Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, April 02, 2010

Peringanan Hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Sukharnor

SIARAN MEDIA PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

Isu: Peringanan Hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Sukharnor

Untuk Siaran Semua Media

PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM) menzahirkan perasaan amat dukacita dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang yang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Kartika Sari Dewi Sukharnor dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010.

Titah perintah ini langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang mahu disebat secara syarie atas kesalahan yang dilakukan sendiri olehnya. Kartika juga telah menghadapi pelbagai tekanan supaya merayu terhadap hukuman sebatan syarie tetapi masih cekal mahukan undang-undang Islam dilaksana ke atasnya.

PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai Ketua Agama Negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah. Hak dan kuasa sebagai Ketua Agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri.

Di samping itu pula undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak. Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada Hukum Syarak.

PPMM juga musykil peringanan hukuman tersebut dikatakan atas faktor kemanusiaan sedangkan hukuman tersebut sendiri adalah amat ringan dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya.

Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diampuni pekenan oleh DYMM Sultan memperuntukkan kaedah peringanan hukuman bagi pesalah syariah. Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan Hukum Syarak. Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini.

PPMM juga menyelar ahli-ahli politik termasuklah menteri-menteri, ketua pembangkang dan NGO-NGO lain yang membelakangkan undang-undang Islam dalam pendirian mereka demi mengaut keuntungan politik atau populariti dalam isu ini.

PPMM menegaskan setiap undang-undang yang ditetapkan oleh Allah itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan kadang-kadang menjangkaui logik akal manusia. Oleh itu, kita tidak boleh menggunakan akal fikiran sendiri bagi menandingi ketetapan Allah itu.

Bertarikh pada 1 April 2010

Di Bangi Selangor

Abdul Halim Bahari

Setiausaha Agong

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Tel: 019 3102552

Laporan berkaitan : http://www.malaysiakini.com/news/128167

26 comments:

Maarof said...

Mahaguru,

Maafkan saya. Saya tidak ikut kes Kartika ini secara teliti. Tetapi jika dia bertegas mahu dirotan mengapakah dia mengadap YMM Tengku Mahkota Abdullah? Bukankah tujuannya bertemu itu untuk meminta TM gunakan pengaruh supaya ayahanda TM iaitu DYMM Sultan meringankan hukuman? Saya masih keliru.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan Haji.

Kes Kartika ini menjadi sebegitu rumit kerna ianya dijaja pihak NGO2 seperti SIS dan pertubuhan pertubuhan yang lain serta kelemahan pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia untuk menyediakan prasarana serta anggota pelaksana hukum Syariah sebelum ini.

Bilamana dihukum si Kartika ini untuk memulakan 'precedent pelaksanaan undang undang Syariah versi Malaysia, tidak pula disediakan perotannya!

Bukan nya susah sangat hendak melaksanakan hukum Allah tetapi disebabkan pemerintah Malaysia tidak konsisten didalam menjalankan hukuman selari dengan peruntukan undang undang baik yang dicipta manusia sendiri atau melaksanakan Hudud Allah, hasilnya adalah umpama hentam keromo.

Di rotan tiga pesalah khalwat secara tersembunyi manakala si Kartika yang sudah sedia dirotan dibiar terkatong katong tanpa sebab.

Takut sangat pada cemuhan manusia sehingga Syariah allah kini dijadikan bahan jenaka.

Sultan Pahang telah berani mengenepikan perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala diatas alasan kemanusiaan!

Apakah Allah itu Zalim kerana mengutuskan Rasulullah SAW untuk menyampaikan Syariah Allah atau manusia seperti Sultan Hj Ahmad Shah yang gagal melaksanakan amanah Allah terhadap baginda memerintah dengan adil, tegas dan berani selaku 'Ketua Agama Islam Pahang'?

Maha Suci Allah dari bersifat sedemikian manakala Tuanku Sultan Pahang akan dipertanggungjawab nanti di Yaum Al Mahsyar kerna gagal menuruti perintah Rabbul Alamin.

Ini adalah hakikat.

Ketidakberanian Ulul Amri menegakkan Syariah Allah akan menjadi penyebab kedudukan Kesultanan Melayu semakin lama semakin hilang integriti pemerintahan Kesultanan Melayu ditanahair ini.

Lihat sahaja akan kesudahan sebegitu banyak Kerajaan dan Kesultanan yang telah hilang luput ditelan dedaun masa!

Mr feckry said...

Assalamualaikum, sedih.

Maka tergelak dan ketawa dengan terbahaknya mereka peminum arak tegar.

Tidak mengapa, sesuatu itu pasti ada hikmah. Mungkin ini peringatan untuk kita kuatkan lagi usaha untuk menegakkan hukum Allah.

