musibah bala bencana kemurkaan Allahu Ta'ala!

Jangan memperlekehkan kalimah suci Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk digunapakai kepada berhala dan tokong tokong sembahan mana mana kaffir laknatullah!

Akibatnya nanti akan tercetus keadaan yang tidak akan anda sangka boleh berlaku ditanahair ini!

Saya kecewa sekali melihat kegagalan Kerajaan 1Malaysia Najib ini untuk membela kesyumulan Ad Deenul Islam dan kelemahan Kesultanan Melayu itu sendiri untuk memartabatkan integriti Raja Raja dan Sultan Melayu itu sendiri kerana tidak sadar akan ketinggian kedudukan masing masing di persada siyasah Malaysia!

1Malaysia 1Penakut?

Na'uzubillahiminzalik!!!

14 comments:

kamarul said...

Salam Tuan Guru,

Memang Pelik tapi Benar.Hari ini sudah terang ramai yang tidak menghormati pasukan Polis yang telah banyak berjasa di negara ini.

Cuba bayangkan kalau PDRM di bubarkan dan rakyat yang hari ini begitu pandai dengan undang-undang negara ini,menjaga kepentingan diri sendiri tanpa bantuan POLIS dari segi keselamatan.

Kerana adanya orang-orang tertentu yang cuba menjadi HERO negara,maka mereka-mereka ini telah berjaya menghasut minda orang-ramai untuk menjadi biadap dan kurang ajar.

Satu peristiwa yang berlaku semasa MB Perak mengangkat sumpah di Istana Iskandariah,dimana ada insiden yang sungguh memalukan dari kalangan orang2 Islam yang menunjukkan sifat kurang ajar yang keterlaluan,sungguh menjijikkan(tak payah saya sebut in detail kerana perbuatan mereka ini boleh di katakan telah hilang akal dan boleh menyebabkan orang2 Islam di pandang hina di negara ini.Kisah benar ini di ceritakan oleh sahabat baik saya yang berada di situ yang tidak menyebelahi mana2 pihak.)

Oleh itu saya bersetuju dengan pendapat Tan Sri Mufti Perak baru2 ini.Banyak yang tersirat telah terjadi sehinggakan Tan Sri terpaksa bersuara.

Tapi apa nak buat dengan sikap segelintir pemimpin yang kurang ajar dan bertopengkan syaitan,di hina,dicerca Tan Sri Mufti.Inilah yang berlaku di negara ini apabila menggunakan Islam untuk politik sempit mereka dan ajenda tersirat untuk kepentingan peribadi.

Islam tidak menyuruh untuk kita menjahanamkan sesama sendiri.Untuk solat hajat yang bukan-bukan.

Bimbang kita akan kena tempiasnya apabila ugama digunakan untuk politik masing2 sehinggakan kita orang Islam boleh berpecah-belah di negara ini.

Balik kepada isu POLIS di negara ini, sudah sampai masanya ambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap individu yang ada kepentingan sendiri ataupun kepentingan politik dan letakkan mereka di tempat yang sepatutnya.

Sekian.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam tuan,

Saya setuju dengan pendapat dan pandangan tuan.

Warga Malaysia hari ini sudah semakin berani kurang ajar kerana pemimpin kerajaan dan pasukan polis itu sendiri beserta Sultan Sultan Melayu sudah semakin lemah dan takut untuk bertindak menjaga kedudukan masing masing.

Seandainya Mahathir masih berkuasa dah lama dah puak puak ini bertelor dahi!

anakbukitgantang said...

Salam,

Inilah jadinya di akhir zaman apabila orang dan ndividu yang mewakili party yang tak layak dirajakan melalui proses pilihanraya.

Maka inidividu yang dulunya tahu memainkan isu bila diberikan kuasa akan ada cultural shock. They never learn to govern, the just know how to whine

AntiHipokrit said...

Salam tuan,

Apa yang kita nampak skg ni;

1. Kerajaan Najib adalah kerajaan apologetik
2. Kerajaan yg mengubahsuai undang2 ikut sukahati (kes anak haram teoh)
3. Playsafe
4. Wait and see (isu kalimah Allah dan penghinaan kepada Melayu)
5. Meminggirkan Melayu untuk undi kafir lahanat.

