Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, November 09, 2010

Isu MB Dato Nik Aziz ~ Md Nor Deris Bertelagah ~ Tak kena cara menegur



Bilamana saya melihat video rakaman pertelegahan kedua Muslim di atas, saya merasa sedih dan terkilan kerana terjadinya peristiwa sebegini melibatkan seorang yang mengaku ustaz mewakili UMNO memaki hamun Menteri Besar Kelantan Darul Naim yang berkedudukan sebagai Mursyidul Am PAS padahal kedua mereka adalah tetamu dikediaman bekas ADUN Galas (Semangat 46) Haji Omar Mohamad pada 30hb Oktober lalu semasa sedang berlangsung kempen pilihanraya kecil di kawasan Gua Musang baru baru ini.


Dari rakaman awal video ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa bekas calon BN Pengkalan Chepa Mohd Nor Deris sudah memang merancang bertikam lidah dengan MB Kelantan tentang perkara kenapa PAS mahu bersekongkol dengan parti DAP dan PKR?





Mohd Nor bin Deris merupakan bekas pensyarah Fakulti Syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya,Nilam Puri, Kelantan. Beliau juga bekas anggota dewan ulama’ Pas ‘81 – ’88, masuk UMNO 1999 hingga kini.


Saya tidak mahu memperkatakan apa apa tentang latarbelakang beliau dan juga menyentuh soal beliau kini mahu kelihatan sebagai juara UMNO menentang Nik Aziz seperti yang kita semua sudah lihat didalam rakaman rakaman video berkaitan.


Yang ingin saya bertanya adalah kenapa beliau mengambil sikap berkeras dan kasar sebegini terhadap seorang tamu yang lain dirumah orang?


Dimanakah adab dan akhlak beliau selaku seorang yang dikatakan sebagai bekas pensyarah Fakulti Syariah didalam Akademi Islam, Universiti Malaya kampus cawangan Nilam Puri, Kelantan?


Saya berpendapat bahawa beliau telah mendatangkan bencana besar kepada imej parti UMNO diKelantan dengan sikap kurang beradab beliau semasa bertembung dengan MB Kelantan di rumah bekas Adun Galas (S46) Tuan Haji Omar Mohamad itu!


Saya rasa tak ada lagi sebelum ini mana mana wakil UMNO bersikap sebegini biadap terhadap Nik Aziz walaupun kita semua sedia maklum bahawa ada percanggahan pendapat baik dari segi politik mahupun agama dengan MB Kelantan ini.


Sikap kurang adab Mohd Nor Deris hanya mengundang musibah terhadap perancangan penyatuan ummah di Malaysia ini.


Beliau tidak menang apa apa didalam konflik beliau terhadap Nik Aziz didalam peristiwa ini malah reputasi beliau kini hancur dek kerna terikut nafsu amarah yang bergejolak membakar diri didalam pertembungan ini.


Sayang! Segala ilmu pengetahuan agama yang ada pada manusia ini hilang sia sia sahaja bila membiarkan amarah didalam jiwa menguasainya didalam insiden yang mendukacitakan ini.


UMNO dengan PAS perlu menjauhkan diri dari peristiwa ini. Jangan kerna seorang manusia yang hilang pertimbangan dikala itu dek kerna kepentingan diri mahu dilihat sebagai juara entah apa apa membakar jambatan pertalian ikhwanul muslimin yang senantiasa wujud diatas dasar sesama Islam.


Perbezaan pendapat dan pegangan politik semasa itu hanya rintangan semasa yang dibiarkan merenggang ukhuwah al Islamiyyah diantara dua parti Melayu Muslim yang terbesar didalam negara.


Ada yang cuba menangguk di air keruh perhubungan diantara kedua parti ini. 


Sebagaimana kita semua lihat, disebalik pertelagahan politik diantara PAS dan UMNO, pihak pihak bukan Islam tidak kira samada dari BN ataupun PR, mengambil kesempatan membangkitkan isu isu yang menyentuh hak umat Islam dan mereka bersama sama mempertikaikan itu dan ini tentang kedudukan Islam didalam negara kita?


Yang ruginya siapa?


Sesama Muslim, bukan?


Inilah akibatnya jika manusia seperti Mohd Nor Deris lupa bahawa berkeras dan bertelagah seperti yang dilakukannya sesama pemimpin umat Islam hanya merugikan kedua dua pihak UMNO dan PAS!