Sultan manusia, kita juga manusia. Sama-sama akan di hitung nanti.

Kita jangan lemah semangat. Jangan kita mengaku kalah dengan ujian ini. Kita sama-sama berusaha untuk tegakkan hukum Allah.

Ingat, Rasulullah s.a.w dan para sahabat lebih getir ujiannya.

Hari ini, ketua agama yang kita doakan setiap hari jumaat telah menolak untuk melaksanakan hukum Allah.

Apa kita nak buat?

Tak nak doakna lagi?

Nak halang khatib bacakan doa untuk 'Tuanku'?

Kita doakan supaya dia di ampunkan dosa, dan diberi hidayah untuk melaksanakan tugas mengikut syariat Islam.

Telah saya katakan, perlukah Raja disembah?

Benar juga kata Datuk Laksamana Hang Jebat," Raja Adil Raja disembah, Raja Zalim Raja Disanggah,"

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam.

Sudah sekian lama saya dok menulis menasihati Duli Duli Tuanku agar menegakkan Syariah Allah tetapi nampak gaya bagaikan menuang air ke daun keladi.

Tengok sahajalah apa kan terjadi sesudah ini?

Bagaikan istana pasir, integriti Kesultanan Melayu jika terus begini akan hilang ditiup angin perubahan.

Makanya Sejarah Melayu akan terus mengumpul habuk dikotak kotak pameran muzium negeri dan negara.

King-Fx said...

Salam Tuan,

Jika so called Ketua Agama sendiri sudah tidak meyakini bahawa hukuman Syariah boleh mendidik manusia dan lebih berperi kemanusiaan, tunggu sahajalah hukuman daripada Allah SWT nanti ke atas bumi Malaysia ini.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam brader King-Fx.

Itu kan sudah menjadi lumrah alam?

Bilamana manusia yang diamanahkan menjaga hal ehwal umat Islam gagal melaksanakan perintah Allah, maka bersedia sahajalah menerima pembalasanNya secara tunai!

Azab Allah bila menimpa sesuatu negeri atau negara ianya menyeluruh!

Tidak membezakan diantara Ulul Amri dan Umara!

Sia sia sahaja ada mereka tetapi bersikap dayus tak berani memperkasakan Ad Deenullah!

Hamba tersangat kecewa dengan keputusan Tuanku Sultan Pahang!

Tempohari kita melihat HANYA Tuanku Sultan Selangor yang BERANI melarang penggunaan kalimah Allah oleh Kaffirin!

Daulat Tuanku Sultan Sharafuddin Shah!

Patik bangga dengan Tuanku! :)

Allahu Akbar!!!

A worried Muslim said...

Ibn 'Abbas, may Allah be pleased with him, reported:

The Messenger of Allah (may peace be upon him) said: If one sees something which he dislikes from his Amir (leader) he should be patient, for if he separates from the main body of the Muslims even for the length of a hand-span and then died, he would die the death of one belonging to the days of Jahiliyah.

Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 3438

noormalaysia said...

Salam Maha Guru !

Sekiranya DYMM Sultan Pahang setuju melaksanakan hukuman sebat keatas kartika, baginda lah yang sepatutnya disebat kerana membiarkan penjualan arak ditanah 'jajahannya'. Baginda sedar akan 'kesalahan'nya.

Baginda sebenarnya malu dengan 'keberanian' kartika. Oleh kerana baginda 'sayangkan' rakyatnya hukuman sebat digantikan dengan hukuman lain buat masa ini.

Jangan politikkan isu ini. Pasti ada hikmahnya.

Hukuman Hudud dalam Islam pada hakikatnya untuk memelihara Bi'ah Imaniah dan bukan untuk 'menghukum' manusia. Ini yang perlu difahami muslimin khasnya dan manusia amnya mengenai betapa sayangnya ALLAH terhadap sebaik2 ciptaan nya....MANUSIA !

Apabila orang2 politik menggunakan alat 'HUKUMAN HUDUD' untuk menjadi modal 'penentangan' terhadap 'musuh politik' mereka, maka fahaman terhadap "HUDUD" itu disalah ertikan kebanyakkan penganut agama Islam.

Justeru, menghidupkan suasana IMAN dengan berusaha untuk menghidupkan CAHAYA IMAN dalam diri setiap muslimin/muslimat dalam setiap kampung, pekan, daerah, negeri dan negara TIDAK DIENDAHKAN kita.

Pagar (hudud) didirikan mengeliling rumah kita yang ada barang2 mahal demi keselamatan penghuni rumah dan barang2 mahal daripada dicerobohi oleh manusia 'bernafsu buas' atau binatang buas.

