Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, November 28, 2010

Ketuanan Melayu berpasak di Kesultanan Melayu! PKR mahu menghapuskan nya!


Azizah rallies party faithful, trashes 'ketuanan Melayu' from MalaysiakiniTV on Vimeo.



Kesultanan Melayu adalah institusi Ketuanan Melayu didalam negara Malaysia ini. 


Bilamana Presiden PKR berkata bahawa konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri maka implikasi kenyataannya itu turut membawa akibat kepada kedudukan istimewa Kesultanan Melayu itu sendiri!


Kesultanan Melayu didalam negeri negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini turut menjadi pelindung kepada kedudukan Agama Islam didalam Perlembagaan Malaysia.


Seandainya kedudukan istimewa Kesultanan Melayu yang menjadi lambang Ketuanan melayu ini diganggu gugat maka nasib umat Islam didalam Malaysia ini akan turut terancam kerana tidak akan ada lagi pihak yang mahu mempertahankan kepentingan umat ini.


Makanya orang orang Melayu yang beragama Islam mesti menentang cita cita PKR ingin menghapuskan hak hak Melayu dan kedudukan umat Islam didalam negara ini!


Saya kira kenyataan Presiden PKR Wan Azizah ini adalah terang terangan satu jenayah berat dan ia boleh disabitkan dengan kesalahan dibawah :


Akta Hasutan 1948. Akta 15 Bab 3.1 Kurungan (f) :



bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf,kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan
Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.


Samada anda sedar atau pun tidak, sebarang kenyataan seperti yang dibuat oleh Wan Azizah atau sesiapa sahaja yang mencabar kedudukan istimewa orang orang Melayu dengan mempersoalkan 'Ketuanan Melayu' adalah secara tidak langsung sebenarnya mempersoalkan kedudukan Sultan Sultan dan Raja Melayu yang merupakan asas pemerintahan Raja Berparlimen didalam negara ini!


Kedudukan istimewa Kesultanan Melayu didalam Perlembagaan Malaysia menjamin akan kedudukan istimewa orang orang Melayu dan sebarang percubaan untuk menidakkan 'Ketuanan Melayu' ini adalah bererti sipenderhaka ini cuba menggulingkan kedudukan Kesultanan Melayu diwaktu yang sama.


Kesultanan Melayu itu adalah menjadi teras kerajaan berparlimen di Malaysia. Tidak ada perpisahan diantara Kesultanan Melayu, Kedudukan Agama Islam dan Ketuanan Melayu didalam Kerajaan Malaysia ini.


Wan Azizah boleh dikira sebagai pengkhianat kepada kepentingan orang orang Melayu yang menganut Agama Islam kerana sudah berani meminta agar kedudukan orang orang Melayu yang mengepalai Kesultanan Melayu dihapuskan!


Mengapakah Kementerian Dalam Negeri masih berdiam diri menyaksikan semua jenayah hasutan ini terbiar tanpa tindakan yang pantas dan tegas?


Tunjukkan lah bahawa KDN masih ujud dan bersiapsiaga mempertahankan kedudukan istimewa Kesultanan Melayu, Ketuanan Melayu dan Islam didalam negara ini dan bertindak lah terhadap sesiapa sahaja yang berani mengeluarkan kenyataan sebegini mahu menghapuskan hak hak umat Melayu Islam seMalaysia!


Saya percaya rata rata umat Islam Melayu seMalaysia tak mahu dengar sebarang 'amaran' lagi. 


Ini sah sah satu kesalahan jenayah hasutan yang buktinya sudah saya sertakan didalam bentuk video di atas!


Apa KDN mahu menutup mata, memekakkan telinga dan diam membisu lagi?

10 comments:

zulkifli said...

Ketuanan melayu tidak ada di dalam perlembagaan kita. Kalau kuasa kuasa Raja Melayu memang ada. kalau Menteri ambil tindakan, ini akan dianggap tindakan melanggar undang undang dan penyalahgunaan kuasa. Kita sebagai pengkritik di atas kerusi empuk memang senang hendak mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan. Namun harus diingat, memiliki kuasa juga datang dengan tanggungjawab yang tinggi.

hamsor said...

syabas bro..

hidup melayu!!

p/s:
islam apa cerita?

paderi murtad apa cerita?

hamsor said...

satu lagi bro..

dalam hujah2 bro yang lain, kalau ada kemusykilan dan keraguan, bro cepat akan rujuk kepada al-quran dgn melampirkan nas2 nya...

tetapi dalam bab ketuanan melayu ini tak boleh nak rujuk Al-Quran kan?

tak kan nak rujuk akta hasutan dan sejarah?

