Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, June 03, 2011

Antara Sultan dan Khalifah ~ Yang mana satu penyelamat ummah?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Soalan cepumas buat umat Islam di Malaysia. Antara Sultan dan Khalifah ~ Yang mana satu penyelamat ummah?


Ada yang berani menjawab?


Ini bukannya kuiz 'Who Wants To Be A Millionaire?' atau 'Ganda Wang Anda' yang popular pada suatu kala dahulu.


Soalan saya ini berdasarkan realiti semasa.


Kita semua maklum dan mengaku sedang hidup di Akhirul Zaman. Keadaan umat Islam didalam negara mahupun diluar sana tidak begitu memberangsangkan.


Ada sahaja musibah dan masaalah yang menimpa kita dan umat Islam ini kelihatan bagaikan tidak mempunyai juara atau jaguh yang bersemangat jantan berani membela nasib kita tidak seperti di zaman dahulu semasa kita dibawah perintah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dan kemudiannya dibawah pimpinan Khulafa Ar Rashidin.


Ya, memang itu hakikatnya.


Walau Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dan para sahabat baginda hidup dizaman tidak ada kemajuan sains dan teknologi, peralatan perang yang canggih dan kelengkapan ketenteraan serba dahsyat seperti yang ada sekarang, umat Islam ketika itu hidup dengan penuh maruah dan tidak ada mana mana pihak yang berani memperlekehkan mereka kerana mereka hidup dibawah pimpinan insan insan terpilih yang hanya takutkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan tidak kepada mana mana makhluk apatah lagi terhadap kaum kaffirin dan munafik laknatullah!


Zaman ini, kita hidup dibawah perintah para sultan sultan dan raja Melayu tetapi suasana penghinaan dan caci maki kaum kaffirin dan munafiqun laknatullah al harami terhadap agama kita dan ummat kita berada ditahap yang paling terlampau didalam sejarah peradaban manusia segala zaman.


Ini realiti keadaan semasa didalam Mamluk al Malaisie ini dan setiap manusia yang masih waras dan tahu serta faham akan apa yang sedang saya perkatakan disini tahu bahawa ianya benar dan benar belaka tanpa sebarang keraguan atau salah tafsir.


Saya rindukan keadaan lampau dizaman kegemilangan pemerintahan para Khalifah Ar Rasyidin. Setakat membaca buku buku dan kisah kisah sejarah lampau sahaja tidak memuaskan hati saya ini.


Saya pernah membaca akan kisah kehebatan pemerintahan Sultan Alaudin Ri'ayat Shah, salah seorang Sultan Melaka dahulu.


Almarhum Baginda dikatakan begitu patuh terhadap suruhan Allahu Ta'ala dan baginda sendiri pernah beberapa kali menjalankan misi anti jenayah di waktu malam di Melaka bersama sama pasukan keselamatan baginda, menangkap para pencuri dan penyamun yang menghuru-harakan Melaka pada ketika itu.


Musuh musuh Islam gerun akan umat Islam ketika itu kerana mereka yang terdahulu dari kita bersatu sebagai satu gagasan Muslimin dibawah Khilafah yang tegas dan berani bukan bercempera seperti sekarang ini.


Mungkinkah kita melihat mana mana Sultan dan Raja Melayu sekarang berpeluang menegakkan kembali zaman kegemilangan Sultan Melaka seperti dizaman Sultan Alaudin Ri'ayat Shah yang menyerupai zaman pemerintahan Khulafa Ar Rashidin?

15 comments:

MSBS said...

Salam...

pada saya, istilah khalifah atau sultan bukan penentu kepada penyelamat ummah. yang penting adalah personaliti, akhlak, dan apa yg menjadi prinsip seseorang sultan/khalifah/pemimpin itu adalah yang utama.

klu sultan menukar gelaran kepada khalifah sekalipun tetapi setiap keputusannya tidak membawa kebaikan dan kelebihan buat ummah dan islam, tiada gunanya juga...

-hanyalah pendapat-

Mr feckry said...

Assalamualaikum ,

Bukan Melaka sahaja, malah Cordova , filipine, constaintinaple, dan contoh lain juga satu ketika dulu di geruni oleh musuh Islam.

tapi kenapa mereka boleh kerajaan-kerajaan tu boleh runtuh?

Satu je jawapannya, mereka jatuh ketika mereka menolak al-quran sebagai panduan.