1Malaysia slogan penipu rakyat yg hanya menguntungkan kaum tertentu. Tidak pernah berlaku di mana2 dlm dunia kaum minoriti menguasai majoriti. Jadi kurang ajarnya puak2 pembangkan ini merupakan manifestasi kelemahan pemerintah di dalam membuat sebarang tindakan pencegahan. Maklumlah menteri Amaran pun ber standard auw auw.

zulkifli said...

Salam tuan

Saya berbeza pendapat dengan tuan dlm hal ini. pada saya ini bukan satu ancaman atau paksaan kepada Polis. Ini ialah respons kepada kenyataan Polis sendiri. Kenyataan ini pada saya lebih menjurus kepada gesaan atau permintaan kepada Polis untuk membenarkan cetusan rasa rakyat kepada satu langkah fiskal kerjaan yang tidak disetujui oleh sebahagian rakyat. Pendapat serupa juga disuarakan baru baru ini oleh Persatuan Majikan Malaysia (Malaysian Employers Federation, kalau tak silap saya.

Polis patut membenarkan perhimpunan ini yang boleh menjadi satu kemenanagn moral kepada pemerintah yang menunjukkan bahawa pemerintah tidak kecut kepada perbezaan pendapat, dan selari dengan slogan "Rakyat di dahulukan, Pencapaian diutamakan".

Arul said...

Saya tidak faham mengapa Mahaguru tidak mahu menghormati rakyat yang mahu mengadakan perhimpunan secara aman. Isu yang diungkitkan akan membela hak majoriti rakyat negara tak kira agama dan kaum. Adakah mahaguru berpendapat bahawa dikalangan manusia sendiri ada kelas-kelas dan kasta-kasta. Tidakkah kita semua manusia adalah sama dan mempunyai hak yang sama.

Jin Hou said...

Freedom of speech and assembly is the right of Malaysian citizens guaranteed by the constitution of Malaysia. The police is supposed to facilitate the demonstration, not stop it.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam anakbukitgantang,

Saya setuju dengan tuan. Jatuh bangunnya sesebuah kerajaan bergantung kepada halatuju pemimpinnya.

Kerajaan yang ada sekarang ini adalah sebuah kerajaan elitis dan berpegang kepada konsep Niccolo Machiavelli.

Terus memegang kuasa eksekutif dengan apa cara sahaja walaupun terpaksa menggadaikan prinsip dan maruah Kesultanan Melayu yang menjadi payung negara.

Hak hak ummah tidak diambil kira asalkan golongan elitis seperti PM dan sepupunya terus berkuasa dan bersenang lenang dengan hasil kedudukan mereka.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam zulkifli,

Tidak mengapa sekiranya kita berbeza pendapat.

Ianya adalah hak kita selaku sesama warganegara didalam negara ini.

Saya tidak setuju dengan usaha mengadakan protes ini untuk mengaibkan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong kerana ianya bukan budaya yang mencerminkan kesopanan dan kesusilaan kita terhadap Raja kita.

Walau apa sahaja perkara yang kita tidak setuju dengan kerajaan yang sedang memerintah, bukankah sudah ada perwakilan rakyat di Parlimen?

Mengapa perlu mengujudkan suasana jengkel diperkarangan Parlimen apatah lagi dimasa pembesar pembesar negara termasuk Raja kita mahu kesana?

Budaya apakah yang cuba diterapkan disini?

Budaya kurang ajar dan biadap terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong?

Saya tidak tahu tentang saudara tetapi bagi saya ianya adalah termasuk didalam perbuatan jenayah menghina kedudukan Baginda selaku Yang Di Pertuan Agong negara kita!

Jenayah ini dipanggil 'Lese Majeste'. Boleh dihukum dibawah peruntukan undang undang.

Jangan terikut ikut budaya mungkar saudara.

Warga tanahair ini harus kembali menghayati teras kesopanan dan kesusilaan ketimuran yang semakin lama semakin pupus dari persada bangsa.

Saudara bebas memilih samada untuk terus bersama mereka yang mahu menghina Raja kita.

Hina manusia apabila lupa akan adab terhadap sesama warga apatah lagi terhadap Seri Paduka Baginda?

Ini pendapat saya.

MAHAGURU58 said...

Arul,

Saudara berfahaman sosialis. Saya seorang Muslim.

Didalam fahaman saudara, semua manusia dikatakan sama padahal hakikatnya walau dinegara komunis sekalipun wujud perbezaan diantara politburo dan massa.

Ambil contoh sahaja negara komunis Rusia dan China.

Apakah benar benar sama rata sama rasa?

