Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, March 02, 2011

Kemelut Akhir Zaman ~ Bila Muslim Bercakaran Sesama Sendiri ...

Masa silih berganti, namun umat Islam sedunia masih terus berperang sesama sendiri.


Negara negara Arab di Timur Tengah sedang bergolak dengan kebangkitan massa menentang para diktator didalam negara masing masing kerna sudah tidak boleh tahan lagi dengan belenggu kemiskinan yang mencengkam diri sementara para presiden, amir dan sultan mereka bermewah mewahan dengan limpahan rezeki dari sumber galian minyak petroleum yang sepatutnya di agih agihkan sama rata sama rasa sesama warga.


Didalam negara kita Malaysia, pergolakan diantara sesama Islam masih terus berlaku. Perbedaan fikrah dan pegangan politik menjadi api yang membakar silaturahim dan mengujudkan suasana permusuhan nyata diantara sesama bangsa dan pegangan agama. 


UMNO, PAS dan PKR merupakan parti parti politik Melayu yang berbeza dari segi perjuangan masing masing walaupun kebanyakan dari mereka terdiri dari sesama bangsa Melayu dan beragama Islam melainkan parti PKR yang diterajui keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia zaman Tun Dr Mahathir tetapi dipimpin bersama dengan ahli politik India dan Cina serta bangsa bangsa lain.


Suasana kehidupan warga Malaysia masih jauh berbeza dengan keadaan mereka yang sedang sengsara di negara negara Arab Timur Tengah. Manusia di sini masih mampu bekerja mencari rezeki masing masing dengan bebas berbanding dengan warga Mesir, Tunisia,Libya, Jordan, Yaman, Bahrain, Oman dan Arab Saudi yang terus dicengkan oleh aristokrat dan diktator yang hidup mewah berlimpah ruah sementara rakyat mereka dicengkam kemiskinan melampau terutamanya di Mesir, Tunisia dan Yaman.


Makanya rakyat mereka memberontak dan menggulingkan Presiden Husni Mubarak di Mesir dan Presiden Zein El Abidine di Tunisia. Negara negara Arab lain sedang terus bergolak terutamanya kini di Libya yang masih dicengkam diktatornya Presiden Muammar Gaddafi.


Berbalik kepada masaalah percakaran sesama ummah didalam negara kita Malaysia, PAS dan UMNO bagaikan mustahil mencapai titik persetujuan demi membela nasib umat Islam seMalaysia.


Para pemimpin masing masing masih terus keras kepala, saling tuduh menuduh dan terus bermusuhan sementara musuh musuh ummah memantau dan menanti retak menjadi belah!


Ada sesiapa diantara pemimpin PAS atau UMNO peduli?


Tunggu kucing bertanduk le jawabnya!


Para ulama dari kedua parti turut bercanggah pendapat dan sering mengeluarkan pandangan masing masing yang lebih memudaratkan keadaan umat Islam seMalaysia.


Para Sultan dan Raja Melayu terus membisu terhadap kemelut yang melanda ummah dan leka dengan kehidupan mewah masing masing. 


Semuanya terus dengan minda 'Mind Our Own Business' dan jarang ada dikalangan Baginda Tuanku yang benar benar serius mahu menyelesaikan masaalah ummah ini.


Saya cuma mampu berdoa agar akan ada insan dikalangan pemerintah negara ini yang akan berani tampil kemuka menyatakan yang hak dan mengambil tindakan terhadap mana mana pemecah belah umat ini dengan langkah langkah berasaskan perundangan yang mampu mengembalikan sekelian yang sedang berseteru supaya mahu berunding mencapai kata persetujuan memartabatkan Hukum Syarak dan Syariah Allah dari terus diperkotak katikkan oleh musuh musuh ummah durjana seperti DAP dan yang sewaktu dengannya!


Barangsiapa yang bersama sepakat dengan musuh musuh Allah usahlah mendabik dada mengaku mendapat persetujuan ulama itu dan ini yang hanya bagaikan menuang minyak kedalam api yang terus membara!


Bersekongkol dengan musuh durjana adalah mengkhianati perjuangan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam yang berusaha menyatupadukan umat Islam seduni apatah lagi didalam sebuah negara seperti negara kita Malaysia?


Saya menyeru kepada para pemimpin PAS dan UMNO supaya kembali kemeja perundingan dan berusahalah menyingkirkan sikap takbur dan riya' yang masih terus menebal didalam jiwa nurani masing masing mengeruhkan suasana dan ikatan silaturahim sesama Muslim!


