Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, April 02, 2010

Protes penduduk Serendah terhadap Kerajaan Selangor ~ Video dan gambarfoto.


Demikian lah luahan hati penduduk Hulu Selangor yang tidak puas hati dengan pembatalan projek pembangunan UITM Serendah angkara Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Saya lampirkan bersama gambarfoto sebahagian penduduk Serendah yang telah datang ke Kuala Lumpur pagi tadi semata mata untuk menyertai demonstrasi membantah tindakan Kerajaan Selangor menggagalkan projek UITM Serendah anjuran YBK yang diharapkan akan membuka pelbagai peluang pekerjaan bagi para penduduk kawasan luar bandar seperti di Serendah serta daerah daerah lain di Hulu Selangor tersebut.
DSC_7263.JPG
DSC_7258.JPG
DSC_7257.JPG
DSC_7253.JPG
DSC_7252.JPG
DSC_7251.JPG
DSC_7250.JPG

Sila tonton video dibawah ini dimana Dato Hj Zainal Abidin Dato Hj Sakom yang mendedahkan tentang sebab sebab MB Selangor merampas tanah yang diperuntukkan kepada YBK oleh Kerajaan Selangor BN dahulu :

2 comments:

MANSOR JUNUS said...

Keputusan Kerajaan Negeri Selangor memberhentikan projek tersebut adalah diatas sebab kepentingan koperat dan birokerasi,yang boleh diselesaikan secara rundingan. Tetapi protes rakyat Serendah adalah lebih bermotifkan politik. Ini jelas. Sebaliknya Mahaguru58 yang sepatutnya lebih wajar mengambil kesempatan ini untuk memperbaiki keadaan, tetapi nampaknya lebih cenderong kearah menghasut penduduk tempatan supaya berbalah. Mahaguru58 apa benda ini. Saya tidak fikir Islam menggalakan sengketa yang demikian rupa. Mana dia suara hati dan hikmah kerja2 dakwah anda. Saya sering mengikuti blog anda dan amat kagum dengan buah fikiran2 yang universal serta mampu pula memaparkan hujah2 yang intelektual. Dalam kes ini, saya tak percaya ini kerja Mahaguru58 atau siapa yang telah upah Mahaguru58 ?

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum saudara Mansor,

Jazakallah kerna mengikuti usaha saya sekian lama ini.

Saudara bertanya samada saya di upah untuk menyiarkan laporan ini?

Wallahi, setakat hari ini saya masih taat kepada Allah Rabbul alamin dan tidak terlibat menjadi blogger upahan.

Saya berblog demi kebenaran.

Hakikat bahawa pembatalan projek UITM Serendah itu menjejaskan sebegitu banyak penduduk Serendah yang terharap harap mendapat peluang mencari rezeki dengan tertubuhnya universiti dikawasan mereka membuatkan saya hadir ke tempat protes semalam.

Tugas saya adalah melapor apa yang berlaku.

Tak ada skrip. Tak ada agenda.

Saya malah menegur seorang India yang hadir bercakap tentang sekolah Tamil padahal isunya adalah soal pembatalan projek YBK membangunkan UITM kampus Serendah.

Saya mahu melihat Serendah maju.

Salahkah saya berniat begitu?

Apa Mansor tak hendak melihat Hulu Selangor membangun?

Saya rasa Mansor juga mesti sefikrah dengan saya bahawa universiti di Serendah akan menjadi pemangkin pencapaian pendidikan tinggi dikalangan masyarakat disana dan seluruh negara bertambah baik demi kebaikan bersama.

Seandainya Mansor benar benar membaca dan mengikuti blog saya sejak sekian lama seperti dikata, sudah tentu Mansor akan tahu bahawa hamba Allah ini tak begitu mudah disuap sesiapa!

Raqib dan Atid senantiasa memantau kita maka berwaspadalah sebelum menuduh apa apa?

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.