Abu Hasan Chan said...

Sedikit komen saya ...maaf jika terkasar bahasa. Fasal menyebut soal "ketuanan" sudah disebut dalam al-Qur'an sendiri tentang apa kata Fir'aun untuk membangkitkan semangat patriotik menentang puak Bani Israel , kononnya pengikut Nabi Musa akan menghapuskan hak istimewa kaum Fir'aun.

"Dan Fir'aun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata : " Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku (dan) bukankah sungai-sungai ini mengalir di bawahku ; maka apakah kamu tidak melihat (nya) ? " [az-Zukhruf (43): 51 ]

Maksudnya ..hak istimewa kaum Fir'aun akan terhapus jika Islam memerintah.

Sam said...

Adakah yang saudara Abu Hasan cuba sampaikan? kaum Melayu = dengan kaum fir'aun?

Sebab ayat saudara boleh dibaca dari 2 keadaan

Abu Hasan Chan said...

Sungguhpun al-Qur'an diturunkan lebih kurang 1500 tahun dahulu, ia bukan sekadar ada cerita-cerita tentang raja-raja dan umat terdahulu. Itu sebagai memberi pengajaran. Nama "Fir'aun" tidak penting ..tapi ia adalah simbolik kezaliman orang yang ada kuasa yang menyalahgunakan kuasanya. Mentaliti Fir'aun tetap wujud sepanjang zaman.

Fir'aun suka menindas , buat zalim , menjaga kepentingannya , memutarbelit , tidak adil .....dalam ayat 43:51 yang saya sebut adalah satu contoh kata-kata Fir'aun yang pada zaman moden ini ialah perkara mengungkitkan semangat patriotik untuk menentang kebenaran....khususnya melawan kebangkitan Islam.

Bekas presiden Amerika , George Bush pernah berkata terhadap negara-negara yang menentang Amerika ...." either you are with us or against us " ...yang dia memuja idealisma demokerasi ala Amerika ...sehingga dia melihat dakwah Islam adalah merbahawa kepada sistem masyarakat Amerika ...yang wanita kena pakai tudung , bunyi azan subuh di mesjid yang boleh menganggu ketenteraman awam dsbnya.

George Bush berkata ..." they want to take away our freedom ...they want to take away our rights ... seolah-olah dia mahu mempertahankan hak asasi manusia untuk hidup bebas. Jadi ...ugama Islam akan menggugat sistem-sistem yang dipuja manusia.

Ummat Arab mempertahankan keAraban mereka kerana itu ada hujjahnya dalam al-Qur'an dan Hadith. Orang bertanya ...di manakah ada disebut dalam Islam tentang hak istimewa satu-satu kaum ?

Saya sebut ayat 43:51 sebagai contoh. Maka fikirlah sendiri. Tidak perlu menuduh saya kata Fir'aun = Melayu !!!!

Abu Hasan Chan said...

Cuba bandingkan ......

1) Nik Aziz pernah berkata bahawa orang Cina di Malaysia boleh menjadi Perdana Menteri dengan syarat dia adalah berugama Islam.

2) Orang Melayu UMNO berkata jika orang Cina di Malaysia masuk Islam secara beramai-ramai , maka orang Melayu akan hilang kuasa politik.

3) Pada masa dulu ketika orang Cina Malaysia percaya kepada propaganda politik UMNO bahawa PAS adalah parti Islam yang fanatik ...mereka berkata jika PAS memerintah Malaysia , habislah orang lelaki Cina kena potong lanciau (penis).

4) Nabi Muhammad pada mula-mula dia pergi ke Toif untuk berdakwah puak Arab yang masih kafir mereka membaling Nabi dengan batu sehingga berdarah di kepalanya. Maka datang malaikat Jibril kepada Nabi meminta kebenaran supaya dia boleh hancurkan orang-orang kafir Toif. Nabi menjawab supaya Jibril jangan berbuat begitu , bahkan berdoa ...allahumma _hdi qaumi fa_innahum laa ya'alamun = wahai Allah berilah petunjuk kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak tahu.

