Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, March 17, 2010

Kedai Seks ~ Tahniah untuk KOSMO kerana menampar dahi pihak berkuasa!

Kekadang, saya pelik kerana pihak berkuasa didalam negara ini umpama beruk 3 ekor dibawah ni yang ada mata tapi buat buat buta, ada telinga pura pura pekak, ada mulut tetapi hanya diam membisu terhadap kemungkaran yang berleluasa didepan mata!
the-3-monkeys.jpg
Saya mengikuti isu kedai kedai menjual alat seks secara terbuka ini didalam akhbar KOSMO sudah sekian lama didedahkan tetapi boleh pula pihak DBKL jadi seperti 3 berok diatas memberi seribu satu alasan untuk tidak bertindak merampas, menyita, menyaman, menutup premis premis tersebut dan seterusnya mendakwa pihak pihak pekedai biadap tersebut mengikut kuasa dan peruntukan undang undang yang ada pada mereka?

Inilah salah satunya punca kenapa semakin banyak masaalah sosial menular didalam negara ini?

Bila pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur diterajui mereka yang hendak memegang jawatan itu dan ini tetapi tidak ada semangat dan jatidiri sebagai seorang pemegang amanah menjaga ketenteraman awam dan menguatkuasakan undang undang yang termaktub didalam piagam badan badan berkanun berkenaan.

Kita boleh ibaratkan mereka ini sebagai orang yang mahu makan gaji berpuluh ribu sebulan tetapi hasil kerjanya hampaih!

Harapkan pagar ; pagar reput menimpa padi!

Mujurlah KOSMO tidak mudah mengalah.

Terus menampar dahi mereka setiap hari sampai baru sekarang pihak pihak berkenaan sedar dari koma angkara diri sendiri!

Jika tidak, percayalah, akan ada kejadian kejadian yang tidak diingini berlaku pada premis premis kurang ajar tersebut!

Inilah perbezaan diantara kita yang yakin akan dipantau Malaikat Raqib dan Atiq dengan puak yang hentam sahajalah!

Janji boleh cari makan dengan tidak mempedulikan samada sumber pendapatannya itu halal ke haram? Iyolah, mereka mana peduli dengan semua itu!

Pihak pihak berkuasa yang berkenaan pun hendaklah mengambil kira samada duit gaji yang dibawa balik beri makan anak isteri itu halal ke tidak berdasarkan pelaksanaan tugas yang di amanahkan ke tidak?

Jika masih lomah macam nak mampus, makanya tak ada beza keadaan mereka dengan pekedai pekedai penjual benda benda seks yang kurang ajar itu!

Tahniah sekali lagi pada pihak KOSMO! Yang inilah kita hendak.

Pelaporan yang membawa kepada pelaksanaan undang undang. Bukannya memperagakan aurat artis artis dan golongan yang seolah olah mangli didalam melakukan dosa dan kerja kerja maksiat memperdagangkan diri untuk sejumlah uang ringgit dok terdedah sana, terselak sini semata mata nak lariskan jualan suratkhabar!

Bawa bawa bertaubatlah sebelum terlambat!

4 comments:

Mr feckry said...

terbaca komen di kosmo lebih kurang begini cakapnya," jika pihak berkuasa tak ambil tindakan akhlak remaja akan menjadi teruk terpengaruh."

Sure ke? bukan parents ke yang bertanggung jawab didik anak-anak atau segalanya terletak pada pihak berkuasa?

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum sahabatku feckry.

Saya rasa feckry masih belum mempunyai anak berusia remaja sekarang, betul tak?

Didalam zaman era internet dan serba mencabar ini, para ibubapa yang ada sekarang ini pun, boleh kita katakan dari segi pemahaman Ad Deenul Islam pun cukup cukup makan je.

Golongan ibubapa yang berlatarbelakangkan agama dan memastikan ahli keluarga mereka hidup berteraskan Islam pun tak lah ramai tara mana.

Dengan ada pula 'trend' remaja zaman sekarang yang lebih ramai menjurus kepada pangamalan budaya 'enjoy', makanya kepekaan terhadap isu menjaga akhlak dan moral masing masing boleh dikatakan tak terbendung sejak kebelakangan ini.

Apatah lagi budaya' ber'boyfren' girl fren' memang sudah menjadi lumrah pada hari ini.

