Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, May 13, 2010

Mufti Perak bersuara tentang kelulusan lesen judi sukan

Tan Sri Harussani Zakaria.jpg

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sidang pembaca warganegara Malaysia sekelian.

Saya baru sahaja selesai berhubung melalui telefon dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkenaan isu lesen judi sukan yang diluluskan oleh Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional Malaysia.

Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan bahawa apa saja bentuk judi adalah HARAM di segi Syariah Islam dan beliau berasa amat sedih dengan keputusan Kerajaan Malaysia meluluskan lesen judi tersebut kepada pihak Berjaya Sports Toto Berhad!

Bilamana saya terangkan kepada Sahibus Samahah Mufti Perak bahawa lesen judi ini bukan hanya untuk kategori pertaruhan keatas kejuaraan bolasepak Piala Dunia yang akan berlangsung pada bulan Jun ini tetapi merangkumi segala bentuk sukan sukan yang lain termasuk sukan bolakeranjang, perlumbaan kereta, motosikal, sukan tenis, golf dan lain lain, Tan Sri Harussani terkejut dan merakamkan kekesalannya!

Beliau memaklumkan saya bahawa akhbar New Straits Times baru sahaja mengadakan satu wawancara dengan beliau dan bertanya samada sudah keluar laporan tersebut?

Saya menjawab saya belum sempat membaca akhbar tersebut tetapi memaklumkan bahawa sudah semakin ramai pembaca blog saya yang menghubungi saya dan bertanya samada saya telah mendapat maklumbalas Tan Sri Harussani tentang apa pendapat Tan Sri mengenai keputusan Kerajaan Malaysia ini untuk meluluskan lesen judi 'sukan'?

Sekali lagi beliau menegaskan bahawa judi itu adalah haram dan diantara dosa dosa besar yang dilaknati Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan barangsiapa sahaja yang bergiat didalamnya!

Berita memalukan Malaysia ini sudah diterbitkan didalam laman web global MSN.Com disini.

Beralih kepada satu lagi perkara melibatkan soal penglibatan Amanah Raya Berhad yang dilaporkan berurusan dengan urusniaga saham syarikat perjudian besar negara @ Magnum Berhad melalui anak syarikatnya Public Mutual!

Tan Sri Mufti Perak meminta supaya saya menulis menerangkan bahawa pendirian beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah haram bagi pihak Amanah Raya Berhad untuk membiarkan anak syarikat nya Public Mutual untuk melaburkan wang amanah pegangan badan tersebut didalam bursa saham yang melibatkan syarikat perjudian Magnum Berhad.

Beliau meminta supaya saya siarkan pendapatnya ini menentang keterlibatan Amanah Raya Berhad didalam sebarang urusan niaga saham yang dimiliki syarikat perjudian seperti Magnum Berhad.

Harap maklum.

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya sudah menyempurnakan amanah Sahibus Samahah Mufti Perak Tan Seri Harussani Zakaria untuk menyampaikan amanatnya ini kepada tuan puan semua.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersama lah kita membanteras
segala kemaksiatan yang sedang berleluasa ditanahair kita ini!


ALLAHU AKBAR!!!

8 comments:

matrasad said...

Sememangnya ianya haram bagi orang Islam, tapi bukan untuk orang bukan Islam.

Bagaimana pula dengan hak-hak orang bukan Islam yang tidak dirangkumi Syariah Islam?

MAHAGURU58 said...

Saudara matrasad,

Saudara harus sedar bahawa peraturan melarang kegiatan berjudi, meminum arak dan terlibat didalam kancah maksiat yang diperturunkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala melalui Syariat Islam bersifat sebagai benteng penahan anggota masyarakat dari memusnahkan diri sendiri serta kaum keluarga masing masing angkara segala kerja tak berfaedah tersebut.

