Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, November 21, 2010

Akidah Muslim seMalaysia ~ Tergugatkah dengan misi Ben Bradshaw, Belacan & Paku?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Saya sudah sedia maklum akan siapakah dia Ben 'Baca' Bradshaw ~ Si Gigi Putih yang mengaku bahawa ia seorang guru gereja dan ditugaskan ke Sarawak dahulu.


Begitu juga dengan Belacan & Paku, dua warga Amerika yang turut bersama datang berhijrah ke negara ini dan mereka juga menginap di Sarawak, mungkin rakan segereja dengan si Ben ' Gigi Putih'.


Saya tak ada masaalah untuk berkawan dengan siapa sahaja, walaupun dengan paderi atau pastor biar Pope sekalipun kerana akidah saya mantap 100% tetap bertuhankan Allahu Rabbul Alamin.


Yang saya hargai akan Ben 'Baca' Bradshaw @ Gigi Putih, Belacan & Paku adalah kesungguhan mereka mempelajari Bahasa Melayu untuk mereka mendekati warga disini. Soal mereka menjadi mubaligh Gereja Mormon tidak menjadi hal kepada saya kerana saya tetap akan menjaga keimanan saya dan tidak sekali kali akan terpesong akidah saya berkawan dengan Mat Salleh Mat Salleh ini.


Ada pembaca yang mengirim komen pada saya menyatakan kerisauan nya akan nasib umat Islam di Malaysia ini yang semakin tergila gila dengan mubaligh Gereja Mormon ini yang sudah begitu fasih didalam Bahasa Malaysia dan lama kelamaan mungkin menyuntik jarum jarum halus kepercayaan Kristian mereka kepada para penyokong dan pengikut Facebook mereka yang semakin hari semakin ramai mengikuti mereka termasuklah orang tua ini! :D


Bagi pihak diri saya ini, tak jadi hal kerana saya adalah seorang Penyeru kepada Al Islam.


Saya belum lagi berkesempatan menemui Ben Bradshaw, Belacan & Paku secara bersemuka. Seandainya ada peluang sebegitu, Insya Allah akan saya mengajak mereka memeluk Agama Islam!


Lebih mudah bagi kita mengajak mereka kepada Hakikat Islam dari kita terpesong kepada kefahaman palsu yang lahir dari ilham manusia.


Muslim seMalaysia yang benar benar yakin terhadap Allahu Ta'ala tak mungkin akan tergadai akidah mereka jika bersahabat dengan Ben Bradshaw, Belacan & Paku atau sesiapa sahaja?


Berpegang teguh lah kita kepada Al Quran & Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dan dalami lah ilmu agama kita dengan berguru kepada Mursyid yang sebenar dan janganlah kita begitu rapuh sekali kefahaman Ad Deenul Islam sehingga boleh berubah akidah hanya kerna seseorang mubaligh atau Tok Sami fasih berbahasa Melayu?


Tak logik berpendapat begitu!


Berapa juta rakyat Malaysia bukan Islam serta bukan Melayu yang fasih berbahasa Malaysia tinggal hidup bersama sama kita sekian lama ini. Berapa keratkah diantara warga Malaysia berbangsa Melayu, beragama Islam sudah murtad masuk ke agama agama mereka?


Bagi saya, kerisauan sebegini adalah satu penghinaan kepada umat Islam seMalaysia terutamanya yang berbangsa Melayu!


Jika tidak ada Ben Bradshaw, Belacan & Paku hadir disini fasih berbahasa Melayu akan ada pula nanti seribu satu manusia kaffir yang lain yang sama fasih berbahasa Melayu dan mungkin lebih beradab sopan santun mengikuti resam dan budaya Melayu datang muncul di khalayak kita?


Apakah begitu rapuh sekali tahap keimanan bangsa Melayu yang lahir sebagai umat Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam untuk tergugat tahap keimanan mereka dengan hanya bercampur gaul dengan mubaligh Kristian, pendeta Hindu atau Sami Buddha?


