Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, December 06, 2010

Kereta2 Malaysia dihina dan dimusnahkan di UK! Masih galak nak ekspot kesana?




Saya mendapati video ini secara tidak sengaja bilamana melayari blog blog yang memaparkan kejadian demonstrasi oleh pelajar pelajar UNISEL dan juga Pakatan Pembangkang.


Didalam video ini dipaparkan tentang kebencian seorang warga British yang memandang hina pada kereta buatan Malaysia. Kereta Perodua Kelisa yang diekspot ke UK dan dijual dengan harga murah disana.


Rancangan Top Gear mendedahkan betapa rendahnya kualiti kereta kereta buatan Malaysia dan mereka dengan sengaja menjatuhkan reputasi industri automotif Malaysia secara terbuka dengan membawa kereta kereta keluaran negara ini dan ditunjukkan kelemahan kelemahan Proton dan Perodua kepada warga Britain!


Andaikata penghina penghina ini datang ke Malaysia, mereka sudah pasti akan disambut dengan penuh bangga oleh rakyat Malaysia yang masih kagum dengan Mat Salleh seperti ini dan melayani mereka dengan penuh hormat, mesra dan kasihsayang membuak buak bagaikan telaga mata air!


Malaysia Boleh?


Saya menyeru kepada pengusaha pengusaha otomobil negara supaya mengambil iktibar dari penghinaan secara global ini untuk memantapkan kualiti pembuatan kereta mereka dan perkemaskanlah mana mana yang patut!


Sistem keselamatan kenderaan masing masing memang amat lemah dari mutu piawaian antarabangsa!


Bumper Proton Wira jika ditendang sahaja akan tercabut keluar kerana ia hanya dipasang secara kelip!


Andaikata para pengusaha Proton dan Perodua ada maruah, takkan mereka membiarkan industri otomobil nasional dihina dan dimalukan seperti ini!!!


Tingkatkan kualiti kereta kereta keluaran perusahaan anda atau teruskan sahaja menerima kata kata penghinaan dan caci maki warga warga luar negara seperti ini!!!


Tak malu ke CEO CEO Proton dan Perodua???


Memang terbukti kualiti kereta kereta keluaran kita tak mencapai tahap ujian keselamatan dijalanraya!


Jual kereta kereta ini didalam negara dengan harga mahal dan banyak songeh tetapi pergi menjual kereta di UK dengan harga murah dan diberikan segala macam penambahan assesori, mengemis simpati Mat Salleh!


Tak ada maruah ke tuan tuan semua?


Perbaiki lah mutu kereta keluaran negara dan juallah kereta didalam negara dengan harga patut serta naiktarafkanlah mutu keluaran perusahaan anda!


Ini tidak!


Bila buka sahaja pintu kereta, nampak plastik belaka.


Plastik 'recycle' gamaknya???


Apalah gunanya berbangga dengan mengekspot kereta keluar negara dan dijual dengan harga yang sangat murah di UK dan negara negara luar lain tetapi sebenarnya dicaci dan dimaki oleh program program seperti Top Gear UK?


Sekurang kurangnya naikkan lah mutu kereta keluaran tempatan dan jaga pengguna disini, bukan pergi melelongkan maruah diri dan produk keluaran industri Malaysia yang memang tak mencapai tahap untuk diyakini mahupun dibanggakan!


Sekarang ini pun kereta Proton Wira kami sedang tersadai dibengkel, untuk menggantikan gasket blok enjin dan 'timing belt'. Semuanya alat ganti tulin tetapi mutu sama sahaja seperti 'cap Ayam'!


Tak tahan tara mana walaupun hanya digantikan 2 tahun yang lepas!


Perhabis duit lagi!!!


Nak kena kumpul duit beli kereta impot le nampak gayanya. :(

6 comments:

Mohd Ridzuan said...

Kita kena bezakan antara negara dan syarikat bro..

Sudah sampai masanya PROTON dan PERODUA dilihat sebagai satu syarikat yang berasaskan keuntungan.

Lain la depa sanggup bagi harga murah bila kita beli... Harga sekarangpun sebab kerajaan yang kawal jenama lain, kalau tidak dah lama bungkus.

dah 20 tahun, tak cukup lagi ke?

Mohd Naser said...

Kita kena berada di sana baru boleh komen. Aku agak lama menetap di hartfields UK dalam 30 minit ke bandar London. Kenapa mereka marah, sebab kereta kita dijual pada harga murah. Biasalah strategi untuk melariskan barang tempatan. Untuk pengetahuan semua, kereta kat UK boleh kata murah, tapi insurance dia mahal nak mampus sekurangnya 1000 Pound setahun kalau di kali dengan RM6 bagi 1 pound bersamaan dengan RM6000 setahun. Ada sanggup beli kereta mahal... Satu lagi Orang UK suka kereta compact.. Kereta Malaysia memenuhi cita rasa mereka, tapi biasalah ada berbagai cara oleh syarikat kereta disana nak kondem kereta luar. Kalau tidak kereta tempatan mereka tak laku... Sebab tu spare part kereta kita susah nak dapat disana... Sama macam kerajaan Negeri Selangor kilas tangan Syabas... tak bagi penuhi konsesi tukar paip lama usang. Lepas tu bising kat rakyat kata Syabas langar kontrak... Ada faham... Ini pendapat aku saja, tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati...

norzah said...

Syarikat Proton patut melakukan siasatan terhadap kempen memburukkan kereta murahnya. Tiada gunanya membuktikan kereta Proton juga handal jika kempen itu hanya gimik untuk menolak kereta impot dari Malaysia. Proton mesti menjalankan kempen sendiri untuk membunuh kempen buruk itu.
Kualiti kereta Proton dan Produa mestilah ditingkatkan tapi tidak dengan penambahan harga. Harga sekarang pun sudah membebankan dan berlawanan dengan hasrat untuk membolehkan rakyat biasa mempunyai kereta sendiri, Harga mesti dikawal seperti juga harga rumah yang sedang melambung-lambung kerana Bank-Bank sedia memberi pinjaman. Tak dapat bayar balik rumah dilelong untuk mendapat keuntungan yang amat lumayan,

badtamperman said...

Be'coz LOTUS is owned by Proton. An Asian company owning a British company.
By a Muslim product first.

yat said...

well, top gear does not smack any car, they gave a good review on hyundai and kia, which they condemn early in their review (together with the test prove of handling, suspension etc, u can see how bad proton behave in that area)...

well, proton has to compete, and if they can't, i say 'tutup kilang saja la'....

mns said...

Nie apa yang NASER merapu nie . laman TOP GEAR tu dah lama dah dok uji kereta kondem kereta .. kereta Keluaran British pun dikondem cuba tengok review semua kereta .

Lagi satu kata nak memburuk2 kan kereta luar ? betul ka U pi UK nih .. aku macam tak percaya la . Kalau tak kerana CUKAI kereta yang tinggi kat Malaysia nie dah takdak lagi orang nak pakaj PROTON beb . Kalau dah boleh beli SENTRA dengan harga 52000 sapa nak beli WAJA dengan harga 62000 ? akal ada boleh fikir .....