Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, March 24, 2011

Dato ' T ' @ Three Stooges ~ Musketeers ~ Marang Perapu dedah diri daa..



Setelah Malaysian Insider pecahkan tembelang akan siapa dia dalang dalang disebalik episod video lucah yang dikatakan diterajui pemimpin ulung Pakatan Pembangkang, makanya seperti 3 ekor ular yang kepanasan akibat diperasap para pelapor media, keluar lah mereka ke sidang media 'menjelaskan' perkara.


Sesungguhnya bagi setiap rakyat dan pemantau hal ehwal politik dalaman negara, cara perkara ini dikendalikan ternyata luar dari kebiasaannya.


Oleh kerna pihak yang dibelakang tabir pendedahan video skandal seks yang heboh dicanangkan ke seantero pelusuk tanahair ini telah disebut dengan jelas tanpa berselindung lagi oleh portal Malaysian Insider sebagai mereka yang bertanggung jawab dengan pendedahan video seks ini, makanya mahu tidak mahu, mereka terpaksa lah mendedahkan identiti diri akan siapa kah dia 'Dato 'T' itu?


Dato 'T' yang saya cabar mendedahkan diri atau terima sahaja keadaan bahawa 'Dato 'T' itu tak ada t....r, rupanya mengaku sebagai 'Dato Trio' @ 3 Stooges pun boleh kata Tan Sri Rahim Thamby Chik, 3 Musketeers pun boleh..


Soalnya bilamana individu individu ini yang keluar dengan cerita dan berita yang ikut pandangan hukum hakam Islam sudah boleh dikira mengunjing darah daging saudara seagamanya sendiri, maka impak pendedahan sebegini dan dengan cara mereka ini, hilang kesan dan tak dapat diterima kebanyakan orang.


Teringat saya akan kisah budak dengan serigala. Riuh sekampung dok teriak 'Serigala! Serigala!' tetapi disebabkan orang kampung dah 'kenal' akan siapa dia budak itu, maka orang tak ambil peduli dan menurut cerita dongengan itu, si budak mati dibaham serigala akhirnya.


Jika 'Dato Trio' ni pikir bahawa strategi mereka menjadi dengan pendedahan akan apa yang dikatakan bukti salahlaku seks pemimpin pembangkang ini, saya rasa mereka salah perhitungan.


Yang akan menjadi mangsa perbuatan mereka ini tidak lain tetapi tetap UMNO dan BN itu sendiri.


Orang ramai tak akan ambil kisah sangat tentang salahlaku seks yang diperkatakan itu tetapi akan menuding jari memaki hamun organisasi politik yang ketiga mereka ini wakili.


Percuma saja PM Dato Seri Najib akan kena getah perbuatan Dato Trio ini. Anwar Ibrahim akan seronok lagi dan mendapat modal serta bukti baru bahawa ia menjadi mangsa konspirasi politik parti pemerintah padahal saya rasa tak mungkin pihak atasan UMNO dan BN mengetahui akan percubaan 'entrapment' ini?


Wallahu'alam tentang siapa dia sebenarnya teraju utama video seks itu tetapi bagi pendapat dan pandangan saya, langkah cuba mendedahkan video seks itu kepada penggiat media terlebih dahulu dan tidak dibuat laporan polis dan penyerahan bukti video terbabit adalah satu 'major screw up' yang sudah pasti akan membaham ketiga tiga ahlul politik yang masing masing ada alkisah tersendiri.


Seharusnya diserahkan saja pada polis tetapi alasan tidak berbuat demikian sepertimana dijelaskan oleh Dato Eskay itu sebenarnya menghina integriti pasukan polis negara kita sendiri.


Memang pihak PDRM tidak sesempurna mana didalam pengendalian kes kes seperti ini tetapi perbuatan membelakangi pasukan keselamatan dalam negara kita ini adalah satu perbuatan yang kurang cerdik pada hemat saya.


Kita tunggu sahaja akan apa pula yang akan berlaku selepas sidang media Dato Trio ini.


Siapakah yang akan kena getah seterusnya?


Yang kelakarnya Tan Sri Rahim siap nak menjemput Nik Aziz, Wan Azizah, Kit Siang, Karpal Singh, ketua ketua agama, NGO, dan sifu sifu parti parti politik untuk duduk bersama sama didalam satu Suruhanjaya Di Raja dan menonton 'blue film' tersebut bagi memastikan akan siapakah dia sebenarnya teraju utama misteri video seks tersebut?