Kita? Zaman kita ? Macam mana? Negara kita pakai undang-undang al-quran ke pakai undang-undang lord reid?

Semoga Allah berikan kekuatan untuk kita terus berusaha.

Satu je pertanyaan saya, 2011 tuan mahaguru 58 berumur berapa? Jika 58 itu umur tuan Mahaguru, saya sekarang ini berumur 26 pada tahun 2011. Ketika umur saya berumur 58 , masih adakah lagi nama MALAYSIA tertera di peta dunia?

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam Mahaguru.
Kita amat maklum 'siapa' yang mengawal dan mengatur peraturan dunia hari ini.Saya maksudkan Iblis yang dibantu Dajal yang telah diperkenan Allah swt untuk menyesatkan anak cucu Adam as sehingga tiba hari kiamat.

Berbagai cara yang dilakukan Iblis dan Dajal bagi mencapai maksud mereka dari dulu hingga sekarang.

Zaman Allah menghantar para Rasul dan Nabi sekurang kurangnya ada penyelamat dan pemberi ingatan pada manusia masa itu.

Tapi kita umat Muhamamad saw amat bertuah walaupun tiada lagi nabi atau rasul diutus selepas baginda,kita dibenarkan untuk mengguna 'Mukjizat' Baginda iaitu AlQuran Nul Karim.

Persoalan nya...?
Sejauh mana Sultan/Raja mahupun pemimpin Melayu/Islam benar benar menghayati "Mukjizat" peninggalan Rasullullah ini dalam menjalankan amanah pemerintahan yang diletakan dibahu mereka?

Kalau hari ini Raja/Pemimpin tunduk kepada kehendak Iblis/Dajal melalui apa yang dirancang oleh Illuminati,Freemason dan Zionis,apa layak ke mereka memakai gelaran Khalifah?

Kalau ketakutan dan penggantungan mereka tidak lagi pada Allah swt tetapi kepada kuasa kuasa ghaib yang disebut diatas,apakah agama dan ummah akan terbela?

Nauzubillah minzalik

apoapojelah said...

Assalamualaikum wbh

Kita sering bertanya bilakah sultan dan khalifah yang bertaqwa, yang diidam-idamkan datang.

Malangnya eloklah kita bertanya kepada diri kita, adakah kita layak menjadi rakyat kepada negara berkhalifahkan atau bersultankan sedemikian.

Kalau tidak layak, orang sekeliling tidak nampak layak, keluarga tidak nampak layak.. jangan lah mengharap Allah akan datangkan Sultan atau Khalifah sedemikian, untuk rakyatnya yang sedemikian.

p/s: Lebih suka melihat ke dalam dari ke luar.

Wallahualam

free said...

Antara Sultan dan Khalifah ~ Yang mana satu penyelamat ummah?

Soalan yang senang, tapi sukar untuk dijawab.

Saya rasa, semuanya tertumpu pada kesedaran seseorang itu yang dari kalangan orang biasa mahu pun Sultan/Raja.

Kesedaran yang dimaksudkan adalah, tanggungjawab yang wajib setiap orang islam itu lakukan, iaitu, Mempertahankan Ummah, Menjaga Ummah.

Kuasa Allah s.w.t itu tidak mampu kita berfikir dek menggunakan akal pemberian dariNya, Sebab itu Rancangan Allah s.w.t itu adalah sebaik - baik rancangan.

Tidak mustahil, jika seseorang yg kejam, tidak mempedulikan Ummah, dan agamanya boleh berubah dalam sekelip mata atas keizinan Allah s.w.t dengan memberikan kesedaran.

Jadi, Sultan. kalifah itu tidak ada bezanya di sisi Allah s.w.t,

Sultan mampu menjadi Kalifah, dan Kalifah mampu menjadi Sultan, semuanya demi 1 tujuan Ummah, Ummah, Ummah.

balang9 said...

Assalamualaikum tuan, Bagi saya Sultan pada hari ini hanya sebagai simbol sahaja.Peranan mereka pada hari ini tidak banyak merubah kehidupan rakyat,mereka hanya menerima maklumat daripada MB tanpa melihat sendiri keadaan rakyat pada masa ini.Pada pendapat saya sultan pada masa kini perlu merayau sendirian untuk melihat sendiri keadaan rakyat pada masa ini.zaman dahulu tidak ada kenderaan yang canggih seperti sekarang ini.Salahkah jika seorang Sultan pada masa ini turun padang tanpa protokol dan melihat sendiri keadaan masyarakat sekarang ini.Andaikata negara ini di perintah orang bukan islam mampukah institusi DiRaja ini dikekalkan?Simpulan daripada ini Sultan pada hari ini tidak mampu menjadi Khalifah bagi membimbing umat islam pada masa kini.sekian,wassalam.

balang9 said...