Memang amat memalukan sekiranya ada yang terpesong terbabas turut sama pergi menyembah sesuatu selain dari Allahu Ta'ala!!!


Bagi saya, soal Ben Bradshaw, Belacan & Paku bertugas sebagai mubaligh Gereja Mormon tidak menjadi hal bagi saya. Itu hak mereka untuk jadi siapa sahaja. Yang saya hargai adalah kesungguhan mereka menguasai Bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan kita.


Kukuhkan lah akidah masing masing dan berpegang tegohlah kamu dengan Tali Allah dan tetapkan diri di Jalan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam!


Tak jadi sebarang masaalah bagi kita untuk bergaul dan berkawan dengan sesiapa sahaja walaupun dengan orang orang kaffir sekalipun!


Saya berkawan dengan orang orang seperti Pastor Ben Eder dari New York yang amat berbudi bahasa turut menghayati akan apa apa yang saya tulis mengenai Keagongan Allahu Ta'ala didalam Facebook. 


Saya turut bersahabat dengan Cikgu Murali, seorang Brahmin, warga Malaysia beragama hindu yang pakar didalam Ilmu Matematik.


Ramai lagi sahabat sahabat saya yang bukan Islam, turut fasih didalam Bahasa Melayu mahupun Inggeris yang berkawan dengan saya atas dasar persahabatan ikhlas sesama manusia.


Tak jadi hal bagi saya.


Mungkin pembaca saya itu khuatir kan kemungkinan segelintir dari para peminat Ben Bradshaw, Belacan & Paku akan terpengaruh di belakang hari seandainya Ben dan rakan rakan mubaligh Gereja Mormon nya ini mula menindoktrinasikan para pengikut tegar mereka ini kejalan Kristian?


Mungkin saja?


Namun saya ingin menyoal warga Malaysia yang berbangsa Melayu, beragama Islam sekelian?


Apakah iman tuan puan begitu mudah tercalar?


Begitu rapuh sekali sehingga boleh dipengaruhi sesiapa sahaja asalkan mereka fasih berbahasa sama seperti kamu dan berperwatakan kacak dan bergigi putih seperti Ben?


Jika ada yang mengangguk bersetuju iya, maka jangan persalahkan Ben Si Gigi Putih, Belacan & Paku di atas kelemahan anda sendiri!


Salahkan diri anda sendiri kerana begitu lemah mempertahankan akidah kamu dan kegagalan kamu sendiri untuk mempelajari dan menghayati akan agama hakiki Islam yang satu satunya diperturunkan Allahu Rabbul Alamin kepada sekelian manusia bermula dengan Ayahanda Kita, Nabi Adam Alaihi Salam dan kemudiannya disambung misi dakwah kepada setiap kaum di setiap zaman oleh nabi nabi dan rasul Allahu Ta'ala sehinggalah sampai kepada Sayyidul Mursalin, Khataman Nabiyyi, Rasulullah, Muhammad al Mustafa Sallalahu Alaihi Wassallam!!!


Apakah begitu lemah sekali tahap keimanan umat Islam seMalaysia sehingga boleh diganggu gugat dengan kehadiran orang orang bukan Islam seperti Ben 'Baca' Bradshaw, Belacan & Paku hanya kerna mereka sudah fasih berbahasa Melayu sama seperti kita?


Iman kertas tisu ke umat Islam yang berkenaan?


Janganlah mudah terpengaruh dengan sesiapa sahaja yang ada 'udang disebalik batu'.


Perkukuhkanlah iman dan akidah masing masing dan kalau boleh ajaklah Ben serta rakan rakannya ke arah Islam.


Kongsikan lah kesyumulan Islam dengan mereka dan tunjukkan lah ketinggian budi bahasa orang orang Melayu dan serulah mereka ke jalan Allah!


Insya Allah, Mahaguru58 akan turut membantu anda melaksanakan tugas murni ini.


Marilah kita mengajak sekelian manusia untuk menghayati kesucian dan kebenaran Islam.


Tidak ada tuhan selain Allahu Ta'ala, Rabbul Alamin.


