Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, May 08, 2010

BN lulus judi sukan? ~ PRU ke 13 gerenti kena kapan!

awang adek.jpg
Naik berasap jiwa saya membaca berita Timbalan Menteri Kewangan Dato Awang Adek dok cerita kata Kerajaan Malaysia dok pertimbang nak lulus lesen judi sukan semasa Kejuaraan Bolasepak Sedunia nanti!

Ni jenis mangkok hayon kelas keberapa ni?

Dok canang seantero dunia kata Kerajaan Malaysia ni Kerajaan Islam lah apa kejadahnya? Dalam kitab manakah Menteri Menteri Kerajaan BN dah jumpa nas Al Qur'an atau Hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam yang membenarkan umat Islam tambah tambah lagi Kerajaan 'Islam' Malaysia boleh pulak dok pertimbang nak lulus judi?

Dulu bukan main kita semua dok dengar satu Malaysia kutuk kaw kaw mantan Menteri Undang Undang Malaysia Dato Zaid Ibrahim sebab beliau usulkan 'Loteri Sukan' untuk membiayai segala keperluan perbelanjaan kegiatan sukan dalam negara!
zaid loteri.jpg

Kali ini pula Timbalan Menteri Kewangan Kerajaan BN Malaysia memaklumkan kepada semua bahawa Kerajaan BN Malaysia dok pertimbang nak lulus lesen judi 'untuk lawan judi haram'?

Kalau namanya dah judi ...HARAM lah tak kira samada yang dok taja ni Kerajaan ke atau sindiket!

Akal letak kat mana syeikh?

Saya tak peduli lah samada yang dok pertimbang nak lulus lesen judi ni jahil tahap gila babi ke apa tentang halal haram didalam ajaran ajaran Ad Deenul Islam!

Seandainya Kerajaan BN lulus juga lesen judi tak kira lah samada judi sukan ke atau judi apakejadah pun, Wallahi akan saya tentang melalui apa cara sahaja melalui blog saya ini!

Terlaknat sampai bila bila lah barangsiapa yang merancang atau mempertimbang untuk meluluskan lesen lesen judi yang membawa lebih banyak kemudaratan dari kebaikan kepada warga negara Malaysia ini atau mana mana negara sekalipun didalam dunia ini!

Surah Al Baqarah Ayat 219

219. Yas-aloonaka AAani alkhamri waalmaysiri qul feehima ithmun kabeerun wamanafiAAu lilnnasi wa-ithmuhuma akbaru min nafAAihima wayas-aloonaka matha yunfiqoona quli alAAafwa kathalika yubayyinu Allahu lakumu al-ayati laAAallakum tatafakkaroona

[219]Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

219. They ask thee concerning wine and gambling.
Say: "In them is great sin, and some profit, for men; but the sin is greater than the profit."
Whey they ask thee how much they are to spend ? ; say: "What is beyond your needs."
Thus doth God make clear to you His Signs: in order that ye may consider—

Sadaqallah hal azhim. Benarlah Allah yang Maha Perkasa!

Saya berharap benar agar Kerajaan BN jangan dok buat kerja gila ni! Sekiranya Kerajaan BN teruskan juga dengan rancangan nak bersaing dengan tauke tauke judi kerana sudah pasti akan ada natijahnya!

Nak tahu apa natijahnya?

Judi Sukan ~ Siapkan Kapan!

PRU ke 13, BN akan gerenti masuk dalam senarai mereka yang rajin menggali kubur politik sendiri!

Ini bukan cubaan... betul betul punya!

Lulus lesen judi ~ BN boleh ucap 'goodbye' lah pada Putrajaya!

14 comments:

Zainal A. Kasim said...

Salam Sdra. Zainol,

SETUJU sangat dengan pandangan itu. Memang MANGKUK HAYON tahap gaban kerana ada akal tapi tak ada fikiran.

pis said...

tuan mahaguru, saya ingin mendapat pandangan tuan dan tak secara langsung memberi pandangan. judi walau atas alasan apapun adalah haram. haram tetap haram tak akan menjadi halal. tetapi dalam isu pengawalan adakah kita nak biar benda haram berlaku tanpa rekod dan kawalan. judi sukan tetap akan berlaku walau diberi lesen atau tidak. tetapi ia akan lebih tak terkawal tanpa pengawalan. jadi dalam pengawalan benda haram apa yang perlu kerajaan buat. malaysia terdiri dari rakyat berbagai agama. minta pandangan

dinturtle said...

Salam tuan Mahaguru,

Seperti juga pelacuran, ia diharamkan, tapi bersepah tempat2 pelacuran. Tak timbul soal pengawalan. Yang penting kita tidak libatkan diri kita.

Kalau nak sentuh pengawalan pula, bukankah lebih senang mengawal jika ia diharamkan ? Maknanya tak perlu nak tengok lesen/permit, ada ke tak, palsu ke ori, dan lain2. Terus tahan je.

