Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, September 22, 2010

PDRM ~ Kenapa Kalimah Allah & Muhammad dihapuskan dari logo pasukan?

Saya telah menerima emel dan mesej Facebook sejak seminggu sudah dari seorang rakan di Miri, Sarawak yang mempersoalkan kenapa kalimah suci Allah dan Muhammad dihapuskan dari logo rasmi Polis Di Raja Malaysia?


Oleh kerana saya didalam tempoh berkabung diatas kematian saudara saya tempohari, saya meminta rakan saya itu memberi tempoh pada saya sebelum memberi tindakbalas terhadap aduannya itu.


Saya meminta beliau mengambil gambar bukti akan usaha penghapusan kalimah suci Allah dan Muhammad di balai polis yang beliau maksudkan dan emelkan pada saya.


Baru sebentar tadi emel yang berlampirkan bukti usaha menghapuskan kalimah Allah dan Muhammad telah saya terima.


Ini dia buktinya :


Sila klik pada gambarfoto diatas untuk paparan lebih besar dan jelas.

Tuan tuan dan puan puan warga Malaysia yang saya hormati,

Ini ada lah satu usaha keji menghilangkan mercutanda logo pasukan Polis Di Raja Malaysia sebagai sebuah pasukan keselamatan negara yang menjunjung Syariah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam sekian lama ini.

Pasukan Polis Di Raja Malaysia adalah pasukan paling terkemuka didalam sistem pertahanan negara dan kalimah suci Allah dan Muhammad itu bukan sekadar hiasan semata mata!

Setiap anggota polis wajib sedar bahawasanya dirinya bertugas menjaga keselamatan negara dan ia tertakluk dibawah Syariah Allahu Ta'ala dan Sunnah
Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Kalimah kalimah suci tersebut adalah lambang bahawa pasukan polis bertugas menurut suruhan Allah dan anjuran Rasul.

Dengan usaha jahat menghilangkan kedua kalimah tersebut adalah merupakan satu cubaan menghapuskan kesedaran taat kepada Allah Tuhan Rabbul Alamin dan PesuruhNya Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam!!!

Ini logo asal PDRM :


Apa alasan PDRM berkenaan perkara ini???

Kenapakah kalimah suci 'Allah' dan 'Muhammad' dihapuskan dari lambang logo Balai Polis Trafik Miri seperti dipaparkan gambar bukti di atas???

Apakah pasukan PDRM di Balai Polis Trafik Miri terkecuali dari menjunjung perintah Allah dan Sunnah Rasul?

Ada dua sistem ke didalam PDRM?

Sila jawab!

17 comments:

puterifisyah said...

kilang buat baju tu kepunyaan orang kafir kot?.

MAHAGURU58 said...

Ini bukan soal unifom polis. Tengok betul betul pada logo Balai Polis Trafik Miri didalam gambar yang saya paparkan. Klik pada gambar tersebut untuk melihat dengan jelas!

ie said...

Hebatnya orang kafir di malaysia, satu demi satu usaha mereka menghapuskan islam di malaysia berjaya, sampai sebegitu kecil perkara pun mereka berusaha bersungguh-sungguh, apakah usaha kita umat islam untuk mempertahankannya.

joehan said...

erm..org bkn islam semakin berani..dieorg g tempah kt kedai bkn islam n mayb bkn islam tu menyampah dgn kalimah Allah n muhammad..tu la org islam..suruh bersatu xnk..bila salam perpaduan dihulur dgn penuh prasangka parti yg 'perjuang'kn islam kate nape br skrng ajak pas berbincang..nape x dlu..pelik mentaliti org2 yg 'perjuang'kn islam ni..xpkir ke hikmah kalo kite sume bersatu..

dlu logo pdrm pernah diterbalikkn dlm blog pro PR iaitu blog perisik rakyat semata2 die bencikn polis..dieorg jgk secara xlangsung terbalikkn kalimah Allah dan muhamad yg ade pd logo tu..begitu bodoh skali mentaliti org2 pr!!