Ana percaya DYMM Sultan Pahang 'tidak silap' dalam kes kartika.

Adalah silap bila kita bersangka buruk dengan kepututusan DYMM Sultan Pahang.

DAULAT TUANKU !!!

MAHAGURU58 said...

“Whoever among you sees an evil action, let him change it with his hand [by taking action]; if he cannot, then with his tongue [by speaking out]; and if he cannot, then with his heart [by hating it and feeling that it is wrong] – and that is the weakest of faith” (Narrated by Muslim, 49)

As a blogger, I am speaking out through my chosen medium.

Not implementing the Islamic Sharia on the excuse of humanitarian grounds is in itself a gross injustice against those of us who yearn to live under the Sharia of Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

This cowardly decision of the Sultan of Pahang in derailing the efforts of the Jabatan Kehakiman Syaria Malaysia destroys all the good works of the Syaria Judges pf Malaysia who face insurmountable mountains of official bureaucracy over the decades in trying to slowly but surely the implementation of Allah's Syaria bit by bit here in Malaysia.

I support Tn Hj Zainul Rijal and his team of Syarie Lawyers in protesting against this act of betrayal by the said Sultan.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam noormalaysia.

Saudara yang menyalah tafsir akan perkara ini.

Ini bukan soal mempolitikkan isu seorang Sultan Melayu yang dikatakan Ketua Agama Islam dinegeri Pahang yang dibawah perintah Baginda Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah tidak berani bertitah menyokong keputusan Hakim Syarie dinegeri tuanku itu sendiri.

Apakah saudara kira Tn Hj Zainul Rijal dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia membantah ketidakadilan keputusan Sultan Pahang ini diatas platform politik?

Saudara tersalah tafsir didalam hal ini.

Ini melibatkan kedudukan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Ini urusan Agama Islam. Tak ada kena mengena dengan Politik!

Jangan cuba mencelarukan ummah!

Kaji selidik perkara ini sebelum berkata tanpa fakta.

MAHAGURU58 said...

Ada beberapa penghantar komen yang cuba menyerang peribadi saya tanpa menumpukan fikrah mereka terhadap isu yang dibincang disini.

Bagi mangkok mangkok hayon berkenaan, jenayah anda adalah ditakrifkan sebagai 'ad hominem' yang menyerang peribadi seseorang tanpa menjawab isu yang dibangkitkannya.

http://en.wikipedia.org/wiki/Ad_hominem

Buta perut lah seseorang blogger sekiranya meluluskan atau melayan komen taraf sampah yang berkenaan.

Belajar berdailog secara budiman jika hendak meninggalkan komen disini.

Sekiranya anda tidak ada kebolehan tersebut, maka tak payahlah membuang masa kita bersama dengan komen komen picisan anda itu.

Saya melayan hanya yang berhak sahaja. Harap maklum.

noormalaysia said...

Salam Maha Guru.

Apabila kita sebagai Rakyat Marhaen membincangkan tindakan DYMM Sultan secara 'OPEN' itu adalah tindak 'politking' walau pun TIDAK bercakap atas 'platfom politik kepartian'

Yang keliru bukan saya tetapi mereka yang 'mempertikaikan tindakan' DYMM SULTAN PAHANG.

Tak payahlah kita nak mempertahankan Agama Allah dengan insti mempertikaikan keputusan DYMM SULTAN membatalkan hukuman mahkamah terhad KARTIKA. Baginda ada hujjahnya tersendiri.

Walaupun demikian, sekiranya kita rasa DYMM SULTAN PAHANG telah melanggar perintah ALLAH usulkan agar institiusi RAJA di'mansukhkan' kerana DYMM SULTAN membelakangi HUKUMAN HUDUD.

JANGAN CUBA KELIRUKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA DENGAN MEZAHIRKAN KETIDAKPUASAN 'IMAN' KITA TERHADAP TINDAKAN DYMM SULTAN PAHANG TEMPUH HARI.

Sekian sdr maha guru.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam noormalaysia.

Nampaknya anda sudah terlalu emosional sehingga terpaksa menggunakan huruf besar untuk meneriakkan pendapat. :)

Bawa beristighfar saudara.

Berhujah lah saudara secara biasa.

Saya mengajak saudara meneliti huraian memorandum Persatuan Peguam Muslim Malaysia berikut:

PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai Ketua Agama Negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah.

Hak dan kuasa sebagai Ketua Agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri.

Di samping itu pula undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak.

Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada Hukum Syarak.

PPMM juga musykil peringanan hukuman tersebut dikatakan atas faktor kemanusiaan sedangkan hukuman tersebut sendiri adalah amat ringan dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri.

Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah.

Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya.

Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diampuni pekenan oleh DYMM Sultan memperuntukkan kaedah peringanan hukuman bagi pesalah syariah.

Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti.

Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan Hukum Syarak.

Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini.

* Cuba saudara tumpukan perhatian saudara terhadap kandungan memorandum diatas tanpa tersasar hendak menyerang pihak saya dan warga lain yang tidak setuju dengan tindakan sultan ini.

Tentang usulan saudara supaya dimansuhkan institusi Kesultanan Melayu sekiranya tidak setuju dengan langkah yang diambil Baginda Sultan Pahang itu, ianya mungkin berlaku sekiranya Kesultanan Melayu terus berdrama swasta dengan Shariah Allah.

Insya Allah, saya sudah pun terfikir hendak menulis tentang kemungkinan ini sebelum saudara komen tentang perkara itu disini.
Permintaan saya kepada para pembaca saya yang dihormati agar menumpukan perhatian terhadap intipati memorandum diatas dan berhujah secara bijaksana membincangkan perkara diatas dan tidak melalut nak menyerang tuanpunya blog ini tanpa perlu.

Terimakasih.

Wassalamualaikum.

noormalaysia said...

Salam Maha Guru.

Mengguna huruf besar BUKAN meneriakkan pendapat TETAPI menekankan betapa pentingnya pandangan di beri.

Sama sama lah beristigfar diatas dosa kita yg dilakukan setiap detik kerana kita semua hanya ciptaan Allah yang lemah.


1) Dalam Islam ' The Means Justify The End ' dan bukan 'The End Justifies The Means'

2) Sekiranya PPMM ikhlas dalam kekalutan melibatkan Kartika, surat yang dikeluarkan oleh mereka seharusnya ditujukan kepada DYMM SULTAN PAHANG dan bukannya kepada UMUM yang mana boleh menimbulkan FITNAH kerana almaklumlah BUKAN semua muslimin/muslimat yang lahir sebagai MUSLIM benar benar mengamalkan Islam secara syumul dalam diri mereka saperti saudara dll.

Apa yang akan dilakukan mereka yang LEMAH IMAN dengan kita menzahirkan KETIDAK PUASAN IMAN kita dengan tindakan DYMM SULTAN PAHANG itu ?

Perlu diingati, dalam kita ghairah menunaikan perintah ALLAH kita TIDAK dikecualikan daripada adab dan tertib Sunnah Kekasih Allah Muhammad SAW.

3) Untuk menegur/menasihati Ulul Amri perlu dilakukan secara 'private' dan bukan secara umum. Selepas dilakukan demikian berdoa kepada ALLAH agar hati baginda tunduk dengan perintah ALLAH. Tugas kita selesai.

4) Mahkamah Syarie di Malaysia adakah secara hakikatnya betepatan dengan Agama Suci Murni Islam ? Ana yakin TIDAK.

5) Bolehkah kita tuduh DYMM SULTAN PAHANG menggunakan kedudukan Baginda sebagai KETUA AGAMA ISLAM PAHANG khasnya tidak mempertahankan 'undang2 Islam' dan 'melemahkan' institusi mahkamah syarie dengan 'mengubah' keputusan yg telah dibuat oleh mahkamah syarie keatas Kartika ? Adilkah kita kepada DYMM SULTAN PAHANG ?

6) Hujjah yang diguna oleh PPMM bahawa hukuman yg dijatuhkan mahkamah syarie keatas Kartika walaupun TIDAK selari dengan Hukum Syarak, ianya patut dilaksanakan juga KERANA LEBIH HAMPIR KEPADA HUKUM SYARAK ? Hujjah ini terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.

7) Mufti berperanan sebagai 'penasihat agama Islam' kepada DYMM SULTAN PAHANG. Sudah pasti beliau telah memberi 'hujjah' kepada baginda sebelum DYMM SULTAN PAHANG menitahkan hukuman yang patut diberi kepada Kartika.

8) Sekiranya niat baginda merubah hukuman itu berdasarkan 'penentangan' terhadap ALLAH, saya yakin Institusi Raja Raja Melayu di Malaysia akan dihancurkan ALLAH saperti mana ALLAH telah menghancurkan FIRAUN.

Musa AS hanya diperintah ALLAH berdakwah kepada FIRAUN secara penuh beradab. Walaupun begitu, FIRAUN masih berdegil sehinggalah ALLAH sendiri membuat keputusan untuk 'melingkupkan' institusi Firaun tanpa melibatkan Nabi Musa AS.

Sekiranya kita secara langsung menulis tentang 'ketidakpuasan' terhadap institusi RAJA RAJA MELAYU dengan pelbagai alasan ianya termasuk dalam bab HASUT.

