Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, May 06, 2010

Koperal 104747 Khalid Che Rus perlukan bantuan anda! Mana dia peguam peguam Juara Rakyat? (Dikemaskini)



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan, warganegara Malaysia sekelian.

Besarlah harapan saya agar tuan puan berkeadaan sihat sejahtera bersama ahli keluarga sekelian.

Begitu juga doa saya agar tuan puan semua berkemampuan dari segi material duniawi untuk membantu seorang anggota polis negara kita yang kini terlantar sakit, tidak berupaya berkata kata, lemah terbaring baru beberapa lama dapat mencelikkan mata, hanya mampu melihat tanpa berupaya bersuara.

Koperal 104747 Khalid bin Che Rus dilanggar lari pada 29hb April 2009 di Jalan Keramat AU dan bergelimpang kaku diatas jalanraya akibat terhentak kepalanya jatuh terpelanting dari motosikal yang ditunggang beliau balik bertugas sebagai anggota polis Balai Ampang!

Pemandu kenderaan yang melanggarnya cabut lari meninggalkan Koperal Khalid Che Rus koma diatas jalan, lengkap beruniform. Orang ramai yang berlalu lalang cuma melihat atau berlalu pergi tanpa menghulurkan bantuan kepada anggota polis ini sampai sejam berlalu!

Jenis kategori apakah masyarakat kita ini boleh membiarkan seorang anggota polis pengsan koma terhentak kepalanya diatas jalanraya bertar yang keras itu tanpa memanggil ambulans atau mendail 999?

Akibat terbiar tanpa pertolongan cemas atau rawatan doktor selama sejam lebih, hari ini Koperal Khalid baru sedar dari koma beberapa bulan yang lalu setelah setahun ditimpa kemalangan yang telah meragut keupayaannya untuk berdikari atau bertugas menjaga keselamatan negara dan menyara anak isteri beliau yang tercinta!

Saya berkesempatan mengetahui cerita duka beliau ini dari OCPD Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan dan Ketua Polis Balai Ampang Cif Inspektor Norazman Zakaria semasa saya membuat tinjauan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya semalam.

Saya kesana untuk mewawancara pegawai pegawai polis didalam penyiasatan saya sebagai seorang penulis blog menangani kes remaja yang ditembak mati tempohari.

Bilamana saya dimaklumkan bahawa ada satu kes dimana ada anggota polis yang dilanggar lari setahun sudah dan sekarang baru sedar dari koma, maka saya mengalihkan perhatian saya untuk mengetahui keadaan Koperal 104747 Khalid bin Che Rus yang telah saya paparkan didalam bentuk video di atas.

Saya pohon agar setiap pembaca blog saya ini serta rakan rakan blogger menyebarluaskan video ini melalui blog masing masing.

Saya mengalu alukan pihak media supaya menyiarkan semula video ini di rangkaian masing masing.

Saya mempelawa peguam peguam 'Juara Rakyat' untuk turut membantu Koperal Khalid Che Rus sepertimana mereka membuktikan diri mahu 'membantu' rakyat ter'aniaya' didalam kes remaja Shah Alam itu!

Bantulah Koperal Khalid Che Rus!

Hubungi isteri Koperal Khalid @ Puan Satona di talian 014-223 5120

Alamat berek kediaman mereka :

No. 111, Blok 9, Jalan AU 1A/1, Taman Keramat, 54200, Kuala Lumpur.


Nombor Akaun Bank Koperal Khalid bin Che Rus untuk kemasukan terus wang derma ikhlas anda adalah :
  1. Akaun Maybank : 1621-8839-5589
  2. Akaun BSN : 1415-7298-8710-4416
Diatas kesudian tuan puan membantu Koperal Khalid bin Che Rus ini, bersama sama lah kami memohon doa restu dari Ilahi agar membalas budi dan jasa tuan tuan dan puan puan semua diampunkan sekelian dosa, dipanjangkan umur, dimurahi rezeki, dikekalkan iman dan dibalas dengan ganjaran Jannah Al Firdaus, Insya Allah!

