Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, December 01, 2010

Ketuanan Melayu ~ Tuanku Sultan Selangor sahaja yang berani bersuara?


Sudah acapkali bilamana ada anasir anasir yang menyentuh soal kedudukan orang orang Melayu dan Agama Islam dan mahu menjahanamkan kedua perkara yang penting bagi kita, umat Islam di tanahair ini, maka selalunya hanya DYMM Paduka Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj yang berani bersuara, tampil kemuka bertitah mempertahankan baik kedudukan orang orang Melayu dan Ad Deenul Islam dari diperkotak katikkan sang penderhaka!

Sejak kebelakangan ini, sudah sering pihak pihak yang kemaruk mahu memerintah Kerajaan Pusat ini sanggup memperlecehkan kaum mereka sendiri demi mahu sebelum mati dapat bergelar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menghina kaum mereka sendiri dan berdrama swasta sebagai pejuang keadilan begitu begini.

Hanya Duli Tuanku Sultan Selangor yang bingkas menegur, mencantas mana mana pihak yang seolah sudah naik tocang dan tumbuh tanduk mahu menidakkan kedudukan istimewa kaum Melayu di Tanah Semenanjung ini dengan pelbagai alasan dan hujjah hujjah yang sebenarnya tak ubah bagaikan enau didalam belukar ; masing masing mahu melepaskan pucuk!

Saya ingin bertanya..kenapakah Tuanku Tuanku Sultan Sultan dan Raja Melayu diam membisu terhadap serangan keatas institusi 'ketuanan Melayu' yang sebenarnya adalah Kesultanan Melayu itu sendiri?

Apakah Tuanku yang lain bukan Ketua orang orang Melayu Muslim didalam Kesultanan Negeri masing masing?

Tidak terasakah bahawa yang ingin dihapuskan dari Semenanjung Tanah Melayu ini sendiri adalah kedudukan istimewa kaum Melayu dimana Tuanku Tuanku sekelian sudah pasti akan terjejas seandainya dibiarkan anasir anasir anti Melayu sekelompok ini berjaya menghasut dan mencemari minda Melayu yang tak sedar diri dan sedang hanyut dibuai keseronokan duniawi ini?

Tanah Melayu ini adalah satu satunya tanahair kurniaan Allahu Rabbul Alamin bagi kaum Melayu bermastautin dengan hak sebagai penghuni bumi ini dimana telah wujud satu keadaan dimana bangsa Melayu itu secara khususnya sudah dikenali sebagai umat Islam oleh seantero dunia.

Kebanyakan Melayu tak sedar akan perkara ini. Bila disebut saja akan bangsa atau kaum seseorang itu sebagai Melayu, maka secara lahiriahnya sudah dianggap bahawa Melayu itu Muslim.

Ini adalah satu keistimewaan kaum Melayu. Walau Arab sekalipun, belum tentu si Arab itu Muslim. Ada golongan Arab Kristian, Arab Majusi dan pelbagai macam penganut agama selain Agama Islam dikalangan masyarakat Arab di Timur Tengah.

Tetapi bilamana disebut Melayu, sudah tentu 99.9%, si Melayu ini beragama Islam. Namun bukan itu menjadi persoalan saya kali ini, membincangkan kelesuan pihak sebahagian besar dari Duli Duli Tuanku Sultan dan Raja Melayu yang diam membisu, kelu terhadap isu yang kini diusulkan oleh Presiden PKR mahu menghapuskan 'Ketuanan Melayu' di tanahair Semenanjung Tanah Melayu ini!

Apakah hanya Sultan Sharafudin Idris Shah Al Haj sahaja satu satunya Sultan Melayu yang prihatin akan pengkhianatan Presiden PKR Wan Azizah bersama sang suaminya serta sekelian para pengkhianat dan pemuka lain yang berbangsa Melayu, kononnya beragama Islam tetapi sudah sampai ketahap sedia menghapuskan kedudukan umat Islam berbangsa Melayu di bumi Tanah Semenanjung ini demi dahagakan kuasa sementara didunia ini walaupun untuk hanya sepenggal menjelang kedatangan Malaikatul Maut menyentap ruh keluar dari jasad jasad mereka?