Kepada sesiapa sahaja umat Islam seMalaysia yang tak faham akan apa apa sahaja tentang Islam, emelkan persoalan anda kepada saya.


Insya Allah akan saya jawab mana yang saya tahu dan akan menyusul kepada para alim ulamak kita yang sedia ada, sudi membimbing dan membantu kita hidup sebagai Muslim dan Mukmin sejati tidak akan goyah dengan kehadiran sesiapa sahaja, walau 'handsome' dan 'comel' macamana sekalipun! :D


Akidah Muslim seMalaysia harus kukuh, utuh, kekal bertuhankan hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan berpandukan ajaran Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam sampai bila bila , sehingga Yaum al Qiyamah dan terus ke Akhirat nanti!


Saya yakin umat Islam Malaysia tak akan begitu mudah menyembah sesuatu yang lain dari Allah melainkan seseorang itu memang jahil tahap gaban, jahil muraqqab, kosong kefahaman agamanya sejak lahir kerana ibubapanya juga seperti itu, tak pernah ambil tahu akan agama yang ia sendiri lahir kedalamnya!


Jika ada yang seperti itu, maka wajiblah kamu belajar. Belajarlah tentang hak kamu sebagai Muslim. Tak faham? Tanya!


Jangan berikan sebarang alasan bahawa tidak ada sesiapa yang mahu membimbing kamu!


Hendak seribu daya beb!


Tak hendak seribu satu dalih!


Jangan dok sembang merapu seperti itu. 


Ratusan ribu para pendakwah dan alim ulama seMalaysia sedia membantu dan membimbing kamu.


Yang bulat tak datang bergolek ; yang pipis tak turun melayang.


Carilah ilmu agama Islam sementara masih hidup dan waras.


Kalau dah kematu dan di pintu ajal, sorry beb! Too late for u bro / sis!


Jangan dok persalahkan orang lain di atas kekurangan dan kelemahan sendiri.


Masing masing ada akal bukan?


Maka gunakan lah akal yang di anugerahi ALLAH! Bukan mana mana yang lain!


Hayatilah maksud Surah An-Nasr, Surah ke 110, Al Quranul Karim :





110:1
Transliteration
Itha jaa nasru Allahiwalfath
Sahih International
When the victory of Allah has come and the conquest,
Muhsin Khan
When comes the Help of Allah (to you, O Muhammad (Peace be upon him) against your enemies) and the conquest (of Makkah),
Malay
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -

110:2
Transliteration
Waraayta annasa yadkhuloonafee deeni Allahi afwaja
Sahih International
And you see the people entering into the religion of Allah in multitudes,
Muhsin Khan
And you see that the people enter Allah's religion (Islam) in crowds,
Malay
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -

110:3
Transliteration
Fasabbih bihamdi rabbika wastaghfirhuinnahu kana tawwaba
Sahih International
Then exalt [Him] with praise of your Lord and ask forgiveness of Him. Indeed, He is ever Accepting of repentance.
Muhsin Khan
So glorify the Praises of your Lord, and ask for His Forgiveness. Verily, He is the One Who accepts the repentance and forgives.
Malay
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Kepada yang berminat mengetahui akan aktiviti Gereja Mormon didalam negara kita, boleh sahaja ke sini dan membaca laporan terkini pencapaian mereka.


Kita sedia maklum bahawa yang ramai memeluk kefahaman Kristian didalam negeri Sabah dan Sarawak adalah mereka yang terdiri dari kaum Cina. Satu dua Melayu yang murtad seperti si Badrul Hisham @ Benjamin Stephen terpaksa lari ke pedalaman Indonesia seperti di Pontianak kerana ianya sudah menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia.


Segelintir wanita Melayu yang murtad ke fahaman Kristian terdiri dari kalangan wargakota yang membesar didalam keluarga yang jahil tentang Islam dan buta agama secara total!


