Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, January 24, 2011

Kosmo ~ Buruknya gaya bahasa wartawan dan pengarang akhbar ini!

Tersentak saya apabila membaca tajuk akhbar Kosmo! ini!


Tak semena mena timbul perasaan benci dan marah sekali melihat betapa kejinya gaya bahasa wartawan Kosmo ini memuatkan tajuk yang sengaja dirancang untuk menarik perhatian pembaca!


Almaklum sahajalah zaman ini kan zaman dimana Fitnah dan Maksiat bermaharajalela terutamanya apabila ditaja dan dicanang oleh akhbar akhbar tabloid sebegini yang memang mencari berita berita sensasi untuk melariskan jualan akhbar!


Sila klik keatas paparan laporan diatas untuk melihat dengan lebih jelas lagi.


Terkilan dihati saya bilamana wartawan NORLIDA AKMAR IDROS, seorang wanita Melayu dan juga seorang ibu sepertimana terbukti digambar Facebooknya ini tergamak menyusun kata sebegitu gaya menyatakan 'Ayu usaha puaskan Zaquan!'


Beginikah cara wartawan Melayu sekarang menyusun ayat dan membuat tajuk artikel?


Artikel awak adalah tentang sepasang suami isteri yang baru bernikah! Awak tulis artikel dengan tajuk begitu dengan maksud apa?


'Ayu usaha puaskan Zaquan!'


Setiap pembaca dewasa akan sertamerta menafsir akan maksud disebalik tajuk ini dengan fahaman yang mendorong ke perhubungan suami isteri yang tersirat disebalik kata kata diatas.


Amat buruk sekali cara wartawan ini dan juga rakan setugasnya AHMAD SYAHIR KASSIM didalam cara penulisan tajuk akhbar ini.


Pengarang Kosmo yang meluluskan tajuk sebegini untuk disiarkan turut bersalah diatas gaya bahasa yang digunakan. Akal pergi mana beb?


Tak boleh kah digunakan 'Ayu usaha bahagiakan Zaquan'?


Apa susah benar ke nak fikir akan cara melaporkan sesuatu berita yang baik dengan gaya bahasa yang sesuai dan menepati tuntutan adat resam warizan zaman berzaman, sopan santun dan juga adab yang berasaskan Syariat Islam?


Nak jadi wartawan bukan boleh main hentam keromo sahaja. Kena ambil kira akan natijah cara penulisan kepada orang orang yang dikaitkan didalam laporan kalian!


Teringat saya akan episod didalam filem P.Ramlee 'Seniman Bujang Lapok' dimana Benggali jaga membahasakan watak S.Samsudin kerna kasar didalam berbahasa.





Bahasa menunjukkan Bangsa!


Bawa bawalah bertaubat wartawan diatas!


Sia sia sahaja berbangsa Melayu tetapi lupa akan budi bahasa dan tertib didalam berkarya!


Memalukan orang untuk melariskan akhbar bukanlah pekerjaan yang terpuji!

13 comments:

Mr feckry said...

kata p.ramlee dalam filem bujang lapok," bahasa melambangkan bangsa!"

MAHAGURU58 said...

Adik kichi, itu telinga kasi dengar betul betul aa..

P.Ramlee ada cakap ' Bahasa menunjukkan bangsa' aa..

Hehehehe...:P

Panglima Perang Cyber said...

kosmo memang dikenali dengan gambar lucah dan ghairah.

cuma bab ini kita kena tegur dgn hikmah.


tuan pun tulis serulah ke jalan tuhanmu dengan hikmah.


moga dia sedar.


doa saya taubat penulis tersebut diterima Allah.

anyway lama tak datang sini..



tqvm

ziarah76 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Aslmlkm Tuan mahaguru..memang patut sekali ditegur wartawan yg pandai ikut suka je ni..walau pun nak lariskan jualan akhbar tapi mestilah berhemah dan beradab.
Minta maaf makcik jawab disinilah ya..dah cuba tapi tak jadi..
hehe tentang niat tuan nak promosikan RTSri Pauh makcik tu ,terima kasih banyak2 moga Allah membalas kebaikkan tuan mahaguru tu.
nak memuatnaikkan gambar tu akan makcik suruh anak makcik buatkan..makcik kurang pandai sikit bab ni..harap tuan sabar menunggu.
sekali lagi kami berdua ucapkan jutaan terima kasih.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Dato Panglima,

Kita ini sebagai blogger Muslim, wajib menegur pihak wartawan dan editor media perdana kerana jika kita diamkan atau buat tak endah, karang semakin menjadi.

