Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, October 25, 2010

Ulamak muktabar wajib bersuara menegur pemimpin politik!


"Ulama tak mahu campur politik!"

IPOH 24 Okt. - Sikap membisu kebanyakan ulama di negara ini adalah disebabkan mereka tidak mahu terlibat dalam mana-mana parti politik.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) berkata, sebagai pihak yang menjurus kepada soal-soal keagamaan, adalah lebih baik jika mereka tidak dikaitkan dalam urusan itu.

"Saya pun tidak suka bercakap soal politik, saya bercakap tentang perpaduan orang Melayu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan wakil Perak, Datuk Rosli Husin ketika membentangkan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam yang mahu institusi agama bijak menangani isu berkaitan agama terutama yang ditimbulkan parti pembangkang agar mereka tidak dilihat seperti dilanda 'sindrom bisu.'

Rosli bimbang, jika isu-isu yang dibangkitkan itu tidak segera diperjelaskan kepada rakyat, ia boleh menimbulkan perpecahan umat serta persepsi negatif terhadap Islam.

Dalam hubungan ini, katanya lagi, Majlis Agama Islam di negeri-negeri perlu agresif dan senada ketika memberi penjelasan berkaitan soal hukum dan fatwa agar difahami umum.

Menurut Harussani, beliau sering menjadi sasaran parti-parti pembangkang apabila berusaha membantu menjelaskan sesuatu isu.

"Bila saya kena hentam, tiada siapa pun bantu saya. Tetapi disebabkan saya bercakap atas kepentingan Melayu, saya tak kisah," katanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Begitulah laporan suratkhabar tentang ulasan Mufti Perak Sahibus Samahah Tan Sri Dato Dr Harussani Zakaria tentang kenyataan Wakil UMNO Perak Datuk Rosli Husin bahawa para ulamak haruslah memainkan peranan yang lebih aktif menangani isu berkaitan agama yang di timbulkan parti pembangkang agar para ulamak tidak kelihatan sebagai terkena sindrom bisu!

Bagi saya, pendapat Tan Sri Harussani bahawa para ulama mengambil sikap membisu terhadap isu isu yang ditimbulkan oleh parti parti politik supaya mereka tidak mahu terlibat didalam mana mana parti politik adalah salah.

Salah kerana peranan ulama muktabar melangkaui kepentingan politik baik yang melibatkan pemerintah mahupun pembangkang.

Ulama sebenar wajib berdiri teguh memperjuangkan kalimah Allah dan Ad Deenul Islam tanpa memperbezakan mana mana pihak yang menyentuh apa apa perkara yang berkaitan dengan kesyumulan Islam dan sebarang perkara yang bersangkut paut dengan hal ehwal Islam dan kehidupan umat Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Tidak bererti bagi seseorang alim ulama untuk terus memegang mana mana jawatan ketua jabatan atau kementerian yang memantau hal ehwal Islam mengambil sikap berdiam diri atau memejamkan mata, memekakkan telinga dan diam membisu bilamana timbul sebarang permasaalahan berkaitan Agama Islam kita dipersada kebangsaan tanpa membezakan akan siapakah dia yang mengutarakan masaalah tersebut samada dari pihak pemerintah sendiri, pembangkang mahupun badan badan bukan kerajaan atau individu?

Ulama yang mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu ikut campor didalam menangani apa apa isu berkaitan Agama Islam kerna tidak mahu terlibat didalam politik hanya ulama su'.

Ulama su' yang mengkhianati amanah dan kepercayaan ummah terhadap mereka dan hanya bersuara bilamana merasakan selamat bagi mereka untuk berlaku demikian di atas dasar tidak mahu berselisih faham atau pendapat dengan pemerintah. Didalam lain pengertian inilah dia 'Ulama Cari Makan'.


Salah silap pemerintah dia buat tak tahu je. Takut kena pecat jika berani bising. 


Apalah gunanya ada 'ulama 'rubberstamp' begini? Asyik dok 'Na`am Na`am' memanjang?

Kita tidak perlukan ulama sedemikian.