Amin Ya Rabbal Alamin.

Saya menyampaikan amanah Puan Satona sekeluarga serta Ketua Polis Balai Ampang OCS Cif Inspektor Norazman bin Zakaria serta Tuan OCPD ACP Abdul Jalil bin Hassan serta seluruh tenaga anggota polis Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya, rakan rakan setugas Koperal 104747 Khalid Che Rus.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hormat dari saya,

Zainol Abideen @ Mahaguru58.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

* Heartfelt appreciations from me on behalf of Koperal Khalid, his family & his superiors to the following Good Samaritans for caring to highlight this case in their respective blogs and newspaper :
  1. My blogging mate @ Dato Ahiruddin Atan @ Rockybru for publishing my appeal here in his blog and an earlier report on Corporal Khalid in his newspaper The Malay Mail here.
  2. Blogger Papa Gomo for sharing his views here in his blog about Corporal Khalid's plight.
  3. Blogger Gerakan Anti PKR for sharing the same here in his blog.
  4. The Unspinners for sharing with their readers this appeal here.
  5. MEDIA CYBER for being kind enough to share this appeal with her readers here.
  6. Unit Media Wangsa Maju for sharing the story of Corporal Khalid with their readers here.
  7. MOHD SYAHIR MAKIN who has graciously shared the plight of Corporal Khalid at his blog here.
I ask all my fellow bloggers to please share this news about Corporal Khalid in your respective blogs and to ask those who can help him to contact his wife at 014-223 5120 to offer your assistance.

Allah the Almighty will surely look upon those who are kind to the ones who are suffering with Mercy and Grace Insya Allah.

God bless all of you who are going to help Koperal Khalid and his family.

Ameen.

26 comments:

raj raman said...

The appeal is noted.
Some $$$ will bank in soon.

rajraman666.The devil also got soul.
We can be racial but can't be racists.
Thank u.

MAHAGURU58 said...

May peace be with you Brother Raj Raman.

You may claim to be a devil sir but I sensed a trait of goodness in your soul from the very first time our paths crossed in the cyberspace.

This is what I know to be 'fitrah' @ natural inclination to do good that Almighty Allah has imbued in each and every one of us who are known as human beings. Al Insaan.

Thank you brother for being generous with a suffering fellow Malaysian ~ Corporal Khalid.

On behalf of his family and superiors, I thank you.

May your kindness be rewarded by Ar Rahman.

Ameen.

Rocky's Bru said...

Salam,
Thank you bro for highlighting the Corporal's plight. We at The Malay Mail did an article on him late March, but it looks like nothing has really been done for him.
We'll follow up next week.

Thank you.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Brother Rocky.

Yes. If you have viewed the video I shot, you'd notice that the Corporal's wife had no idea as to how to pursue her bedridden husband's case and that to date he has not received any insurance claim either from the Police Cooperative or from Socso either?

The irony is that despite his case being highlighted in The Malay Mail as you say, none of the Welfare Department or in this case PERKESO or the Police Cooperative had followed up on his case leaving the clueless wife cash strapped and just depending on the donations by Baitulmal in the form of his adult diapers and special milk formula for his intravenous feeding.

Let's hope this time around there will be some improvement as far as his welfare is concerned now that he has bloggers like us taking up his cause.

Thanks for your help bro.

May Allah reward you for your willingness to assist Corporal Khalid. Ameen.

Amri Bahruji matPuisi said...

if i were there. i'll lend my hands to helm him.. hope that he is doing better.. insyaAllah..

Media Cyber said...

:'( ....... allow me to copy this.....

MAHAGURU58 said...

Amri Bahruji,

That is a gallant thought and one that must be supported.

Please make do'a that Koperal Khalid's condition will improve soon via the help that he might be getting from good natured people like your kind self.

Thank you.

MAHAGURU58 said...

Media Cyber,

You are most welcome to share this sad news with your respective readers.