Semoga ALLAH SWT melimpah TAUFIK DAN HIDAYAHNYA KEATAS DYMM RAJA RAJA MELAYU YANG MEMERINTAH NEGERI.

AMIN.

DAULAT TUANKU !

P/S....Sdr Maha Guru, senjata mukmin adalah DOA. Zaman kebangkitan Islam di akhir zaman ini pada hemat saya amatlah hampir. Bersabarlah dengan apa yang TIDAK selari dengan IMAN kita.

Luth Textile said...

Assalamualaikum..

Harap semua dapat menerima apa yang telah Sultan Pahang putuskan. Kalau nak beri pandangan pun, berikan pandangan yang bernas tanpa emosi.

kita bebas bersuara, tak kesah sapa nak beri pendapat itu hak kita tapi kena ada asas dan fakta.

GAP KEMBALI said...

salam mahaguru

arak/khamar itu ibu kepada segala maksiat. ini riwayat hadis.

aku takut lepas ni anak-anak melayu sedia untuk minum arak secara terbuka dek kerana tahu hukuman yang bakal dikenakan sekadar khidmat masyarakat.

nauzubillah..

artikel atau stament media ini bukan bertujuan melanyak tuanku.jangan disalah tafsir. ini kenyataan teguran.

abu bakar as sidiq r.a yang konpem sorga itu pun minta ditegur oleh rakyat, inikan pulak kita umat akhir zaman.

aku yakin PPMM,mahaguru malah aku sendiri pun akan pertahankan maruah ketua agama.

noormalaysia said...

Salam GAP KEMBALI.

1) Arak ibu segala maksiat. Tidak syak lagi.

2) Penglibatan anak anak Melayu dengan dosa meminum arak secara terbuka telah pun berlaku,bukan sebab hukuman 'ringan' saperti 'khidmat masyarakat'.

3) Statement Media kalau bukan 'bertujuan melanyak DYMM SULTAN PAHANG, niat itu murni.....tetapi CARA 'statement media secara OPEN' membuktikan sebaliknya.

4) Pada khutbah di hari pertabalan Abu Bakr As-Sidq RA sebagai KHALIFAH AR-RASUL SAW, mengharapkan sahabat2 Rasul SAW yang lain menegur sekiranya beliau menyeleweng daripada JALAN HAK.

Tapi peneguran perlu dilakukan secara beradab dan tertib BUKAN sebaliknya. Islam TIDAK menghalalkan ' The End Justify The Means'.

Saya ulangi, teguran kepada kesilapan yg dilakukan sesiapa dikalangan Muslim tak kira orang biasa atau VVIP, perlu dilakukan secara 'direct'....one to one, bukan secara OPEN yang diambil oleh PPMM.

Itulah yang dikehendakki Abu Bakr As-Sidq RA.

Abu Bakr As-Sidq RA juga ada menyampaikan " YANG PALING LEMAH DIKALANGAN KAMU ADALAH YANG PALING HEBAT PADA AKU, DAN YANG PALING KUAT/HEBAT DIKALANGAN KAMU ADALAH YANG PALING LEMAH PADA AKU "

Kepimpinan Rabbani Abu Bakr As-Sidq RA tertumpu kepada YANG LEMAH/MISKIN bukan kepada YANG HEBAT/KAYA.

Wallahu'alam

b0te said...

adakah ayat yang aku tulis selepas ini, akan membuat aku akan di cerca, jawapannya....YA
..pada aku, bila melihat gambar kartika bersama dengan ayah dan kakaknya dalam paper, membuatkan aku sangat prejudice...maksud aku dari segi cara berpakaian !
semasa melakukan perkara yang dilarang dalam islam, pada aku kartika tahu perkara itu salah... kalau kartika sempat "cabut", ada kemungkinan kah dia mengambil kesempatan tersebut ?
kenapa setelah di dapati bersalah, kartika ber ia ia hendak di hukum secara islam ? ada kemungkinan kah, kartika menganggap, setelah menerima hukuman itu, dia terlepas dari hukuman akhirat termasuk perbuatanya yang se belum2 ini ?
kenapa setelah di dapati bersalah, baru kartika baru insaf ?
(alhamdulillah, mungkin dengan kehendak Allah swt, hidayah telah di berikan pada kartika membuatkan dia insaf)
apa perlunya kartika bertemu dengan Tengku Mahkota, jika diminta mengadap sekalipun, kartika boleh meminta tempoh dari Tengku Mahkota...hanya selepas hukuman telah dilaksanakan...
kenapa dengan mudah kartika menerima hukuman selain dari apa yang dimintanya sebelum ini ?
bukankah pendirian kartika tidak kuat dan boleh berubah ubah !
dan dari apa yang aku baca, kartika dapat tempat tidor/berehat yang sangat selesa...seseorang yang telah "sedar" pastinya menolak keselesaan ini, dalam tempoh menjalani hukuman atas kesalahan yang telah di lakukan, tetapi tidak pada kartika
alhamdulillah, seorang insan bernama kartika telah bertaubat..
aku mendoakan agar kartika melakukan perkara yang disuruh dan di galakkan oleh Allah swt dan pastinya sekarang kartika tidak akan melakukan perkara yang dilarang olehNYA

PUTRA MERDEKA said...