Selaku negara yang konon nya mengaku sebagai Negara Islam Malaysia, maka jatuh tanggungjawab keatas pemerintah negara ini baik dari Sultan Sultan Melayu mahupun Kerajaan Persekutuan atau Negeri itu sendiri untuk menjaga nasib dan masa depan keseluruhan warga negeri dan negara ini dari memusnahkan sosio ekonomi masing masing tanpa membezakan diantara yang Muslim mahupun yang Kaffir ataupun yang tiada beragama sama sekali.

Ini adalah tanggungjawab Ulul Amri untuk tidak membeda bedakan tanggungan mereka.

Bilamana seluruh warga negara ini dibawah penguasaan pemerintah Islam seperti DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong selaku Raja kita dan juga Duli Duli Yang Maha Mulia Sultan Sultan Melayu, maka jatuh wajib ke atas Baginda Tuanku sekelian menjaga nasib rakyat dibawah perintah mereka.

Memelihara rakyat dari terjerumus ke kancah perjudian, arak dan maksiat adalah diantara tanggung jawab Ulul Amri kita.

Saudara harus tahu bahawa orang orang kaffir itu sendiri ramai yang tidak setuju dengan keputusan Kerajaan Malaysia dibawah pentadbiran Najib Tun Razak meluluskan lesen judi sukan ini.

Rujuklah kepada komen komen mereka yang bukan Islam di http://www.malaysiakini.com/news/131571

Jangan saudara anggap bahawa semua yang bukan Islam lorat nak berjudi, minum arak dan berpeleseran ikut suka hati mereka.

Ada juga dikalangan mereka yang kaffir hanya pada soal akidah dan beriman kepada Allahu Rabbul Alamin tetapi lebih menjaga diri dari terlibat didalam kerja kerja dosa samada kecil atau besar berbanding sebilangan dari mereka yang mengaku Islam tetapi ternyata lebih teruk perangai dan amalan mereka dari warga bukan Islam didalam negara ini.

HISHAM HALIM said...

terima kasih tok guru...!! saya bukanlah untuk mempertikaikan mufti.. tapi ..dalam soal ini. kenapa keputusan tidak dirujuk terlebih dahulu kepada yang pakar (mufti)...?kenapa terlalu hentam keromo..?
alasan yang diberikan untuk menghalalkan perkara yang jelas haramnya adalah terlalu bodoh... jahil sangatkah "mereka" ini? kalau pemimpin tidak tahu halal haram.. inikan pula rakyat... jangan ingat rakyat bodoh..? alasan urbanisasi menjadi pelindung..? apakah ini semua?.. hari ini lesen judi sukan diluluskan? esok lusa entah lesen apa pula yang akan diluluskan.. mungkin lesen pelcuran?... kita sudah jauh terpesong.. terlalu liberal... adakah ini gelombang "atartuk"??..... mohon tok guru bertindak dalam menyelamatkan pemimpin kita yang hanyut.. hanyut dibuai keenakkan kuasa....

Sam said...

Salam,

Saya terpanggil untuk menjelaskan/memperbetulkan sedikit kedudukan maklumat yang Saudara utarakan berkenaan Amanah Raya Berhad supaya ia tidak mengelirukan pembaca blog ini dan kredibiliti blog ini.

1. Public Mutual adalah pengurus dana saham amanah yang merupakan anak PUBLIC Bank Bhd. Oleh itu, ia BUKAN anak syarikat Amanah Raya Berhad.
2. Amanah Raya Berhad adalah hanyalah Pemegang Amanah [trustee] kepada Public Mutual - dimana AmanahRaya berperanan menjaga kepentingan pemegang unit amanah saham - hubungan ini jelas dinyatakan dalam peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
3. Oleh yang demikian, Amanah Raya Berhad tiada kuasa ke atas pelaburan yang dilakukan oleh pengurus dana - Public Mutual.

Terima kasih

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Hisham Halim,

Sama sama.

Saya turut hairan bagaimana perkara seperti ini boleh dengan mudah sahaja diluluskan Kabinet Malaysia dan ingin bertanya apakah telah diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong?