Jamaah Islamiyyah yang melenting menghambur kata nesta, ugutan bunuh terhadap golongan seperti ini pada peringkat jatidiri mereka sendiri gagal mentarbiyyah masyarakat kita sendiri supaya menggunakan pendekatan kasihsayang dan prihatin terhadap keperluan orang orang seperti ini.


Jika berkasih sayang pula selalunya menjadi kes 'harapkan pagar ; pagar mentekedarah akan padi!'


Lain yang di amanahkan; lain pula yang dia melingkupkan!


Jadilah keadaan dimana para paderi dan mubaligh Kristian seperti Ben Bradshaw dan rakan rakan gerejanya mengambil peluang mendalami Bahasa Melayu dan adat resam warga Melayu Malaysia untuk menawan dan menambat hati mana mana umat Melayu Islam yang lemah pegangan akidah mereka dan kemungkinan berjaya menarik segolongan umat Melayu yang jahil terhadap agama Islam yang di anuti mereka secara lahiriyyah ke jalan mereka?


Jadi saya harap, para pendakwah Muslim Malaysia supaya meningkatkan usaha mengajak sesama Muslim untuk menghayati ajaran ajaran Islam kita dan menzahirkan kasihsayang sesama kita didalam ertikata sebenarnya dan janganlah mengkhianati kepercayaan ummah!


Insya Allah!

14 comments:

FIRDAUS said...

Hanya dakwah bersama sesama Islam mampu menyelamatkan umat Islam..

Tapi tuan,apakah approach yang sesuai yang saya ajak sahabat saya yang non-muslim kepada Islam?

Wise said...

Salam buat uncle,

Saya telah menonton video serta gambar2 mat salleh yang fasih berbicara dalam Bahasa Melayu, Bahasa kebangsaan Malaysia ini. Buat pertama kali saya melihat, saya sudah tahu, mereka ini sukarelawan dari gereja, atau lebih tepat para mubaligh2 kristian yang dihantar ke kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak untuk menyebarkan ajaran kristian.

Yeah, Iman saya tidak tergugat selepas mengetahui peranan mereka di Malaysia ini. malah tidak pernah terlintas di hati saya perasaan prasangka dan curiga. Saya kagum dengan semangat mereka untuk menguasai bahasa melayu, walaupun masih tedapat loghat english mereka, tetapi bunyi bahasa melayu masih mudah dipahami.

Lihat, mereka kristian sanggup buat apa sahaja untuk menyebarkan ajaran mereka, walau mereka dihantar ke kawasan hulu sekali pun, ia adalah 1 usaha mereka untuk menyebarkan kepercayaan mereka.

Terpikir saya sejenak, alangkah bagusnya, pergerakkan para pendakwah islam yang sanggup meredah lautan serta hutan rimba untuk menyebarkan ajaran islam seperti mubaligh2 kristian. hmm.. sedih. cukup2 sedih melihat kekuatan umat islam di malaysia ini, kita masih mempersoalkan itu ini itu ini, sedangkan dalam masa yang sama kita bercakar sesama sendiri.

Saya sentiasa berdoa akan penyatuan di antara para Pemimpin2 Islam serta para ulamak dan tokoh2 Islam di bawah 1 panji. Saya percaya ia akan termakbul.

MAHAGURU58 said...

Jadilah seorang Muslim sebaik mungkin.

Ikhlaskan lah cara saudara berinteraksi dengan sesama manusia tanpa membezakan diantara kaffir dan Muslim.

Jika membantu sesiapapun, bantulah dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa apa balasan.

Jika berbahasa, berbahasa lah dengan sopan agar anda disenangi semua.

Jika bercerita tentang Islam, ceritalah tentang kebenarannya dengan menggunakan bahasa yang mudah di fahami dan permudahkan bagi semua memahaminya.

Jika berada bersama sama khalayak umum, kendalikanlah diri anda selaku umat Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam, sebagai Muslim contoh.

Jika berjanji, tepati.

Jika bersumpah, penuhi.

Jika berdakwah, berhemah.

Nescaya anda akan berjaya menarik hati kaffirin ke jalan Allah dan menyedarkan sesama Muslim akan kesyumulan Islam.