Assalamualaikum tuan, Hakikatnya Sultan pada masa kini tidak mampu menjadi Khalifah kerana Sultan sekarang kurang memaikan peranan mentadbir negara.Institusi DiRaja hanyalah sebagai simbol sahaja,tidak lebih dari itu.sekian,wassalam.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam MSBS,
Saudara amat tepat sekali didalam rumusan saudara mengenai perkara ini.

Biar Sultan atau Khalifah, ianya tak menjanjikan apa apa sekiranya penyandang amanah tersebut tidak menjalankan tugas yang disandang samada disebabkan tidak berkemampuan memimpin dan mentadbir atau kerana terpaksa.

U hit the nail on the head, bro!

Well done!

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Mr feckry,

Kerajaan kerajaan Islam masa dahulu runtuh kerana para pemimpin mereka tidak memerintah mengikut perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Sunnah Rasul.

Kerajaan kerajaan umat Islam hari ini melakukan kesilapan yang sama.

Maka jangan hairanlah bilamana negara negara ini menghadapi malapetaka yang sama dan kaum kaffirin tak gentar atau hormat pada negara negara ini hari ini.

Mahaguru58 lahir pada tahun 1958. Insya Allah akan berusia 53 tahun menjelang bulan Oktober ini.

Wallahu'alam samada Malaysia akan terus tertera didalam peta dunia ini sekiranya berlaku perubahan pihak berkuasa dan Melayu hilang kedudukan mereka akibat terlalu ghairah mahu berubah akibat diracuni pemikiran mereka oleh Pakatan Pembangkang yang dikepalai DAP, PKR dan PAS?

Masaalah sekarang adalah kebanyakan Melayu masih terbelenggu dengan nafsu duniawi dan suka berserah pada nasib tanpa berusaha mengekalkan kuasa yang ada dan mahu berusaha meningkatkan daya upaya mereka didalam semua bidang kemajuan didalam pelbagai bidang yang boleh menguntungkan mereka.

UMNO pula diterajui mereka yang takut menangani masaalah masaalah mereka dengan tegas dan berhemah.

Terlalu apologetik!

Tak yakin pada kemampuan mereka sendiri dan membelakangkan suruhan Allah Subhanahu Wa Ta'ala terutamanya didalam penegakkan Syariah Allahu Ta'ala!

Cuba UMNO yang benar benar menerapkan sistem Syariah Allah didalam pemerintahan mereka?

Betul betul hidup didalam kerangka kehidupan Muslim!

Bukan setakat menampilkan imej luaran sebagai Muslim tetapi hidup sebagai Mukminin dan Mukminat 100%!~

Tengok lah hasilnya nanti!

Itupun kalau berani le....:P

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam APA,

Al Quran didalam negara kita hanya dijadikan bahan mengaji.

Cuma dipertandingkan cara pembacaannya dan disempitkan peranannya sebagai perhiasan dan simbolik keislaman kita.

YDP Agong cuma sekadar melafazkan sumpah taat setia pada Allahu Rabbi dan tidak sebenar benarnya mempertahankan kedudukan Islam didalam negara ini bila ada pihak pihak memperlekehkan nya dan menghina agama kita mahupun mempersendakan maruah Muslimin dan Muslimat seMalaysia.

Saya semakin kecewa melihatkan kelesuan pihak yang mengaku sebagai Ketua Agama Islam didalam tidak berani bersuara menyatakan yang hak dan membanteras yang batil!

Betul ke tidak pendapat saya ini?

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam apoapojelah,

Didalam keghairahan bermuhasabah diri sepanjang hayat, ada juga kewajipan menyatakan yang hak dan membanteras maksiat dan kezaliman yang berlaku didepan mata.

Lupakah saudara akan amanat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam kepada kita supaya mencegah sebarang kemungkaran yang berlangsung dihadapan kita dengan tangan kita jika kita mampu?

Dengan lisan kita sekiranya hanya itu yang kita boleh lakukan? ~ seperti apa yang kebanyakan blogger lakukan.