Sama juga dengan blogger blogger yang saya lihat semakin tidak berperikemanusiaan langsung, mengadu domba dan fitnah memfitnah tanpa terkawal lagi.

Kemanakah gerangan perjuangan masing masing?

Untuk turut tersenarai didalam list 'Go To Hell'?

Nampak gaya macam tu!

:(

MAHAGURU58 said...

Sahabat ziarah76,

Saya faham akan kedudukan perkara seperti yang saudara terangkan, namun sekiranya kita selaku blogger membiarkan sahaja akan perkara ini, maka akan semakin hancurlah peradaban warga media Malaysia, tak kira samada wartawan, editor ataupun blogger!

Bahasa menunjukkan bangsa. Kekadang perlu kita mengambil pendekatan yang tegas demi menyedarkan pihak pihak yang sesuka hati mencemarkan minda masyarakat pembaca dengan gaya dan cara yang lari dari garispanduan berteraskan pertimbangan keadilan didalam melaporkan sesuatu.

Kedua wartawan tersebut perlu membantah terhadap editor yang terbabit jika ia telah menganiayai mereka!

Saya mengaku amat tersinggung dan marah membaca laporan sedemikian rupa.

Nama kedua wartawan itu dicetak sebagai penulis artikel maka mereka lah yang saya pertanggungjawabkan diatas kandungan artikel tersebut.

Saya cari gambar Ahmad Syahir Kassim tapi tak jumpa maka wajah Norlida Akmar Idros sahaja yang dapat saya siarkan selaku salah seorang dari kedua wartawan yang terbabit.

Bak kata pepatah baru' Jika takut dibelasah blogger, maka laporlah secara berhemah, Insya Allah selamat!'

:)

Mesin Taip Buruk said...

Tajuk macam tu lah orang duk berebut nak beli Kosmo! Kalau tengok Metro lagi dahsyat. Itu pasal Metro sudah jadi paper no. 1 kat Malaysia.
Jangan marahkan wartawan Kosmo/editornya tetapi marahlah para pembaca akhbar kita. Mereka lebih senang baca berita2 sensasi macam ni... Apo nak buek!

NOOR FATIN said...

bila org lain mesti akan pikir lain. alahai.. dia patut ubah ayat

Abdullah said...

Tuan Guru,

Inilah fitnah besar diakhir zaman, dimana wanita menguasai segalanya dan menurut hawa nafsu dalam berfikir, bertindak dan berkerjaya.
Salah satu punca cepatnya kiamat berlaku bila wanita terlalu bebas dan rosak...
Waallahhua'lam.

jimbab said...

akhbar kita persis majalah playboy

En. Grimmer said...

Adakah Mahaguru terasa kerana Kosmo slalu siarkan berita ttg Ummu Jah?????

MAHAGURU58 said...

Tak ada kena mengena langsung dengan balu Allahyarham Ustaz Ashaari!

Malah saya sokong Kosmo dedahkan tentang penyelewengan kumpulan yang ternyata sesat dan menyesatkan ini!

Sepatutnya Kementerian Dalam Negeri menangkap semua yang terlibat terutama sekali Khadijah Aam kerna membawa ajaran sesat!

Kosmo salah sebab selalu sangat nak mensensasikan hal ehwal artis yang jahil tahap gaban dan mendedahkan aurat mereka sesuka hati!

Saya sokong bila Kosmo dedahkan perkara salah tetapi saya akan menegur jika Kosmo salah pembawaan!

Ini kewajipan saya sebagai seorang Blogger Muslim.

Harap En.Grimmer jangan serkap jarang lain kali!

Saudara belum kenal siapa saya dan apa pegangan saya jadi tolong selidik terlebih dahulu sebelum main tuduh tuduh!

Insya Allah!