The One and Only Faith from Almighty, Most Merciful, Most Compassionate, Most Loving, Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

All my best wishes to you bro!

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Wise.

Mudah2an anda dikurniakan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan segala kebaikan di dunia ini dan di akhirat nanti.

Syabas di atas kesedaran anda dan saya turut mengaminkan do'a anda supaya cendekiawan dan alim ulama serta para pemimpin Islam kita bersatu di bawah panji panji Allah!

Walaupun hasrat kita bersama untuk melihat umat Islam seMalaysia bersatu dibawah satu jamaah masih belum terlaksana, saya menaruh harapan bahawa pada satu hari nanti, segala yang dok sombong bodoh tahap gaban ini akan sanggup mengorbankan ego masing masing dan mahu bersama sama menegakkan Ad Deenul Islam di bumi Malaysia ini!

Sementara itu bersama sama lah kita meluahkan rasa, mencetuskan bicara dikalangan warga menghayati kebenaran Islam dan berusaha menyatukan ummah!

Takbir!!!

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

WALILLAH IL HAMD!

adf55650 said...

Salam Mahaguru dan Sdra Firdaus, melalui pengalaman, approach yg terbaik adalah menunjukkan hemah yg murni, bahasa yang lembut dan tidak meninggikan suara.
Jangan sekali-mengatakan apa yang mereka lakukan itu salah, cuma tunjukkan contoh kelakuan yang baik sahaja.
Wallahuallam

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam adf55650,

Bacalah apa yang saya jawab kepada Firdaus dan jadikan sebagai pedoman.

Insya Allah.

Usaha Ben 'Baca' Bradshaw, Belacan & Paku untuk mempelajari Bahasa Melayu dan kebudayaan masyarakat Melayu disini patut kita hargai tetapi dimasa yang sama harus kita berwaspada terhadap apa apa usaha mempengaruhi umat Islam dari segi akidah dan kefahaman Kristian.

Islam itu Maha Suci dan Tuhan yang kita sembah adalah Yang Maha Sempurna dan Tuhan Sebenarnya.

Rugilah mana mana manusia yang mahu pergi menyembah sesuatu selain Rabbul Alamin.

Kita patut meraikan usaha mereka ini mendaulatkan Bahasa dan Budaya Melayu tetapi jangan pula ada yang tergelincir landasan didalam terlalu ghairah mengikuti usaha usaha mubaligh Gereja Mormon ini.

Patut ada garis sempadan antara perkongsian bahasa, budaya, adat resam kita dan keagamaan masing masing.

Kalau boleh ajak mereka kepada Islam.

Tunjukkan kepada mereka kebenaran Ad Din kita.

Itu lebih afdal dari menimbulkan sebarang sengketa.

Insya Allah.

kingnek said...

Salaam Mahaguru, kawan saya, seorang wanita filipino yang bekerja di Malaysia, ingin tahu, di mana beliau boleh belajar tentang Islam. Pengetahuannya tentang Islam tidak banyak, perlu belajar dari mula. Beliau tinggal di Sentul East, di mana tempat terdekat untuknya belajar Islam? Terima Kasih!

Shah said...

Sangat kagum dengan beliau, namun komen di atas "wise" seolah-olah menidakkan kemampuan dakwah islam.Kita terlupa banyak juga kumpulan pendakwah islam yang masuk ke serata tempat,cuma kurang diberi perhatian oleh media( dan mungkin sikap tidak ambil kisah kita).

Sangat setuju dengan Tuan,kita perlu berusaha lagi,dengan penuh berkhidmah.

p/s: jika dakwah tidak berkembang,mana mungkin peratusan yang memeluk agama islam meningkat.Cuma dakwah kpd sesama muslim ini saya lihat agak kurang diberi perincian.Ayuh kita dakwah diri dahulu :)

Godisuno said...

Shah: benar kata anda. Saya pernah berjumpa dengan pendakwah Islam dari Malaysia di Australia. Sebenarnya ramai pendakwah-pendakwah Islam. Mungkin ramai tidak tahu dan tidak ambil tahu.

ahong said...