Saya rasa sikap sebegini tidak disokong oleh pucuk pimpinan UMNO itu sendiri kerana para pemimpin mereka seperti PM Dato Seri Najib sendiri tidak bermusuhan sebegitu rupa dengan MB Kelantan Dato Nik Aziz. Kita nampak bagaimana beliau pergi menziarahi Nik Aziz semasa MB Kelantan itu sakit tidak lama dahulu?


Tuan Mohd Nor Deris harus bersikap lebih berhemah seandainya beliau mahu bermuzakarah dengan Nik Aziz bukannya menyerang melulu seperti didalam rakaman video berkaitan.


Mana perginya segala ilmu pengetahuan beliau didalam menyampaikan ilmu agama kepada para pelajarnya didalam Fakulti Syariah dahulu?


Dimanakah tercicirnya rasa kasih sayang sesama Islam sekiranya itu yang dihajatinya ketika bertemu muka dengan Nik Aziz?


Berulang kali ia menyuarakan tentang perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala bahawa perlu dirapatkan perhubungan sesama Islam tetapi tidak pula diamalkannya semasa berdepan Nik Aziz?


Macamanalah Nik Aziz hendak terima hujah hujah Tuan Mohd Nor Deris jika hanya maki hamun yang dihamburkan terhadap beliau oleh 'wakil' UMNO ini?


Jangankan Nik Aziz, Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad pun akan ca alif but dari berada dekat dengan Tuan Mohd Nor Deris!


Inilah masaalah manusia manusia Muslim zaman sekarang.


Cakap berdegar degar tentang Islam dan begitu fasih menuturkan ayat ayat suci Al Quranul Karim tentang perpaduan Islam tetapi didalam hati penuh dendam kesumat berapi dan diluahkan kata kata nesta tanpa ada rasa mahabbah dan cinta sesama saudara seIslam dengan kita?


Macamanalah umat Islam didalam Malaysia nak bersatu?


Dah sia sia lah peluang untuk Tuan Mohd Nor duduk berbincang, berkenaan dengan isu perpaduan ummah!


Lim Kit Siang, Karpal Singh semua akan ketawa terbahak bahak melihat kelaku Tuan yang sembang deraih tentang perpaduan ummah tetapi sebaliknya maki hamun seorang MB Kelantan didepan khalayak umum kerana video video berkaitan kini ditonton seluruh negara mahupun dunia!!!


'Practice what you preach brother before you talk about unity!!!'


Rumusan saya tentang peristiwa ini adalah ' Menang jadi arang ; kalah jadi debu!'


Terlajak perahu boleh diundur ; terlajak perbuatan tanggunglah sendiri.


Hai lah manusia!


Memang tepat sungguh Surah Wal Asr!





103:1
Transliteration
WalAAasr
Malay
Demi Masa!

103:2
Transliteration
Inna al-insana lafee khusr
Malay
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

103:3
Transliteration
Illa allatheena amanoowaAAamiloo assalihati watawasaw bilhaqqiwatawasaw bissabr
Malay
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


14 comments:

zakwan said...

That Mat Deris guy has gone too far
I understand if he does not like Nik Aziz due to PAS's association with DAP in which many UMNO cybertroopers deemed haram

But to claim that shaking hands with Nik Aziz is tantamount to shaking hands with the devil is downright insulting to Islam

Who is Mat Deris, a nobody compared to Nik Aziz, a renowned Muslim scholar, a revered statesman and a down to earth leader of the ummah?

What's wrong with having a partnership with DAP?
Last I check, Kit Siang is not a president with porn star in his resume
Last I check, Karpal Singh did not ridicule the holy Quran by saying "How can the Quran built highways"
Last I check, DAP wants to ban football gambling which is to be legalized by UMNO "Muslims"
Last I check, Guan Eng wants to emulate the leadership of Umar Abdul Aziz, a caliph that Azhar Ibrahim and Co. claimed they never heard of

PS: I hope my comment will be displayed

SiamangBukit said...