Baik dikampong, apatah lagi di bandar dan kota kotarayabesar seperti KL, JB, Ipoh, Georgetown dsbnya?

Mudah terjebaknya para remaja yang kurang didikan agama kerna kebanyakan ibubapa mereka sendiri tak seberapa mantap didalam ilmu ilmu agama ditambah kusutkan lagi bila ada pula pihak seperti pekedai pekedai alatan seks ini mengambil kesempatan menghidangkan kepada para remaja dan yang baru hendak dewasa dengan alatan alatan yang memang mendorong kepada budaya seks bebas dsbnya yang dipelopori mereka yang mula luntur pegangan agama mereka kerana 'kononnya' berfikiran moden dan bebas mengikuti citarasa sendiri.

Ditambah pula dengan pihak berkuasa tempatan yang mengambil sikap lepas tangan kerana mahu dilihat sebagai 'sporting' dan mengikut 'trend' semasa ; 'freedom of choice and expression'.

Jadi, nak persalahkan siapa?

Ulul Amri yang ada tetapi macam tiada atau ibubapa yang diri mereka sendiri berpengetahuan agama tempel tempelan?

Ada pula remaja yang menang dari kecil tak di asuh dengan ajaran ajaran Islam yang sebenar dan dibiarkan membesar didalam suasana jauh dari norma norma umat Islam, maka resepinya cukup untuk berzina ikut suka dan bila dah mengandung, makanya surau dan masjid ada merata rata untuk dijadikan tempat membuang anak haram yang dihasilkan!

Ada yang masih hidup siap bertali pusat lagi ; ada yang dah mati kerana dilahirkan secara rahsia dan tidak diberikan rawatan sempurna selayaknya.

Makanya artikel saya ini meraikan kejayaan KOSMO mendesak pihak berkuasa tempatan untuk bertindak ke atas premis premis sial itu walaupun secara terpaksa!

Feckry kena tengok skop kedudukan satu satu keluarga itu didalam hal ini.

Tak ramai ibubapa yang mempunyai asas agama yang baik untuk mereka pula mendidik anak anak mereka secara berjaya.

Ini lah hakikat masyarakat kita hari ini.

Maka jatuh tanggungjawab pihak kerajaan yang memegang kuasa untuk memastikan suasana awam bersih dari sumber yang membawa kepada perlakuan maksiat secara bebas.

You stop the supply even if there is a growing demand!

Mr feckry said...

Tuan mahaguru,

benar apa yang dikatakan. Namun teringat akan kata abah saya, seorang pemuda ingin mengubah dunia. dicuba dengan sedaya upaya namun gagal. turun sikit skopnya ingin ubah pula negaranya,dicuba dan dicuba, namun gagal. Dikurangkan lagi skopnya untuk ubah kaum keluarganya, namun percubaannya tetap gagal, barulah dia teringat alangkah baik jika di ubah dirinya terdahulu.

Tringat juga akan nasihat saidina ali , mendidik anak biarlah mengikut aliran zaman.

Tuan ada menyebut, "Mudah terjebaknya para remaja yang kurang didikan agama kerna kebanyakan ibubapa mereka sendiri tak seberapa mantap didalam ilmu ilmu agama..."(maaf ambil sekerat). Saya kira sudah jelas.

Tuan mahaguru, jika negara menjadi porak peranda, siapa yang salah? Jawapan saya ketua negara. Bukan pengaruh negara luar.

jika anak-anak derhaka dan tidak mengikut ajaran islam? jawapan saya ibu bapa.

Saya sokong tindakan kosmo. Bersyukur kerana doa para ulama di makbulkan untuk melihat kejahilan di hapuskan di bumi malaysia. Alhamdulillah. Semoga kita diberi kudrat bersama perjuangkan gaya hidup islam yang sebenar.

Maafkan kiranya jawapan saya yang tersangat kerdil ini sekiranya berlaku kesilapan mohon tuan mahaguru ajarkan..

MAHAGURU58 said...

Walau kita berbeza usia, namun saya kira ada persamaan pendapat dan fikrah kita bersama didalam banyak perkara.

Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada saudara Feckry diatas pandangan bernas saudara didalam hal ini dan yang sebelum ini.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati kehidupan tuan dunia dan di akhirat kelak, Insya Allah!