Ladynohm said...

Salam..
Saya pernah membaca posting2 terdahulu mengenai kalimah Allah Muhammad pada logo PDRM ni yang disuarakan oleh anggota PDRM sendiri. Mrk myatakan rasa tidak selesa memakai topi atau logo yg berkalimah ini pada pakaian mrk krn ada ketika mereka pergi ke toilet dan sebagainya. Dan logo berkalimah Allah-Muhammad ini dipakai juga oleh anggota PDRM yg non-muslim. Sewajarnya Kalimah Allah-Muhammad diletak pada tempat yang tinggi dan dipakai pada logo PDRM yang tidak melibatkan lencana pada baju anggota PDRM spt pada logo besar di Balai dsb. Wallahuallam.

muhammad_efendie said...

assalamualaikum..berkenaan logo polis ni,kalau pada papan tanda@bangunan balai polis,mungkin patut,tapi lambang pada bere,topi dan niform,mungkin patut remive kalimah Allah dan Muhammad,bukan apa,kadang2 kita terlupa kita guna uniform 2 masuk ke tandas dan untuk yg bukan islam mungkin terlupa mengguna uniform mereka pergi ke tempat ibadat mereka.mungkin patut dikaji semula..

MAHAGURU58 said...

Tuan tuan dan puan puan yg saya hormati.

Saya pun pernah dengar tentang ketidakselesaan anggota polis memakai logo berkalimah Allah dan Muhammad ini pada lencana mereka semasa mereka perlu masuk ke tandas ke apa tetapi isu disini adalah tentang penghapusan kalimah suci tersebut dari papantanda besar yang memaparkan logo rasmi pasukan PDRM di Balai Polis Trafik Miri berkenaan?

Saya minta tuan puan pergi mengambil gambar di Balai Polis tempat tuan puan dan emelkan pada saya jika memang sama dengan Balai Polis Trafik Miri?

Ini yang kita nak tanya?

Apakah sebab atau alasan membuang kalimah suci berkenaan dari logo PDRM di PAPANTANDA rasmi Balai Polis Trafik Miri berkenaan?

d_tieah said...

No komen..
Hanya pdrm yang mampu jawab..
Logo tu baru lagi, cawangan tarfik baru di Miri..
Saya tinggal di Miri, tak perasan pulak dengan logo tersebut sebab jarang lalu jalan sana..

zulkifli said...

Perubahan ini secara senyap senyap kot. Menteri Dalam Negeri takut kena kutuk oleh orang Islam.

ICE - LIMITED EDITION said...

Rata rata semua pembuat papan iklan di Miri mungkin adalah bangsa cina. Cina ni tak ngerti pulak nak baca & tulis arab, jadi dia tinggalkan perkataan Arab...lain kali suruh PDRM buat tempahan dg orang Melayu aje...!!! Teknikal problem leh...

dzulkiflee said...

as salam. thanks. saya baru bersua laman blog ni. memang ada arahan untuk memadamkan apa jua kalimah allah dan muhammad pada logo kepala surat. tetapi pada papan tanda sebagaimana yang diperbualkan akan saya semak balik. pada bendera di kem PGA pun kalimah itu telah dipadamkan.apa pun akan saya cari , semak dan maklumkan semula .

Ibn HAJARS said...

Assalamualaikum kepada mereka yang mendapat hidayah.

Tahukah kamu di dalam Al-quran terdapat ayat yang menyatakan memfitnah lebih buruk dari membunuh?

Kamu sebagai orang Islam patut mengelak diri dari fitnah dan menyebar fitnah.

Apakah benar tuduhan-tuduhan kamu terhadap orang kafir ini?

Kekafiran mereka tidak memberi lesen kepada kamu untuk memfitnah mereka melakukan perkara yang mereka tidak lakukan atau tidak terfikir pun untuk lakukan.

Papa HAZAT said...

Bagi saya, mungkin pihak Trafik Miri telah cuai.. jangan terlalu buruk sangka.

