Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, March 26, 2011

Anwar Ibrahim ~ Ceramah di Taman Melawati ~ 'Reformasi' bergema kembali!!!


Anwar Ibrahim, pemimpin PKR berceramah menerangkan keadaan dirinya yang dituduh Rahim Thamby Chik dan 2 lagi rakannya sebagai terlibat didalam skandal seks bersama pelacur Cina dihadapan orang awam. Cara beliau berceramah mengingatkan kita kepada suasana di tahun 1998 bila beliau dipecat dari jawatan TPM dan lain lain kedudukannya didalam Kerajaan Persekutuan dibawah pemerintahan PM Tun Dr Mahathir.




Sejurus sesudah Anwar menghentikan ceramahnya selama 15 minit yang dibenarkan polis, maka bergema semula laungan 'Reformasi' oleh para penyokong beliau!!!
Bilamana Rahim Thamby Chik, seorang yang pernah dituduh merogol perempuan yang dibawah umur (gambar di atas) tampil dengan video seks yang dikatakan memaparkan Anwar ibrahim dengan pelacur Cina secara dirakam curi, maka saya berpendapat Rahim Thamby Chik dan rakan rakan nya didalam trio Datuk 'T' telah merosakkan sebarang kemajuan UMNO dan BN dibawah pimpinan Najib sejak PRU ke 12!
Rahim Thamby Chik dengan rakan rakannya bukanlah boleh dibanggakan sebagai mereka yang terkenal dengan kewarakan masing masing.


Silap besar!


Sekarang Najib pula yang kena tanggung natijah salah perhitungan Rahim Thamby Chik dan rakan rakannya.
Lim Guan Eng pernah masuk penjara hanya kerana ingin membela mangsa kerakusan nafsu pemimpin Kerajaan Negeri Melaka terbabit.


Bukankah ini semua telah menjadi sejarah negara?


Kenapa bangang sangat nak cuba memerangkap Anwar dengan cara kotor?


Hello brader, raplah jingga betul!


Apakejadahnya nak suruh 1Malaysia tonton video lucah?


Tak ada kerja lain ke bagi kita semua?


Bodoh betui!!! 


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak buat sial, tanggung saja natijahnya!!!
Orang lain yang berak tengah jalan, Najib Tun Razak pula terpalit najisnya!!!


Ish! Ish! Ish! Ish!


Kasihan.....

12 comments:

j3bat said...

Bagaimana kewarakan Trio yg mahaguru maksudkan ? Apakah pembandingan kewarakan mereka dengan DSAI, apakah DSAI (penyokong pluralism)e lebih warak ?

badtamperman said...

Bro, sit down and think why of all of these happen and why.
To simplify,it start from the moment Saiful Bukhairi's sumpah mubahalah. Allah's work in mysterious way.Ezam left Anwar without exposing Anwar's deeds. Including others that close to Anwar who have left him. Even though Anwar still no have the gut to Mubahalah, but Allah Al-Mighty is Al-Justice. We should take iktibar of why these thing happen.

MAHAGURU58 said...

j3bat,

Saya takde menyatakan si Anwar Ibrahim ni lebih warak dari trio di atas.

Malah saya sendiri takde le gemar benar nakkan si Anwar Ibrahim jadi PM kita pada bila bila masa akan datang pun.

Cumanya saya rasa tak molek le bagi mana mana ahlul politik main kotor memasang perakam video ambil gambar video salahlaku seks mana mana orang pun.

Islam tak mengajar kita buat macam tu.

Islam melarang kita membuka aib sesama sendiri apatah lagi mempropagandakan pertuduhan samar samar seperti apa yang 3 samdol ni buat!

Jangan salah tafsir maksud penulisan saya.

2 wrongs don't make a right, bro!

Ada cara nak lawan musuh politik. Ini dah kira main kotor bro.

Hitting below the belt!

Gentleman don't take cheap shots and try to glower that they are holy moly!

Look! Who's talking???

MAHAGURU58 said...

badtemperman,

If you wanna gauge the measure of a politician's calibre by using Ezam the 6 Boxman as a standard, you seriously need to go back to the basics,bro.

That chap has not delivered the proof to date!

What makes you think that we should use him of all people as a yardstick?

Way off mark, sir!

No sirree!

Look for other exemplary persons as an example.

Next!!!

Maarof said...

I have only one comment, 'He who laughs last, laugh the best'. Now they are in the process of accusing each other. If I am Anwar and I know that I never did those things I'll keep quiet and let the others do the barking. The fact that he is barking back puzzles me. Let's see who have the last laugh.