Ini semua dendam kesumat dari dulu semasa beliau masih berada dalam PAS. Kita telah acapkali menghuraikan ayat wak tak simu. "Berpesan2" itu maknaya dalam berdekatan bukan berjauhan seperti berpecah belah. Nik Aziz has to be confronted because many his words sound more like a devil. Nobody likes to see this happening but i supposed somewhere out there someones' threshold of temper will get trampled on. So if Nik Aziz still wants to deny the meaning of "berpesan2" then this guy has to be confronted. Morever, he already said UMNO is kafir what is the point of giving NA the respect here. Whatever it is, as long as he is considered a 'Murshidatul Am' he is the biggest threat to Islam and the Malay Muslims. Because of his intrepretation is way off what the other Malay Muslims had been taught. I am a muslim don't give a shit about this Nik Aziz.

SiamangBukit said...

Dear Mahaguru58, after written a comment, I just read that you are making a lot pre-condition for visitor to your page to comment. I started blogging after meeting you in Melawati after the talk by Mahathir. But now I am quite disappointed with your pre-condition, which I believe should not have been there in the first place. Macam cakap tak serpu bikin. I think this will be my last visit to your blog. Adios.

kingnek said...

I remember, after Najib showing of compassion to Nik Aziz, PAS led in 'doa pecah perut' for PM Najib, with the tacit approval from Nik Aziz

Nik Aziz is obstinate and I think he got what he deserved, mind you, I am supporting muzakarah, but it is Nik Aziz that remained dead-against it! Though I agree, Nor Deris method might seem harsh, it is probably the only way to get into Nik Aziz thick skull! Being a dog to DAP is something that even UMNO will never do!

Meraban... said...

salam..
semoga islam tertegak secara total di bumi malaysia & bebas dr pemimpin yg x beraklaq...... hehehe...

Abdullah said...

Salam Tuan,
Most Sadness episode for Malaysian Ummah...

MAHAGURU58 said...

zakwan,

Any comment worth publishing will Insya Allah, see the light here in my moderated blog.

I might have my differences with the way Nik Aziz goes about his affairs in dictating to us as to whom we should associate with and as to whom we must support politically but I do not agree with the uncouth manner by which he has been confronted with here by Tuan Mohd Nor Deris.

You are free to support Lim Kit Siang, Lim Guan Eng and Karpal Singh for the points you have stated.

There is however no compulsion here for the rest of us Muslims who are against Lim Kit Siang for his 'Malaysian Malaysia' rhetoric ; Guan Eng for his way of interpreting Khalifah Umar Abdul Aziz's way of ruling but in reality raising a lot of issues affecting the future of the Penang Muslims as far as the demolition of traditional Malay kampongs are going on and last but definitely not least, the ever stoic and recalcitrant manner by which Karpal Singh stays resolutely defiant against any plans to uphold the Islamic Syaria in our motherland here in his challenge to us to cross his dead body if we are to set up an Islamic State ~ Nation in Malaysia?

Having cleared that, I herewith wish to inform you that any comments from anyone that is proper and well worded, fit for publishing will be approved here by myself.

Thank you.

MAHAGURU58 said...

Siamang Bukit,

There is no compulsion for you to visit or read my blog. :)

Its your choice dear sir as to what you wish to do.

My blog is my personal domain and I regard it as my duty to keep it free from filth or any untoward expressions that are unfit for decent folks to read and to have such swill unleashed unto them.

You are free to swing on to any blogs or sites that do not have any laws or regulations. Law of the jungle and sorts.

Happy swinging bro.

Fare thee well too dear Siamang!

Selamat jalan!

MAHAGURU58 said...

kingnek,

As I said before, I too have my differences with the way Nik Aziz goes about stubbornly refusing to have anything to do with UMNO which is not altogether perfect in its ways too.

Despite such differences between PAS and UMNO, we must always remember that it is better for Malaysia's Muslims to sit and discuss with each other on ways to mend their differences and seek a common ground in order to strengthen the ties between the Ummah.

Not remain egoistic and stubborn to the stage that at the slightest provocations, both political parties are ever ready to go to war against each other and shed blood, forgetting for the fact that they are both of the same ilk and ancestry and Muslims!

What kind of Muslims?

The records speak for themselves.

Yet I do not like the rough and rude manner by which Tuan Mohd Nor Deris went on in his face to face meeting with the Kelantan MB and PAS Spiritual Chief no matter how delusional the old man might be?

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Meraban.

Saya setuju dgn saudara.

Biarlah kita kekalkan adab dan sopan santun walaupun bertentangan prinsip dan pendapat tentang apa saja?

