Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, April 22, 2010

P94 Parlimen Hulu Selangor ~ Syarat Ong Chew Tee!



"Tolong ganti bumbung bocor jika mahu undi saya!"


Permintaan tak berselindung ini datang dari seorang warga miskin Kg.Gurney, Ulu Yam Baru, Mukim Batang Kali, P94 Parlimen Hulu Selangor.

Ikuti kandungan video di atas dahulu. Akan saya sambung berita selepas kembali nanti.

Insya Allah.

9 comments:

Maarof said...

Mahaguru,
Inilah pandangan saya. Kedua-dua calon tidak boleh memberi apa-apa bantuan sebelum hari mengundi. Takut dituduh rasuah atau membeli undi.
En. Ong boleh mendapat bantuan dari ADUN atau AP (Ahli Parlimen) parti yang memerintah. Tetapi sejak PRU 2008 kedua-dua ADUN dan AP En. Ong bukan dari parti yang pemerintah (BN pembangkang di Negeri Selangor dan
PKR pembangkang di Malaysia). Mungkin itu sebab atapnya tidak siapa yang dapat menolong membaiki. Saya menghadapi situasi yang sama (ADUN dari PKR dam AP dari DAP, kedua-duanya pembangkang di negeri (NS) dan persekutuan).
Hanya satu cara untuk En. Ong mendapat pertolongan dari peruntukan Wakil Rakyat iaitu mengundi untuk P. Kamalanathan. Jika ia menang ia akan menjadi AP parti yang memerintah. Insya Allah, atapnya yang bocor akan dibaiki.
Bagi saya, saya berharap atap saya tidak bocor sehingga PRU akan datang.

Bingai @ Bangang said...

Maaf Mahaguru dan Tuan Maarof kerana mencelah,

Isu atap bocor atau dinding berlubang saya rasa bukan isu pilihanraya. Ianya lebih bersifat domestik. Terdapat beberapa cara untuk Encik Ong mendapatkan bantuan.

1. Memohon bantuan dari wakil rakyat setempat (sudahkah beliau membuat permohonan?)
2. Memohon bantuan badan-badan masyarakat setempat.
3. Memohon bantuan masyarakat setempat dalam kerja gotongroyong.
4. Memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (berdasarkan kelayakan).
5. Memohon bantuan dari parti-parti politik setempat (peluang untuk parti politik menabur jasa walaupun bukan musim pilihanraya)
6. Memohon dari khidmat masyarakat media seperti akhbar atau televisyen.
7. Memohon bantuan dari bloggers mengiklankan kesulitan beliau.

dan berbagai-bagai cara lagi.

Kalau dilihat dari ungkapan beliau, saya rasa mungkin terdapat dua perkara yang ingin disampaikan:
1. Satu sindiran kepada orang politik.
2. Tidak mahu diganggu dengan kempen pilihanraya.

Saya juga seorang kontraktor binaan secara kecil-kecilan dan rumah saya masih bocor kerana saya tidak ada masa untuk memperbaikinya sendiri. Bukannya tidak mampu. (memang hobi nak repair sendiri). Sekiranya pilihanraya berlaku di tempat saya, mungkin saya akan gunakan ayat yang sama sebagai bahan jenaka.

Terdapat satu kisah benar di Melawati yang diceritakan oleh bekas Pengurus tempat saya bekerja. Ketika itu dia sedang membesarkan rumah banglonya.
"Aku tak mau undi UMNO lagi. Aku mintak tanah mereka anta dua lori kat belakang rumah aku." Jadi tak perlulah jadikan isu politik.

Dari apa yang saya lihat isu Encik Ong, mungkin sebenarnya beliau tak mampu untuk memperbaiki rumah beliau dan beliau layak memohon bantuan-bantuan seperti yang saya sebutkan di atas tadi. InsyaAllah, walaupun orang Islam sendiri yang memberi bantuan mungkin ini akan menambahkan penghormatannya kepada agama kita yang maha suci. Wallahualam.

MAHAGURU58 said...

Tuan Haji Maarof yang saya hormati,

Seperti biasa, pandangan Tuan Haji tetap kemas dan tepat menangani isu yang dipaparkan.

Jazakallah.

MAHAGURU58 said...

Saudara Bingai,

Terimakasih diatas maklumat yg diberikan.

Saya rakam video diatas sbg satu usaha menyedarkan semua akan masaalah anak Adam AS ini @ Ong Chew Tee.

Bersamalah kita membantu apa yg terdaya.

Tk perlu kita bertanya itu ini lagi. Jika mampu, tolong.

Jika tidak, teruskan saja kehidupan kita.

Jazakallah.

Wassalamualaikum.

Maarof said...

Tahniah Mahaguru kerana membuat pos melalui video. Kata orang putih 'A picture is worth a thousand words'. Jadi video apa lagi?, 'Worth a million words' agaknya.

Saya perhatikan En. Ong bercakap dari hatinya. 'There's no lying in him' bak kata orang putih.
Tetapi saya fikir satu sebab mengapa En. Ong tidak mahu mengundi kali ini ialah kerana kedua-dua calon bukan dari bangsanya. Tetapi tentu dia malu nak menerangkan kepada Mahaguru. Mungkin di PRU 2008 dulu dia keluar mengundi kerana ada calon sebangsa dengannya di kerusi DUN.

