Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, March 03, 2011

Anutan PAS ~ Hehehe...inilah jadinya bila politik disalahtafsir dengan agama


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sebenarnya artikel diatas sudah saya baca tempohari tetapi entah bagaimana penerbitan Bob Lokman yang menerangkan tentang keputusannya untuk 'menganut' PAS itu terlepas dari pandangan saya. :)

Bilamana saya singgah sebentar di laman Gelombang Wangsa Maju pagi tadi maka cerita tentang 'anutan' Bob Lokman tersebut terserlah menimbulkan pertanyaan akan cara beliau menulis tentang cause célèbre' terkini beliau?

Saya boleh faham akan keghairahan Bob Lokman untuk berhijrah dari alam penuh sensasi dunia artis ke dunia perjuangan 'Islam' namun Bob Lokman harus berwaspada dengan cara beliau menulis didalam blog beliau. 

Silap tulis seperti berkata bahawa ia 'menganuti' PAS boleh membawa kepada salahfaham tentang maksud sebenar beliau?

PAS adalah parti politik. Pemimpinnya adalah ahli politik. Islam adalah agama yang diperturunkan Allah kepada manusia yang mahu beriman.

Jangan sampai perjuangan politik sekular dianggap sebagai anutan seseorang yang mengaku Muslim.

Boleh membawa kepada penyelewengan akidah, bro!

Berhati hati lah wahai saudara saudari seIslam dengan ku. 

Kena sedar akan perubahan asas perjuangan sesuatu parti politik yang dahulunya memang mantap mahu menegakkan Syariah Allah kini sudah mula mahu duduk semeja dengan Pengerusi DAP Karpal Singh yang masih belum bertaubat dari cabarannya terhadap sesiapa sahaja umat Islam dibumi Malaysia ini untuk 'melangkah mayatnya jika mahu menegakkan sebuah 'Negara Islam' dibumi Tanah Melayu Malaysia ini!!!

Mereka yang dahulunya begitu tegar memperjuangkan penubuhan Negara Islam kini terkesima duduk terkedu disamping Karpal Singh yang tetap dengan pendiriannya menentang matlamat asal perjuangan PAS!

Tak ada dah semangat berkobar kobar seperti disuatu zaman terdahulu untuk membelasah membantai puak puak seperti Karpal Singh! 


Pada pandangan Nik Aziz, agaknya Karpal lebih mulia berbanding dengan puak UMNO yang sampai ke hari ini terus dimusuhi dan dicaci maki sebagai begitu begini. Wallahu'alam!


Kekadang bilamana berlaku keadaan seperti ini, maka saya teringat akan betapa benarnya apa yang dikatakan Niccolo Machiavelli didalam bukunya bahawa matlamat menghalalkan cara!


UMNO itu memang tak sesempurna mana tetapi jika dibandingkan dengan musuh musuh Islam seperti DAP, saya lebih rela untuk berusaha mentarbiyyah saudara seagama kita dari bersahabat dengan syaitan!


Makanya saya turut berduka bahawa para pemimpin PAS yang mengaku sebagai pejuang Islam sanggup menolak mereka (UMNO) mentah mentah dan tidak mahu langsong berdakwah samada secara terus ataupun dengan pendekatan apa sekalipun!


Bagaikan menurut resam pepatah 'Kera dihutan disusukan ; anak dipangkuan mati kelaparan!'


Saya tak berkuasa untuk mengarah sesiapa untuk berdakwah kepada mereka yang masih boleh ditegor dan dinasihati agar menegakkan Syariat Islam didalam ertikata sebenar benarnya tetapi saya tak sanggup untuk membuang masa berpelok sakan dengan musuh musuh kita yang nyata!



109:6
Transliteration
Lakum deenukum waliya deen
Sahih International
For you is your religion, and for me is my religion."
Malay
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".



Surah Al Kafirun Ayat ke 6


Apa apa pun saya ucapkan 'Selamat Maju Jaya' kepada Bob Lokman!


Mudah2an cerah masa depan!


Insya Allah!

8 comments:

Mustafalih said...

Assalamualaikum
Takyah post pun xpe, pasal karpal tu bukalah link ini dan bacalah tentang tahaluf siyasi. Tahaluf siyasi ni bukan benda yang PAS main2 je buat. Siap buat conference lagi dengan gerakan islam lain - bermusyawarah.

http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/jalan-untuk-negara-islam-senantiasa-ada-nasrudin-hassan-al-tantawi/

http://www.youtube.com/watch?v=GOBEfvMW34o&feature=related

Allahua'lam

Abdullah said...

Salam Tuan,

Pertama kita kena bersangka baik kepada mereka yang mengharapkan perkara positif , apatah lagi perkara kebaikan , hidayah dsbgnya.
Kalau dibaca pun petikan tu menunjukkan member dia(Bob) yang tanya macam tu, bukan dia(Bob) yang kata. Mungkin salah sebut pun boleh berlaku. Manusia Beb..
Namun isu besar yang saya yg saya respek ialah kata kebergantungan yang total kepada Allah akan nasib, takdie dan rezeki.
Positif bro..Semuga Allah memberi tambahan hidayah kepada artis macam Bob ni dan semua artis islam lain termasuk kita semua agar kembali kepada Islam sebagaimana dibawa oleh Rasulullah SAW. Amin

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.h

Merujuk kepada komen-komen di atas, jelaslah masih ramai yang belum sedar bahawa parti-parti politik yang bergerak atas landasan demokrasi di negara kita adalah sebenarnya sekular. Waima matlamatnya Islam sekalipun.

