Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, October 12, 2010

Kes anggota Polis dan Pemandu Wanita Cina Malaysia ~ Satu Perbincangan



Siapa yang bersalah sikap?


Bagi pandangan saya, kedua anggota polis ini tidak berlaku profesional didalam mengendalikan kejadian ini.


Saya tengok ramai para pemberi komen didalam Facebook dan blog mencaci maki wanita warganegara Malaysia berbangsa Cina ini kerana berani merakam video ini dan mempertahankan haknya sebagai seorang rakyat negara ini.


Sebagai contoh blog ini, ini, ini dan ini. Inilah kelebihan blog dan media alternatif. Masing masing boleh berhujah meluahkan rasa. Namun selaku pengguna internet, kita semua harus sedar akan natijah berkata ikut suka. silap cakap, maka tanggung sahaja padahnya?


Apa yang salah sangat bagi seorang wanita muda sepertinya mempertahankan dirinya dari menjadi seorang lagi mangsa jenayah yang semakin menjadi jadi didalam negara ini?


Dari apa yang saya faham dari kandungan percakapan kedua anggota polis ini dan wanita muda Cina Malaysia ini, ia telah di tahan oleh anggota anggota polis ini diatas kesalahan bercakap menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang memandu.


Masaalahnya adalah sikap. Sikap kedua anggota polis muda ini yang berlaku kurang profesional didalam menangani pesalah trafik ini.


Salah macamana?


Salah 'approach'.


Mereka harus sedar bahawa mereka berhadapan dengan seorang wanita muda yang sudah tentu takut menjadi mangsa penyamar / perogol bersiri / pembunuh / perompak / dsbnya?


Ini bukan perkara main main.


Sudah banyak kes kes kejam sedemikian berlaku ke atas kebanyakan wanita wanita muda warganegara kita tak kiralah bangsa atau agama apa sekalipun!


Masih ingat kes mendiang Canny Ong? Nur Suzaily Mokhtar


Bayangkan diri anda berada didalam keadaan mangsa mangsa rogol dan pembunuhan kejam itu?


Pamela Lim didalam video ini dipersalahkan ramai di atas sikap berhati hatinya  yang mungkin boleh dikatakan sebagai lebih kuah dari sudu didalam beberapa ketika didalam kes ini tetapi dari segi aspek keselamatan, saya tak persalahkan ia seratus peratus.


Sekarang ni mudah sangat nak dapatkan pakaian seragam polis atau mana mana agensi keselamatan. Pergi sahaja ke pekan lama Sungai Besi. Tukang jahit Bangla dengan gembiranya akan menjahitkan pakaian seragam apa sahaja untuk anda dengan bayaran tak semahal mana?


Pamela Lim hanya berwaspada kerna sudah ada banyak kes terjadi sebelum ini. Ia berhak merakam video ini demi keselamatannya. Ia tidak ingin menjadi satu lagi statistik jenayah kejam angkara penyamaran penjenayah.


Anggota polis muda kita ini perlu belajar cara cara berinteraksi dengan orang awam secara lebih professional tetapi diwaktu yang sama menjaga keselamatan diri mereka juga.


Ikut protokol dan garispanduan sedia ada. Insya Allah tak akan jadi kes macam ini.


Adab, sopan santun, berbudi bahasa dan sikap profesional akan membezakan hasil berinteraksi dengan pesalah pesalah trafik macam Pamela ini.


Saya syorkan kedua pihak ~ anggota PDRM dan rakyat Malaysia saling hormat menghormati diantara satu sama lain.


Prejudis berasaskan perbezaan bangsa, agama dan kedudukan sosial harus dilenyapkan dari kehidupan seharian kita.


Melayu, Cina, India, dan lain lain keturunan tetap akan ada didalam negara ini. Sampai bilakah kita nak bercakaran sesama kita?


Setiap manusia itu ada peribadi yang berbeza dan tak akan memuaskan hati dan sanubari mereka yang berkanta rasis semata mata.


Jenayah tidak membezakan sesiapa.


Biar anak orang alim tara mana pun tetap terdedah kepada gejolak hawa nafsu dan kehilangan pertimbangan dan rasional?


Masa dan keadaan menentukan segalanya.


Belajarlah dari kes kes sebelum ini dan bersama sama lah kita mencari kerukunan dan keharmonian diantara pihak keselamatan negara dan warga awam.


Insya Allah selamat!


Saya sarankan kedua Pamela Lim dan anggota anggota polis berkenaan sama sama meminta maaf dan selesaikan kemelut ini.