Sememangnya terdapat arahan bahawa logo PDRM bertulisan Allah dan Muhammad hanya boleh digunakan di sesetengah keadaan bertujuan memuliakan penggunaannya.

Jika dicetak di kepala surat, phamplet, kain rentang yang memungkinkan ia jatuh dan bersepah-sepah maka ia tidak menjadi isu jika 'terpijak' dan sebagainya.

Tetapi jika ia diletak di tempat yang tinggi seperti bendera, signboard dan uniform maka kena pakai logo yang penuh.

babyburger said...

Assalamualaikum... saudara dan saudari.. Seluruh anggota badan kita mengandungi kalimah ALLAH S.W.T...
Kenapa kita perlu rasa sangsi bila kita masuk ke tandas dengan membawa kalimah ALLAH...?

penyair kura kura said...

asalamualaikum tuan,
saya rasa tidak ramai membaca tulisan tuan secara tenang... subjek tuan berkenaan kehilangan kalimah besar kita didalam logo pdrm disalah satu papan tanda sebuan balai polis dinegeri Sarawak.
Islam adalah satu kesedaran sebagaimana yang cuba tuan ungkapkan dalam post ini, dan tuntutan tuan terhadap penjelasan terhadap isu itu juga tidak berunsurkan untuk mempertikaikan pdrm tetapi berbaur ketegasan dan sy amat setuju dengan tatacara tuan.
Sy pula disatu sudut mengganggap kehilangan logo ini sebagai satu kesilapan teknikal pengeluaran sehingga tiada pemeriksaan terhadap produk sebelum pemasangan papan tanda itu dilakukan (unsur kelalaian )...tanpa menolak kemungkinan ada unsur pengkhianatan / sabotaj samaada menjatuhkan imej pdrm itu sendiri, memembakar semangat orang Islam itu sendiri melalui isu seperti ini. Perlu kita ingat.. mereka-mereka yang cuba merosakkan Islam mengunakan teknik dan taktik yang amat 'berseni' yang jarang kita dapat fahami secara terbuka.sekian
sekadar pendapat dalam cuba memahami situasi terkini

Muhammad Asri Bin Asat said...

assalamualaikum,

kes menggugurkan kalimah ini bukan satu taktik menjatuhkan maruah islam dan polis..saya bukan polis..tetapi hanya designer grafik..

sejujurnya, sy sendiri tidak selesa dengan kalimah tersebut digunakan atas cetakan dan sebagainya. kerana akhirnya akan dibuang, dan entah kemana..dengan cara penghapusan yg salah..

jadi jgnlah membuat andaian kononya mereka sengaja, konon adanya kristianisasi berlaku..saya sama sekali menolak perkara tersebut..

mereka amat telus dlm hal ini..mungkin mereka baru perasankan hal ini, dan dihilangkan..mungkin hanya pada Media Elektronik boleh digunakan..secara jujur sy katakan, mereka juga ada sebabnya sendiri..jadi jgnlah membuat andaian sendiri..jmpe sendiri lebih mudah..

PASDAPX said...

Salam, kalimah Allah SWT dan Nabi Muhammad pd logo Polis itu suatu yg berat sebenarnya. Berat untuk menjaga kesucian syiar itu. Ia dipakai oleh semua anggota tanpa kira agama, dan situasi. Bukan sekadar masuk tandas sahaja, malah bidang kerja Polis itu luas.

Ruh dn syiar Islam itu seiring. Tp yang paling penting bukan sekadar logo, pt pengisian dlm PDRM itu adakah sehebat logo dan kalimah itu. Sy tidak rasa ini satu agenda anti Islam, tp jika yg faham ilmu, menghilangkan logo kalimah Allah dan Nabi itu adalah terlebih baik demi menjaga kesucian dan ketinggian Islam, krn susah utk menjaganya.

sekadar pandgan. Ada dalil2 tertentu dlm kitab2 yg boleh bahas isu ini(mslh musyhaf Al-Quran). Insya Allah.