SALAM TUAN,
Tahniah kepada peminum-peminum arak! kerana anda sudah mempunyai tempat yang selamat untuk meminum arak! Kalau sebelum ni terhendap-hendap kerana takut dicekup jadi sekarang dah boleh yam seng mabuk sepanjang hari dimana-mana muka bumi Pahang Darul Arak!

Tahziah kepada hukum agama! malah Jabatan Agama Islam Pahang sudah boleh mengeluarkan opsyen kepada Jabatan Penguatkuasaan untuk dibubar dengan memberhentikan mereka atau diserap ke Jabatan atau Bahagian yang lain!

Sesiapa yang sedang menunggu untuk dijatuhkan hukuman boleh lah beratur berjamaah ke Rumah Gadang untuk memohon keampunan...

Kepada ALLAH Berserah!!!

zainulrijal said...

Daripada perbincangan di atas ada beberapa perkara pokok yang perlu dijelaskan:-

1.En Maarof – Telahan En Maarof tidak betul. Kartika dititah mengadap YMM TM bukan bagi tujuan meminta TM gunakan pengaruh supaya ayahanda TM meringankan hukuman. Kartika ditekan oleh pelbagai pihak termasuk menteri, NGO wanita dll supaya merayu. Kartika tegas tidak mahu merayu dan mahukan sebatan dilaksanakan terhadapnya sebagaimana perintah mahkamah syariah. Malah TM juga meminta supaya Kartika merayu tetapi Kartika enggan. Kartika berjumpa TM bagi menzahirkan hasrat beliau ingin disebat. Inilah kelebihan hukuman Islam.

2.NoorMalaysia – saya faham tentang mengapa perkataan keberanian dan sayangkan itu dibuat dalam quotation dan saya bersetuju dengan ayat ayat mantiq itu. Namun saya tidak dapat bersetuju apabila kita dikatakan berpolitik apabila mempertikaikan keputusan sultan. Saya juga tidak bersetuju untuk mengusulkan pemansuhan institusi Raja kerana banyak implikasi yang lebih buruk. Institusi Raja perlu dipertahan dan dibetulkan sekiranya mereka melakukan kesilapan.

3.Press Release PPMM yang ditandantangani oleh Setiausaha Agong PPMM itu adalah jelas. PPMM terdiri dari ahli yang mempunyai kelulusan undang-undang dan syariah. Ahli PPMM juga terdiri dari mereka yang mempunyai pegangan politik yang berlainan. Ada ahli UMNO PAS dan PKR dalam PPMM. Kami mempunyai berlainan pandangan politik tetapi bersatu di bawah nama Islam. Hal ini jelas dalam PPMM.

4.Pandangan PPMM digarap hasil perbincangan berdasarkan Hukum Syarak , Undang-Undang dan perlembagaan negeri dan persekutuan.

5.Dari sudut hukum syarak – sebatan 6 kali itu adalah lebih hampir kepada hukuman dalam Islam bagi peminum arak. Sebarang keputusan memindanya hendaklah lebih dekat kepada Islam bukan lebih jauh. Kesalahan adalah kesalahan hudud tetapi hukumannya bukan hudud. (saya tidak boleh klasifikasi sebagai takzir sebagaimana TS Harussani katakana kerana jika saya kata ia takzir, bermakna saya mengakui kesalahan meminum arak adalah kesalahan takzir). Adalah lebih tidak syarie jika diubah hukuman itu sebegitu.

6.Dari sudut undang-undang – Enakmen tatacara jenayah, pentadbiran agama islam dan kesalahan jenayah telah dipekenan oleh Tuanku Sultan sendiri. Dalam enakmen-enakmen tersebut ada dinyatakan bagaimana peringanan hukuman dibuat dan hukuman apa yang perlu diganti. Persoalannya kenapa enakmen ini tidak diikuti.

7.Adakah sebagai Ketua Agama Islam, Sultan mempunyai kuasa prerogative mengubah enakmen dan hukum Allah? Jawapannya tidak.

Ketua Agama perlu mendekatkan diri dan rakyatnya kepada agama dan bukan tergelincir atau menggelincirkan.

