Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, April 16, 2010

Tabung Masjid Al Najihin dipecah/rompak pencuri



Jumaat, 1 Jamadil Awwal, 1431 Hijrah / 16hb April, 2010.
Masjid Al Najihin,
Bandar Sri Permaisuri,
56000, Kuala Lumpur.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya berasa amat sedih bercampur geram mendengar berita dari Imam Masjid Al Najihin bahawa dua tabung derma masjid berkenaan telah dipecah dan wang derma dirompak oleh para pencuri yang sudah begitu kurang ajar dan berani memecah tabung masjid Allah sendiri!

Inilah dia salah satu tanda kerosakan moral segelintir dari manusia manusia akhirul zaman sehingga masjid pun sudah tidak selamat dari kerakusan hawa nafsu mereka!

Orang orang kaffir sudah tentu tidak kan masuk ke pekarangan masjid! Sudah lumrah sekarang bahawa kerja kotor ini adalah angkara mereka yang mengaku Muslim tetapi berperangai syaitan!

Oops! Minta maaf. Syaitan tak ada kena mengena dengan kes ini. Syaitan tak perlu wang ringgit. Ini kerja penjenayah bertopengkan identiti Muslim!

Semoga pencuri pencuri ini akan dibalas setimpal dengan kerja jenayah mereka oleh Allah Azza Wa Jalla secara tunai!

Amin! Ya Rabbal Alamin!

1 comment:

Anonymous said...

salam Bai! Saya menyeru imam-imam ,marilah sama-sama kita mentarbiah kapada makmum-makmum sedikit sebanyak tentang fadilat yang terkandong dalam surat Al- Fatihah itu.kemungkinan dengan penerangan ini mereka akan insaf dan kenal diri mereka.maka pekara-pekara seperti mencuri tabong masjid dan diIpoh terjadi demostarsi hingga baling telor selepas sembayang.saya ingin mendapat pandangan Bai tentang pekara ini.cuba lupakan bacaan doa yang panjang-panjang selepas sembayang hingga apa kebaikan tak nampak.bagi saya sembayang orang-orang seperti ini umpama tuang air diatas daun keladi, tak ada bekas.malah hati ini terlalu takut dengan bala yang mungkin ditimpakan oleh Allah keatas pembohongan ini.hadapilah diri anda semua dengan yakin kapada Allah apabila melakukan solat itu.