Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, April 10, 2011

Kosmo berniat jahat terhadap pelaksanaan Hukum Syariah di Acheh???

Sejak dari dulu lagi saya perhatikan cara dan gaya suratkhabar tabloid ini membawa mesej dan berita yang tidak membantu mentarbiyyah ummat Islam seMalaysia.


Dari menonjolkan berita dan cerita yang mendedahkan aurat wanita yang bekerja didalam bidang hiburan seperti drama dan filem serta nyanyian, akhbar Kosmo ini teramat gemar memperdagangkan imej imej dan paparan visual yang mengetengahkan wanita wanita terbabit didalam keadaan aurat mereka terdedah pada tatapan umum.


Tajuk akhbar Kosmo semalam membuatkan saya sakit hati kerana cara akhbar ini meletakkan tajuknya!


Azab rotan cara Acheh!


Apakejadahnya cara Kosmo melapor sebegitu?


Laporan di Kosmo Online disini berbeza dengan laporan akhbar cetak.


Apa maksud editor akhbar ini meluluskan tajuk yang jelas mempersoal atau merendahkan martabat hukum Syariah di Nanggroe Acheh Darussalam, Republik Rakyat Indonesia?


Sudah terang lagi bersuluh bahawa akhbar Kosmo ini ada agenda mempertikaikan dan memperkecilkan usaha satu satunya wilayah yang diduduki umat Islam diserantau Asia ini yang mendaulatkan hukum Syariah Allahu Ta'ala!


Kita kat Malaysia ini hanya mendapat hukum Syariah yang dicairkan dan tidak menepati hukum hakam Allah yang sebenarnya.


Di Banda Acheh, baru dilaksanakan hukum sebatan yang cuma paling maksima 9 rotan sahaja keatas penzina padahal hukum sebenar Syariah menetapkan 100 kali sebatan ke atas penzina yang masih bujang dan hukum rejam sampai mati keatas mereka yang sudah berkahwin tetapi didapati bersalah berzina dengan keadaan sedar dan rela.


Aleh aleh Kosmo keluarkan tajuk akhbar seperti ini. 


Muslimkah para pengarang Kosmo atau berjiwa selaku orang orang kaffir berselindungkan label 'Islam'?


Di akhirul zaman ini, sepatutnya akhbar dan media massa yang dimiliki dan diterajui orang orang Islam berusaha membantu menerangkan tentang ketepatan hukum hakam Syariah Allahu Ta'ala untuk kebaikan dan kesejahteraan umat manusia bukannya di adudombakan akan ia.


Barangsiapa yang mempertikaikan atau memperlecehkan Syariat Allah padahal ianya mengaku beragama Islam, maka perlu muhasabah akan dirinya sendiri dan memeriksa akan intipati akidah Islam yang di anutinya?


Jika jahil atau kurang faham, maka sepatutnya bertanya pada alim ulamak yang beratus ribu masih hidup didalam negara kita bukannya semberono saja meletakkan tajuk akhbar yang jelas mempertikaikan atau menghina Ad Deen kita!


Nanggroe Acheh Darussalam di utara Sumatera adalah satu satunya wilayah yang dibawah perintah Syariat Islam. 


Saya bersama rakan rakan seperjuangan saya didalam Persatuan Peguam Muslim Malaysia berkesempatan membuat lawatan sambil belajar 3Hari 2Malam disana tahun sudah. Ada laporan saya disini dan disini juga.


Alhamdulillah, mereka sedang berusaha sedaya mungkin memartabatkan hukum Syariah Allah di dalam wilayah autonomi Acheh.


Sepatutnya kita sokong mereka ; bukan memperlecehkan pelaksanaan syariat Allah Subhanahu Wa Ta'ala! 


Saksikan bagaimana akhbar Jakarta Globe melaporkan perkara yang sama disini. Lebih profesional dan adil gayanya.


Bawa bawalah bertaubat wahai pengarang akhbar berkenaan.


Mudah2an diwaktu akan datang tidak tersasul lagi!


Insya Allah!

4 comments:

Anak Perelih said...

biasa la Mahaguru... Kosmo ni akhbar kumpulan Utusan Melayu... adik kepada utusan Malaysia dan majalah Mangga yang penuh gambar 1/2 bogel artis walau ditarget kepada kanak kanak/remaja...
dan Kumpulan Utusan melayu ni UMNO punya... media propaganda UMNO... dulu Utusan siar iklan keputusan nombor ekor... tapi sejak UMNO dok main isu wang bantuan RM100 warga emas di Pulau Pinang berasal dari wang judi (sebenarnya bukan)... Utusan dah tak siar iklan keputusan nombor ekor... takut org soal balik..."yg dok siar keputusan judi ekor tu apa dia ?" kat diorang... Kosmo tak tau la pulak sebab saya tak penah beli...

syahir said...

assalammualaikum wbt,
eh bukan penzina yg dah berkahwin maka hukumannya rejam sampai mati kan? konpius....

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Syahir,

Memang hukum rejam sampai mati bagi penzina yang sudah berkahwin.

Dari maklumbalas yang saya dapat dari pihak berkuasa Syariah Acheh, penghalang hukuman rejam itu adalah Gabenur Acheh itu sendiri.

Gabenur Wilayah Autonomi Acheh lah jendalu yang menghalang usul pelaksanaan hukum rejam sampai mati oleh pihak berkuasa Syariah disana.

Ia bertanggungjawab keatas keadaan ini. Hukum sebat pun cuma dihadkan oleh orang yang sama.

Kita kat sini tak dapat laksana walaupun 6 kali sebatan. Ingat kes Kartika Sari Dewi Syukarnor?

Sekurang kurangnya Acheh dah mengorak langkah ke arah pelaksanaan hukum Syariah dan disokong umum tetapi bukan oleh pihak tertinggi Pemerintah disana > Gabenur Acheh.

Itu yang saya kata mereka sedang berusaha.

Disini tidak!

masheer said...

Salam ustaz..

sama-sama la kita doakan agar negara kita pun akan mengorak langkah ke arah pelaksanaan hukum Syariah seperti mana yang dilakukan di Acheh.
Walaupun semua pihak sedar akan sukar nya untuk menegakkan hukum Syariah 100% di Malaysia ini tetapi sekurang-kurang nya kita ada niat untuk menegakkan nya,jangan lah di tolak terus hukum yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. tersebut