Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, December 13, 2010

Kahwin Muslimah Maghribi ~ tanda wanita Melayu Malaysia perlu sedar diri!


Salam tahniah kepada pasangan Mohd Fairuzd Mohd Yusoff dan isterinya, seorang Muslimah dari Maghribi yang kini sudah berumahtangga sejak 2006 dan dikurniakan seorang cahayamata.

Laporan myMetro disini membuatkan saya gembira mengetahui akan perkara ini dan saya mengalu alukan para pemuda Melayu Muslim Malaysia kita mencari jodoh dari kalangan wanita Muslimah Maghribi dan membawa pasangan mereka kembali hidup di tanahair kita nan tercinta ini.

Elok sangat lah para pemuda dan lelaki Muslim Malaysia berkahwin dengan wanita wanita Muslimah Maghribi yang masih belum tercemar dengan gaya dan budaya karat Barat yang entah apa apa?

Semasa saya ke KLCC semalam, sakit hati saya melihat gelagat dan cara sebilangan bebudak dan wanita Melayu Malaysia ini yang berpakaian tak serupa umat Islam dan berjalan terkedek kedek memakai pakaian yang digambarkan didalam hadis Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bahawa wanita di akhir zaman ini akan berpakaian tetapi 'telanjang'!

Memang benar apa yang disabda Nabi. Naik segan kita melihat perempuan perempuan Melayu begitu mempamerkan bentuk tubuh badan mereka dengan pakaian yang membalut tubuh mereka sahaja dan dipamerkan untuk ditatap setiap manusia yang ada disekeliling mereka.

Saya hairan kenapa tidak ada lagi perasaan malu dan segan didalam hati manusia manusia begini yang pada dasarnya akan mengaku diri mereka sebagai umat Islam tetapi dari segi amalan kehidupan mereka lebih teruk dari mereka yang kaffir!

Jangan ditanya pula samada mereka ini faham agama ke tidak? Silap haribulan mereka akan tergagap gagap nak menerangkan akan apa dia Rukun Iman dan Rukun Islam? Ini realiti semasa.

Jangan lah wanita wanita Melayu Malaysia berkenaan nak melenting mengamuk gila babi nanti bila semakin ramai lelaki Muslim seMalaysia sudah tak mahu memperisterikan mereka yang lebih gemar berambut celup 'blonde' palsu, memakai kanta lekap mata pelbagai warna, mencukur bulu kening dan memantisnya, kemudian bermekap mengalahkan pelacur Chow Kit?

Selera Muslimin Malaysia semakin terbuka untuk beristerikan wanita wanita suci Arab Maghribi yang bukan sahaja lebih beriman dan lawa mengalahkan artis artis cap ayam Malaysia tetapi bijaksana dan berpelajaran serta pandai menjaga hati dan kehendak sang suami.

Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Muslimin Melayu Malaysia yang telah bertindak bijak pergi mencari jodoh dengan wanita wanita muda remaja Arab Maghribi yang lebih tinggi 'standard' mereka dari 'dumb blonde' celup yang perasan diri jadi 'Minah Salleh' dikotaraya kita.

Ubun ubun masih lembik, dah ramai yang seumpama 'kelapa muda ditebuk tupai'. Habis hancur dan bersepai! Merenyam tak tentu arah sehingga ramai yang dikategorikan sebagai 'habis madu dihisap ; sepah diludah merata rata'

Akibatnya tak sunyi akhbar melaporkan perjumpaan mayat mayat bayi yang dilempar dan dibuang oleh wanita wanita muda Melayu yang jahil tak sudah ini selepas mereka lahirkan anak anak haram mereka ini ditandas, di tebing sungai, belukar, hutan dan lain lain tempat tersembunyi sebab 'malu' kat masyarakat!

'Time' dok buat 'projek projek' zina tak ada pula nak pikir semua itu? 

Makanya statistik jenayah menunjukkan wanita wanita Melayu sebagai penyumbang terbesar kepada jumlah anak anak haram yang dilahirkan di Mamluk al Malaisie ini dari tahun ke tahun.

Nama sahaja 'Negara Islam' dan para pemimpin kita begitu gah berbangga dengan penganjuran Musabaqah al Quran setiap tahun tetapi tak ada pula yang terang terang malu dengan natijah zina yang semakin berleluasa dari sehari ke sehari??? 

Nak harap glamor bergelar ulamak begitu begini tetapi pada hakikatnya tak ada menyumbang apa apa untuk mengekang gejala gejala maksiat dikalangan masyarakat Melayu Malaysia apa faedahnya?

