Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, May 13, 2010

'GILA JUDI' nyanyian Dato M Daud Kilau dituju khas kepada Najib Abdul Razak

Najib Raja Judi Sukan.jpg

daud kilau.jpg

Sila klik pada link tajuk lagu dibawah ini :

Lagu "GILA JUDI" nyanyian Dato M Daud Kilau ini ditujukan khas kepada Pengkhianat Malaysia Mohd Najib bin Abdul Razak, rakan sejudi Vincent Tan, Tauke Judi terlaknat Malaysia dengan ucapan :

'Takutlah kamu terhadap Azab Allahu Ta'ala kerana mengkhianati kepercayaan warganegara ini dengan tindakan durjana kamu memberi lesen judi sukan kepada rakan sejudi kamu ini untuk memporak perandakan lagi negara ini dengan gejala sosial yang semakin menular!

Sekiranya alasan dangkal kamu untuk meluluskan judi ini adalah kerana sindiket sindiket judi sedang mengaut keuntungan beratus ribu juta ringgit sehari dan sebagai 'Ketua Kerajaan' kamu pun tak hendak lepas peluang tumpang sekaki, maka apakah sudah kamu sudi nak tumpang sama didalam kerja kerja dosa dosa besar lain yang sama kategori dari segi berat dosanya dihadapan Allahu Ta'ala?

Sanggupkah kamu saudara Mohd Najib untuk bersaing pula dengan sindiket pelacuran dan pelbagai lagi jenayah sosial yang sedang mengkucar kacirkan negara?

Apakah kamu hendak memberi lesen pelacuran pula kepada tauke tauke pemerdagangan manusia di Malaysia?

Status dosa besarnya lebih kurang sama dengan judi.

Kalau dah namanya judi, ianya tetap haram disisi Allahu Ta'ala! Tak kiralah samada Najib nak letak sijil Halal cop Jabatan Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan Malaysia?

Hanyirnya tetap sama.

Boleh jadi selepas ini, Kerajaan BN dibawah pimpinan Pengkhianat Malaysia Mohd Najib Abdul Razak akan memberi lesen kepada Pusat pusat pengumpulan anak anak haram yang akan diberikan sijil halal pula, ya?

Melihat pada arah tuju dan cara pentadbiran saudara Najib Abdul Razak, saya tak akan terkejut atau hairan dengan perkembangan sosial begitu dimasa depan Malaysia Darul Raplah Jingga!

Ada kemungkinan kita akan dapat melihat kembali pengujudan ' Kedai kedai Tuak Kerajaan'?

Bolehlah warga warga yang sekarang mentekedarah samsu samsu haram bergelimpangan secara sah menurut undang undang selepas Pengkhianat Malaysia meluluskan pula lesen arak kepada pengusaha arak tempatan ala todi @ tuak?

Saya sudah lama memantau dan memerhatikan cara saudara menyalahguna kedudukan dan kuasa yang diamanahkan pada saudara sejak mengambil alih dari mantan pelingkup imej Islam didalam negara ini dimana saudara kamu Abdullah Badawi membawa konsep dan istilah baru didalam pengamalan Ad Deenul Islam dengan label baru 'Islam Hadhari' yang ternyata Bida'ah al Lawwamah yang dilaknat Allah dan Rasul Nya.

Kini saudara pula semberono meluluskan lesen judi kepada rakan sejudi saudara. Apakah saudara tidak mempertimbangkan kedudukan halal haramnya keputusan saudara itu pada nasib seluruh warganegara Malaysia ini?

Saudara tidak merujuk kepada apa yang terkandung didalam kitab suci kita yakni Al Quranul Karim dan juga memeriksa akan kedudukan perkara judi sukan ini didalam Kitab Hadis Hadis Sahih Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam terlebih dahulu sebelum meluluskan lesen judi tersebut?

Adakah saudara telah membentangkan perkara ini dihadapan penasihat penasihat Syariah saudara?

Ini bukan perkara main main saudara!

Ianya melibatkan kedudukan integriti kerajaan Barisan Nasional yang diterajui begitu banyak parti parti politik dan ahli ahlinya yang berpuluh juta orang turut terpalit dosa kering yang saudara henyakkan diatas pundak kepala mereka?

Tak semena mena sebegitu ramai manusia yang tidak tahu kedudukan perkara saudara kaitkan dengan dosa besar judi sukan ini!!!

Jika saudara seorang jahil katsir @ jahil kerana memang tidak tahu menahu akan implikasi keputusan saudara didalam perkara melibatkan kesejahteraan awam maka saya tidak akan sebegini keras menentang saudara kerana ianya memang lumrah alam.

