Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, August 19, 2010

Skuad Bolasepak ATM ~ 'Tingkatkan prestasi atau bubar!' YB Menteri Pertahanan


Skuad Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia perlu meningkatkan prestasi permainan mereka dengan berusaha bersungguh sungguh memenangi mana mana pertandingan bolasepak negara diwaktu terdekat ini atau menghadapi risiko skuad berkenaan dibubarkan.

Demikian peringatan dan ulasan YB Dato Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia didalam perbualan beliau bersama media semasa berlangsungnya majlis berbuka puasa bersama staf Kementerian Pertahanan Malaysia bersama penggiat media negara.

Sesungguhnya ada kebenaran pada kata dua Menteri Pertahanan kita itu. Bukan sedikit kos elaun dan saraan yang dibayar kepada para pemain skuad bolasepak kita tak kira samada diperingkat negeri atau negara namun mutu permainan mereka tidak sampai ketahap yang pernah dicapai oleh pemain pemain lagenda kita seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Dato Soh Chin Aun, Isa Bakar, Ali Bakar, Namat Abdullah, Santokh Singh, Mendiang David Arumugam, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan lain lain lagi bintang bolasepak negara kita!

Zaman itu lagenda lagenda kita tidak dibayar sebanyak yang diberikan pada pemain pemain sekarang tetapi kualiti permainan mereka menjadi perbualan sampai sekarang!

Saya setuju dengan peringatan Dato Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi ini.

Bak kata pepatah Inggeris, ' Buck up or ship out!'

Amacam Skuad Bolasepak ATM?

Boleh terima ke cabaran ini atau nak 'surrender'?

3 comments:

Abdullah said...

Tian,
Panjangnya gelaran/pangkat, YB Dato Seri Dr. Hj.ABC.
Nabi Muhammad SAW pun dipanggil Ya Rasulullah, Khalifah Ar Rashidin pun awal nya dgn dengan Nama saja, Ya Abu Bakr...
Tapi sekarang, inilah yang menjagi banggaan dan sanjunggan masyarakat melayu Islam..seterusnya menjadi matlamat dalam amalanya.. bukan kerana keredhoaan Allah SWT semata-mata..
salam Ramadhan.

"Aku menulis bukan kerna nama...."

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan Abdullah,

Biasalah orang bergelar! Nak kita 'short form'kan karang ada pulak yang merajuk.

Macam saya ini, 'inner circle' saya panggil 'very short form' le.

Nama glamor hamba ' Mamu'.

:P

MAHAGURU58 said...

Budak budak tak kira bangsa apa pun, bila nampak saya mereka panggil 'Atok'!

Ada yang spesial skit tempohari kat pasaraya, ada kanak kanak India ni nampak saya dengan janggut putih, berlari lari dia datang memanggil 'Tata'! :D

'Tata' tu dalam Bahasa Tamil bermaksud 'Atok'!

Mungkin Atok dia sama warna dengan hamba ~ Hitam Manis!

Hehehehehe.

Belum lagi budak China panggil saya ' Ye Ye'.

Ha! Kalau ada memang lengkap 1Malaysia. :P

Kat Kuantan saya dapat pangkat ' Atok Uncle'.

Kat Penang ' Atok Mamu'. :)