Malu kita mengaku Muslim tetapi biadap macam orang tak berakhlak!

Menjunjung Sunnah Nabi atau tunduk terhadap Nafsul Amarah?

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam dear Abdullah.

This episode serves as a strong reminder to all Muslims of Malaysia to maintain their code of courtesy when dealing with anyone what more between fellow Muslims?

Being highly learned and knowledgeable in Islamic matters is not a licence to act in such a rough and haughty manner akin to the uncultured ones out there in the human society!

RiMAu said...

Assalamualaikum tuan mahaguru,,
salam perkenalan.. dalam kita berbincang dan berbahas.. perlu ada keseimbangan dan kejujuran.. berkenaan usatza md nor deris.. sy rase beliau adalah kenalan lama ustaz nik aziz.. dan juga bekas ahli pas..kalu mahukan kejujuran.. jgn kita alihkan topik kepada cara hemah atau tidak.. tp apa yang ustaz md nor deris nak sampaikan atau tanye.. maka jawablah dengan baik.. itu yang sepatutnya ustaz nik aziz buat.. tp ape yang ustaz nik aziz buat.. hanya berdiam.. seperti saya katakan td.. perlu jujur...itu yang rakyat mahukan jawapan.. kenapa perlu bergabung dengan DAP.. yang telah mati2 berkata langkah mayat die dulu kalu nak tubuh negara Islam.. ni tidak didoakan Najib pecah perut.. sedangkan Najib yang melawat Ustaz Nik Aziz.. jd sape yg tidak betul sekarang? sape yng tidak beradab sekarang.. maka fikir2kan la..

salam perpaduan.. dari yang cintakan perdamaian

salam ukhwah

Assalamualaikum...

ZaLi

MAHAGURU58 said...

Wa’alaikumsalam RIMAu @ Zali,

Saudara tak faham akan intipati artikel saya ini atau saudara yang mahu mengalih topic artikel saya ini dari membicarakan kebiadapan seorang bekas pensyarah Fakulti Syariah semasa bertandang ke rumah seorang Muslim lain dan berlaku kurang sopan terhadap seorang tetamu yang lain, biarpun ianya musuh politik ia sekalipun?

Jangan saudara mengubah topic perkara yang saya tulis mempersoalkan keburukan akhlak Mohd Nor Deris semasa bertelagah dengan Nik Aziz.

Tak elok berbuat begitu ~ mengubah topic artikel saya. Topik artikel saya adalah tidak kena > cara menegur Nik Aziz itu.

Tak ada sesiapa disini yang menyangkal kedegilan Nik Aziz untuk tidak mahu berbincang dengan UMNO tentang apa apa pun.

Tak ada sesiapa disini yang menafikan kebobrokan Nik Aziz yang memimpin PAS bersekongkol dengan musuh musuh Islam seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang mencabar sesiapa sahaja untuk melangkah mayat nya terlebih dahulu sekiranya hendak menubuhkan Negara Islam dibumi Malaysia ini.

Bukan itu topic penulisan saya.

Saya menulis mempersoalkan cara Mohd Nor Deris melanggar tatasusila dan adab selaku seorang tetamu terhadap seorang tetamu lain di kediaman orang?

Itu sahaja yang saya persoalkan?

Saya tidak menyentuh bab Nik Aziz buruk kelaku mendoakan Najib pecah perut.

Saya tidak menyentuh bab Nik Aziz berkata lebih baik ia bersekongkol dengan Syaitan sekalipun asalkan dapat menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO.

Itu adalah perkara yang semua orang dah tahu.

Tajuk artikel saya ini adalah tentang buruk kelaku Mohd Nor Deris bertelagah dengan Nik Aziz semasa kedua mereka ini berada di rumah orang.

Makanya saya pohon agar saudara Zali tumpukan kepada isu asas disini dan jangan mudah menuduh saya mengalih topik kepada soal hemah sebab memang inilah yang saya persoalkan?

Ada pepatah Inggeris yang sesuai bagi saudara : ‘Don’t miss the forest for the trees!’

Stick to the subject matter bro and do not digress.

Thank you.

Panglima Perang Cyber said...

ada video penjelasan ust mohd noor di blog Panglima.

harap kita dapat tonton bersama.

Gajah sama gajah bergaduh tentu pelanduk mati di tengah