Pamela Lim, sila mengaku kesalahan bercakap menggunakan telefon semasa memandu, bayar saman dan dapatkan alat 'handsfree' untuk telefon anda bila memandu.


Habis cerita. :)


Untuk membaca pembelaan diri Pamela Lim mengenai kes ini, sila ke sini

21 comments:

AbangMalaya said...

Memang kedua - dua anggota polis tersebut agak emosi....tetapi saya lebih melihat kepada tingkah laku Pamela Lim yang kelihatan melakukan provokasi terlebih dahulu....memang Pamela Lim ada niat supaya kejadian ini berlaku....buktinya rakaman ini telah tersebar di dalam internet....cara dia bercakap memperlekehkan kedua-dua anggota polis tersebut......takkan lah bodoh sangat dia tidak kenal anggota polis dengan perogol....kalau betul2 perogol, rakam pun tak guna...sudah tentu kamera iytu dirampasnya...saya tahu bukan senang jadi polis...saman salah tak saman pun salah....contohnya bila ada kejadian bas berlangar semalam.....banyak pihak ditunding jari...kononnya tiada penguatkuasaan.....

daturaAINnoXia said...

setuju komen AbangMalaya..
merakam dan membuat provokasi terlebih dulu...
dan menyebarkan dlm internet..
jadi apa nawaitunya..?
jangan sokong/bela wanita macam ini..kelak dijadikan contoh dan menyusahkan pehak penguatkuasa nak jalankan tugas..
hati2 bro...jangan tolong bagi laluan..ok

Baiz Leo said...

bagi saya....perempuan tersebut saje menimbulkan provokasi....apa salahnya sekiranya dia memberikan kerjasama kepada pihak polis....dia tak nak ikut tak pe....tapi kan polis tuh dah bagitau ....balai mana yang dia boleh pergi utk dptkan ic dan lesen beliau.....

bagi pengalaman saya....sewaktu saya di tahan oleh polis trafik di satu road block sebelum sampai greenwood....beliau arahkan saya berhenti di tepi jalan....dan beliau bagitahu saya yg saya bawa melebihi had laju....dan beliau akan keluarkan saman kepada saya....namun....atas budi bicara dan beberapa kali saya minta maaf...akhirnya saya di lepaskan tanpa saman kecuali warning sahaja supaya beringt2 lain kali...tak semua polis nak makan rasuah...mereka pon manusia seperti kita....adakalanya mereka simpati juga dgn kita....

tapi dlm kes di atas...pamela terlalu menunjuk "lagak pandai" ....dan komen beliau di blog yg mana akhirnya berakhir dgn maki hamun ke atas diri beliau semula....

MAHAGURU58 said...

Didalam ruang keadilan Islam, tidak timbul soal samada si Pamela Lim ini berbangsa Cina dan Kaffir.

Ia seorang wanita. Sedar akan apa yang mungkin berlaku SEKIRANYA anggota polis itu penyamar / penjenayah?

Kebanyakan dari pengulas kes ini bercakap mengikut emosi masakini kerana sudah siap diperap dengan suasana politik sekarang yang cenderung kepada para pembangkang.

Makanya sentimen anti Cina semakin menebal terhadap sesiapa sahaja yang menjadi bahan berita?

Terpulang pada masing masing untuk bersikap ikut suka.

Saya berpendapat bahawa Pamela bertindak mengikut ruang dan peluang yang ia ada.

Masyarakat tak akan ambil peduli tentang nasib dirinya jika ia berakhir dengan satu lagi tragedi dan menjadi tajuk utama didalam suratkhabar esok?

Tak kena pada anak isteri atau kaum keluarga tersayang, bolehlah berpendapat apa sahaja?

Cuba gi tanya pada mak bapak Canny Ong, Nur Suzaily Mokhtar, Nurin Jazlin Jazimin, dan yang lain lain?

Apa yang mereka rasa?

Pastinya bukan apa yang kebanyakan dari kita sanggup dengar?

Terpulanglah pada yang hendak mengkambinghitamkan si polan.

Hanya satu sahaja peringatan saya ; Raqib dan Atid senantiasa mencatat apa yang kita kata dan taipkan?

Abu Hasan Chan said...

Ini sedikit komen saya. Saya bersetuju dengan Mahaguru. Sudah lebih 30 tahun saya memeluk Islam , rupa keCinaan pada muka saya tetap ada. Saya tidak pakai kopiah di kepala. Pernah berlaku satu peristewa di Sungau Petani Kedah saya naik bas ekspres hendak pergi ke Ipoh.