Nama sahaja negara kita ada ramai alim ulama dan graduan graduan berijazah dari universiti universiti Islam antarabangsa berjumlah beratus ribu tetapi masing masing jumud macam nak mampos dan tak berani bertindak turun ke padang membimbing masyarakat kita yang semakin ramai yang jahil tahap gaban dan sesat menurut hawa nafsu buat apa?

Masyarakat kita ramai yang degil kepala batu tak mahu mendengar nasihat dan lebih gemar mengikuti gejolak hawa nafsu mereka. Tak ramai lagi yang masih suci, tahu memelihara maruah diri dan keluarga masing masing. 

Derhaka terhadap ibubapa dan menganggap diri teristimewa bagaikan bebutir bintang yang turun dari langit tanpa usaha ibubapa!

Ya! Tahi bintang adalah! Perasan diri bagus padahal mentah jahil muraqqab!

Inilah sebabnya saya seronok membaca berita laporan myMetro ini

Alhamdulillah! Suka benar saya dengan perkembangan ini.

Ahlan wa sahlan saya ucapkan kepada ukhti Muslimah al Maghribi berkenaan. 

Imarahkan lah negara ini dengan lebih ramai umat Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam. 

Semoga anda kekal aman bahagia bersama suami suami anda dari sini.

Syukur Alhamdulillah!

Selamat Datang ke Malaysia!

10 comments:

Mohd Khairul Anwar said...

Salaam bang chik,

Walaupun saya dah berkahwin dan punya adik2 pompuan namun perkembangan pasaran yang lebih terbuka dalam mencari jodoh, menjaga agama dan menyempurnakan sunnah yang SAW suka ni jadikan saya teruja sama untuk menggalakkan rakan2 yang belum bernikah untuk mencuba nasib di Morocco sana. Mereka ni kadang2 fluent French, Arab jika ikut Arabic yang betul memang untunglah kita, anak2 pandai kecek bahasa al-Quran. Kalu dapat hafizah lagi la (teringat dengan muslimah Turkey dan SYrian juga yang macam mek salleh tak serupa orang kita yang hidup pesek tapi tergamak mengkaler rambut sampaikan mek saleh pon nak termuntah tengok.

Above all, padan muka dengan wanita2 melayu, Indon atau Thai atau sesiapa sahaja yang kurang sedar diri, materialistik dan sewaktu dengannya. Saya pernah terjumpa, pertunangan terputus kerana bakal suami daripada keluarga miskin. Khuatir keluarga suami mengganggu rumahtangga yang bakal dibina rakan saya memeutuskan pertunangan dengan tunangnya (lelaki). Bila saya tanya, takpe ke tak kahwin? Dia jawab: Kakak kalau boring pergi shopping pun dah jadi therapy dah daripada tension dnegan manusia.

Doa saya takde lelaki melayu yang salahguna Moroccan ni dan rosakkan mereka. Jangan tak tahu dan tak sedar negara ini one of the infamous human trafficking nation.

Barakallahu lak bang.

Lord Voldemort said...

Salam syeikh,

"Jangan ditanya pula samada mereka ini faham agama ke tidak? Silap haribulan mereka akan tergagap gagap nak menerangkan akan apa dia Rukun Iman dan Rukun Islam? Ini realiti semasa."

Saya tak setuju skit dengan statement nih. Sebab, apa yg dapat dilihat, ibu bapa di Malaysia nampak macam telah memberikan didikan agama yang baik. Malah sokongan dari pelbagai pihak pun turut telah berjaya menerapkan ilmu agama di dada remaja Islam Malaysia.

Tapi samada ilmu itu masuk ke dalam hati, yang yang menjadi persoalan. Dah tengok kawan-kawan seksi, mana nak malu berpakaian 'kurang seksi'. Ramai yang berbuat dosa dalam keadaan diorang sedar tapi dilindungi oleh pelbagai alasan seperti ' tanak hipokrit', 'tunggu seru' dsbnya.

Semoga tiap kali kita melihat orang yang berbuat dosa, kita berdoa supaya dicampakkan hidayah ke dlm hati mereka seperti mana orang akan berbuat demikian dalam keadaan kita berdosa.

syahir said...

salam,

saya setuju dgn sedara khairul, jgn kita pula rosakkan mereka wanita maghribi ni. Maklumlah sekarang ni banyak yang jahat daripada baik (munafik).

tapi saya kurang setuju pula dengan sedara lord voldermort, persekitaran saya melihat punca kurang didikan agama yang terjadi perkara itu, terus terang cakap adalah ibubapa yang terlepas pandang hal ehwal anak2 kerana sibuk mencari kekayaan dunia. Maaf ya semua. wassalam.

Eskapisminda said...