Let's do our bit for Koperal Khalid!

Please share this appeal with all whom you might know and network amongst your friends and family to help this poor suffering policeman, Insya Allah!

May Allah reward you for your initiative dear miss.

Amin.

zulkifli said...

One question-what has the PDRM and the Police top brass done to help their comrade? Asking the public to help is good and noble, but I wonder why the people who can really make a speedy improvement to this case has been sleeping on the job.

MAHAGURU58 said...

Spot on Zul! I wondered the same but let it slide for not wanting to worsen the situation.

Let's focus on the immediate need to help Cpl. Khalid then we can tackle the obvious neglect of one of their own.

Nik said...

Mahaguru, may Allah bless u. What u did is way out of this world...by exposing the corporal's suffering. Malaysia will be a better place if we have more people like u. Lastly, let us all help the corporal. And my prayer is with him.

raj raman said...

Thank you and Thank you for you brother.You take the pain to highlight and i get the credit.The credit for you not for me.

rajraman666.I am a passer by in this corrupted world.The weird thing people's blog days and nights championing politics but very seldom they high light about the suffering of the poor.
Why not all the Blogs owner every month highlight some food for thought about the neglected people? (just a suggestion)

We can be racial but can't be racists.
Thank u.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Nik.

As a blogger, this is just a small effort on my part.

I went to the IPD Ampang Jaya to do my own research on how it must be for the patrolmen in facing situations such as what took place in Shah Alam recently?

The OCPD told me that he had been ordered not to comment on the ongoing case involving the fatal shooting but shared with me the case involving Corporal Khalid.

As a matter of fact, I was free that morning and Chief Inspector Norazman, Corporal Khalid's commanding officer happened to be free as well.

So, ACP Abdul Jalil the OCPD suggested that if we could, to go pay a visit and see how Corporal Khalid is doing?

I drove C/Insp Norazman and Corporal Yusof to Corporal Khalid's barracks and the rest is now on video which I have featured.

I am banking on the help of my fellow bloggers to highlight his case as a few of them did, Rocky is going to republish his situation in The Malay Mail next week.

A reader of my blog has referred a traditional physiotherapist to Corporal Khalid. I have passed his contact details to Puan Satona.

Insya Allah, I will be following up on his situation.

Thanks for your support Nik!

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

jitraguy said...

mudahkan lah kerja2 nak menyebar berita ini.. mudah2kan lah kerja nak copy paste

syahir said...

Ok roger! telah dibaca dan akan publish di blog saya. Teruskan usaha murni tuan tanpa mempedulikan apa tanggapan mereka yg sakit jiwa.

muhammad hafiz said...

Salam mahaguru58.

satu pendedahan yang baik.tahniah untuk saudara. Walaubagaimanapun saya kurang bersutuju saudara berulang kali mengatakan tiada individu@parti politik yang tampil membela Koperal Khalis ini berbanding kepada apa yang berlaku kepada arwah Aminulrasyid. Pendapat saya, dua kejadian ini perlu dilihat daripada perspektif yang berbeza. Satu ; kes Koperal Khalid. Dia dilanggar lari oleh seseorang yang memang tak berhati perut dan boleh di kategorikan sebagai penjenayah. Pembelaan yang bagaimana yang saudara maksudkan untuk diberikan kepada Koperal Khalis ni. Betul, Kita semua bersimpati dengan Koperal Khalid tetapi kenyataan yang di ulang saudara menyatakan tiada pembelaan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu memang saya rasa tidak patut. Kes dua ; arwah Aminulrasyid. Adik ni di tembak oleh seorang polis yang sememangnya tugasnya menjaga keamanan dan polis ini sememangnya bukan seorang penjenayah dan juga saya rasa bukan seorang yang tak berhati perut. Jadi pihak-pihak yang membuat pembelaan ini mahukan satu keadilan untuk arwah bagi mengelakkan kejadian lain berlaku seumpama ini. Dan yang paling penting kenapa ini harus berlaku dan dilakukan oleh PDRM. Siasatan yang rapi perlu dilakukan untuk menentukan samada ini di sebabkan oleh kecuaian polis itu sendiri ataupun sebab-sebab lain. Ini yang penting. Saya menghargai tugas-tugas polis. Tapi hanya polis yang profesional. Sedikit kecuaian membawa padah kepada orang lain. Profesional ini yang kita mahu. Jadi saya rasa perlu dan sangat perlu pembelaan ini dilakukan dan polis sendiri perlu mempunyai kesedaran untuk meningkatkan tahap profesional mereka dalam menjalankan tugas.
Apapun tahniah saudara kerana menerbitkan isu ini dan semoga beroleh keberkatan daripada Mahha Esa. Saya juga mengharapkan niat saudara menerbitkan isu ini ikhlas dan bukan untuk menjatuhkan moral dan usaha pihak lain.