Mr feckry said...

fitnah! fitnah! fitnah! tu je...

rakyat yang merempat tak ade duit nak makan tak pula jadi highlight dorang, kes jenayah sana sini tak pula dorang usaha nak banteras...

ini, kes zina pula di agungkan!

oi pemimpin!

Dah lupa ke yang antara golongan pertama yang meniti titian siraturmustakim tu adalah golongan kamu?!

Kalau macam ni keadaannya, jangan heran la kalau malaysia di timpa bala' Allah!

aku anak muda, malu dengan contoh dari mereka pemimpin yang tua!

kecewe!!!

usabukata said...

susah la bro macam ni. 2 x 5 = 5 x 2. kalau pun betol perangkap, so what, mudah sangat nak kena perangkap. dosa atau moral sesetengah ahli politik bergantung kepada kepentingan masing-masing, boleh bertukar ikut masa. kenapa bila pasal nwar timbul pasal aib yang perlu disimpan, tapi kalau pemimpin lain aib boleh dibuka sebab kepentingan rakyat untuk tahu moral pemimpin mereka.

usabukata

nota: kalau betol video ni, maknanya boleh dapat saksi lebih dari empat orang.

yat said...

what they did is wrong, buat let police handle the authenticity of the video, for me all the T's is guilty as well as person in the video...

the problem with PR they accuse najib had an affair with altantuya, without having to proof 4 witness, or any witness when they alleged PKR's defectors being broibed by BN, so they only used 'islam' defense when it suite well with them.....for me, if anwar iondeed in the video, he has to step down (or rejam sampai mati kalau ikut hudud!!!)

Bosan said...

Video ini menimbulkan banyak persoalan. Tidak mungkin Dato tiga orang itu berani menayangkan video tersebut tanpa restu najib jika benar kata orang ini kerja umno. Boleh jadi Ia mungkin kerja PR bagi memburukkan kerajaan pimpinan Najib kerana hubungkait Dato t dengan anwar. Pada masa ini anwar yang dapat keuntungan politik lebih dari najib.

Kita boleh lihat bagaimana mudah orang membuat kesimpulan dengan tidak melihat kepada video tersebut tapi dengan hanya bargantung kepada warna parti anutan masing-masing.

Tapi nak selesai mudah aje..anwar bersumpah aje..tutup kes..habis cerita tak perlu nak buat roadshow.

hamsor said...

ramai betul orang melayu (read melayu) nak anwar bersumpah. Jadi, kalau anwar bersumpah , terlepaskah beliau dari tuduhan dimahkamah?

pada saya, kalau anwar betul2 tak buat perkara terkutuk itu, beliau tidak perlu bersumpah sekarang.

Let the court process takes place...dan dengan keadaan mahkamah sekarang yang akan mendapati beliau 110% bersalah(pinjam ckp zul kulim), barulah anwar bersumpah kalau nak pon.

Bukankah beliau kena bersumpah dalam mahakamah bercakap hanya yang benar melainkan yang benar sahaja?

Dan kalau nak bersumpah pon tak payah la pergi masjid pegang/junjung al-quran (hina?),

tak payah panggil uztaz ramlan porigi (ramai dah lupa akan pengakuan ustaz ramlan dan apa terjadi pada beliau setelah membongkarkan isu sumpah si shyfool tu),

tak payah lah panggil tv3 buat siaran langsung,

hanya antara Allah swt dgn dia sahaja!

Abdullah said...

Tuan TG,
Anwar hi pada hemat saja , lagi ditekan lagi syok, lagi naik sheikh..lagi hebat pidatonya..tapi dia tak boleh duduk diam ditempat nyaman jika ada orang susah diselilingnya..tak makan..ditindas ..ditipu..dia rasa macam bacul ,tiada maruah dan berdosa..Dia masuk kerajaan dulupun nak cuci dari dalam tapi tak kesampaian..
Apa cerita terbaru pegawai kanan kastam duit tercecer tak sempat simpan beratus ribu dalam rumah..mungkin bank dah penuh..

Abdullah said...

Salam Tuan,

Orang awam yang masih kabur bab hukum AlQuran boleh faham nasihat Dr Asri ZA ni (http://drmaza.com/home/?p=1379) berkenaan masaalah kes tuduhan sex dan lain-lain ini..Manalah kita tahu kita pulak yang kena Qazaf kerana menuduh..Berat Dosa nya beb..kalau hukum Islam :rotan 80 kali diatas belakang kita..