Salam Tuan Guru,

Oh lelaki... :)

Pantang nampak gadis dahi licin hidung mancung cun melecun macam mat salleh - berkejaran! Kepada wanita melayu yang hidung pesek, bontot hitam jangan lah anda berangan tinggi ya. (dan tak usahlah kaler2 rambut tu...orang Mahgribi tu semua natural, mana nak lawan dek oiii!)

Moga keghairahan beristerikan gadis Maghribi (yang kata harian Metro tu pandai menari untuk suami- gelekkah?? wahwahwah) akan membakar semangat lelaki2 Melayu/Muslim yang lemau dan malas (segelintir) supaya menjadi lebih bertanggungjawab dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga dalam hal ehwal menguruskan rumahtangga. Berkahwin dengan perempuan Maghribi yang jadi full housewife dan bergantung penuh pada anda memerlukan kekuatan mental, spiritual dan financial yang utuh.

Jangan hangat-hangat tahi ayam ya!

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Khairul Anwar,

Ada kebenaran pada hujah tuan. Ramai ibubapa sekarang mementingkan materialisma bila memilih calon menantu tetapi itu adalah lumrah kehidupan sekarang, bukan?

Ibubapa mana sanggup mengahwinkan anak mereka kepada fakir miskin?

Sekurang kurangnya hendaklah berpendapatan sederhana supaya boleh menampung kos makan, pakai, rumah tempat berlindung dan sihat wal'afiat.

Cumanya kelaziman masyarakat sekarang ini yang seolah tak ambil berat tentang soal halal haram didalam cara hidup.

Anak anak gadis mereka dibiarkan berpakaian macam yang di gambarkan Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam.

Pagi tadi semasa saya sedang bersarapan di kedai, saya lihat seorang ayah sebaya saya sedang bersarapan dengan anak gadis suntinya.

Remaja itu berambut panjang, berbaju T ketat dan berseluar jeans ketat.

Ayahnya kelihatan seperti orang berpelajaran tetapi mungkin jenis liberal boleh membiarkan anak gadisnya berpakaian sebegitu dan tidak bertudung walau sah sah sudah baligh.

Siapa nak kita persalahkan disini jika bukan ayahnya yang membiarkan anak daranya berketrampilan begitu?

Boleh ke kita nak gi tegor si ayah yang lalai itu?

Ia kan berkata ' Mind your own business!'

Beginilah lumrah kehidupan kebanyakan umat Melayu 'Islam' di Malaysia.

Sombong tak boleh ditegur ; bodoh tak boleh di ajar.

Nak berlemah lembut merayu memesan?

Dipersilakan pada yang sudi.

Mamu jenis 'old school' tak reti nak 'beat around the bush' so to speak. :)

zulkifli said...

Kalau nak kahwin dengan wanita "beriman" dari Maghribi, kita lelaki pun kena cermin diri sendiri...layakkah kita berkahwin dengan mereka yang dikatakan 'beriman'ini? Jangan asyik kutuk wanita Melayu Malaysia saja...Lelaki Melayu Malaysia tu ok sangat?
Tapi kalau tengok betul betul, ramai juga wanita Melayu yang beriman, cuma kita orang Melayu Malaysia kerapa kali lebih suka yang "import".

Abu Hasan Chan said...

Saya terpaksa mencelah disini. Fasal orang Arab Maghribi atau Morocco , saya nak sebut beberapa perkara.

Pertama , mereka bukan berketurunan Arab tulin dan adalah kacukan bangsa asal mereka Amazigh dengan Arab dan Perancis. Kalau kita lihat wanita mereka ada yang mirip Arab , orang Eropa dan ada juga mirip "keMelayuan".

Kedua , mereka orang Islam bermazhab Maliki , dan setahu saya orang Maliki sukar hendak adjust cara hidup mereka dengan dengan orang mazhab Syafie atau lain budaya bangsa bukan Arab. Amat jarang sekali kita dapati wanita Arab berkawin dengan lelaki Melayu.

Ketiga , orang Arab ada sifat "Arab ego" , biasanya wanita Arab lebih suka memilih orang Arab atau orang Eropa dan Amerika sebagai suami. Ini berbeza dengan wanita Islam kulit putih Amerika yang boleh menerima bangsa lain termasuk orang Asia sebagai suami.

Keempat , wanita Arab kalaupun mereka mahu kahwin dengan Melayu , sudah lumrah mereka memilih yang benar-benar kaya dan ada harta. Soal cinta ialah perkara kedua.