Tapi atas kepala penguatkuasa la pulak. Contoh di Terengganu, judi nombor ekor diharamkan tapi judi 'haram' banyak pula yang tumbuh. Bila pihak berkuasa buat operasi, semua agen2 judi haram senyap.... bila habis operasi, mereka muncul kembali.

Maksudnya undang2 dan kakitangan cukup cuma nak ngan taknak je... Taknak tu pastinya bersebab, dah masuk topik lain pula.

I'm with you, tuan Mahaguru !

MAHAGURU58 said...

Saudara pis,

Soal sesebuah pemerintahan kerajaan yang diterajui orang orang Islam membiarkan perkara perkara berdosa seperti penjualan arak dan peminumannya oleh orang orang kaffir ataupun industri judi yang dipelopori oleh warga Malaysia yang kaffir perlu ditangani secara pratikal dan tegas oleh pemerintah.

Seperti pendapat saudara dinturtle, saya juga berasa pemerintah Muslim itu berkuasa penuh untuk menentukan hala tuju dan memelihara kebajikan rakyat dibawah perintahnya baik yang Muslim mahupun yang tidak?

Apakah patut dibiarkan sesama warganegara kita yang bukan Islam merana akibat kerja kerja yang merugikan seperti maksiat arak dan judi?

Setiap kaum dan fahaman kepercayaan yang bukan Islam tetap melarang penganut penganut kefahaman itu dari menjahanamkan diri mereka dengan terjebak didalam kancah perbuatan dosa dosa seperti judi, arak, pelacuran, penipuan dan sebagainya.

Masaalah Kerajaan BN Malaysia adalah ianya diterajui oleh pemimpin pemimpin yang lemah dari segi pemahaman mereka terhadap apa yang diajar dan dianjurkan Al Islam?

Sudah berapa banyak keluarga keluarga bukan Islam seperti kaum India dan Cina musnah angkara judi dan arak atau penzinaan?

Islam diturunkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai pedoman dan penyelamat kepada seluruh manusia.

Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam diutuskan Allah sebagai Rahmatulil Alamin.

Setiap manusia berhak mendapat perlindungan sistem keadilan dan kebenaran yang terdapat didalam Islam.

Cadangan buta perut oleh pihak Kerajaan BN Malaysia ini seperti yang diisytiharkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Dato Adek Awang itu hanya mendedahkan kekurangan kefahaman ajaran agama Islam sang pemerintah sekarang.

Oleh kerana itu maka jatuh wajib ke atas kita yang mengaku bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan mengaku bahawa Muhammad ibni Abdullah itu selaku Pesuruh Nya untuk menyuarakan bantahan terkeras kita akan cadangan gila untuk meluluskan lesen judi sukan ini!

Pandangan saudara bahawa oleh kerana negara ini berpenduduk majmuk dan judi sukan itu samada dilesenkan atau tidak tetap akan berlangsung, ianya akan lebih tidak terkawal tanpa pengawasan tidak boleh saya terima.

Saya berpendapat yang sama dengan saudara dinturtle.

Dah namanya berkuasa, haramkan sahaja judi, arak dan semuanya yang merosakkan kehidupan semua tak kiralah samada umat Islam mahupun yang kaffir?

Sekiranya ada juga yang mahu melakukan kerja kerja salah, tangkap dan adililah mereka menurut peruntukan undang undang yang sudah sedia termaktub didalam Perlembagaan Malaysia mahupun Undang Undang Syariah ataupun Sivil!

tamingsari said...

Kalau hasil kutipan judi diguna untuk membantu sukan,jawabnya ada ahli sukan yg patah kaki atau hilang kepala sebab terlibat dengan bantuan haram. Kerajaan harus sedar sampai bila judi hendak dibiarkan berkembang di Malaysia. Negara maju,judi pun turut maju. Jangan over sangat dan ikutkan kehendak kafir.

ziarah76 said...

haram tetap haram!


Ya Allah, gagalkan lah rancangan-rancangan bathil. Ameenn.

MD RADZI AHMAD said...

Inilah diantara -manusia-manusia perosak Islam di Malaysia.

Esperalzi said...

Funnny! All the bad ideas and the bad people come from Kelantan!

It used to be Zaid Ibrahim the Kelantanese who wanted to legalize gambling. Now it is Awang Adek the Kelantanese who is up with same idea.

Of course, Zaid the Kelantanese is also a very liberal secular Malay who wanted to liberalize Islam and the Malays according to his own whims and fancies, and now he is even picking up a fight with the Sultan of Selangor..

And there is Nik Aziz, also from Kelantan, and he is fighting everybody in and out of Kelantan! And what about soccer hooliganism? Didn't the Kelantan soccer fans burn some stadium seats in Putrajaya?

What is so wrong with Kelantan and its people?

Esperalzi said...