Kebetulan dreber bas itu melihat saya dengan wajah "benci" entah kenapa ? Ketika itu saya minta izin untuk pergi ke tandas sekejap. Dia memaki hamun saya , mungkin dia tidak tahu saya adalah seorang Muslim. mungkin saya seorang Cina tua yang dia benci melihat rupa keCinaan saya ?

Ada pessenger Melayu lain yang minta bas itu berhenti untuk ke tandas , dia melayan orang Melayu itu dengan sopan. Saya pula merasa malu kerana mejadi seorang Cina yang tidak dihormati kerana keCinaan saya ?

Apabila bas itu sampai ke Ipoh , saya minta bas itu berhenti di tepi jalan berdekatan rumah anak saya , dreber bas itu menjawab dengan nada menghina saya. Seolah-olah saya seorang orang Cina bodoh.

Kemudian saya call anak saya melalui telefon bimbit supaya diambil saya di stesen bas Gopeng. Drebar bas itu kelihatan gelisah kerana saya bercakap bahasa Melayu Kelantan yang fasih.

Saya hendak sebut dua potong ayat al-Qur'an yang orang Melayu sendiri tidak ambil tahu tentang maknanya .....

1) ....wa laa tamshi fi l-ardhi maraha [al-Isra' (17) : 37 ]

bermaksud ..."Janganlah kamu berjalan di atas muka bumi dengan sombong ...

2)...wa laa tuso'i khadda_ka li-nnas ...[Lukman (31) : 18 ]

bermaksud : ...Janganlah kamu berpaling pipimu dari manusia ...

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Saudaraku Abu Hassan Chan,

Sesungguhnya kita semua berasal dari tanah. Bapa kita sekelian adalah seorang Nabi Allah.

Adam Alaihis Salam namanya dan beliau diciptakan Allahu Ta'ala dari tanah yang di ambil Malaikat Izrail Alaihis Salam dari seluruh pelusuk bumi ini.

Biar bagaimana sekalipun kita dipandang hina oleh mereka yang jahil, tak usah lah di ambil kisah sangat kerana mereka belum mengerti akan kehidupan duniawi yang teramat sementara ini.

Jika dilapah kulit kita ini, maka tengkorak dan balutan isi otot kita tetap kelihatan sama.

Hanya akal dan amalan yang membezakan kita disisi Rabbul Alamin.

Syabas kepada Cikgu kerana membuktikan pada mereka yang sombong bodoh membanggakan diri dengan keturunan dan bangsa bahawa Taufik dan Hidayah itu hanya dari Allahu Ta'ala semata mata dan jika dibandingkan dengan sebahagian besar orang orang Melayu yang begitu komited berbuat dosa dan maksiat, Cikgu sebagai seorang Cina Muslim yang tua terbukti lebih mengerti akan intipati Ad Deenullah dari kebanyakan mereka yang kena 'cataract iman' ini?

zulkifli said...

Kalau setakat mengambil video mungkin boleh diberi 'benefit of the doubt'. Tapi kalau sampai memuatturun untuk semua menonton, itu sah provokasi. Macam sikap seorang yang bongkak dan sombong. Ini bukan soal seorang penumpang bas berwajah Cina yang diberi layanan buruk oleh seorang pemandu bas (baca komen sdra yang menamakan diri Abu Hasan Chan).
Dan kes Cammy Ong, Nursuzaily tidak boleh disamakan dengan kes ini. Penjenayah terbabit tidak pun menyamar sebagai polis. Kes Nurul Jazlin, kalau penjenayah tu menyamar sebagai polis, mungkin Nur Jazlin akan lari daripada sipenyamar.

ahong said...

Salam Mahaguru,

From the video I find it very uncomfortable because both the policeman did not display their Police ID cards.

If it were me, I might not even stop and race straight to the nearest police station.

Also from experience, when they dont display their ID number, they wanted 'duit kopi'. (more like duit untuk masuk neraka)

PS: I still dont like how she talks

ahong said...

Kepada Zulhisyam

"sikap bangsa Cina yang banyak mempermaikan anggota awam serta Melayu"

Itu pendapat dari kaca mata saudara, jika dilihat dari kaca mata orang Cina macam ni:

"orang Melayu ni nak cari duit kopi" atau

"slow sangat kerja, buang duit kerajaan aje menggaji orang ni"

Gara-gara kerana sesetengah orang Cina atau Melayu camtu, kenapa men'generalize'kan?