Saudara harus sedar bahawa kita ini warga di negara ini yang mempunyai 9 Sultan Melayu dan kita semua adalah rakyat Baginda semua.

Selama mana negara ini berteraskan Kesultanan Melayu maka perbezaan kedudukan diantara Baginda Baginda Tuanku Sultan Sultan Melayu yang berkuasa memerintah keatas keseluruhan negeri negeri dan negara dan kita sebagai rakyat jelata tetap akan ujud.

Impian saudara harus berpijak dibumi nyata.

Didalam ajaran Islam yang saya anuti, saya diwajibkan taat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dan Ulul Amri yakni ulama dan pemerintah selama mana mereka tidak mengkhianati perintah Allah.

Protes cadangan saudara menjurus kepada menghina DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Al Muktafi Billah Syah, Yang Di Pertuan Agong Negara Malaysia ini.

Saudara harus akur bahawa ada nya Kedaulatan Undang Undang didalam negara ini.

Ini bukan negara sosialis atau komunis.

Sedangkan di negara sosialis dan komunis seperti China, ditembak dan dibunuh mana mana golongan yang cuba mencabar kerajaannya, inikan pula negara kita yang ada lapisan lapisan masyarakat dibawah perintah dan kuasa Majlis Raja Raja, Eksekutif dan sebagainya?

Peristiwa Tian An Mein Square?

Masih ingatkah saudara?

Atau mahu melupakannya?

Kita harus sedar diri kita selaku warga negara yang mempunyai hak hak tertentu dan bergerak didalam ruang yang kita berada dan tidak hidup mengimpikan sama rasa belaka.

Perkara itu hanya berlaku didalam filem cerekarama sahaja.

Terserah kepada saudara untuk melihat realiti semasa atau terus sahaja dengan cita cita sosialis anda.

Bak kata pepatah, ' Thou shall reapeth what thou soweth' atau maksudnya @ 'Kamu akan menuai hasil dari pembenihan kamu!'

Pilihlah jalan yang saudara suka.

MAHAGURU58 said...

Jin Hou,
One needs to know that in a kingdom such as ours, there is a thing called 'Lese Majeste'.

You or anyone else can quote all that you want about the freedom of this and that but in all countries, there are laws and regulations which a citizen has to obey and adhere to.

Having socialist dreams is one thing brother but living in reality is another.

That said, you are at liberty to go breach such rules.

But then again, with every action there will come an opposite reaction.

Right?

Abdullah said...

Salam Tuan,

Bagi saya pihak Polis patut beri kerjasama kpd orang nak tunjuk perasaan. Bukannya susah sangat, mereka bukannya penjenayah. Polis janganlah menampakkan berpihak walaupun terpaksa berpihak.
Kena saling hurmat menghormati dan kerjasama. Namapun tunjuk perasaan , mestilah ada pihak yang terasa. Biasalah. Ini pasal GST Bang, Bukan kecik anak punya hal. Pasal duit poket dan susu anak rakyat miskin bang oi.Isu ekonomi rakyat dan orang susah macam saya bang. Kalau ada yang over, terlalu mengganggu dan merosakkan hartabenda , barulah tangkap dan charge.Janganlah orang tentu yang tiada kuasa semuanya tak boleh buat. Dan orang tertentu yang berkuasa pula, semuanya boleh.
Itulah pandangan saya.

HR said...

kalau kita boleh berdemo mengenangkan nasib saudara kita Palestin,mengapa tidak kita berdemo untuk rakyat Malaysia yang lebih dekat lagi dengan kita?

mmg ada ahli Parlimen yang menyuarakan kebimbangan dengan GST. tapi tak salah guna kalau sebilangan rakyat mahu menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

MAHAGURU58 said...

Barngkali saudara HR terlepas pandang bahawa yang hendak dimalukan disini adalah DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, bilamana Tuanku berangkat merasmikan Sidang Parlimen.

Seandainya anda seorang Melayu yang arif tentang adat resam dan pantang larang Melayu tidak mungkin anda bersama puak yang ingin berlaku biadap kurang ajar terhadap Raja kita?

Jika anda bukan Melayu tetapi warga negara ini, saranan saya supaya anda belajar terlebih dahulu akan ertikata Rukunegara sebelum berpendapat menyokong para penderhaka dan pengkhianat negara.

Dimana bumi dipijak ; disitu langit dijunjung.

Anak bumi Tanah Melayu ini jangan lupa akan kewajipan taat setia terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dan Ulul Amri yang memerintah kita.