Terlalu banyak implikasi yang akan ditanggung masyarakat umum negara ini bila dibuka begitu punya banyak peluang untuk berjudi, mempertaruhkan wang ringgit didalam acara acara sukan yang akan tercemar dengan dosa judi ini.

Sebab itulah saya begini terkilan dan tidak puas hati dengan pihak pemerintah seperti Najib Abdul Razak.

Semoga saudara akan terus membangkang kelulusan ini sama seperti saya dan para pejuang Islam yang lain.

Insya Allah.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Sam.

Apa apa yang saya terbitkan disini berkenaan peranan Amanah Raya Berhad adalah penyampaian 'word for word' lafazan Sahibus Samahah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang saya dengar dengan telinga saya sendiri melalui perbualan telefon dengan beliau.

Saya sekadar menunaikan tanggungjawab saya menyampaikan amanah Tan Sri Mufti.

Tentang kredibiliti blog Mahaguru58, Insya Allah para pembaca saya yang terdiri dari segala lapisan masyarakat didalam negara kita ini dan seantero dunia, Alhamdulillah tetap terpelihara kerana saya tidak akan menyiarkan sebarang cerita atau berita tanpa fakta.

Bilamana saya merujuk kepada profail Sam sendiri di http://www.blogger.com/profile/00608190568599555017, tak ada walau sepatah perkataan pun terpampang untuk dijadikan perbandingan.

Maka faham faham sahajalah akan kedudukan kita masing masing, saya selaku seorang Blogger Muslim dan saudara selaku penghantar komen.

Mudah2an saudara akan mahu bersama sama menyampaikan maklumat yang bermanfaat kepada pelayar blog sedunia.

Insya Allah.

Terimakasih diatas maklumat yang anda kirimkan.

Semoga lebih jelas lagi akan kedudukan kes ARB ini.

Wassalamualaikum.

Enche Gaban said...

Assalamualaikum Tuan Mahaguru58,

Sedih sungguh rasanya melihat situasi negara sekarang ini. Umat Islam nampaknya LANGSUNG TIDAK BOLEH berfikir melangkaui politik kepartian. Bila pemimpin UMNO buat salah pengikutnya keluarkan hujah "tegur cara berhemah", bila pemimpin PAS pula buat salah hujah sama keluar "tegur cara berhemah".

Yang salah TETAP salah. Sedih melihat umat Islam UMNO mempertahankan pemimpin dalam isu judi dan sedih melihat umat Islam PAS mempertahankan pemimpin dalam isu Kalimah.

Paling mengecewakan, kalau ikut pemerhatian saya selepas PAS kuat tahun 1999 UMNO memulakan usaha untuk "out-Islam" PAS dengan memperkenalkan Islam Hadhari di Terengganu dan seterusnya di peringkat Pusat selepas 2004. Itu tak apa lagi sebab Islam.

Malangnya selepas DAP kuat tahun 2008 UMNO buat pula usaha untuk "out-Kafir" DAP dengan mengadakan judi sukan! Sedangkan Anthony Loke DAP sendiri minta special draw TOTO/Magnum dikurangkan! Allah Maha Besar, harap keputusan Sibu akan menyedarkan pemimpin Muslim bahawa judi bukan alat pancing sokongan. Jangan nak "out-kafir" DAP sepertimana gagalnya Islam Hadhari untuk "out-Islam" PAS.

Kepada Allah berserah.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Enche Gaban.

Saya baru sahaja membalas satu emel dari seorang warga Barat yang bekerja di Indonesia bertanya pada saya akan apa alasan Kerajaan BN Malaysia meluluskan lesen judi sukan sedangkan sekian lama ini Malaysia dikatakan sebagai sebuah Negara Islam?

Negara Islam apakah Malaysia bila menggalakkan perjudian dan lain lain dosa besar?

Najib yang buat taik ; kita nak kena berjawab!

Saya menanti izin dari pengirim emel untuk berkongsi jawapan yang saya berikan kepada soalan soalannya disini.