Ulama begitu eloklah meletakkan jawatan kerana tidak ada gunanya ia memegang jawatan sebagai mufti atau ketua jabatan agama Islam tetapi diam membisu seribu bahasa dari bersuara menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar tak kiralah samada kemungkaran dan kemaksiatan itu dilakukan pihak pemerintah ataupun Baginda Tuanku Tuanku Sultan dan Raja Melayu sekalipun!

Ulama yang diam tidak bersuara menyatakan yang hak terhadap mana mana pemerintah yang tersasar tersilap didalam pemerintahan mereka sama sama bersyubahat didalam kerja kerja maksiat tersebut dan tidak layak memimpin umat Islam didalam hal ehwal mereka.

Saya sudah seringkali menulis menegur para pemerintah supaya mengemaskan hal ehwal rumahtangga mereka terlebih dahulu sekiranya mahu rakyat jelata mengikuti suruhan mereka tetapi sayangnya amat sedikit diantara mereka yang kononnya 'Ulul 'Amri kita yang mahu memerintah isteri masing masing menutup aurat dan menjalani kehidupan sebagai Muslimin dan Muslimat sebenar di tanahair ini.

Para pemerintah negara dan negeri serta kementerian itu dan ini kokok berderai derai di pentas politik tanahair berpekik bagaikan panglima Melayu dan Mujahidin Islam tetapi isteri masing masing bertabarruj macam nak mampos, rambut dikepala masing masing bagaikan singa Afrika semberono terjongos dengan jambul mengalahkan mendiang Elvis Presley!

Tak ada seorang pun mufti atau mereka yang menggelarkan diri sebagai ulama Melayu Muslim seMalaysia pernah diberitakan menegur kekhilafan pemimpin politik seperti ini sekian lama ini.

Sila tunjukkan pada saya dan sesama Islam di Malaysia ini akan bukti teguran mufti atau ulama muktabar Malaysia jika ada?

Saya sedia menarik balik artikel ini dan menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada ulama berkenaan secara umum di sini!!!

Ramai yang mengirim emel kepada saya meminta saya menulis menegur isteri Perdana Menteri Malaysia kerna menjadi peneraju Festival Fesyen Islam yang tak seIslam mana pun malah menjadi bahan maki hamun kebanyakan umat Islam yang tersinggung dengan cara pendedahan aurat para model antarabangsa di Monte Carlo memperagakan dada dan aurat aurat yang lain secara paling biadap tetapi di raikan sebagai 'fesyen Islam'!!!

Islam siapa?

Jika penerajunya sendiri sudah togel rambut macam singa Afrika macam mana lah nak di harapkan penganjur festival fesyen 'Islam' itu nak memastikan fesyen fesyen yang diperagakan itu menepati piawaian apa yang kita semua sudah terima sebagai busana Muslimin dan Muslimah?

Tengok lah siapa penganjur nya?

Macamanalah intipatinya hendak menepati Syariat Islam jika acuannya sudah memang tidak memenuhi ciri ciri fesyen Muslimin dan Muslimat itu sendiri?

Mana ada suara mufti memperbincangkan perkara ini secara terbuka dengan kedudukan dan kuasa yang diperuntukkan baginya menangani perkara perkara melibatkan maruah ummah seperti ini?

Tak ada kedengaran apa apa pun!

Maka tidak salahlah sekiranya ada yang menuduh para mufti dan ulama kita sebagai mereka yang makan gaji buta!!!

Apa mufti mufti kita mahu digelar begitu?

Setakat dunia ni bolehlah nak membisu, tunggulah sahaja akan azab Allah Subhanahu Wa Ta'ala bilamana meninggal dunia nanti?

Di dunia ini boleh lah nak glamor macam itu dan ini, siap sampai ke tanah kubur pun tak hendak kalah didalam menonjolkan kedudukan duniawi masing masing.