Kepada Baiz Leo

Saya rasa awak tak tengok bahagian depan di mana pompuan tu dah mengaku bersalah tapi polis tu yang tak puas hati atau takut dengan tindakan dia ambik gambar.

Polis tu yang cakap lebih dulu. Pompuan tu reaksi aje kepada apa yang dikatakan (dah nama pun pompuan). Apa salahnya ambik gambar malah video?

Alibroleh said...

salam mahaguru..
saya sangat setuju dgn komen2 yg mempertikaikan tingkah laku pesalah tersebut..
dan saya nak tanya...siapakah yg terlebih dahulu membuat provokasi ?saya percaya jika tiada provokasi..tiadalah perkara ini terjadi..
andaikata mahaguru sebagai anggota polis menghadapi provokasi sebegini apa yg akan mahaguru lakukan..? bolehkah mahaguru bersabar dgn senyum simpul...bila nak selesai..
ini bukan masalah perkauman..tapi masalh menghadapi provokasi pesalah2 x kira ape kesalahannya..
kenapa dalam soal ini dikaitkan dgn pembunuhan Canny Ong, Nur Suzaily Mokhtar dan Nurin Jazlin Jazimin..adakah mereka menjadi mangsa penyamaran sebagai polis..?
bagi saya contoh sebegini keterlaluan..mengelirukan fakta dan melampau..cuba memberi gambaran supaya jangan mempercayai polis..kerana munkin bukan polis..dan jangan terlalu mengikut arahan polis..memang pon patut berwaspada tetapi tgk lah dimana tempat anda berada..dan waktu bila..
adakah mahaguru sangup melihat anggota penguatkuasa dipermain mainkan sebegini..
memang x dinafikan ada sikit emosional..dan kurang profesional...tapi sesiapa pon malahan mahaguru sekali pon saya percaya akan tercabar jika dipelakukan sebegini..tidak pon angota polis tersebut bertindak melampau..malahan mengarahkan ke balai polis dgn sabar..melayan kerenah pesalah..menbuang masa lagi..
orang bijak(saya fikir wanita tersebut tergolong orang2 bijak) akan kebalai polis jika rasa terancam..mengapa beliau x mahu kebalai polis dgn segera? adakah menunggu dalam kereta akan selamat?
kalau tgk suasana yg sibuk memang selamat..kan..masih boleh memprovokasi lagi..jika fikir itu perogol ape bodoh sangat dilayan..lagi ape kesimpulannya? bolekah kita berfikir..
jika penguatkuasa mengikut rentak pesalah..lancar ke tugas2 penguatkuasaan..
oleh itu janganlah contoh ini dijadikan model pada masa2 akan datang utk memperlekehkan tugas2 penguatkuasa..jika beginilah...penjenayah pon x dapat ditangkap..
akhir kata jangan diajar taktik seumpama ini..kelak ramai yg x hormat undang2..negara jugak yg rosak

Small Hiker said...

I disagree with you. Pamela Lim had a bad intention of videotaping the incidence. I'd feel offended too if someone that I know videotaping what I am doing. She didn't show respect to the policemen and the fact the policmen were also doing their job. Is it her right to videotape? How about the right of the policemen? She was very rude!

Anonymous said...

Salam tuan-pandangan saya senang saja,sekiranya kita mempunyi pelajaran gunakan dengan sempurna.tetapi sekiranya kita menggunakan hawa nafsu maka akan timbul bermacam-macam kerinah pada perjalanan hidup kita.masing-masing kita ada peranan yang hendak dimainkan.simpankan ego-ego anda bagi kecantikan perjalanan hidup ini.ini pandangan pada semua,bukan hanya yang terlibat dalam kes ini.

yat said...

mahaguru,

kes suzila, candy ong, bukan sebab penyamaran polis, selalunya polis akan tunjuk batch kuatkuasa, dan ini tidak kena mengena dgn bangsa..cara provocation, plus lepas tu upload ke public? apa motif pamela kalau bukan hendak memalukan?....

polis tu ajak pegi balai xnak pulak, pamela sendiri cakap nak report polis...sini bukan la ikut emosi, polis jaga keamanan kena kow2 tibai sebab kes jenayah semakin meningkat...cuma cara approach polis tu maybe boleh diperbaiki lagi..

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum semua,

Setiap dari kita punya pandangan dan pengertian berbeza beza mungkin disebabkan kerana banyak perkara?

