Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, September 26, 2010

Tak Rasa Bersalah Ke Buang Sampah Dari Kenderaan Anda? Syabas JKR!

























Pepatah Inggeris ada yang berbunyi ' A picture is worth a thousand words!'. 


Baru baru ini semasa saya dan isteri pulang ke Kuantan, saya terpandang papantanda 'sindir pesan' dari JKR Pahang yang sangat tepat sekali cara memperingatkan para pengguna jalanraya supaya tidak sesuka hati membuang sampah keluar dari kenderaan masing masing, mengotor dan mencemarkan bukan sahaja alam sekitar tetapi juga pandangan kita!


Alangkah moleknya cara Jabatan Kerja Raya menyampaikan nasihat ini walaupun ianya berupa satu sindiran yang amat bagus sekali untuk melempang secara perkataan segelintir dari masyarakat kita ini yang memang sudah acapkali saya lihat dengan perasaan marah bersulam geram kerana semberono sahaja membuang puntung rokok, sampah sarap dan sebagainya keluar dari kenderaan mereka!!!


Jika dah tahu benda benda buangan itu akan membusukkan kenderaan masing masing, apakah alasan bagi maarof sintok yakpur salamus otak wal samdol untuk buang sampah mereka ke atas jalanraya yang sudah tentu bukan hakmilik peribadi mereka atau harta mak bapak atau datok nenek biarpun moyang mereka sekalipun???


Memang buruk benar perangai manusia manusia seperti ini yang dengan tidak berperasaan prihatin bahawa jalanraya itu milik awam dan mereka perlu menjaga kebersihannya bersama sama agar selamat dan bersih setiap masa untuk diguna semua?


Saya sering melihat cara pemandu yang merokok membuang puntung rokok mereka ke atas jalan raya atau di tepian jalan. Jika diturutkan hati, mahu saya hon kereta didepan saya itu tetapi nanti percuma sahaja ada yang mungkin bermalam dilokap atau dibilik mayat!


Apa punya pengotor lah masyarakat kita yang berperangai jelek seperti ini?


Nak kita kata tak berpelajaran, masing masing ada yang akan mendabik dada mengaku belajar di universiti sana dan sini dengan ijazah bergulung gulung tak cukup dinding rumah nak dipamerkan kejayaan akademik mereka tetapi otak macam lembu yang berak merata rata!


Cumanya mangkok hayon sebegini suka benar buang puntung rokok mengikut suka!


Ini kalau bangsa Melayu atau yang faham bahasa Melayu sahaja yang mungkin terasa dan mungkin mahu menjaga kebersihan alam sekitar seperti disindir pesan JKR Pahang itu?


Macamana pulak dengan mereka yang jenis tak reti bahasa ni?


Saya rasa JKR kena buat papantanda sindir pesan ini didalam Bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris sama.


Baru adil bro!


Malaysia Boleh...maju kalau semua faham Bahasa Melayu di atas....:)

11 comments:

nasrul79 said...

Rasanya tak perlu dalam bahasa mandarin atau bahasa lain, cuma penggunaan tulisan bahasa yang lebih baik bukan bahasa pasar. errrrrr... tak gitu?

Esperalzi said...

Assalamualaikum...saya setuju benar dengan papan tanda ni yg memberi sindirin tajam, "Tak Rasa Bersalah Ke....?Buang Sampah Dari Kenderaan Anda? Harap2 rakyat yg prihatin tak akan buang sampah lagi dek rasa bersalah mereka.

Cuma saya nak berikan satu idea lagi: letak juga di tempat2 awam termasuk dekat tong2 sampah papan tanda yang berbunyi begini" TAK RASA BERDOSA KE....?BUANG BAYI TAK BERDOSA HASIL ZINA ANDA?"..

Semoga negara kita bersih kedua2 sampah fizikal dan sampah moral..

ziarah76 said...

blog mahaguru kita di qoute dlm utusan page 3 (27 Sept. 2010) dlm isu paderi kurang ajar tu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

Mudah-mudahan tindakan tegas dpt diambil segera dalam isu paderi tu.
T kasih kpd Mahaguru kerana highlight isu ini.
Nampaknya, suara mahaguru kita makin bertaring sekarang dan diberi perhatian oleh ramai pihak.
Semoga sihat selalu..dan terus berbloging utk manfaat ummah.

ziarah76 said...

setuju dgn mahaguru...

MAHAGURU58 said...

Saya suka cadangan Esperalzi.

Nanti saya usulkan pada pihak berkuasa untuk memasang lebih banyak lagi papantanda sindir pesan begini.

Saya rasa ianya bagus dan mungkin berkesan memberi amaran secara adat resam lama Melayu yang menggunakan gaya sebegini didalam menyampaikan isihati?

Terimakasih Esperalzi.

MAHAGURU58 said...

nasrul79,

Ini cara orang Timur. Menyampaikan maksud dengan cara berkias atau yang saya fahamkan sebagai 'sindir pesan'.

Sebagai contoh :

Kata tua kata bersindir,
Menyindir orang tidak beradat,
Hina bangsa kerana pandir,
Orang pandir tidak beradat.

Petikan dari Khazanah Pantun Melayu Riau karangan Tenas Effendy, seorang bangsawan Melayu Deli yang masih hidup di Tanah Seberang.

Melayu itu kaya dengan adat. Bilamana anak muda Melayu lupa beradat, makanya hilang jatidiri dan muflis martabat.

Renung renungkan lah.

Khairul Izzuan said...

Im agree with the action taken by Mahaguru to defense our beloved ISLAM...May Allah bless you Mahaguru..

tadkhalif said...

"tak rasa bersalah ke? potong Q"
lokasi : traffic light dpn berjaya megamall.

MAHAGURU58 said...

Khairul Izzuan,

Thanks for your support brother. Let all Muslims upgrade our Iman and Amals. Practice what we preach and be the Ummah that Khatamun Nabiyyi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam would be proud to call as his own.
Through our joint actions, we can eliminate the enemies of Islam through affirmative truthful Dakwah Al Islamiyyah and support our `Ulul `Amri by advising them in the most acceptable manners and bring about the change we all seek for by putting our Islamic ideals to practice and guide society towards learning what Islam actually is and not as per what it is being made out to be by those whose hearts and minds are blackened by blind hatred towards All Haqq!

Fee Amanillah bro!

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Allahu Akbar!!!

Nureyzal Shoppe said...

Assalamualaikum, salam ziarah
Penuh info & sindiran tajam..
Minta artikel ni dikongsikan dlm FB saya

MAHAGURU58 said...

Nureyzal,

Wa'alaikumsalam. Dipersilakan. :)