8.Dari sudut perlembagaan negeri ada peruntukan yang menyatakan tentang peringanan hukuman tetapi peruntukan tersebut hendaklah dibaca bersama dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan Lembaga Pengampunan bersidang. Lembaga Pengampunan tidak bersidang bagi kes Kartika malah saya dimaklumkan oleh seorang pensyarah university telah lama Lembaga Pengampunan Pahang tidak bersidang.

Oleh itu, PPMM berpandangan bahawa isu ini perlu diperbetulkan.

Namun PPMM tidak berminat untuk mencabar keputusan ini di mahkamah atas factor lain termasuklah menjaga institusi Raja sebagai benteng agama Islam.

Ada kalanya kita perlu mencegah kemungkaran dengan kuasa, ada kalanya dengan lisan dan adakalanya dengan hati.

Pencegahan kemungkaran dengan hati adalah selemah-lemah iman.

Atas dasar tidak mahu dipertanggungjawabkan oleh Allah kelak kerana PPMM mempunyai kepakaran dalam undang-undang dan syariah kami menyediakan Press Release tersebut yang mana saya sebagai Presiden PPMM menyokong sepenuhnya.

Kami di PPMM juga sering diingatkan semasa perbincangan kami dengan para ulama supaya mengatakan yang hak walaupun ia pahit.

Wallahu a’lam

Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden PPMM

noormalaysia said...

Salam Zainulrijal.

1) Apabila seseorang menganggotai mana mana parti politik dan ia 'aktif' dalam mencapai hadaf parti yg disertainya, keadilan yang mahu dicapai pasti tidak kesampaian dalam erti kata sebenar ia itu Mizaj Rasulullah SAW.

2) Yang paling 'bahaya' pada hemat saya adalah seorang yang kononnya 'pakar' perundangan syariah kerana mempunyai kelulusan 'universiti' dalam bidang undang undang dan syariah yang juga 'ahli parti politik' berusaha menegak keadilan saperti yang dituntut Islam khasnya tetapi 'cara' untuk mencapai matlamat dipengaruhi oleh cara pemikiran politikus.

3) Walaupun ahli politik yang memilikki bergulung gulung shahadah dalam bidang undang undang dan syariah ianya TIDAK menghalal 'mengkritik secara OPEN' terhadap institusi Raja-Raja Melayu yang juga Ketua Agama Islam. Ianya perlu mengikuti adab dan tertib saperti yang ditunjuk Rasulullah SAW dan juga adat istiadat Bangsa Melayu yang amat selari dengan kehendak Agama Islam itu.

4) Saya tidak sekali2 mempertikaikan niat suci murni PPMM dalam 'memperbetulkan' apa yang 'silap', tetapi saya TETAP mempertikaikan CARA yang diambil untuk mencapai MATLAMAT, bercanggah dengan adab tertib Rasulullah SAW dan Bangsa Melayu itu.

5) Saya ulangi, Cara PPMM adalah cara yang biasa dilakukan oleh ahli parti politik di mana mana sahaja. Cara itu hanya akan menimbulkan FITNAH dikalangan umat Islam di Malaysia khasnya. Mudharat mengatasi Manfaat sekiranya CARA untuk mencapai MATLAMAT yang suci murni BUKAN diatas FAKTOR 100% Agama Islam.

6) Saya berpegang pada adat istiadat Melayu yang tidak bercanggah dengan adab tertib yang diajar Rasulullah SAW dalam 'menegur' AMIR atau KETUA AGAMA ISLAM di MALAYSIA iaitu DYMM SULTAN PAHANG khasnya.

7) Sekiranya CARA PPM ini digunakan untuk menegur pimpinan politik negeri atau negara, saya 100% menyokong. Tetapi yang ingin kita tegur adalah DYMM SULTAN.

Bantulah mana mana DYMM SULTAN dalam memahami kehendak ALLAH SWT didalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap Rakyat betapa pentingnya Rakyat hidup beragama secara syumul demi mempertahankan kedaulatan Negara Malaysia yang kini sedang 'dirobek' oleh mereka yang bermusuh dengan Allah Swt, Nabi SAW dan Agama Islam.

Dan untuk mencapainya, sekali-kali kita tidak boleh membelakangi ADAB TERTIB dalam melaksanakannya.

Sekian.

p/s. Bar Council dikuasai oleh peguam2 yang menganggotai Parti Politik telah dikorup pemikiran mereka dalam memperjuangkan KEADILAN kerana CARA yang diambil dipengaruhi oleh 'cara pemikiran politikus' untuk mencapai MATLAMAT.

Seorang peguam sepatutnya 'mengharamkan' diri mereka daripada menganggotai parti politik.