Namun tindakan saudara meluluskan lesen judi untuk aktiviti aktiviti sukan secara am menunjukkan saudara sudah tergolong sebagai jahil muraqqab @ jahil kerana memang tidak mahu ambil tahu akan kedudukan dosa pahalanya sesuatu perkara melibatkan hala tuju negara .

Tindakan saudara mencemarkan kegiatan sukan yang pada dasarnya adalah satu riadah yang menyihatkan dan di anjurkan untuk kecergasan fizikal sungguh mengecewakan hati saya dan berjuta warga Malaysia yang lain!

Bersukan dan bersaing secara sihat didalam aktiviti aktiviti yang menambah baik mutu kehidupan dan ketangkasan seseorang secara individu atau berkumpulan kini saudara kaitkan dengan judi yang tetap haram disisi agama Islam mahupun kefahaman kaffir sekalipun!

Kini setiap bidang sukan bakal dicemari najis judi kerana sudah diluluskan oleh saudara untuk berjudi sukan secara 'sah' disisi undang undang.

Polis sudah tidak boleh lagi menangkap orang orang yang berjudi kerana saudara sudah memberi lesen kepada pengusaha judi seperti rakan baik saudara si Vincent Tan.

Saya bersumpah akan terus memerangi saudara selagi saudara tidak bertaubat nasuha dan membatalkan lesen judi ini serta lain lain perusahaan haram yang membawa keburukan kepada negara ini.

Wallahi! Wabillahi! Wattallahi!

15 comments:

alunbm said...

Assalamualaikum Tuan,
Sudi kiranya tuan mendengar cadangan saya.
Saya sarankan tuan dapat membuat temu janji dengan mufti Harussani.
Saya ingin sekali mendengar apa kata mufti ini.
Cadangan saya harap diterima.

sekian terima kasih.

King-Fx said...

Salam Tuan,

Inilah dia pemimpin yang telah merosakkan negara dan MENAIKKAN IMEJ ISLAM di Malaysia. Saya malu mempunyai pemimpin yang tidak tahu MALU dan TAKUT kepada Allah SWT.

Beliau hanya takut kepada hilang kuasa dan status sebagai PM. DURJANA sungguh makhluk sorang ni. Saya nak ucapkan TAHNIAH kepada AHLI UMNO kerana telah mengangkat PEMIMPIN yang HEBAT ini. YA!!! Hebat kerana menentang ALLAH SWT.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam alunbm.

Saya tak ada masaalah untuk mewawancara Sahibus Samahah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Seandainya ada Tan Sri Harussani di KL, Insya Allah akan saya susuli.

Akan saya cuba menghubungi beliau nanti.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Tuan Nizam.

Tugas kita adalah untuk menegur pemerintah yang ternyata membelakangkan hukum hakam Islam yang terang terang mengharamkan judi.

Tentangan kita berasaskan perjuangan untuk mendaulatkan Islam di tanahair kita ini tanpa membezakan mana satu sasaran kita yang menyimpang dari ikrar lafaz sumpah taat setia menjunjung Ad Deenul Allah sebagai wadah perkhidmatan mereka sebagai Ulul Amri disini.

Sedangkan Duli Paduka Baginda Sultan Sultan Melayu sekalipun, jika melanggar perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan kita bangkang inikan pula seorang Pengkhianat Malaysia?

Biar mati bergalang tanah dari hidup berputih mata didalam jihad kita untuk menegakkan Daulah Islamiyyah di
Semenanjung Tanah Melayu ini!

Allahu Akbar!!!

anakbangsa said...

mahaguru58,saya rasa yg beri cadangan gila tu org bawahan DS Najib yg x ada idea lain yg lebih berfaedah utk manfaat bersama.DS Najib belum menyatakan apa2.kita tunggu apa kata DS Najib dulu.Jika beliau bersetuju dgn idea gila yg dikemukakan org yg kurang cerdik tu maka bersama2 le kita menegur beliau.kalau kita menegur biarlah berhemah.ianya lebih mulia.maaf kalau pandangan saya salah.

al-Balingi said...

Kita sebenarnya mengundang bala Allah..

SysOp said...

Bhai Mahaguru58,

Allahuakbar.... Allahuakbar.... Allahuakbar....

Kerja mungkar BN ini pastinya akan gua tentang habis-habisan....

Amin..

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

Anak Perelih said...

anakbangsa... benda ni dah dibawa ke kabinet sebelum dilulus... Najib dah tau dah.... dan dia setuju....

MAHAGURU58 said...

anakbangsa,

Maaf. Saya tidak boleh terima hujah saudara.

PM Najib bukan budak hingusan untuk diperkotak katikkan anak anak buahnya.

