Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, May 01, 2011

Zunar menuduh Ulama UMNO mempertuhankan 'Abdullah Badawi' dan Mahathir Mohamad??

Sudah sekian lama saya perhatikan kecenderungan kartunis Zunar untuk menggunakan lukisan lukisan kartunnya bagi tujuan memperlekehkan para pemimpin negara terutamanya pemimpin UMNO seperti PM Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri beliau, mantan PM ke 4, Tun Dr Mahathir Muhamad dan mantan PM ke 5 Tun Abdullah Badawi serta melakar kartun melambangkan Anwar Ibrahim sebagai mangsa mereka.


Kartun dijadikan bahan politik untuk menyerang peribadi peribadi terbabit dan bilamana diambil tindakan kerana memfitnah dan mendatangkan aib kepada mangsa mangsa sasaran politiknya itu, dipersendakan bahawa para pemimpin negara terbabit takut kepada kartun!


Kartun politik tidak boleh dipandang enteng, tuan tuan dan puan puan. Mesej yang dibawa kartun kartun tersebut boleh membunuh sepertimana kita melihat rusuhan rusuhan yang telah tercetus dibeberapa negara bilamana peribadi Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dihina oleh pelukis kartun Denmark dan ada kartunis yang telah dibunuh angkara penghinaan nya itu.


Kartun Zunar bersifat fitnah terhadap indidividu individu terbabit. Bilamana ia melakarkan kartun di atas dengan melambangkan bahawa ulama ulama UMNO 'mempertuhankan' Abdullah Badawi dan Mahathir Mohamad!


Kartunis tersohor seperti Dato Lat dihormati kerna cara beliau melukis kartun mengabadikan keadaan zaman lalu yang sudah hilang dari kehidupan kita. Dek kerna itu seluruh negara menghargai usaha Dato Lat dan walaupun ada kartun kartun Lat yang kadangkala mempersendakan para pemimpin politik seperti Tun Dr Mahathir, Pak Lah, Samy Vellu dan sebagainya, kartun kartun Lat lebih bersifat menghiburkan dan tidak berniat jahat seperti kartun Zunar diatas.


Bakat melukis kartun tidak harus disalahgunakan oleh Zunar untuk menghina para ulama UMNO. Menuduh mereka sebegini hanya menjatuhkan kredibiliti sikartunis.


Ulama UMNO berhak untuk mengambil tindakan undang undang terhadap Zunar diatas fitnah ini. Kartun politik bersifat 'libel' dan boleh disabitkan dengan pelukisnya dari segi undang undang.


Seseorang kartunis yang menjatuhkan maruah mana mana individu dengan menyabitkan peribadi mereka dengan individu sebenar seperti kartun diatas hanya mencari masaalah perundangan.


Ini pendapat saya.

5 comments:

Yugimudo said...

Salam, minta maaf kalo pendapat saya berlainan.

Menyangkut nama atau kalimah suci hanyalah perbuatan adat dan budaya. Bertujuan utk mengingatkan kite pada Allah. Dalam konteks kartun yg pertama, saya faham maksud tersirat pelukis adalah Ulama terbabit menggantikan kalimah Allah dan Muhammad dgn nama pemimpin.

Bg saya pendapat pelukis mgkin exaggerated, mcm lukisannya yg lain. Tp masih lg ada kebenaran dlm kartun itu. Bukankah di dalam pejabat kerajaan, ada gambar2 pemimpin digantung di dinding. Ulama Merah selalunya mempunyai posisi rasmi kerajaan. Sudah tentu pejabat mereka ada gambar pemimpin2 utama. Kalo pg jauh lbh dalam, tersirat dalam tersirat, mesej yg boleh sy faham adalah Ulama Merah terlampau mengikut telunjuk pemerintah.

Mgkin lukisan atau kartun itu agak provokatif tp mmg itu yg berlaku skarng. Terlampau mengikut. Sy tk tuduh Ulama Merah menyeleweng tp tiada bukti yg kukuh mereka berani menegur pemimpin. Sy juga bkn menyokong pelukis, cuma minta tuan menimbang balik isi tersirat kartun ini.

izad70 said...

jika pimpinan pas boleh mengkafirkan ahli2 umno dan umno apa lagi pengikut2 mereka.sayang perkara ini ditangani secara politik dan bukannya undang2.seharusnya mereka2 ini diajar menghormati undang2 dengan tindakan2 yang mungkin dilihat opresif tetapi bersandarkan undang2 seperti di singapura.

Wanita Bertudung Hitam said...

saya rasa kekerasan kartunis ini apalah sgt dibandingkan kekerasan propa politik menfitnah di media masa (berita di tv terutamanya) dan macamla tak ada kartun menghina ulama PAS Tok Guru Nik Aziz dari blogger BERBAYAR di alam maya ni..

Esperalzi said...

Mahaguru Yg Dihormati:

Pandangan Mahaguru tentang kartun Zunar ini hampir sama dengan pandangan saya. Saya sudah pun luahkan pandangan saya di forum blogger GAP pada 1 Mei, 2011. Di bawah saya cut-and-paste pandangan saya di GAP itu, plus a few typos here and there in that written view of mine.
----------------------------

Esperalzi said...
Kartun dari Zunar ni benar2 satu fitnah..tak semua orang UMNO mau pun ulama UMNO yg memuja Abdullah Badawi dan Dr Mahathir.

Aku sendiri, walau pun pro-UMNO, langsung bukan pemuja Abdullah Badawai maupun Dr Mahathir, I am not a fan of these two ex-{Ms of Malaysia..dan aku percaya ada org2 pro-UMNO lain, termasuk ulama, yg juga langsung bukan peminta, apatah lagi pemuja Abdu

Yg lebih kartun ttg si Zunar ini, apa dia tak perasan ke Abdullah Badawai dan Dr Mahathir pun tak minat satu sama lain. Dr Mahathir kerap hantam Dolah, jd takkan lah semua ulama UMNO nak puja dua orang ini sekali gus? Bodoh punya kartunis PAS ni..

Zunar cuma assume dan assumption ni pun satu fitnah, apatah lagi memfitnah konon ulama UMNO letak nama Abdullah Badawi dan Dr mahathir di dinding pejabat atau rumah mereka. Dalam dia nak sampaikan mesej pembangkang, jelas Zunar ini melakukan fitnah dajjal..

..aku hatap Zunar mati secepat mungkin dan dihantar ke neraka jahannam..kalau tak mati pun, aku doa agar dia lumpuh kaki tangan supaya tangan sial dia tak lagi boleh buat fitnah melalui lukisan kartunnya. Ya Allah, kau makbulkan doa aku..

May 1, 2011 1:58 AM

sufee said...

Salam tuan,

Pendapat saya berbeza. Apa yg dilakukan oleh zunar pd pendapat saya menghantar mesej yg dalam dan tegas mengingatkan kita org melayu terutama umno bahawa mereka leka dan lupa bahwa tindak tanduk org umno dlm berpolitik telah jauh tersasar sehingga membelakang islam yg menjadi pegangan agama org melayu umno.

Jadi apabila islam diketepikan dan meletakkan agenda perjuangan bangsa yg sah2 haram disisi islam maka betulah sindiran zunar, kalimah Allah ditambahkan abdullah dan kalimah mohamad ditokok dgn mahadir. Bererti perjuangan suci menegakkan addinul islam dicemari oleh ideoloji yg dibawa oleh manusia2 dr kalangan pemimpin umno yg salah dan sesat.

Saya mungkin "salah" tapi apa ada hal dlm dunia sekarang semua dah terbalik, akhirat penentu segala2nya. Wallahua'lam