Salam,

Sekadar ingin berkongsi, bilangan bukan Muslim yang memeluk Islam (reverts) hanyalah 1% daripada penduduk bukan Islam dari Malaysia merdeka sampai sekarang.

Usaha da'wah yang muslim di Malaysia terlalu sedikit.

khazrullah said...

saya memang setuju dengan pendapat mahaguru...tapi apa yang merisaukan saya ialah saudara saya yang berada di sabah terutamanya yang beragama islam....saya pernah terjumpa dengan seorang mat salleh semasa saya sedany berada di kedai makan di semporna sabah...saya ditegur oleh sorang mat salleh kita berborak kosong dan semasa dia hendak tinggalkan tempat itu dia sempat memberikan saya VCD serta satu buku...di dalam VCD tersebut ialah menceritakan 1000 kesesatan agama islam....sehinggakan iman saya hampir tergugat....lagi2 VCD itu dalam bahasa bajau...kenapa mahaguru hanya tumpukan kepada bangsa melayu dan bukan kepada bangsa lain...yang islam...dalam buku itu memang cantik nampak macam ayat al-quran..tapi tidak pada maksudnya...saya pernah tunjukan kepada seoarang utz buku tersebut...utz kata buku ini ialah hanya semata-mata utk menyesatkan owg islam...dan ada ayat dalam buku tersebut bunyi kat depan dh sedap dah...tapi maksud nya begini wahai org muslimun sesuhgguhnya kamu golongan yang sesat...kamu tidak sembah anak allah...saya amat risaukan ini lagi owg asli laut yg pada asalnya mereka ini islam sejak dari zaman rasa sulu lg...sekian

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum saudara khazrullah.

Jazakallah di atas usaha saudara memaklumkan akan perkara ini.

Sebenarnya saya belum pernah lagi menjejakkan kaki ke bumi Sabah mahupun Sarawak.

Saya sudah lama teringin untuk berdakwah kesana kerana saya banyak mendengar perkhabaran tentang penumpuan usaha mubaligh Kristian disana menyebarkan kesesatan fahaman mereka dikalangan orang orang asli dan kaum kaum bukan Melayu disana.

Seandainya ada sumber kewangan mahu saya pergi menyebarkan risalah agama dan menerangkan akan kebenaran Islam kepada anak anak Adam yang ada di Malaysia Timur.

Saya memohon maaf kerana hanya menumpukan perhatian kepada kaum Melayu sahaja kerna saya bermastautin di bumi Semenanjung Tanah Melayu dan hanya mampu berada disini buat sekarang ini.

Jika ada pihak yang mahu menaja misi dakwah ke Sabah dan Sarawak, Insya Allah, mahu saya turut serta.

Saya pohon maklumbalas lebih lanjut dari saudara akan keadaan disana.

Hendak seribu daya tuan?

Kita perlu menggembeleng tenaga dan upaya dari segala segi untuk memerangi usaha Kristian melebarkan sayap gereja mereka di Bumi di Bawah Bayu dan juga Bumi Kenyalang!

Ada sesiapa mahu membantu?

Aiza4t said...

sangat2 la stuju dengan pendapat mahaguru! knape la kte nk cepat melatah bile ade mamat gigi putih n handsome ni parasit dalam mysrkt yg berpotensi mencalar iman umat islam di malaysia ni?

SERIOUSLY, lgic la..asal org tu encem, foreign yg lei ckp mlayu, n brpewatakan menarik, tros kte nk ikot skp die?

kolot bbeno ke org2 melayu islam di malaysia ni?? =,= I don't bu what did he said..

khaz sulu said...

tuan berhubung dengan masalah ini saya akan memikirkanya tidak pun kami akan mencuba mencari dana untuk itu......kerana kit semua tidak mahu kan di persoalkan kelak di hari pembalasan ...kami akan berusaha mencari dana untuk tuan berpijak kebumi sabah dan kami akan membantu tuan