Mana perginya suara Raja Perlis, Sultan Kedah, Sultan Kelantan (yang dahulunya lantang membela nasib kaum Melayu Muslim), Sultan Terengganu ( DYMM YDP Agong sekarang), Sultan Pahang, Sultan Perak, Yamtuan Besar Negeri Sembilan dan Sultan Johor?

Apakah Majlis Raja Raja hanya simbol semata mata?


Mahukah dibiar anasir anasir ini meracuni fikiran warganegara lain sehingga mereka mampu menghapuskan institusi Kesultanan Melayu dan menggantikannya dengan sebuah Republik Rakyat Malaysia dimana Ad Deenul Islam akan disamaratakan dengan kefahaman kefahaman yang lain seperti dibuktikan dengan sokongan mereka terhadap Suruhanjaya Antara Agama @ IFC dahulu?

Apakah Tuanku Tuanku berkenaan sanggup melihat keadaan seperti itu menjadi realiti?

Ad Deenullah disama ratakan dengan agama ciptaan manusia? Lihat sahaja kedudukan lambang bulan sabit dan bintang yang disusun demikian rupa jauh dibawah lambang lambang kefahaman manusia yang kuffur terhadap Allahu Rabbi dan tidak beriman terhadap Tuhan Semesta Alam!

Masih mahu mengambil sikap 'tunggu dan lihat' ke Tuanku sekelian?

Apa Tuanku Tuanku berkenaan mahu melihat Kesultanan Melayu di Tanah Semenanjung ini menghadapi nasib yang sama dengan segala kerajaan silam seperti di Iran, Iraq, India, Nepal, Nusantara, China, Eropah dan sebagainya?

Terpulanglah kepada Duli Duli Tuanku sekelian. Patik sekadar memperingatkan sahaja.

Mohon pertimbangkan maksud pantun pantun berikut :

Kata tua kata berpunca,
       Punca melekat pada akidah,
Hina bangsa kerana loba,
       Loba pangkat gila berbantah!

Kata tua kata hikmat,
       Hikmat diingat besar pahala,
Hina bangsa gila hormat,
       Hormat membuat besar kepala.

Kata tua kata bersendi,
       Sendinya Quran berserta Sunnah,
Hina bangsa kerana keji,
       Keji berkawan gila memerintah!

Kata tua kata bermanfaat,
       Banyak manfaat dapat dirasa,
Hina bangsa tiada muafakat,
       Tidak muafakat umat binasa!

Petikan dari Khazanah Pantun Melayu Riau Tenas Effendy.

Melayu dan Islam bagaikan aur dengan tebing. Tidak terpisah keduanya melainkan maut. Desakan Presiden Parti Khianati Rakyat adalah satu usaha batil terkini untuk menambah memecahbelahkan umat Islam ditanahair ini yang sudah sedia terpisah dengan perbezaan ideologi politik dan kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri.

Kelesuan pihak sebahagian besar Kesultanan Melayu untuk bersatu hati, menggembeleng usaha dan tenaga untuk memastikan kesefahaman sesama Melayu dan umat Islam hanya menjadi bahan bakar kepada api liberalisma dan kesamarataan didalam usaha sebahagian dari seteru seteru Allah untuk menjatuhkan satu satunya benteng pertahanan akidah dan asas kedudukan umat Islam berbangsa Melayu didalam dunia ini disini.

Saya menyeru agar Kebawah Duli Duli Tuanku Sultan Sultan dan Raja Raja Melayu bersama Seri Paduka Baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj mencantas usaha menjahanamkan bangsa Melayu dan umat Islam dibumi Semenanjung Tanah Melayu ini.

Hendak seribu daya!

Insya Allah!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! 

12 comments:

phen said...