Kat Tanah Perkuburan Mont Kiara dan Jalan Ampang, gah kubur kubur orang yang kononnya VVIP dan VIP, siap meninggikan dinding kubur masing masing dengan marmar itu dan ini, batu nisan siap berukir dengan pangkat dan kedudukan masing masing selama dok hidup, dengan gelaran gelaran kebesaran berjela dipahat sebagai tanda prestij simati, siap dengan 'carpet grass' nya dan bunga bunga hidup ditaruh didalam pasu kristal diganti saban hari oleh penjaga kubur yang dibayar upahnya!

Hello brader! Bilamana sahaja kita yang mengiringi jenazah beredar pergi dari kubur tuan tuan mufti, ulama gitu gini, maka akan datanglah Sayyidina Mungkar dan Naqir menghampiri tuan.

Dia tak ambil 'pot' tentang siapa tuanhamba?

Tan Sri ke Tun ke, dia peduli apa?

Maka akan di soal siasat lah akan tuanhamba, para mufti yang tak mahu mengambil tahu akan hal ehwal duniawi selama memegang jawatan sedemikian dan alpa terhadap tugas dan tanggungjawab memimpin ummah dan menegur para pemerintah selama tempoh tuan tuan bertugas?

Jawablah nanti 'Ana tak campor politik!'

Tengok apa respons mereka kelak?

Bertugas lah kerana Allah!

Jangan dok buat raplah!

12 comments:

Khairul Fahmi said...

dalam banyak perkara saya tak setuju dengan anda, bab ini saya sokong sangat2...

Anonymous said...

Salam,

Tuan, bila dikatakan ulama tak hendak campur politik, bukan bermakna mereka menjadi syaitan bisu. Kita sedia maklum dalam amalan politik demokrasi, yang diperkenalkan barat ini, penuh dengan tipu daya.

Sedangkan Said Nursi pernah berkata "Aku takutkan politik". Oleh sebab itu bila ulama kata dia tidak campur politik, bermakna ia tidak mahu terlibat dalam politik kepartian.

Itulah sebabnya mantan mufti Perlis, MAZA, dianjurkan jangan masuk mana-mana parti, agar beliau mudah menegur mana-mana pihak yang salah.

Saya rasa kita perlu mendifinisikan semula apa makna 'politik' itu sendiri. Ini kerana orang Malaysia, terutama orang Melayu akan mempolitikkan semua benda, sehinggakan saya pernah terdengar kalau selipar hilang di masjid, ada yang mengatakan ini kerja orang UMNO. Makan pun politik, kenduri pun politik, masalah sosial pun politik. Maksud saya politik kepartian.

Tuan,
Elok kita bersangka baik, jangan dicalarkan nama-nama ulama yang telah sedia dicalarkan oleh media-media yang kita sedia maklum anti Islam. Saya ingin menasihatkan diri saya sendiri bahawa, sekarang adalah zaman penuh tipu daya, yang mengikut sistem dajjal. Hanya berpandukan laporan akhbar kita sudah membuat kesimpulan kesemuanya.

Saya akui tidak cermat baca artikel tuan. Sekiranya tersilap saya mohon maaf.

Wassalam

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum.

Wahai Khairul Fahmi,

Hamba menulis demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala semata mata bukan kerna ingin meraih sambutan dan sanjungan sesama manusia.

Ada kalanya hamba kan menulis berasaskan suasana politik semasa dan mungkin pandangan hamba tak disenangi segolongan pembaca seperti saudara.

Ini tak menjadi hal bagi hamba. Sudah adat resam duniawi, masing masing akan ada pendapat dan fikrah berbeza di antara satu sama lain kerna pengalaman dan perjuangan masing masing sudah tentu tak sama.

Biarlah begitu dari kita semua dok setuju semberono tanpa perlu.

Kepelbagaian pendapat dan fikrah adalah resam manusia yang mahu berfikir.

Marilah kita raikan keupayaan itu demi melancarkan perbincangan berhemah sesama kita tanpa perlu ada caci maki kata nesta hina menghina yang sudah pasti membawa kita ke jurang Neraka.

Jazakallah kerna sudi singgah.

Wassalamualaikum.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam saudara apoapojelah.

Saya menulis dengan ikhlas ingin melihat ulama kita berani menegur kepimpinan yang sedia ada.