Kelima , sekarang ialah zaman internet yang secara global semua bangsa boleh chat dan hantar emel kepada semua lapisan manusia. Ada wanita Arab yang chat dan berkenalan dengan orang bukan Arab. Apa yang biasanya mereka tertarik ialah kita menulis dalam bahasa Inggeris yang indah. Itu menjadi satu prestij bagi orang Melayu yang bijak menulis dalam bahasa Inggeris dan boleh memikat hati wanita Arab. Rata-rata wanita Arab tidak mahir bahasa Inggeris dan mereka kagum terhadap orang yang bijak secara intelektual.

Orang-orang Arab yang bercakap dengan saya memang kagum terhadap orang Malaysia yang fasih berbahasa Inggeris. Lebih-lebih lagi jika kita tahu bercakap dan menulis dalam bahasa Arab "fusHa" , iaitu bahasa Arab persuratan. Ini kerana ada orang Arab sendiri tidak fasih bercakap "bahasa al-Qur'an" , apa yang mereka bercakap ialah bahasa Arab ammi ( bahasa Arab pasar).

Sebab itulah apabila kita orang bukan Arab bercakap bahasa Arab fusHa , orang Arab sendiri akan merasa malu terhadap kita.

Tapi kalau bercakap dengan wanita Arab fasal hendak ajak kahwin dengan kita ....kena fikir baik-baik ....$$$$$$$$ !!!!

iffahhanna said...

xsmua wnita mlayu rosak kan syeikh?? ada ja wnita2 melayu yg solehah..mnjaga aurah dn mruahnya demi mnnti pemuda2 musleh "melayu: untuk djadikan suami..tpi apakan daya.. pemuda muslim nan musleh melayu sudahpun beralih arah mncari wnita muslimah magrbi..nmpaknya wnita mlyu muslimah ini jga perlu pusing area cri jejaka morocco drpda tggu mlyu muslim yg hilang aqidah,rosak bdaya, fkiran dan ideolgi bebas brnfsu .. mremehkan wnita dan lupa tggugjwb dan amanah ntuk kluarga..

fikirkan...

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum iffahhanna,

Saya tak kata semua wanita Melayu sudah rosak dan tak suci lagi. Sebilangan besar dari remaja Melayu kini terikut ikut gaya barat dan cenderung untuk ber'couple' terlebih dulu sebelum pasti berumahtangga.

Statistik menunjukkan bahawa pelaku maksiat tertinggi dikalangan lelaki dan wanita muda dari kalangan orang2 Melayu.

Amat sedikit nisbah perbandingan wanita Melayu yang menjaga kesucian dan peribadi mereka. Memang betul pendapat iffahhanna bahawa lelaki Melayu yang baik dan bertanggungjawab juga turut kurang dizaman ini.

Bagaimanapun, saya ingin mengucapkan syabas kepada iffahhanna kerna mahu mencari jodoh anda dari kalangan lelaki Morocco atau dari mana sahaja dari menunggu jodoh yang tak sampai dari lelaki tempatan.

Cumanya ingin saya berpesan agar jangan terjadi seperti kes kes dimana wanita tempatan kita menderita terseksa didera dan di aniaya berkahwin dengan lelaki Pakistan, Lombok, dsbnya dimana kehidupan disana bagaikan neraka berbanding tanahair kita sendiri.

Lain padang lain belalang iffahhanna! Lain tempat lain kelaziman dan adat resam mereka.

Berhati hati didalam memilih pasangan.

Syurga kehidupan duniawi ada dimana mana sahaja. Terpulang kepada kehendak kita samada untuk mencari pasangan baik dari kalangan sesama sendiri atau bangsa asing.

Saya doakan iffahhanna akan dikurniakan jodoh yang sesuai tak lama lagi.

Amin.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Shah said...

setuju dengan komen mahaguru. kiranya mencari jodoh di maghribi ni cuma alternatif. bukannya semua orang sanggup kahwin campur ni. so tak payah la nak melenting. teguran tu amik yang baik. kalo kita bukan tergolong dalam kelompok tu, buat apa nak marah? sapa makan cili, dia la terasa pedas..

kepada iffahana, sanggup ker kawin dgn lelaki morocco? lelaki sana memang ramai hensem2, tapi lagi tak berduit dari lelaki melayu kat sini. kerja susah nak dapat, n gaji mereka puratanya ratus2 RM jer. tapi tak di nafikan ramai dari mereka memang rajin bekerja.

tukaran duit sana RM1 = 0.27 Morocco Dirham (MD). itu sebab lelaki melayu bawak RM15k pun dah cukup untuk segala proses kawin (sama dengan MD41k)..

pompuan melayu kalo komen, suka sangat ikut emosi, itu sebab ada lelaki melayu tak minat. nampak kurang bijak di situ, hehe..