Disiplin seorang peguam, khasnya peguam syariah sepatutnya saperti disiplin HAKIM agar ianya tidak terpengaruh dengan susana yang mana boleh memberi kesan kepada pemikiran atau emosi ketika melaksanakan tugas sebagai HAKIM atau PEGUAM.

zulkifli said...

Sultan Ahmad Shah tidak mengampunkan Kartika. Baginda menukar bentuk hukuman dari kena sebat, ke khidmat masyarakat. Khidmat masyarakat ini dipersetujui setelah Kartika meletakkan beberapa syarat yang amat menyebelahi dirinya.

Saya terkilan kerana:
-kesalahan minum arak telah jadi begitu ringan sehingga boleh dihukum dengan khidmat masyarakat di suasana yang paling santai (kartika disediakan rumah air-con dua bilik, kerja yang ringan dengan masa 8pagi-5 ptg,boleh balik Perak bila bila masa, keluarga dibenarkan melawat bila bila masa;
-sipesalah enggan merayu, tetapi Sultan tunduk ke belakang meringankan hukuman dengan begitu mudah;
-tindakan Sultan sebagai Ketua Ugama Islam boleh mengundang kecaman daripada orang Islam;dan
-musuh Islam menepuk tangan melihat Ketua Ugama sendiri merendahkan mertabat ugama Islam.

Fikir fikirlah sendiri.

Abdullah said...

Salam,

Dimanakah kita jika nak perjuangkan kesyumulan Islam dan perjuangan pembebasan Al-Quds jika syariat Islam yang ada tersisa di negeri sendiri pun masih tidak terlaksana. Penuh dengan cabaran, rintangan, kerenah dan birokrasi ciptaan sendiri?
Ya ALLAH selamatkanlah kami dengan kelemahan/dosa kami ini..Marilah kita sama-sama berdoa..

noormalaysia said...

Salam Abdullah.

Usahakan diri kita semua jaga SOLAT 5 waktu berjemaah dimasjid. Lebih lagi SOLAT SUBUH dihidupkan saperti SOLAT JUMAAT.

InsyAllah, Allah SWT akan menciptakan suasana KESYMULAN ISLAM mudah diamalkan kita semua.

danial said...

Sebenarnya Kartika tidak pernah mempersetujui peringanan hukuman ini. Namun sebagai menghormati Sultan Kartika melaksanakan juga titah Sultan itu.

Mungkin Noor Malaysia hanya tahu teguran PPMM yang dibuat secara terbuka itu sahaja. Namun berbulan bulan sebelum ini pelbagai usaha telah dibuat oleh PPMM dan PGSM yang dibuat dengan penuh 'hemah'. PPMM tidak berhasrat untuk menjadikannya tatapan umum. Percayalah, kami telah melakukan sebaiknya, setelah segala usaha itu gagal sahaja kami mengambil keputusan untuk menzahirkan rasa dukacita kami.

PPMM telah mengikuti kes ini dari awal lagi termasuklah menghantar kartika ke sekolah pondok untuk belajar agama dan sedar akan kesilapan beliau.
Kenapa Kartika hanya insaf setelah dihukum? Itulah kebesaran Allah. Walau ia hanya enam sebatan, Allah telah memberi sedikit kesedaran kepada Kartika. Berdoalah kita akan Allah juga memberi kesedaran kepada orang yang mempunyai otoriti.

Wallahu a'lam

noormalaysia said...

1) Setuju atau tidaknya kartika dengan peringanan hukuman terhadap beliau bukan masaalahnya.

2) Saya tetap dengan pendirian saya CARA PPMM salah dalam kes yang dibincangkan.

3) Untuk menzahir dukacita perlu juga CARA NABI SAW, dan bukan cara 'POLITIK KEPARTIAN'. Islam Sunnah Wal Jemaah tidak sekali-kali mengHALALkan cara selain cara NABI SAW untuk mencapai matlamat.

4) Semoga usaha PPMM yang telah bantu kartika memahami Islam di balasi Allah SWT.

5) Perlu diingati yang empunya Islam adalah ALLAH SWT. Sekiranya manusia yang diamanahkan memelihara kesucian ISLAM tak kira RAJA-RAJA MELAYU atau pun muslim biasa dikalangan ustaz2, guru2, engineer, bisnes man, politikus muslim, lawyer muslim dll GAGAL melaksanakan tanggungjawab itu, ALLAH SWT akan melaksanakan PERANCANGANNYA endiri.

6) Tanggungjawab kita sebagai HAMBA ALLAH hanyalah menjaga ADAB TERTIB dalam semua aspek perintah Allah SWT.

Wallahu'alam