Ulama Islam menjelaskan bahawa doa Nabi itu adalah untuk generasi akan datang , sungguhpun nenek-moyang mereka kafir , tapi generasi baru akan beriman dan memberi kekuatan kepada Islam kelak.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Saya tidak setuju pandangan Abu Hassan mengaitkan, memberikan perbandingan dan sebagainya. Saya pasti dia adalah penyokong Parti Islam Semalaysia atau sekurang-kurangnya simpatisan.

Untuk makluman saya bukan ahli mana-mana parti. Bahkan dalam hati saya saya sungguh yakin bahawa 'Not in a thousand years, Islam akan dapat berkuasa dengan demokrasi peti undi', wallahu-alam.

Bagi saya ia lari dari persoalan yang diutarakan. Ketuanan Melayu. Bagi saya Ketuanan Melayu adalah sama dengan Ketuanan Islam. Kalau dia seorang Melayu tetapi tidak berpaksikan Islam, hilanglah ketuanan Melayu, kerana gagal menjaga hak majoriti Muslim di Malaysia yang berkebetulan orang Melayu. Bila saya berkata hak orang Islam, bukan dari segi fizikalnya sahaja, bahkan dari segi spiritualnya.

Bagi saya ahli politik tidak kiralah dari sebelah mana yang menggendangkan isu ini, adalah orang yang sudah kehabisan idea dan tidak ada kerja lain. Seolah-olah ingin dibukakan polemik supaya mereka mendapat perhatian dari orang ramai. Tolonglah sentuh isu-isu yang berkaitan umat, berkaitan akhlak, moral, jurang pendapatan, ekonomi, masalah kewangan global, masalah perpecahan umat Islam, masalah kelesuan minda remaja Islam dan sebagainya atau isu wikileak yang sedang hebat diperbincangkan.

Benarlah menurut sahabat saudara baru Islam saya, politik adalah aktiviti yang paling tak produktif untuk dikerjakan.

Melihat kepada keadaan politik hari ini, eloklah kita cari jalan lain untuk membantu sesama Islam, membangkitkan Islam, mendidik keluarga kita, mempercepatkan dan mempersiapkan diri dengan kebangkitan semula Islam insyaAllah (bukan melalui demokrasi peti undi insyaAllah)

Wassalam..

Abu Hasan Chan said...

Orang yang membaca komen saya ada yang fikir saya seorang penyokong PAS. Mungkin ada yang fikir saya ini anti-Melayu. Cuma kali ini saya hendak sebut di sini tentang apa yang saya tahu daripada kitab-kitab fekah.

Ulama fekah menyebut bahawa adalah HARAM mengguling pemerintah atau sultan. Ini kerana pemerintah sudahpun establised dan negara dan rakyat boleh hidup dalam keamanan dan berperaturan. Jika satu kerajaan Islam dijatuhkan , dibimbangi ketidakstabilan boleh membawa kepada suasana huru-hara yang secara kebetulan boleh memberi peluang kepada musuh-musuh Islam menyerang negara ummat Islam.

Sekalipun kerajaan itu zalim , adalah lebih baik negara itu berkerajaan daripada berlakunya keadaan kucar-kacir. Jika kerajaan itu itu zalim , hendaklah kita bersabar KECUALI jika sistem kerajaan itu boleh mengheret rakyat kepada fahaman berbau kekufuran , maka kita wajib berpakat menggulingkan kerajaan itu. Ini kaedah fekah , bukannya pendapat saya.

Saya hendak sebut sejarah Islam di Malaysia. Kita patut bersyukur dan menyokong penuh Raja-Raja Melayu yang memegang kuasa pemerintahan. Dari segi sejarah orang Melayu berugama Islam kerana raja-raja Melayu yang ketika dahulunya berugama Hindu telah memeluk Islam yang diikuti oleh rakyat jelata. Serajah juga menyatakan bahawa ugama Kristian melalui penjajahan Portugis , Belanda dan British cuba disebarkan di TANAHAIR ORANG MELAYU tetapi tidak berjaya. Ini kerana Islam dilindungi oleh kuasa Raja-Raja Melayu yang menjadi benteng yang kuat. Orang Melayu bersatu kerana menjaga raja-raja mereka.