Terus terang saya nyatakan bahawa saya memang sangat menghormati ulama tetapi hanya mereka yang berani mempertahankan yang hak dan tidak berbelah bagi baik ke sini atau kesana.

Saya amat menghormati ulama seperti Tuan Guru Profesor Dato Dr Harun Din kerna beliau konsisten didalam menyatakan yang hak dan memerangi yang batil walaupun kadangkala ada mulut mulut jahat yang mencaci cerca beliau kerna berpegang pada prinsip menegakkan Syiar Allahu Rabbi!

Allah Subhanahu Wa Ta'ala Maha Mengetahui akan isi hati hamba bilamana menulis menegur mereka yang sya harap harapkan akan bangun berdiri menyatakan yang hak menegur para pemimpin.

Bersangka baik itu sudah semestinya bagi seorang Blogger Muslim seperti saya tetapi ada saat dan waktunya yang mana memerlukan saya menyatakan yang hak terhadap pemimpin apatah lagi bila ianya seorang Mufti yang menyatakan tidak mahu mengambil tahu akan sesuatu kerna takut dilabelkan seperti mencampori urusan politik!

Apakah kita boleh menyahsisikan perkara perkara bersangkutan dengan politik dari hidup kita?

Mustahil!

Makanya bagi saya tak kira samada seseorang itu bergelar ulama kerajaan atau pembangkang, ianya masih tertakluk kepada Keadilan Islam yang melangkaui perbezaan politik.

Ulama itu wajib menegur pemimpin tak kira samada ulama itu berjawatan rasmi sebagai mufti atau ianya Tok Guru Pondok dipedalaman!

Makanya saya menulis menyanggah laporan ini yang menyiarkan kenyataan Mufti Perak bahawa ia dan ulama lain membisu terhadap sebarang isu yang berkaitan dengan parti politik kerna mereka tidak mahu dilibatkan dengan mana mana parti politik.

Kenyataan seperti itu saya tidak boleh terima.

Terpulang kepada Tan Sri Harussani samada beliau setuju dengan laporan akhbar ini atau membetulkan nya?

Sekiranya memang benar itu adalah pendapat beliau, maka saya selaku seorang umat Islam didalam tanahair ini tidak setuju dengan pendapatnya itu.

Hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala jua yang Maha Mengetahui akan isi hati kita dan apakah maksud perbuatan atau pengucapan kita samada yang zahir atau tercetak?

Saya tetap dengan pendapat saya bahawa Ulama Muktabar itu wajib menegur pemerintah sekiranya pemerintah berlaku salah didalam mentadbir urusan dan hal ehwal umat Islam didalam negara ini khususnya dan antarabangsa amnya.

Allahu Akbar!!!

Anak Sungai Derhaka said...

Salam...

Saya amat setuju dengan pendapat saudara!!!

minta izin copy n paste entry ini kedalam blog saya..

Wassalam...

Anonymous said...

Waalaikumussalam

Saya tidak sekali mengatakan bila ulama tidak campur politik itu bermakna kita menyahsisikan politik dari kehidupan kita.

Bagi saya 'ungkapan' sedemikian boleh ditafsirkan berbagai cara. Kita sedia maklum Mufti Perak adalah antara orang yang di hadapan sekali apabila membangkitkan isu murtad di Malaysia.

Bagi saya, bila saya kata 'tidak campur politik', saya bermakna saya malas ambil tahu apa kira pandangan parti politik atau orang politik. Saya akan berpendapat berpandukan apa yang sepatutnya saya berpandukan, iaitu sumber Quran dan Hadith.

Menegur pemerintah dengan 'tak campur politik' tidak semestinya sama.

Tuan,
Sewaktu berlaku perselisishan 'politik' di antara sahabat dan tabiin di Madinah, kita dapati ada penduduk Madinah, yang menyebelahi di salah satu dari kedua-dua belah pihak. Tetapi, jangan lupa ada penduduk Madinah yang duduk diam-diam dan tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana takutkan fitnah. Masing-masing ada khilafnya.