Hallo brader....akai pi mana syeikh???


Betul betul hao siao!!!


Ingat filem penerangan agama ke yang nak disiarkan itu?


Apake halnya ni Yob?


Makin lama makin mereng merapu le ahlul politik negara ini!!!

6 comments:

syahir said...

assalam tuan tanah,
berita sekarang x adilllllll....
mereka dah start kempennnnnn.....
ini x adilllllll.....
mula rasa menyampah pada bee endddd...
silap2, ada yg the endddd nanti~~

saya bkn org PKR, dan xkan/cuba elakkan mengundi PKR, tp kalau dah terpaksa, babai bie innn. ni stail taktik busuk yahudi! deme berguru dgn yahudi ke hapa? "Prince"

mcmlah org xtahu sapa kakitut itu... mengelabahlah! kok ye pun nk men kotor, carilah muka innocent mcm saipul tu ker. kehkehkeh~~

hai~~~silap besar kali ni!

hamsor said...

bro..this is the product of BN..not only him...if you ask most malays...their standard answer is kubur masing2...jawaplah nanti..

TUBUH SURUHANJAYA PASTU MINTA HADI TENGOK PORN INI AGAK OUT OF ORDER… INI MACAM MINTA RAHIM TAMBI CHIK BACA KHUTUBAH DAN IMAM KAN SEMBAYANG JUMAAT…

MINTA WAN AZIZAH?… INI PUN KERJA GILA….INI MACAM MINTA MADEY BERCAKAP BENAR....

MINTA LIM GUAN ENG?... INI MACAM MINTA PAK LEBAI SEMBELIH BABI....

LOOK AT HOW THE umno BLOGGERS SPINNING THE STORY OUT OF CONTROL...

hmm...so pathetic!

hamsor said...

Apa jenis 3 manusia macam ni
Lebih buruk perangai daripada haiwan
Tak dapat cara baik, cara haram pun jadi
Spesis syaitan yang tak beriman
Fitnah dan zina jadi mainan
Cuma untuk satu tujuan, pangkat, amno dan harta dunia
Agama dan Tuhan entah ke mana
Macam hidup menjunjung dunia selama-lama
Binatang buas pun tak kan sanggup buat begini
Kecuali iblis dan syaitan
Macam kafirun tak berpegangan
Dulu kita ada juga sikit-sikit mula nak percaya
Tapi sekarang tau dah mana kaca mana permata
Tau dah mana emas mana tembaga
Mana gading mana arang
Mana yang benar mana yang batil

Syukurlah
Allah membukakan mata kita
Membukakan hati kita
Mengajar memandu kita memilih mana yang benar mana yang dusta

Kita ni cuma sementara
Umur yang pendek ni biarlah jadi ibadat yang memakmurkan kita hidup di kemudian hari
Salah pilih salah pangkah, ke neraka jahanam jadinya

Betullah kata Yusuf Al-Qardhawi
Hati-hati syaitan bertopeng manusia

Mr feckry said...

Pelik tapi benar, wujud lagi dendam kesumat yang bertahun-tahun lamanya.

Ingat hantu dan syaitan je yang ade dendam kesumat lelame ni.

Dalam dunia, kita bebas nak buat ape. Buat la ape-ape.

TAPI INGAT..BALASAN ALLAH ITU ADALAH BENAR.

Abdullah said...

Tuan,

Ustaz Rahim TC seolah Pejuang Agama dan Bangsa telah memberikan ilmu haq tentang hal dunia dan akhirat kepada kita semua. Maka kenalah kita insaf dan sedar untuk meyelamatkan umat Malaysia.
Maka clip video ni, perlulah diketengahkan kpd umum sedunia dgn kepakaran untuk pemilihan bakal PM akan datang.

Insyallah...Hancur Agama dan Bangsa dan keturunan kita dlam neraka.

hamsor said...

SKANDAL SEKS VIDEO: PERTEMBUNGAN FAKTA DAN PEMBABITAN PIMPINAN UMNO

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Dato’ Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka “Dato T” berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dato’ Eskay menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato’ Eskay sendiri. Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Dato’ Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.

Pengakuan Dato’ Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.