Membuat persidangan itu bukan tanda aras untuk membenarkan tindakan parti anda itu kerana keadaan berubah, suasana sentiasa berubah dan tidak semestinya perkara 'on the ground' sama dengan kandungan yang dibincangkan dalam persidangan tersebut.

Saya tidak sesekali memperlekehkan niat-niat murni kader-kader PAS atau mereka yang mahu melihat Islam didaulatkan melalui parti politik dalam UMNO. Bagaimanapun ilmu adalah penting. Ilmu ini memberikan kita kefahaman bahawa adakah perjuangan melalui peti undi ini adalah perjuangan yang boleh disamakan dengan perjuangan Rasulullah mendaulatkan Islam.

Ada berpuluh-puluh ulama yang tidak setuju dengan cara ini (melalui kuasa melalui demokrasi). Dan mereka hidup bukan di atas 'payroll' sesiapa pun.

Sekiranya kita mahu mengambil contoh gerakan Ikhwanul Muslimin sekalipun di Mesir, mereka bermula dengan mendidik para jemaah mereka dengan usrah, bangun malam, kerja-kerja amal dalam masyarakat, mendirikan hospital, memberikan bantuan perubatan dan sebagainya. Mereka lebih teruk lagi dikekang dan ditindas semasa rejim Mubarak, bagaimanapun mereka tidak meminta/melobi bantuan negara Amerika, jauh sekali dari persatuan-persatuan dan organisasi yang diketuai oleh Yahudi.

Kaji dan kenalilah pemimpin kita di Malaysia. Baik UMNO mahupun PAS (ingat PAS bersama DAP dan PKR), lagi-lagi pula PKR. Hadirilah sekali-sekala di persidangan parlimen dan lihat gelagat pemimpin-pemimpin anda.

Akhirnya kita akan mendapat kesimpulan, perjuangan melalui peti undi, lebih-lebih lagi di Malaysia, tidak dapat tidak akan terpaksa mengkrompomi dasar-dasar Islam demi sehelai kertas undi.

Wassalam

hazou said...

Abdullah..

Memang kita kena bersangka baik tetapi kita juga harus menyedarkan org yg tersalah langkah..cara saudara bob itu seperti menyucikan diri dari segala kekotoran setelah masuk PAS sedangkan PAS itu hanya parti politik dan secara terang PAS bukanlah mendokong negara Islam kerana seperti kata xmb perak..perjuangan utk negara Islam itu sebenarnya tiada dlm piagam PAS. Sebaik2nya jia bob ingin mengikut jalan yg benar janganlah mengikut entiti yg berunsurkan politik kerana politik itu boleh menyesatkan. Sebagaimaa dia menyalah dunia hiburan yg melekakan sedangkan ia mudah utk dihindarkan oleh dia jika dia menguatkan imannya semasa didunia itu dan menunjukkan teladan yg baik dalam industri itu..semuanya adalah bergantung kepada keinginan dan kekuatan hati seseorang..dia membayangkan yg PAS itu suci sedangkan banyak cacat celanya PAS itu dimata Islam sendiri..
Ianya bermula dengan mengakui kesalahan sendiri dan membetulkannya..dari menyalahkan org lain atas kelemahan kita..
Saya akui diri sy bukan org baik..saya pun pernah terjebak ke alam yg melalaikan. hanya bila kita bermuhasabah diri dan mengakui kesilapan diri kita barulah kita dapat ubah diri kita..saya xperlukan PAS utk mendekatkan diri saya pada Allah..Sy xperlu mengagung2kn tok guru atau sesuatu entiti yg hanya indah pada luaran tapi busuk didalamnya..orng yg menyalahkan org lain atas kelemahannya akan menjadikan dirinya sesorang yg taksub dan ekstrim..sy harap saudara bob tidak akan menjadi seorg yg ekstimis membabi buta..falsafah sy amat mudah..melayu harus islam..islam xsemestinya melayu..sebab itu sy tidak dapat menyokong Pas. kerana perjuangan nya memecah belahkan bangsa sy.
Allah beri kita akal supaya kita gunakan..kita xperlu bergantung pd org lain selain dari Allah..Allah adalah segalanya dan sy xperlu bergantung pada org lain utk dekatkan diri sy pada Nya

Yugimudo said...

Mula2 sya igt nk defend bro Bob tapi Islam menyeru kite menasihatkn org lain kpd kesabaran:

"Except those who believe and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth , and recommend one another to patience."

al-asr ayat 3

InsyaAllah kalo teguran yg pedas pun tp kite terima dgn sbar, banyak faedahnya dari terima pujian yg manis tp melalaikn :)

Rizuandy said...

Kalau dah masuk Pas maka ikut rentak Islam ikut acuan Pas la gamaknya....Apa2 mudah-mudahan Sdr Bob mendapat hidayah agar dibukakan hatinya mencari kebenaran yg hakiki dlm Pas... Mungkin ada hikmahnya..wallah hualam...

Azwan Affendy said...

PAS adalah benteng terakhir aqidah umat Islam di Malaysia. Perubahan strategi takkan sekali-kali mengubah hakikat sebenar tugas PAS tersebut. Mungkin yang berlaku ialah tak ramai petugas yang mempertahankan Aqidah umat tersebut berada di saf hadapan PAS. Mereka hanya bekerja di belakang tabir. Mereka tidak dikenali oleh orang politik. Mereka hanya dikenali oleh penghuni langit.

jimizul said...

Saya rasa saudara Bob berasa terlalu 'excited' dapat memakai jubah dan serban yang bakal menolong dia dan ahli-ahli Pas di'sana' kelak.

Azwan Affendy- sila huraikan makna kenyataan saudara..