Akhir Kata. Terima Kasih Polis. Kami Mengharapkan Integriti dan Profesiolisme daripada anda semua.

Muhammad Hafiz

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Hafiz.

Nak tahu samada saya ikhlas ke tidak membantu Koperal Khalid ini, sila lah hubungi keluarga beliau di 014-223 5120 (Satona binti Pinyin).

Hafiz juga boleh bertanya OCS Balai Ampang : Cif Inspektor Norazman Zakaria : 019-214 7899

atau OCPD Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan : 019 6000 290.

Masaalah kebanyakan orang seperti saudara adalah kegagalan menghargai usaha murni seseorang dan terus berprasangka yang bukan bukan terhadap kerja seseorang blogger yang memberi ruang kepada kes manusia manusia yang ditimpa kemalangan seperti Koperal Khalid dan terabai dari perhatian media massa serta orang orang yang kerja dia tak lain dari mempersoalkan keikhlasan orang lain didalam sesuatu kerja amal?

Saya tak kisah lah saudara nak berprasangka apa apa terhadap saya didalam membantu sesama manusia.

Saya hanya mengikut kata hati saya dan menyerahkan kepada Rabbul Alamin untuk membalas usaha saya.

Saya menerima sms penghargaan dari kedua pegawai polis di atas tadi mensyukuri pendedahan saya kerna ianya telah membuka mata piha pihak yang sekian lama ini terlepas pandang pada kes Koperal Khalid.

Jika saya nak ambil hati dengan ulasan atau maklumbalas yang meragui nawaitu saya mendedahkan kes Koperal Khalid seperti persoalan saudara ini, sudah tentu orang orang lain yang ditimpa malang seperti Koperal Khalid akan kehilangan bantuan pendedahan kepada massa sebab orang yang nak tolong mereka seperti saya ini pula di persoal tahap keikhlasan mereka?

Dalam Bahasa Inggeris saudara, ada ungkapan sesuai untuk saudara ; " Go take a hike bro! I've got better things to do than to deal with suspicious folks like you!"

OCS Ampang Jaya mengirim sms menjemput saya bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang akan menziarahi Koperal Khalid petang ini untuk menghulurkan bantuan kepada nya selepas mendapat pendedahan tentang keadaan nya petang ini.

Anda boleh sahaja meragui tahap keikhlasan mereka pula?

Wassalamualaikum.

raj raman said...

If some people deserved to help,help them in whatever ways possible.

Example- Bloggers are crying for RPK and most blogs promote him every day.Donation pour in by thousands.Meanwhile a poor man dying every other day and not noticed by politician and bloggers just because they are more concern about their political believed and more focus about championing their believe.

rajraman666.Good job brother and take it easy please.
Meanwhile a question for you - Why there is a trash/dustbin in my comment? (just need to know?)

We can have different views but when come to helping each others - its must be border less soul.
Tq.

MAHAGURU58 said...

raj,

That is a feature provided by Blogger to enable commenters to delete their posted comments if they decide later to remove whatever comment they posted earlier and changed their mind about posting such a comment?