Pengalaman sendiri bila berhadapan dengan anggota keselamatan seperti polis dsbnya.

Pahit manis pengalaman tersebut sudah pasti akan mencorakkan cara kita mempertimbangkan kedudukan kes ini?

Bagi yang tidak ada pengalaman pahit didalam kejadian kejadian tersebut sudah pasti berbaik sangka sesama kita dan begitu juga disebaliknya jika pertembungan dengan pihak anggota keselamatan itu satu peristiwa yang tidak mungkin dilupakan.

Maka prejudis itu akan terbawa bawa sampai bila bila kerna ujud perasaan tidak puas hati terhadap anggota berpakaian seragam.

Semua ini menunjukkan bahawa kita semua mempunyai persepsi berbeza terhadap satu peristiwa seperti yang di alami si Pamela Lim ini dan mungkin juga bagi anggota polis berkenaan?

Mungkin mereka pernah mengalami peristiwa dimana para pesalah trafik berlaku kurang sopan terhadap mereka dahulu dan ini membuatkan mereka berlaku sedemikian rupa dengan si Pamela?

Namun ini semua hanyalah sebahagian dari sepak terajang kehidupan duniawi kita di tanahair ini.

Lain padang , lain belalang.

Begitu juga keadaan ini boleh berbeza jika yang terlibat terdiri dari orang yang berbeza pegangan dan pengalaman.

Kita semua hanya pemerhati dan pengulas sahaja.

Yang terlibat secara langsung mungkin ada jawapannya.

Kita cuma merumuskan itu dan ini berdasarkan apa yang kita tonton didalam video ini.

Sama sama lah kita mengambil pengajaran darinya. Mudah2an ada hikmah dari kejadian ini.

Iaitu saling bersopan lah diantara kita tak kira siapakah kita dan kedudukan kita didalam hidup ini?

Bila si anggota polis bernama Rachmat asyik bertanya ' Who are you?' pada Pamela, saya teringat iklan :http://www.youtube.com/watch?v=KcOg6RF6XOs&feature=player_embedded

Hehehehe...watak penjahat suruh anak buahnya menjawab :

He is Raj! :P

yat said...

apa2 pun, kita tak tgk yg dari awal, mungkin telah diedit ke atau dipoting utk nmpak beri kelebihan pada Pamela...saya pun pernah ditahan polis, dan ayat pertama sekali saya cakap 'mintak maaf tok, mengaku salah'....ni kes cuba berdolak dalih la bila salah.....

masalah betul ke polis yg majoritinya 'melayu' ini biadap terhadap cina? atau diorng x faham bahasa melayu...

Zakir said...

Salam mamu,

Setelah melihat clip video itu (bukan melalui blog mamu sebab dah dipadamkan) saya berpandangan, yang menjadi punca pertelagahan di atas adalah dari sikap sombong, erogan dan tidak menghormati anggota polis seperti Pamela ini. Jika benar beliau mengerti undang2, sudah tentu dia akan dengan rela mengaku kesilapannya, memohon maaf (at least) kepada anggota polis itu, bukannya mencabar menggunakan kata2 provok. Sesiapapun apabila dicabar akan naik marah. This is human nature. And patheticly, she refuse to go to the police station although being instructed by the policemen! She is against the law now! and you mamu still thinking something very academic and too theoritically. Anggota polis dalam clip video ini pada pandangan saya hanya menjalankan tugas demi keselamatan warga dan negara. Maka kita harus memberi mereka kepercayaan dan penghargaan, bukannya menperlecehkan mereka seperti Pamela lakukan. To me she is just an arrogant, stubborn, and self centered person which urgently need a good civic lesson from her parents. If her parent couldn't cope with her, undang2 sediada boleh digunakan untuk mengasuh (to nurture) warganegara seperti Pamela supaya lebih bersopan dan mengaku kesilapan sendiri dan mempunyai kekuatan untuk memohon maaf. To me mamu, this is just a matter of attitude.

Baiz Leo said...