Dari segi konteks ini memang hak istimewa orang Melayu ada , jika orang Melayu menjunjung dan mendaulat Islam , itu maksudnya. Jika ada orang Melayu sudah ketepikan ajaran-ajaran Islam , hak istimewa mereka dengan sendirinya hilang .

Inilah hujjah petikan daripada makna al-Qur'an :

....Jika Dia menghendaki nescaya Dia memusnahkan kamu dan menggantikan kamu dengan siapa yang dikehendaki...[al-An'am 6:133]

Maksudnya ialah ...Allah boleh menghapuskan satu-satu kaum yang derhaka dan digantikan dengan yang lain yang lebih mentaati Allah. Ini juga satu amaran Allah yang satu bangsa tidak boleh mendabik dada yang dia akan kekal memerintah satu negeri. Allah berkuasa menghapuskan mana-mana puak yang zalim.

Saya akhiri dengan menyebut pesanan Nabi kita ....bahawa janganlah kita berbuat zalim sekalipun kepada orang-orang kafir kerana doa mereka tidak ada hijab. Maknanya doa orang dizalimi walaupun dia itu kafir , Allah akan makbulkan doa mereka , maka hendaklah kita takut kepada doa mereka.

Anonymous said...

waalaikumussalam

Terima kasih kerana mengingatkan saya dan pembaca lain. Saya setuju dengan pandangan saudara Abu Hassan mengenai hak istimewa orang Melayu/Islam itu.

Bagi saya istilah 'ketuanan Melayu' atau 'Ketuanan Islam' sengaja dimainkan oleh politikus rakus.

Lihat sahajalah respons orang ramai, habis masa terbuang untuk bertelagah tentang perkara ini.

Terima kasih juga kerana memberikan pendirian saudara. Saya juga tidak mengandaikan Abu Hassan anti-Melayu, bahkan menjelaskan tidak semestinya penyokong parti PAS cuma mungkin simpatisan berdasarkan point2 yang tuan berikan.

Apabila tuan mengandaikan mereka yang menyokong/menganjurkan Ketuanan Melayu ini dikekalkan, adalah tidak selari dengan andaian sekiranya "seseorang itu Islam walaupun seorang Cina, boleh menjadi pemimpin/PM kita" (mengambil point tuan sebagai contoh)

Dalam kes ini, ia tertakluk kepada tafsiran masing-masing. Cuma apabila seorang ahli politik yang pemimpin sebuah parti mengatakan perlu menghapuskan 'Ketuanan Melayu' secara total ini kerana menghalang kemajuan orang Melayu, itulah yang perlu ditentang, kerana ia juga turut bermakna menghapuskan 'Ketuanan Melayu' yang ditafsirkan mengikut/selari buku fekah yang tuan/kita baca. Oleh itu cara yang betul ialah, sekiranya ada tafsiran 'Ketuanan Melayu' yang bercanggah dengan Islam, ianya perlu dibersihkan.

Begitu juga tuan pukul rata menulis:

"2) Orang Melayu UMNO berkata jika orang Cina di Malaysia masuk Islam secara beramai-ramai , maka orang Melayu akan hilang kuasa politik."

Kenapa perlu tulis Orang Melayu UMNO? Takkan semua Orang Melayu UMNO kata begitu. Tak tahulah saya orang UMNO di sekeliling tuan berkata begitu. Dari situ tuan, sudah membiaskan pendapat tuan. Elok juga kita bersangka baik wahai tuan yang budiman.

Oleh kerana itulah politik ala barat(saya pun tak pasti orang barat berpolitik macam kita?) ini tidak sesuai untuk kita. Kita melabel seseorang berdasarkan parti seolah agama mereka(termasuk saya secara tidak sengaja, jika ada maaf). Pernah kita dengar orang Inggeris di UK ini bila bercakap sesama sendiri, "ah dia orang Parti Labor, atau hmm memang orang parti konservatif lah dia ni, bukan orang kita ni".

Di sinilah penyakitnya kita. Kalau kebetulan orang UMNO berkata begitu, eloklah kita menegur sebagai orang Islam, bukan mengatkan kerana dia UMNO atau PAS.

Kalau nak diperdebatkan juga eloklah dijernihkan makna 'Ketuanan Melayu' dahulu seperti yang dianjurkan Islam.

Wassalam