Sesungguhnya mulianya sesuatu kaum itu bukan terletak kpd asal usul sesuatu bangsa tersebut. Tetapi sejauh mana mereka dapat menegakkan agama Allah dengan melaksanakan segala perintah dan menjauhi laranganNya. Islam tidak kenal warna kulit dan bangsa untuk ianya menjadi anutan. Jikalau bangsa menjadi sempadan maka tidak berpadulah seluruh umat Islam kerana bukan semua orang islam di negara ini adalah melayu. Tujuan Allah mencipta manusia di bumi ini bukan untuk memertabatkan bangsa tetapi ialah untuk menegakkan ajaran AgamaNya. Melayu telah hanyut dibuai kebendaan di bumi Malaysia selama ini disebabkan kegagalan pemerintah untuk melaksanakan ajaran Agama Islam yang sebenarnya. Ketuanan Islam adalah yang lebih penting daripada Ketuanan Melayu...Allahu Akhbar!!!!

Pusaka Ibunda said...

http://pusakaibunda.blogspot.com/2010/12/ketuanan-melayu.html

pisau addlistkan blog kami.

Pusaka Ibunda said...

pisau pulak. maaf mahaguru add kami ya.

eN. tEddY said...

tuan...dah itu pandangan peribadi sultan selangor kenapa tuan perlu kaitkan dengan sultan2 lain...

kalau sultan nk analisis ucapan sultan selangor mai saya nk bagitau tuan isi ucapan KDYMM Sultan Kedah yang ternyata lebih ke arah kepentingan rakyat....soal suara2 sumbang yang tidak menghargai bantuan dari kerajaan negeri....ternyata tuanku sultan Abdul Halim lebih prihatin dengan nasib rakyat tanpa mengira bangsa...

MymassaVoice said...

phen, phen...

Itulah akibatnya apabila pemikiran jumud engkau sudah banyak kali diliwat oleh fahaman khawarij PAS dan puak-puak liberalisme dan pluralisme PKR, sampaikan Melayu dengan Islam pun sudah jadi dua entiti yang berlainan. Cubalah hayati Perlembagaan Negara Perkara 153, Melayu ini bukan macam kaum lain, yang semua orang boleh kenal melalui rupa, bahasa dan budaya.

Kalau tidak percaya, cubalah pergi ke US/UK, suruh mat salleh sana teka kau tu siapa...konpem dia kata kau ni filipin atau mexico.

Kenapa jadi macam tu? Sebab melayu bukan satu bangsa yang betul-betul seragam baik dari segi rupa, bahasa mahupun budaya. Melayu ini adalah ACEH - Arab,Cina,Eropah,Hindustan. Tetapi semua bangsa tadi dissatukan dalam melayu dengan akidahnya ISLAM!!! tidak dikatakan seseorang itu Melayu sekiranya agamanya selain Islam.

Itulah sebenarnya yang diperjelaskan dalam Perkara 153 tadi, orang melayu ini tidak diceritakan bagaimana rupanya, tetapi disebut dahulu apa agamanya, apa bahasanya dan apa adat resam amalannya. Jadi jika kau ni phen bukan melayu kau ni bangsa apa? sedangkan india muslim, cina muslim dll yang tepat ciri-cirinya dalam perkara 153 tu, sudah tentu mereka juga dikira sebagai melayu.

Jadi bukankah Ketuanan melayu itu sebenarnya Ketuanan ISLAM???

Zanie said...

MymassaVoice,

Kalau begitu, mengapa tidak terus diletak ketuanan islam saja, kan lebih mudah dan bertepatan dengan saranan Al Quran dari Allah itu sendiri?

Ketuanan melayu sgt mengelirukan dan berbunyi kebangsaan. ini mengundang polemik yg tidak berkesudahan. Sebut saja ketuanan islam, maka semua kaum tidak kira apa akan rasa selesa masuk ke dalamnya. melayu memang tidak dikenal di negara barat tetapi di rantau sebelah sini? Semua orang tahu melayu itu apa, cina itu apa dan india itu apa...perbezaan itu memang ketara!