Andainya tuan tuan terus bermusuh-musuhan sesama Muslim seperti sekarang ini, maka bersedialah menghadapi kehancuran ummah didalam negara ini kerna para musuh durjana hanya menanti untuk menjatuhkan kepimpinan Muslim pada waktu waktu terdekat ini.
Nak tunggu sampai umat Islam kita disembelih hidup hidup seperti diatas?


Jangan menyesal nanti bilamana 'Menang sorak ; kampong tergadai!'


Bawa bawa beringatlah pada mereka yang 'kubur kata mari; rumah kata melingkup pergi!'
Apakah ini yang kita mahu berlaku disini? Berperang tak sudah diantara PAS dan UMNO sementara PKR hanya mahu merampas kuasa dengan tidak ambil peduli langsung tentang nasib ummah?


PAS sudah meminggirkan isu perjuangan untuk menegakkan Daulah Islamiyyah kerna sudah mahu berpeluk sakan dengan para pemimpin DAP yang tegar menentang usaha sedemikian sehingga masih terus berkeras mencabar sesiapa sahaja yang menegakkan Negara Islam untuk melangkah mayat mereka terlebih dahulu!


Kita ini hidup diantara 5 waktu tuan tuan dan puan puan. Dok lorat sangat berebut kuasa politik sementara hanya akan menjerumuskan kita semua ke kancah perbalahan dan kemusnahan ummah!


Mungkin semua dah lupa akan penghinaan dan pembunuhan yang dilakukan keatas umat Islam kita dinegara jiran Thailand? 

Tak Bai masih terus menghantui fikiran kita yang risaukan keadaan sebegini berlaku disini. 


Dok lorat bergaduh sesama sendiri apakejadahnya wahai kamu para pimpinan umat Islam seMalaysia?


Bawa bawalah bertaubat!

7 comments:

Yugimudo said...

Salam.Ini pendapat saya. Mgkin valid mgkn tidak. Saya rasa masalah timbul apabila satu pihak sgt tegas dalam pembentukan kerjaan islam dan satu pihak lg agak bimbang dgn pembentukan kerajaan islam. Saya bukan ckp pasal "roket" tp lebih spesifik kpd bulan dan dacing. Walaupun dari segi imej, bulan pun banyak kesilapan dan penyelewengan, tapi mereka mempunyai aspirasi yg jelas kearah islam. Manakala yg lagi satu pihak lebih moderat dlm pelbagai aspek.

Saya setuju bila org kata pelabelan islam kepada beberapa kategori seperti sekular, liberal, moderat dan radikal adalah utk melemahkan lg umat Islam yg sudah dipecahbelahkn melalui mazhab dan sunni atau syiah. Yg menjadi kembimbangan bg kita umat Islam bila ada pemimpin yg dahagakn sokongan org luar smpi sanggup melabelkan diri sendiri menggunakan salah satu label yg disukai oleh org luar.

Bg saya cukuplah dgn perbezaan mazhab yg sudah cukup memeningkan, tk usah lar dilayan label2 yg tk masuk akal tu.
Kite tk akan boleh jadi sekular kerana Islam merangkumi semua hal. Kite tk akan boleh jadi liberal, masakn kite lupa surah Al-kafirun yg memerintahkan kita utk "buat hal masing2". Kita tk akan boleh jadi moderat kerana azab tuhan utk kesalahan sebesar zarah pun adalah lebih dahsyat dari apa2 hukuman di dunia. Adakah kite mesti jadi radikal? Radikal hanya label org kafir kpd umat Islam yg tegas dalam menegakkn agama Allah.

Kalo hendak disatukan melayu itu mustahil, kalo hendak Islam itu disatukan adalah lebih mudah. Cuma perlu ada sifat kebergantungan kepada Allah, insyaAllah, kemenangan milik mereka yg bertaqwa. Minta maaf kalo membebel panjang sgt.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam. Bebelan sebegini lebih saya hargai dari sesetengah komen yang lebih cenderung kepada pembantaian membabi buta.

Luahan saudara ada asasnya. Sama samalah kita menegur mana yang patut didalam tempoh saki baki kehidupan kita ini yang masing masing mahu menuju keredhaan Allah!

Semoga kedua pihak terbabit sedar diri dan mahu berubah ke arah penyatuan ummah!

Amin.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Saya berpandangan seharusnyalah orang-orang Islam di Malaysia sedar dengan sepenuh-penuh kesedaran bahawa cara demokrasi berparti dan pilihanraya bukanlah cara yang boleh menjayakan pembentukan sebuah negara Islam, sekiranya antara ciri negara Islam itu ialah melaksanakan hukum syariah dalam perundangan, berdasarkan Quran dan Sunnah.