Mamu : saya setuju dengan mamu tentang sikap sesetgh mereka yg mendiskriminasikan bangsa lain....itu sudah jadi "Assobiyah"...Alhamdulillah...di tempat saya rantau panjang...baik cina atau india...kami tiada masalah berkomunikasi dan saling hormat menghormati...bahkan ada sampai sesetgh cina di sini pon tahu hukum hakam islam :D

abu hasan : saya tumpang simpati...namun apa daya...mentaliti perkauman masih tinggi...baik melayu, cina atau india...sabar jer lah ;)

ahong : saya dah tgk dari awal :) ... logiknya...sekiranya dia nak ambil gmbr/video dan mereka itu menyamar sahaja dah lama kamera tu kene rampas atau mereka mengacukan sebarang senjata...lagi satu....anda kata perempuan tuh mengaku bersalah...tapi kenapa bila perlu sain surat saman tersebut...dia "mencontengnya" instead terus sahaja sain, amik saman dan blah dari sana? kenapa nak tarik kasik jadi lebih pajang isu tersebut??...lagi pon video dia dah ambil, gmbr, nama polis semua dah ada...kenapa tak sahaja sain surat saman tuh???

lagi satu persoalan saya, dia kata dia takut...tapi nada suara dan gaya percakapan beliau tidak menunjukkan dia sedang ketakutan bahkan siap mempermain2kan lagi anggota tersebut...dan kalau takut sekalipon...kenapa tingkap kereta di buka begitu luas??? org takut takkan buka tingkap kereta sampai begitu luas...cukup sekadar buka ruang utk hulur ic, lesen dan utk terima surat saman....renung2 kan :) ...saya bukan nak berbahas dan berbalah...cuma kene renungkan balik semula... ;)

Dan si Polis pula....patut lebih nampak cool dan berhemah...jgn mudah melenting...kan org dan provoke anda :D ...so be smart

Bawal said...

Saya ulangi..
Tuan ni cuba menonjolkan "idealism" tuan seolah2 tuan seorang yg sentiasa berlapang dada dan berfikiran terbuka.

Cuba duduk dan berfikir dialam nyata.
__
Apa hak pompuan trsebut buat rakaman..dan sebarkan? apakah dia dah minta izin pada polis2 tersebut untuk buat rakaman dan izin utk sebarkan?

Islam mana yg izinkan perbuatan sedemikian..

Lihat sesuatu ngan jelas..dan fahami keadaan ummat pada pandangan dan perasaan ummat..bukan pada mata dan fikiran "ideal" kita.

SangGuna said...

Salam,

mcm mana tuan ckp perempuan tu dlm keadaan takut dan curiga pada anggota polis tu, yg nampaknya perempuan tu seperti mahu mempermain dan melecehkan kerja polis.
org mcm ni cuma tahu hak dia dan cuba menafikan hak org lain, contohnya hak dia utk merakam mcm mana dgn hak polis tu yg telah dirakam.
Tapi yg paling betul seperti yg tuan ckp kita seharusnya menghormati hak masing2.
soal curiga dgn penyamaran penjenayah sebagai polis tak timbul dlm hal ni, klu betul perempuan tu takut polis itu adalah penjenayah yg menyamar, dia dah lama boleh cabut lari, tak payah susah2 nak rakam siap dgn statement memperlekehkan org.

MAHAGURU58 said...

Wahai 'Bawal',

Terpulang lah pada saya nak ber'idealis' apa ke benda pun!

Saya punya suka lah nak berfikir begitu begini didalam BLOG SAYA ini.

Sekurang kurangnya saya berani komen sebegini dan letak muka saya sebagai 'gentleman' untuk tatapan semua, tak adanya buka blog, baling batu sembunyi tangan!

Sebenarnya saya dah lama letak syarat untuk komen disini hanya untuk mereka yang ada semangat kelelakian sahaja dan berani mendedahkan identiti disebalik komen yang ikut suka.

Namun, saya terbitkan buat kali ini sahaja komen saudara untuk pengetahuan semua akan apa yang saudara nak luahkan juga.

Lepas ni, minta maaf le bro, no entry for anonymous commenters macam saudara.

Nak kata tak reti bahasa, nanti saudara terasa sampai ke ulu hati?

Lantaklah apa yang saya nak tulis didalam ruang blog saya sendiri?

Kan?

Apa apa pun saya ucapkan selamat maju jaya pada saudara.

Mudah2an bebas dari fitnah dan hasad dengki sesama manusia.

Amin.

MAHAGURU58 said...

Tuan tuan dan puan puan yg di hormati.

Cukuplah setakat ini kita sembang bab yang tak berapa menyenangkan hati kita semua ini.

Terpulanglah kepada Allah untuk mengadili kes ini.

Saya dengan ini menutup ruang komen bagi artikel ini.

Yang tetap nak merungut itu dan ini, saya persilakan tuan puan berbuat demikian di laman blog masing masing.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum.