Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, May 12, 2010

Najib Tun Razak, PM Terakhir Kerajaan (Pelopor Judi) Barisan Nasional?

najib.jpg

Surah Al Baqarah Ayat 219

219. Yas-aloonaka AAani alkhamri waalmaysiri qul feehima ithmun kabeerun wamanafiAAu lilnnasi wa-ithmuhuma akbaru min nafAAihima wayas-aloonaka matha yunfiqoona quli alAAafwa kathalika yubayyinu Allahu lakumu al-ayati laAAallakum tatafakkaroona

[219]Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

219. They ask thee concerning wine and gambling. Say: "In them is great sin, and some profit, for men; but the sin is greater than the profit." Whey they ask thee how much they are to spend ? ; say: "What is beyond your needs." Thus doth God make clear to you His Signs: in order that ye may consider—

Sadaqallah hal azhim. Benarlah Allah yang Maha Perkasa!

Sudah saya katakan sebelum ini bahawasanya Kerajaan BN ini tidak akan dapat bertahan didalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang sekiranya Judi Sukan mereka luluskan juga!

Sebelum ini sudah penat para bloggers Muslim menasihati kerajaan BN pimpinan Najib Tun Razak ini supaya menjauhi judi namun nampak nya bagaikan menuang air ke daun keladi.

Sudahlah para pemimpin BN ini nampak seperti dayus tidak mampu mentarbiyyah isteri masing masing supaya menutup aurat selaku mereka yang mengaku Muslim sekarang ditambah pula dengan status diri sebagai pelopor judi!

Sayang sekali PAS mencemar diri bersama sama dengan musuh Islam tegar seperti DAP dan bersekongkol pula dengan puak liberalisma Islam didalam parti satu lagi.

Sekiranya PAS berdikari dengan berinfiradi menyediakan barisan kepimpinan ulamak muktabar maka blogger ini tidak akan bertangguh bersama sama dengan para pejuang Islam mendaulatkan Ad Deenullah sebagai teras negara Islam Malaysia didalam ertikata sebenarnya!

Kini terpaksa bermufaraqah lah saya dari segala parti parti politik negara kerana tidak ada lagi mana mana parti politik yang halal untuk saya sokong dan bersama sama berusaha menegakkan Syiar Allahu Ta'ala didalam saki baki kehidupan saya dimuka bumi Malaysia ini.

Wallahi! Seandainya PAS dibawah perintah Tuan Guru Professor Dato Dr Harun Din dengan tersendirinya bebas dari ikatan bersama DAP dan PKR, tidak akan tertangguh lafaz bai'ah saya bersama sama beliau dan ulamak syumul yang lain menuju cita cita menegakkan Daulah Al Islamiyyah Malaysia Darussalam.

Najib Tun Razak telah menghancurkan saki baki harapan saya dan sesama warga yang lain untuk terus mendokong Kerajaan BN ini yang kini dicemari dengan sokongan terbuka nya kepada perjudian yang diharamkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Sesungguhnya kini terdedahlah kita semua kepada bala bencana yang akan turun akibat murka Allahu Rabbul Alamin dengan pengkhianatan kepercayaan dan amanah umat Islam seMalaysia oleh Najib Tun Razak, pelulus perjudian sukan yang diterajui Kumpulan Berjaya Vincent Tan.

Bersedialah kita semua melihat Malaysia diludah oleh para pejuang pejuang Islam sedunia kerana berperdana menterikan seorang penyokong judi!

Para ulamak dan cerdik pandai agama Islam didalam Malaysia kini bagaikan setan bisu kerana tidak berani menyatakan yang hak kepada seorang ketua kerajaan yang curang terhadap lafaz sumpahnya semasa menerima amanah umat Islam dan seluruh warganegara ini pada upacara menerima jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mulai sekarang, honorifik PM bagi Najib akan membawa makna baru kepada saya iaitu 'Pengkhianat Malaysia'!

Selayaknya mana mana umat Islam negara ini yang sedar diri dikhianati Najib Tun Razak dengan menghalalkan perkara yang sahih haram, bermufaraqah diri dari menyokongnya dan membuat laporan polis terhadap Najib di atas pengkhianatan terlaknat ini!