Ianya tidak mungkin berlaku walaupun sekiranya seratus-peratus kerusi majoriti Melayu mengundi UMNO atau PAS.

Setelah menyedari hakikat tersebut yang perlu diterangkan oleh ahli politik yang jujur dan ikhlas (terutamanya PAS), tidak berlakulah ketaksuban yang melampau dalam proses demokrasi.

PAS dan UMNO harus duduk berbincang mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ummat (antaranya isu perlaksanaan syariah), daripada mengejar 'mileage' untuk mencari pengundi semata-mata.

Saya minta maaf walaupun saya condong kepada 'perjuangan' PAS (bukan parti PAS ya), saya tetap salahkan PAS, kerana kebanyakan mereka berlatar belakangkan agama, dan merekalah lebih arif dengan cara Sunnah menangani masalah sekarang ini.

UMNO sukar diharapkan kerana ramai golongan ini sudah alergik dengan imejnya yang dikotorkan, walaupun sebenarnya ada ruang untuk golongan agamawan masuk ke dalam gerakan ini untuk menegur ahli-ahlinya. Bagaimanapun ramai yang skeptikal kerana tokoh yang pernah dianugerahkan gelaran 'anugerah Tuhan', merupakan contoh seorang yang berlatangkan agama, masuk ke dalam UMNO dan akhirnya berlaku seperti yang kita lihat hari ini.

Bagaimanapun ramai golongan atas pagar, yang sayangkan Islam dan Melayu terpaksa memberikan undi kepada UMNO-BN pada masa akan datang (pemerhatian saya) atas keadaan PAS yang sanggup berkerjasama tanpa batas dengan parti DAP dan PKR. Lagipun PAS bukanlah dominan dalam PR, walaupun contohnya di Negeri Kedah, hanya satu kerusi dipunyai oleh DAP, PAS tetap gagal melaksanakan agendanya dengan berkesan (contohnya pengharaman judi).

Saya berharap kita kembali kepada Quran dan Sunnah, dan kembali menyuburkan sayang kita kepada Rasulullah S.A.W, dengan jadikan panduan bagaimana Baginda berdakwah dan menjadi pemimpin, sekiranya anda seorang pemimpin dalam masyarakat.

Amin

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam saudara apoapojelah,

Saya setuju dengan pandangan saudara. Saya juga terkilan kerana pihak yang kononnya berlatarbelakangkan agama sanggup bersekongkol dengan musuh umat Islam yang nyata demi mahu merasai kekuasaan politik peringkat nasional yang bersifat sementara dari berusaha mentarbiyyah saudara seagama mereka dan bersatu mendirikan Daulah Islamiyyah didalam ertikata sebenar benarnya!

Dah berbuih mulut kita menyeru ke arah itu tetapi nampaknya selagi ada unsur unsur dan anasir yang jenis sum mum buk mum om yom fahum la yar ji `un mengemudikan bahtera jamaah, makanya kena bawa bersabar sahaja menanti perubahan pucuk pimpinan untuk menyaksikan hasrat dihati kebanyakan umat Islam didalam negara ini menjadi realiti.

Abdullah said...

Salam, sejak pada zaman Khalifah Usman Affan RA telah nampak percakaran tapi dalam menegakkan ijtihad/tafsiran/siasah masing2 berdasarkan AlQ dan Hadis. Maka masih dalam keredaan Allah.
Tapi la ni berdasarkan tuntutan hawanafsu dan 3ta semata-mata..
Mengaku Pemimpin Islam (Khalifah le tu..) tapi hidup ,mewah, shoping keliling dunia,harta, duit juta-juta ,bilion-bilion...habis macammano TG..

Yugimudo said...

Terima kasih sbb sudi baca komen saya :) . Saya rasa kena tunggu aje lar ape perubahan yg generasi sy boleh bawa utk Malaysia. Generasi internet nih lebih skit maklumat, mgkin ada hikmah disebalik malapetaka.

Wanita Bertudung Hitam said...

saya setuju...seluruh umat islam kena bersatu padu.. jgn disebabkan politik islam tergadai... agama mesti didahulukan...aliran politik lain2 pon kita masih saudara dlm islam.. kritik-mengkritik dan bangkang-membangkang ni samala mcm tegur-menegur utk ke arah lebih baik..kena adjust apa2 yg patut.. tak boleh gila kuasa, sendiri senang saja, yg lain lupa.. org agama lain tgk kita ketawa.. hmmmm