Ada staff Melayu saya dulu yang tinggal di kawasan Mambau, Rasah dan Temiang di Seremban ini tidak pernah mengundi langsung kerana calon-calon yang bertanding di kedua-dua DUN dan Parlimen terdiri dari bukan Melayu. Saya juga melihat sendiri apabila menjadi Ketua Tempat Mengundi di Ampangan, Seremban ramai orang Melayu cuma memangkah kertas undi ADUN sahaja. Kertas undi Parlimen dibiarkan kosong kerana calon-calonnya bukan Melayu.

Jika staff saya yang bersekolah, walau pun setakat SPM berfikiran bagitu (memilih bangsa) bagaimana pula dengan En. Ong yang jelas kurang bersekolah?.

Saya sedih selepas 50 tahun merdeka masih ada dari kita apabila mengundi memilih bangsa. Bagi saya mereka ini kurang faham makna demokrasi. Kita mengundi bukan untuk mendapat pertolongan membaiki atap rumah yang bocor. Bukan untuk menaik taraf jalan atau longkang. Bukan untuk meletakkan seorang yang sebangsa dengan kita di kerusi DUN atau Parlimen.

Lebih dari itu.

MAHAGURU58 said...

Tn Hj Maarof,

Sebenarnya saya merakam video itu secara spontan. Saya berhenti membeli buah betik yang dijualnya kerana memang saya suka buah2an tempatan seperti betik dan pisang.

Bilamana saya melihat kedaifannya, tergerak dihati saya bertanya tentang kehidupannya di Ulu Yam Baru itu dan sebaik sahaja saya bertanya itu, maka Encik Ong bagaikan empangan pecah, menghamburkan keluar segala isi hatinya yang mungkin terpendam sekian lama ini?

Mungkin juga benar akan apa yang Tuan Haji katakan?

Bahawa kita ini masih bersemangat perkauman secara diam diam.

Jauh didalam hati kita masih ada bibit bibit assabiyyah walaupun tidak ternyata secara jelas.

Ini perasaan saya juga kerna memang benar ramai dikalangan rakyat negara ini yang mempunyai perasaan buruk sangka terhadap mereka yang bukan dari kalangan kaum dan bangsa sendiri.

Masyarakat India Muslim seperti saya turut merasa tempias assabiyyah ini dari kalangan Melayu Muslim baik dari penyokong UMNO mahupun PAS sendiri!

Saya sengaja memilih untuk tidak menyuarakan kekecewaan hati kecil saya ini demi mahu melihat perpaduan ummah tetapi tetap terasa akan keburukan laku sesetengah anggota jamaah Muslimin itu sendiri.

Maka, saya tak hairan akan apa yang mungkin menjadi sikap Encik Ong itu tetapi saya rasa tak patut kita berprasangka begitu terhadapnya tanpa mengetahui kedudukan sebenar beliau?

Marilah kita berbaik sangka terhadapnya dan cuma memusatkan fikrah kita terhadap cara cara untuk membantu insan malang ini.

Insya Allah.

Wave33 said...

En.Ong, tidak miskin. Dia adalah seorang peniaga dan usahawan. Sebab, ada orang yang lebih miskin dari dia. Cuma tidak selesa kerana bumbung bocor.

En.Ong ini secara terbuka meminta dia diberikan rasuah supaya dia boleh mengundi, mana-mana pihak yang memberi dia rasuah, dia akan turunkan undi untuk pihak itu, termasuklah Sadam Hussein, kalau dia bertanding. Pengundi yang ini, kita tidak mahu.

Sebab-sebab dia tidak mengundi, adalah masalah peribadi dia dan hanya mementing diri sendiri.
Dia tidak terfikir kepada masa hadapan anaknya (kalau ada), saudara-mara tentang keadaan politik di Malaysia ini. Kalau rasuah berluluasa dan kerana undi En.Ong tidak membenteraskan kegiatan yang menghina ini, saudara-mara dan kawan-kawan baik En.Ong akan terseksa dalam ekonomi dan keadilan dalam negara ini.

En.Ong tidak hormat kepada pengunjung-pengunjung gerainya, yang memberi rezeki kepada perniagaannya. En.Ong adalah seorang yang menentingkan diri sendiri walaupun dia tahu bahawa rezeki kehidupan dia diberi oleh pengunjung-pengunjung gerainya.

Lagi, kalau tak ada duit baiki bumbung, janganlah... hisap rokok.
Sekian.

TabuanMas said...

Assalamualaikum:

Saya merujuk kpd penonjolan sikap sebhg rakyat yg berfikiran sempit terhdp calun parti dlm p-raya. Kalau bukan sebangsa tak mahu pangkah. Kalau dari kecil rakyat diasuh dlm sistem persekolahan yg mengutamakan bangsa-bangsa, sampai bila pun sikap penting etnik akan tetap berakar. Bagaimana kalau kita ubah sistem sekolah kp Sistem Satu Sekolah?. Tak ada Sekolah Tamil, Sekolah Cina, Sekolah Inggeris dan Sekolah Melayu....apa pendapat tuan.. Salam

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Tuan Haji Mohd Noor @ Tabuan Mas.

Saya setuju dengan saranan tuan. Membeza bezakan sistem persekolahan kita hanya meneruskan pemisahan etnik sahaja.

Semasa saya bersekolah dahulu, saya belajar di Sekolah Inggeris tetapi kami diajar segala mata pelajaran.

Subjek Bahasa Mandarin, Tamil di ajar sebagai kelas tambahan.

Tak ada masaalah bagi kami belajar bersama sama dengan semua bangsa di Malaysia ini.

Saya sokong saranan tuan.