If you look properly, you'll find that 'dustbin' besides every comment published.

Doesn't imply that your comment is just fit for the dustbin! :P

You may express yourself in a certain way but if you see it appearing here in my space, that means your comment is worth publishing ...if not I'd have thrashed it earlier. :)

Rest easy bro and keep commenting ....wisely.. of course.

johnny cheah said...

IT'S A REAL SAD CASE. ANYWAY, I HAVE TAKEN DOWN THE MAYBANK ACCOUNT NUMBER AND TOMORROW FIRST THING IN THE MORNING I WILL DEFINITELY BANK IN SOME CASH. HOPE IT HELPS THE CORPORAL

bujai said...

salam,
saya terpanggil untuk memberi sedikit komen mengenai kes menyayat hati ini.

seharusnya rakyat yang selama ini mendapat perlindungan secukupnya dari pihak polis, harus sedia membantu dalam kes seperti ini. mereka yang paling banyak menghentam polis pula ialah golongan yang paling banyak mendapat perlindungan polis.

jadi, janganlah kita memandang sepi kes ini sedangkan keharmonian yang wujud sekarang sebahagian besarnya adalah sumbangan pihak polis.

memang ada anggota yang tidak berdisiplin dalam menjalankan tugas tetapi janganlah disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

kenaa kita asyik menuding jari ke arah kesilapan segelintir anggota polis sedangkan kita menutup mata ke atas perkhidmatan lain, sama ada di sektor awam mahupun swasta?

banyak kelemahan turut berlaku di sektor perubahan, perguruan, perbankan dan sebagainya tetapi rakyat malaysia seperti sudah diperbodohkan dengan hanya menuduh polis sebagai sebagai tidak cekap dan rasuah.

rasuah sebenarnya lebih banyak berlaku di sektor perubatan, pendidikan dan perkhidmatan lain tetapi ketidakadilan kitalah yang merosakkan pemikikiran sendiri sehingga menjadikan kita gagal menilai keadaan sebenar.

saya dengan ini menyeru rakyat malaysia, tidak kira apa bangsa dan agama, agar menghulurkan sedaya bantuan kepada anggota malang ini.

t kasih

MegaPena said...

Assalamualaikum Tuan Mahaguru....saya mohon izin utk menyiarkan berita ini melalui blog saya.

MegaPena said...

Wondering what is the immediate action from Minister concern. I'm sure that he is aware with this incident. If he cannot deliver, replace with someone who can deliver. RAKYAT DIDAHULUKAN.

MAHAGURU58 said...

May peace be upon you Brother Johnny Cheah,

Thank you sir for wishing to help our fellow human being.

As Malaysians we are all interconnected by nature of having been born here upon the same soil.

Gestures of generosity and kindness as shown by your dear self and all others here reassures me that there is still hope for us Malaysians to live in relative peace, goodwill and harmony.

May you be blessed sir with the best of health and wealth!

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Saudara Bujai.

Mudah2an nasihat saudara di jadikan pedoman warga tanahair ini.

Insya Allah.

Jazakallah kerna sudi singgah dilaman hamba yang tidak seberapanya ini.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Saudara MegaPena.

Dengan segala hormatnya dipersilakan!

Jazakallah kerna sudi mewarwarkan kisah sedih saudara kita Korporal Khalid Che Rus yang terlantar sakit tak berupaya di pembaringan sejak setahun sudah.

Kasihan sungguh saya dengan nasib Korporal Khalid.

Mudah2an dengan bantuan wang derma orang ramai ini boleh lah isteri dan anak anak beliau membeli susu pemakanan nya dan lampin dewasa yang perlu ditukar sekejap sekejap kerna beliau tidak mampu berdikari menjaga kebersihan diri.

Saya berdoa agar Allahu Rabbul Jalil akan memberkati saudara dan semua warga tanahair ini yang tampil sudi membantu beliau.

Amin Ya Rabbal Alamin.