Dato Haron Din, benar diakui kewibawaan beliau. Bagaimanapun beliau juga insan biasa yang biasa juga melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Mahukah kita dengar suara-suara mengkritik ulama kesayangan ini, berdasarkan laporan beliau tidak menegur kepimpinan PAS atau statement beliau secara 'general'. Sudah tentu kita berhati-hati apabila kita mengetahui kewibawaannya. Begitulah fitnah terhadap Imam Al-Ghazali dan sebagainya.

Saya juga tidak taksub dengan mana-mana ulama'. Dalam pada masa yang sama ada adab kita terhadap ulama'.

Benar hanya Allah Rabbul Jalil yang hanya mengetahui isi hati manusia. Oleh kerana itu....

Wallahu'alam. Wassalam

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Anak Sg Derhaka.

Dipersilakan.

:)

mil said...

Salam.Ulamak politik.ulamak periuk nasi sememangnya bukan ulamak yang sebenarnya ulamak.

Rozana said...

Sepatutnya persatuan mufti kena buat memo begini.." Datin Sri, Jangan bubuh Islamic kalau perkara itu belum Islamic" Buat secara public nanti tuduhan bisu tak hilang dan jadi fitnah buat mufti.

Zizou said...

Salam,

Saya melihat tulisan Mahaguru sangat relevan dengan keadaan semasa memandangkan terlalu banyak perkara2 yang menyimpang daripada ajaran Islam dilaksanakan namun tidak kedengaran pula sebarang bantahan atau teguran dari badan Ulama paling berpengaruh di Malaysia yakni para Mufti. Isu IFF, kenapa tak ditegur? Isu terkini melibatkan Program Transformasi Ekonomi (ETP - http://www.malaysiakini.com/news/146435 ) yang nak menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan atas alasan memacu ekonomi, kenapa Mufti tak bersuara? Semua ini jelas bukan isu politik. Inilah masalahnya bila setiap isu mahu dikaitkan dengan politik, yang jelas salah pun masih ada yang nak pertahankan, yang jelas hukumnya pun masih ada nak contest. Memang kita perlukan agar Mufti tidak berpihak pada mana2 parti politik jauh sekali berpolitik, namun bila kemungkaran berlaku WAJIB bagi mufti tampil dan membuat teguran dan yang penting dibuat secara terbuka agar masyarakat tahu pendirian Mufti sekaligus faham hukum berkaitan.

P/S: Masih menunggu Mufti menegur penaung dan penganjur IFF...

Zaidee Ismail

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Zizou,

Dek kerna itu lah saya menulis menegur semua yang berkenaan.

Bukannya saya menegur mereka kerana tidak hormat terhadap institusi atau jatidiri mereka sebagai 'Ulul `Amri tetapi atas dasar menegur demi Allah dan Rasul!

Nak kita pergi menegur Paduka Sultan atau Raja Melayu secara tersembunyi dan memegang tangan Tuanku seperti di sarankan sesetengah pihak, harap aturkan temujanji menghadap Paduka Tuanku sekelian jika boleh?

Tak ada masaalah bagi hamba Allah ini untuk melakukan sedemikian jika bolehlah ada pihak yang dok rajin benar menasihati kita untuk berbuat sebegitu dari berblog secara terbuka disini!

Begitu juga dengan mereka yang meminta kita menasihati pihak berkuasa dengan cara yang sama dari menegur para pemerintah disini!

Sila aturkan temujanji saya dengan pihak Ulul Amri berkenaan, nescaya orang tua ni sanggup berbicara bersemuka dengan pihak berkuasa berkenaan apa apa yang kita nampak perlu diperbetulkan oleh Ulul Amri berkenaan?

Sanggup ke?

Atau sekadar mampu berkokok disini saja?

hamsor said...

depa (mufti) akan bersuara kalau ada kes melibatkan PKR dan PAS. dan ini bukan politik kan??

Welcome to HUB HIBURAN..satu lagi projek transformasi negara kerajaan BN!

Tender dibuka sekarang.
Call najib kalau nak projek.

p/s:
baru kenai UMNO ka?