Seperti saya katakan tadi, hadapilah kenyataan bahawa inilah Kerajaan BN yang terakhir selepas petualangan seorang Pengkhianat Malaysia yang bernama Mohd Najib bin Abdul Razak!

Sudah jatuh haram bagi saya untuk menyokong Kerajaan BN ini yang meluluskan lesen judi!

9 comments:

jiwakita said...

salam....

Jika kerajaan meluluskan lesen judi
suatu kesalahan dan membelakangi
amanat rakyat...apa pula dengan
judi haram memang haram tetap
berlaku dan tumbuh macam cendawan?

apakah kita akan menjadi mangsa
atau menerima musibahnya?

semua agamapun tidak membenarkan berjudi...tetapi 'peminat' tetap ada..itu hal peribadi...

persoalan...bagaimana nak hapuskan judi...sedangkan peringatan 'judi
haram di sisi agama Islam'pun orang
langgar...

inikan pula dalam era IT..judi
boleh sahaja pelbagai bentuk dan
amat mudah dilanggani...

Kerana judi dipolitikkan...... 'tauke' judi tetap mendapat habuan!

akhirnya,.. kerajaan punya polisi,
pemimpin kerajaan dikambing hitamkan....

majoritikah inginkan lesen judi
diharamkan/hapuskan....ada keberaniankah dari kerajaan..inilah
persoalan utama!!

no to MLM said...

Salam Mahaguru,

Saya tidak mahu mengundi PAS kerana kerjasama syaitannya dengan DAP. Saya juga tidak mahu mengundi BN kerana masalah judi ini. Juga modal politik BN yang sungguh murahan di Sibu, mempolitikkan isu Allah dan negara Islam untuk sokongan penduduk kristian di sana.
Saya rs sy takkan keluar mengundi untuk PRU 13 ini.

GPBSMKKKB said...

Ya habib...macam mana ummah nak tahu isi hati tuan agar dapat memberi sokongan pada usaha murni memberi kesedaran tentang isu ini? Diam dah tak boleh dah?

agas said...

salam mahaguru..

setau saya ni baru ura2..apa kata guna kuasa kita sbgai bloggers tekan si najib ni agar stop kan rancangan lesen judi ni...

zane said...

Alhamdulillah kerana dah sedar. Alhamdulillah kerana menyatakan yang haq. Saya kembali menaruh harapan pada anda walaupun anda masih menafikan kejujuran perjuangan parti yang satu lagi.

Begitupun wahai mahaguru58, tahniah!

CUCU TOK WAN said...

Saya sudah lama bermufarakah dengan parti-parti politik... apa yang saya lakukan ialah memperjuangkan Islam dan umat, di samping tidak melanggar batas dan adab kepada pemerintah seperti yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya... saya masih berpegang kepada salah satu hadis baginda ketika ditanya Syaidinna Ali r.a bahawa selagi pemerintah melaksanakan solat dan berkalimah thoiyibbah, haram untuk saya perangi mereka...

Dan saya juga sudah lama memulaukan proses pilihanraya yang berpaksikan Demokrasi Rom yang dianuti oleh PAS, UMNO dan Melayu dalam PKR.

Kepada Sdr. Zane... tidak ada kebaikan di dalam keburukan. PAS berada dalam demokrasi, dan sedikit kebaikan mereka terhapus dek kerana keburukan dan kebusukan yang mereka sertai... tidak ada helah dakwah atau dakwah bilhikmah di situ... yang ada di situ hanyalah kuasa, tamak dan haloba!

Welcome to the Club, tuan!

Abdullah said...

Salam TG,

Dunia Akhir Zaman...Gigitlah kemaskemas tali Allah dalam arus jahilliah sekarang...hidup ini satu perjuangan dan mujahaddah.

Esperalzi said...

Satu nukilan yang menarik dan informatif dari Mahaguru.

Sayang sekali,ketiga-tiga parti Melayu sudah tidak ambil pusing lagi tentang arak dan judi. Mereka lebih berminat dalam tuduh menuduh tentang siapa yang lebih dosa dari siapa, termasuk dalam isu judi dan arak..

Nah, apabila AWANG ADEK dari BN mencadangkan idea yang sangat BUSUK lagi JIJIK tentang "mengHALALkan" judi, maka menjeritlah suratkhabar PAS bernama HARAKAH bahawa UMNO parti judi...

Tapi apakah yang sudah PAS lakukan untuk membanteras judi dan arak sejak mereka menang besar di PRU12? Jawapannya PAS pun dua kali lima macam UMNO.

Bila orang PAS sendiri (Hassan Adli) arahkan arak dirampas dari sebuah kedai selesa 24 jam (24-h convenient store) di Shah Alam, bukannya orang DAP yg melenting sangat tapi orang2 PAS, termasuk yg bergelar "ulamak tersohor" yg marahkan Hassan kerana pandai2 arahkan rampasan arak.

Mereka marah kerana Hassan gugat kerajaan Pakatan di Selangor serta mengganggu hubungan PAS dan DAP. Hasilnya, kecohlah PAS sehingga diadakan muktamar tergempar untuk menghukum Hassan. Begitulah PAS kini, lebih sayangkan kuasa dan hubungan dengan DAP, sehinggakan arak dan warak bertukar tempat..

PAS hanya tahu menyalahkan UMNO. Kalau kita tanya mereka kenapa tak tutup kilang arak di Selangor, mereka salahkan UMNO. Konon kilang arak dibina di zaman UMNO, jadi susah nak tutup. Susah macam mana? Apakah UMNO akan bantah kalau ditutup? Sebab itu kita tolak UMNO di Selangor di PRU12 dan undi PAS dan sekutunya kerana kita sangka PAS akan dapat sembuhkan semua penyakit yang dibawa UMNO. Tapi sayang, PAS kini tak dapat tutup kilang arak bukan kerana UMNO tak izin tetapi kerana DAP tak izin. Untuk kaburi mata rakyat, PAS salahkan UMNO..

PAS kini adalah satu beban dan ancaman kepada kemaslahatan Islam dan umatnya di Malaysia melalui hubungan jahatnya dengan DAP...

PKR pula telah diinfestasi, dijangkiti dan diresapi oleh Melayu Liberal Sekular pro-Barat yang anti Islam Sunnah Wal Jamaah dan anti apa-apa saja yang melebihi Melayu dan Islam. Bagi Melayu Liberal Sekular ini, konsep "tiada paksaan dalama agama" diliberalkan seliberal-liberalnnya. Jadi bagi mereka, soal arak dan judi, apatah lagi soal maksiat seperti zina, homoseksualisme dan lesbianisme, adalah isu-isu remeh yang merupakan hak individu untuk melakukannya selagi tak ganggu orang lain. Ramai diantara mereka sendiri yang minum arak dan berjudi kerana bagi mereka budaya arak dan judi itu hak individu sama seperti hak murtad itu hak individu..

UMNO pula kini terlalu takut dengan orang bukan Islam sehingga menjadi sangat lembik dan pengecut. Semua polisi yang pro-Islam dan pro-Melayu yang tidak disukai orang bukan Islam mereka tak berani buat. UMNO juga sudah tak boleh melindungi orang Islam dan Melayu di Malaysia. Najib Tun Razak lebih suka beralah secara merugikan orang Islam dan Melayu. Hasilnya, orang-orang Melayu kini terpaksa tubuhkan NGO2 khusus untuk pertahankan hak2 Melayu termasuk hal2 berkaitan islam..maka timbullah PERKASA, GERTAK, dsb

Sebab itu saya tidak pernah menjadi ahli mana-mana tiga parti Melayu ini. Dan saya fikir saya tak akan mengundi mana-mana parti ini di PRU13. Saya akan boikot ketiga2nya. Lagi pun, ketiga2 parti ini mungkin sudah tidak berminat dengan undi dari orang seperti saya..

jay labuan said...

Sya sokong tdk mengundi,walaupun umur saya blum cukup untuk mengundi,keputusan kamu keputusan yang terbaik...dan kepada rakyat malaysia...itu lebih baik...kerana sistem demokrasi itu sebenar-benarnya memang sesat ,dan akan menghidupkan api perkauman...yang akan dtng juga sya tdk akn mengundi,walau pun umur sya sdh cukup,sokong tidak mengundi...maaf ust,lebih2pulak...