Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, April 14, 2011

Presiden PAS dan Presiden UMNO berpeluk dan berbual mesra! Allahu Akbar!!!


Allahu Akbar! Segala puji terhadap Allahu Rabbi yang mempertemukan Presiden Parti Islam seMalaysia Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa kedua pemimpin umat Islam ini sedang berkempen di Sarawak!


Inilah dia yang kita mahu! Para pemimpin kita bertemu muka dan berbaik sangka, berbual mesra dan menjalinkan pertalian silaturahim sesama Islam.


Tidak perlu bermasam muka hanya kerna perbezaan pegangan dan prinsip politik!


Sedangkan dengan pemimpin bukan Islam seperti Lim Kit Siang, Tuan Guru Hj Hadi Awang boleh berpeluk sakan, takkan dengan saudara seagama, beliau perlu mengelak?


Saya doakan kedua pemimpin kita ini diberkati Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan membuka hati kedua mereka untuk menyatukan umat Islam di Malaysia ini dan Insya Allah di seluruh dunia kelak!


Hendak seribu daya! Tak hendak tak upaya.


Kita semua bukan akan menongkat langit sampai bila bila. Hidup kita masing masing pun diatas ehsan Allahu Ta'ala!


Tak ada jaminan akan terus hidup sampai waktu solat akan datang!


Bersatu demi Allah! Insya Allah selamat! Tegur mana yang tak betul. Jangan terus memusuhi saudara seagama mahupun yang kaffir.


Berbincang membawa berkat! Bermusuh akan ditimpa bencana!


Orang orang mukmin itu sesungguhnya adalah bersaudara!


Syabas saya ucapkan kepada kedua Presiden PAS dan UMNO!


Marilah kita doakan kesejahteraan mereka!


Amin Ya Rabbal Alamin!

10 comments:

syahir said...

ALHAMDULILLAH, AMIN, SEMOGA MEMBERI KESAN. AMIN

AZANI said...

Alhamdulillah, pemula langkah yang harapnya berterusan

Kura said...

Bergenang airmata saya melihat Hadi berpelokan ngan Najib. Allah Hu Akbar.

Nasrul79 said...

alhamdulillah...... seronok tengok

Nasrul79 said...

allahdulillah...apa yg dioarang sembang tuh...nampak macam lama dan mesra jehh...

Cikgu Di said...

Salam buat tuan dan semua.

Jika kita mengerti tentang sahsiah maka kita akan mengerti tentang muamalah. Maka antara cabang yang terbaik adalah akhlak dan kejujuran.

Setiap kita mempunyai kekuatan dan juga kelemahan.Pencari kebaikan dapat menilai dan mencari permata walaupun dalam kekaburan dengan kesabaran dan doa.

Sesungguhnya sesama kita adalah bagaikan sebuah bangunan yang saling menjulang bersatu teguh maka pemimpinlah yang menjadi contoh dan ikutan....dan dipersoalkan.. nanti. Walahualam

zulkifli said...

Melihat video, lebih tepat lagi dikatakan bahawa Hadi yang memeluk Najib. Najib huluq badan dia untuk dipeluk oleh Hadi. Biasalah ahli politik, peluk memeluk tu biasa. Tak dak apa yang patut dihairankan atau dianggap pelik atau jadi bahan berita. Penyokong masing masing saja yang tegar.

putrarahman said...

Setiap perbuatan dan percakapan pemimpin itu ada makna tersirat disebaliknya. Pelukan mereka bukan pelukan ahli biasa. Selepas semuanya tersingkap gara-gara Omega, Insyaallah keadaan semakin baik kepada Umat Islam dan orang Melayu.

pendekartua said...

Pemimpin parti dari berlainan parti OK saja sebenarnya. Kadang-kadang penyokong saja yang lebih-lebih bergaduh.

Di Sg Buluh saya terdengar ada org Indonesia yang PR merah yang menyokong berlainan parti sampai pulau memulau walhal mereka tak boleh mengundi pun.

Bosan said...

Pemimpin kaum cina tiada masalah nak buat macam itu.. tapi kalau melibatkan pemimpin melayu akan ada kedengaran komen yang menyakitkan hati dari parti PAS atau PKR. Kerajaan perpaduan lah dan macam-macam lagi terutama dari satu lagi pemimpin atasan PAS yang cukup kental kemarahannya pada pemimpin UMNO