Oops! My earlier comments on soccer hooliganism by Kelantan fans...I mean the soccer stadium in Bukit Jalil, not Putrajaya..don't think there's a staidum in Putrajaya!!

Esperalzi said...

JUDI, RIBA dan ZINA adalah antara perkara-perkara yang haram DI SISI ALLAH DAN ISLAM walau dalam apa keadaan sekali pun...

Manusia boleh mengeluarkan seberapa banyak LESEN untuk judi, riba dan pelacuran (zina) dan kemudian mempromosikannya sebagai HALAL, namun ia tetap HARAM di sisi ALLAH..

Ketiga-tiga JUDI, RIBA dan ZINA boleh meruntuhkan masyarakat dan manusia sepertinya kita dapat lihat dalam negara kita sendiri.

JUDI boleh mempapakedanakan seseorang, meruntuhkan moralnya, merosakkan kehormatannnya sebagai manusia, membuatkan dia ketagih berjudi sehingga ke tahap menggadai dan menjual semua harta bendanya. Lebih teruk, dia sanggup menggadai anak perempuan dan isterinya yang dilacurkan kepada orang lain untuk dapatkan modal berjudi..

Riba telah memiskinkan banyak negara dan manusia, sehingga ramai penghutang terperangkap dan menjadi hamba abdi se umur hidup kepada pemiutang-pemiutang.

Zina melahirkan ramai bayi-bayi luar nikah yang dibuang sana sini, hingga banyak bayi luar nikah yg tidak berdosa mati di dalam tong sampah, dalam longkang, dalam sungai, dan dilain-lain tempat buangan HASIL ZINA ini..itu belum lagi dikira penyakit-penyakit berbahaya yang didatangkan oleh zina..

JUDI, RIBA dan ZINA bersifat universal..mangsa-mangsanya terdiri dari semua bangsa dan AGAMA. Makanya, Allah SWT melarang ketiga-tiga ini dalam semua keadaan..

Namun di Malaysia, judi, misalnya, dipertahankan atas berbagai alasan dangkal. Misalnya, judi itu kononya hak orang-orang bukan Islam. Tapi apakah agama-agama lain seperti Kristian, Hindu, Buddha dan Sikhisme yang dianuti sebahagian rakyat Malaysia menghalalkan judi?

Dan akhir sekali, alasan kononya judi boleh dikawal dan diatur melalui pelesenan adalah salah satu alasan yg cukup dangkal dari seorang yg dangkal..

Anak Perelih said...

dah pun diluluskan kepada Berjaya group/Sport toto/vincent tan -

Berjaya gets football gambling licence
http://www.malaysiakini.com/news/131571

pada sesiapa yang berhujah bahawa pemberian lesen nio boleh mengawal judi bola haram.... ko orang ingat dengan adanya lesen ni judi haram berkurang ke??? sama je keadaan judi haram... sebab kaki judi akan terus berjudi dan akan memaksimumkan keberangkalian mereka menang... cuma yang berbeza ialah... ada lagi penambahan satu saluran untuk berjudi dan kerajaan tumpang makan sama dari cukai judi tu...

1 Malaysia, 1 judi...

jimizul said...

Salam Tuan,

Satu soalan saya kepada semua forumner disini yang mnengutuk DS Najib- Apa pilihan yang ada ditangan beliau?

Seperti juga apa dia pilihan beliau kerana terpaksa melayan tuntutan dari kaum Cina di Hulu Selangor walupun terang-terangan mereka tidak mengundi BN pada PR Kecil tempoh hari?

Tepuk dada tanya selera dan fikir-fikirkanlah secara kritikal.

whiteorange said...

Mahaguru !

Aku cuma nak tanya satu soalan je!

DAH DILULUSKAN KE BELUM?

Kalau Belum saya minta tuan guru yang punya akses ni tunjukkan kepada pemimpin bantahan rajyat Islam tentang cadangan itu, kalau sudah, hantar memorandum ramai ramai agar keputusan itu ditarik balik sebelum rakyat , terutama orang orang Islam bangkit memberontak..

Bodoh sangat ke Tim Menteri ni , perkara sebegitu sensitif tak boleh nak fikir, ini adalah antara Menteri Kabinet yang patut disingkirkan dari kebinet selain Nazri Aziz.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum whiteorange,

Itulah pentingnya membaca suratkhabar baik yang di laman siber mahupun yang bercetak!

Berita tentang kelulusan lesen judi ni dah berapa hari disiar ; takkan saudara tak baca?

Nak tengok video bantahan rakyat?

Insya Allah akan dirakam dan disiar selepas ini.

Rajin rajin le baca akhbar dan blog sosio politik.

Sila ke : http://www.tranungkite.net/v8/link.html

Wassalamualaikum.

PS : Jangan lupa hak sesama Islam ~ beri salam bila bertandang samada ke rumah atau laman web orang!

Itu salah satu adab seseorang Muslim ; jangan tercicir.