Sekali lagi, sokong phen; ketuanan islam!

rahman said...

ketuanan Islam konon...

Ketuanan Islam tajaan PAS perlu melutut dan menjilat kaki DAP yg anti Islam.

Ketuanan Islam PAS sanggup menunggu 30 tahun lagi utk di bawa konsep negara Islam kerana takut dan akur dgn ketidak redhaan DAP padanya.

Ketuanan Islam apa bilamana Karpal Singh boleh berkata langkah mayat saya kalau nak buat negara Islam dan hudud...kit siang kritik negara Islam dan cemuhnya...tetapi PAS masih meleleh air liur utk kerusi Putrajaya dan sanggup bekerjasama dgn kafir harbi ini dan menolak bekerjasama dgn org Islam sendiri. Mana maruah PAS...apa ketuanan Islamnya? Bila tanya Nik Aziz..jawapan nya hanyalah..."ohhh...itu pandangan peribadi pemimpin DAP".

Tak ke bodoh namanya...dulu bila Mahathir hina sunnah, berkokok kata UMNO hina Nabi, Presiden UMNO hina Islam. Bila pengerusi DAP tolak hudud, hina negara Islam...itu pandangan peribadi..
Ini bukan ketuanan Islam.

Ini kedayusan Islam PAS.

Rizuandy said...

Setuju dengan kenyataan Sdr. Rahman. Puak-puak macam nie memang ada sahaja hujah utk mencantas. Hakikatnya tidakkah mereka melihat akan jauh melangitnya idiologi PAS, DAP & PKR bagaikan langit dengan bumi dalam 1 pakatan. Hairan PAS sanggup terima DAP walaupun terang2 DAP (kafir harbi)x junjung Islam, bahkan menolak UMNO. PKR entahla...org munafik dan pengkhianat bangsa macam Anwar pun org boleh angkat jadi pemimpin malah bangga lagi.. Mulut sahaja kata ketuanan Islam tapi segala tindakan x mencerminkan langsung apa yg dikata...X perlulah berdalih, lihat sahaja asas perjuangan PAS, DAP & PKR....air dengan minyak dalam botol arak.

carlos said...

mana ada ketuanan Islam. Islam tu Deen.
Ini tanah melayu. bukan tanah besar cina, tanah india, bumi arab atau kepulauan hawaii

Kalau orang lain jadi tuan macam singapura, melayu jadi apa? Islam di tanah melayu jadi apa.

Tak ada ketuanan melayu, tak adalah Sultan atau Raja Berdaulat atau Agong sebagai ketua Agama.

Susahlah nak bina mesjid bila dah jadi republik.

Kerajaan PAS pula dah banyak bina Masjid??

Ariji said...

Salam ustaz,

Sultan selangor tidak menyimpan janggut. Bukankah Rasul memerintahkan agar kita menyimpan janggut? Kita WAJIB mentaati Rasul, bukan?

Maka mengapa ustaz tidak menegur Sultan tentang perkara ini?

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Saudara Ariji,

Insya Allah, jika ada kesempatan bertemu muka dengan Tuanku akan saya sampaikan pesanan saudara.

Perkara peribadi begitu hanya dapat kita sampaikan seandainya sudah kita bersahabat dengan Tuanku dan diizinkan kita berbicara secara peribadi dengan baginda.

Buat masa ini, belum ada izin Allah.

Soundheart said...

Assalamuakaikum Tuan,

Sedih apa yang sedang terjadi sekarang di Malaysia. Kita perlu belajar dari sejarah dan pengalaman orang lain.

How Zionists Divide and Conquer
http://www.youtube.com/watch?v=FJjSzXkm55o

Dan cuba correlate dengan vid ini(Tumpukan perhatian pada min 1:34)

The Neocon Agenda
http://www.youtube.com/watch?v=u4MdyJDnSoI

Maka tahu lah kita apa matlamat mereka. Apa yang perlu kita lihat dan memahami segala peristiwa itu dengan konteks yang lebih luas lagi.