Dan membenci kemungkaran itu didalam hati JIKA itu sahaja yang kita mampu lakukan > tanda kelemahan iman paling koman spanar dan menghampiri tahap kekufuran!

Na'uzubillahiminzalik!

Nak tunggu sehingga sempurna tahap iman dan amal kita?

Sampai kiamat lah bro!

Tak akan sempurna atau mencapai tahap ISO mana mana pihak apatah lagi ISO Allahu Ta'ala?

Nothing changes for us until we make a serious concerted effort to change things ourselves, bro!

Surah Ar Raad (13:11):

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

MAHAGURU58 said...

free,

Anda terlalu umum didalam penyataan pendapat anda. Tidak ada titik noktah didalam rumusan.

Sesungguhnya seseorang ketua atau pemimpin mesti berusaha mengubah keadaan mereka yang dibawah kuasa nya untuk akur kepada Allah dengan menegakkan sistem syariah Allah didalam negara yang dikuasainya.

Bila ia gagal melakukan demikian, ia hilang kelayakan disisi Allahu Ta'ala.

U either implement what Allah has decreed or risk being insignificant before our Lord!

No ifs or buts about it!

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam balang9.

Setuju 100% dengan pandangan saudara!

Bullseye sir!

apoapojelah said...

Assalamualaikum wbh

Cuba Tuan Zainol Abidin amati penulisan saya yang ringkas itu. Itu juga yang dinasihati oleh ulama-ulama Sunnah Wal Jamaah (bukan ulama Wahabi, bukan ulama politik dan bukan ulama hizbut-tahrir). Ulama-ulama yang berfikrah sama seperti Imam Al-Ghazali, Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali.

Betul kata tuan, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya mereka tidak mengubahnya. Tetapi tuan perlu jelas mengubah itu bagaimana, ia bermula dengan diri kita dan keluarga kita. Sekiranya anak bini kita tak pakai tudung, bebas bergaul, mengamalkan gaya hidup yang bertentangan dengan Islam bagaimana pula nak jaga negara? Riba makan jugak brader, rasuah makan jugak, makanan bercampur haram tak boleh tinggal.. macam mana Allah nak bagi kita kekuatan macam tokoh-tokoh Melayu seperti Tok Kenali, Maharaja Lela, Tokku Paloh..

Sembahyang malam jauh sekali kita buat. Time Ramadhan pun susah nak penuhkan masjid waktu Tahajjud.. come on la... cuba tanya pemimpin kita berapa ramai buat benda2 ni..

Saya faham semangat tuan membara hendak mengambalikan khalifah, tetapi ikutlah KAEDAH ISLAM yang dianjurkan ulama-ulama kebenaran sesuai lagi dengan AkhiruzZaman ini.

Baik masyarakat insyaAllah baik negara. Tidak salah menegur pemerintah malah itu yang sepatutnya tetapi biar ikut KAEDAH ISLAM.

Yang saya maksudkan muhasabah diri ialah di mana kita perlu letakkan keutamaan brader!

Wassalam w.b.h

apoapojelah said...

Assalamualaikum wbh

Mungkin ada sedikit kekeliruan. Saya tulis dari segi umum, bukan bermakna kita meninggalkan amal maaruf dan nahi mungkar.

Maksud saya kita perlu lebih risau diri kita dan keluarga kita dahulu. Tuan memainkan peranan tuan sebagai blogger itu sudah baik. Sekiranya kata kunci melihat kepada diri sendiri dapat diterapkan oleh setiap Muslim di zaman mencabar ini, insyaAllah natijahnya akan baik. Kalau tidak dapat negara, negeri , atau bandar, atau kampung kita.

Bagaimanapun komen saya itu ialah pesan asas kepada mereka yang membuak-buak ingin menegakkan Islam dalam masyarakat.

Mari kita mengambil ulama-ulama yang tulus, yang dekat dengan Allah. Mereka tidak berbicara melainkan yang Haq, insyaAllah. Blog tuan pun sudah dilink-kan seperti di blog Korban-Demokrasi, yang mempunyai banyak pautan ustaz-ustaz yang baik (atau anak murid mereka). Soalan tuan juga saya pernah tanya dengan mereka.

Sekali lagi janganlah diambil maksud tulisan saya sebagai 'escapism' untuk lari dari membantras kezaliman,kefasikan,kerosakan dan sbg dalam masyarakat. Ia sebagai memahami realiti masa ini.

Realiti AakhiruzZaman..

Wallahualam.