Tanpa tandatangan Najib selaku Menteri Kewangan, usul meluluskan lesen perjudian sukan sebegini luas tidak akan terlepas pandangannya.

Menegur pemerintah yang zalim atau terang terang mengkhianati amanah rakyat menjadi kewajipan bagi Da'ee seperti saya.

Saya hanya takutkan Allahu Ta'ala sahaja dan tidak gentar terhadap makhluk ciptaanNya!

Prinsip saya sama dengan Allahyarham Datok Panglima Jebat, Panglima Kesultanan Melaka!

Raja (Pemerintah )adil akan saya taa'ti ; Pemerintah Zalim akan saya perangi selagi ada hayat dikandung badan demi memartabatkan Ad Deenul Islam dibumi semenanjung ini.

Insya Allah!

MAHAGURU58 said...

alBalingi,

Sungguh seperti kenyataan tuan.

Malaysia kini sudah halal menghadapi murka Ilahi!

MAHAGURU58 said...

SysOp,

Penentangan ini bukan hanya terhadap BN tetapi terhadap mana mana sahaja pihak yang mengkhianati perjuangan kita untuk mendaulatkan Syariah Allah dibumi bertuah ini.

Seperti saya nyatakan sebelum ini, amat besar harapan saya agar Jamaah Islamiyyah bermufaraqah dari musuh musuh Allah dan mereka yang bersekongkol didalam menjahanamkan usaha menegakkan Syiar Ilahi di Tanah Semenanjung ini.

Mudah2an dimakbulkan Rabbul Alamin semasa hayat saya ini.

Amin Ya Rahman Amin Ya Rahim.

zulkifli said...

Kata kata sdra "Raplah Jingga" sudah lama saya tidak dengar. Rindu saya kepada Pulau Pinang terubat bila mendengar "raplah jingga". Kalau nak terjemah dalan bahasa Inggeris, apa agaknya perkataan yang sesuai?
Syabas sdra, kerana konsisten dalam memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran. Alhamdulillah!

anakbangsa said...

mahaguru58 & anak perelih,terima kasih atas maklum balas pd komen saya.mungkin saya sedikit jahil & terlewat tentang maklumat tentang kelulusan utk lesen judi sukan ini.jika begitu keputusan yg telah di ambil kabinet maka saya juga turut bersama mahaguru58 menentang perkara ini tp mungkin cara kita menentang berbeza.tp saya menyokong mahaguru58 dan berharap mahaguru58 dpt menegur pemimpin negara kita yg terkhilaf dlm membuat keputusan pd masa hadapan.tq

MAHAGURU58 said...

anakbangsa,

Sesungguhnya niat saudara itu baik dengan menasihati saya agar tidak tergesa gesa melabelkan tindakan Najib itu meluluskan lesen judi tetapi percayalah saya ini bukan jenis blogger kelam kabut yang melatah ikut suka atau dicucuk sesiapa?

Saya akan mengkaji secara mendalam sesuatu perkara itu sebelum membuat keputusan menulis atau menerbitkan apa apa artikel tentang apa apa sahaja yang memerlukan maklumbalas saya?

Sebagai seorang blogger Muslim yang tidak berpihak kepada mana mana pihak melainkan Allah Rabbul Jalil, saya bebas dari sebarang ikatan terhutang budi kepada mana mana parti atau ahli politik yang berkepentingan.

Ada ramai pihak dari blogger PAS atau penyokong mereka mengecapkan saya sebagai blogger UMNO atau dengan perkataan yang lebih kesat dengan tidak mengetahui siapa diri saya ini sebenarnya?

Saya biarkan sahaja kerana tak kuasa nak membuang masa melayan orang orang yang tidak ranum dengan cara dan gaya menangani isu isu semasa.

Ada yang menuduh saya 'buta politik' diluar pengetahuan saya tetapi berdrama swasta seolah 'ikram' bila berdepan.

Saya biarkan sahaja yakpur salamus seperti itu kerna teringat nasihat Hazrat Isa Alaihis Salam supaya jangan mengalungkan mutiara dileher khinzir.

Makanya, ingin saya menasihatkan saudara anakbangsa supaya berbaik sangka sahajalah dengan perjuangan blogger ini.

Insya Allah tak akan saya terlibat didalam gnanimah terhadap sesama ummah tanpa niat membetulkan keadaan atau mengajak mereka yang menjadi sasaran penulisan saya supaya bertaubat nasuha dan kembali mengabdikan diri kepada Rabbul Alamin.

Insya Allah!

MAHAGURU58 said...

zulkifli,

Perkataan Inggeris yang sesuai untuk digunakan mengganti 'raplah jingga' adalah 'helter skelter'.

Boleh rujuk disini : http://www.phrases.org.uk/meanings/helter-skelter.html