Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, June 05, 2011

Bila PAS berubah matlamat, maka 'negara Islam idaman' tinggal impian..

Takziah diucapkan kepada sekelian mereka yang sekian lama ini kononnya memperjuangkan agenda dan matlamat menubuhkan sebuah daulah Islamiyyah dibumi bekas Tanah Melayu ini.


Sudah sampai ketitik noktah perjuangan politik sekular jamaah yang selama ini menjanjikan kepada kita akan suatu gagasan berlandaskan Syariat Islam dan Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.


Bilamana PAS bernikah secara mut'ah dengan partai harbi wal laknatullah DAP dengan bermadukan PKR yang sanggup menyamaratakan segalanya demi segenggam kuasa politik memerintah negara ini, maka lenyaplah sudah sekelumit harapan hamba Allah ini untuk menyaksikan kejayaan PAS untuk mengotakan kata, melaksanakan sahutan 'Negara Islam' sepertimana pernah dibentangkan Al Fadhil Tuan Guru Professor Dato Dr Harun Din Al Haj, satu satunya ulamak PAS yang saya hormati dan sokong ke saat ini.


Tidak ada tokoh tokoh yang lain didalam parti PAS yang tidak berganjak dari usaha memartabatkan Ad Deenul Islam selain Prof. Dato Dr Harun Din. 


Nampaknya usaha Prof sendiri kini menghadapi cabaran yang semakin hebat untuk mengemudikan bahtera perjuangan PAS merealisasikan apa yang pernah kita semua dengar bahawa matlamat perjuangan PAS yang hakiki adalah tidak lain tidak bukan tetapi untuk menegakkan sebuah negara Islam diMalaysia ini sesuai dengan perintah Allahu Ta'ala dan menepati saranan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.


Berbeza benar peribadi para pemimpin PAS yang lain berbanding dengan Timbalan Mursyidul Am PAS ini dari segi pembawaan mesej dan kaedah menyampaikan ilmu agama Islam hakiki.


Jangankan menarik minat mereka yang bukan Islam sekiranya disampaikan ceramah ceramah politik kebanyakan penceramah PAS dengan cara memaki hamun, mencaci cerca seteru politik utama mereka yakni para pemimpin UMNO tetapi yang beragama Islam dan sesama bangsa seMelayu dengan mereka akan kecut hati dan seram segala bulu menyaksikan betapa hebat tahap kebencian terlampau dari susunan kata maki dan nesta yang berhambur keluar disusuli pula dengan laungan TAKBIR dari para pengikut PAS yang sekiranya diteliti akan tahap kefahaman agama dan akidah mereka, masih terlalu banyak ruang untuk di-isi dan diperbaiki!


Matlamat tidak menghalalkan cara, wahai ikhwanul muslimin sekelian.


Sebuah jamaah Islam seharusnya memiliki tatacara pembawaan perjuangan Islami yang tersangat tinggi dengan tahap mutu adab sopan dan cara berdakwah yang adil dan berhemah terhadap semua, baik terhadap sekelian manusia. 


Baik terhadap bukan sahaja yang kaffir apatah lagi terhadap sesama Muslim sekelian tambah tambah lagi terhadap seteru politik mereka didalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu @ PEKEMBAR atau UMNO.


Saya hairan bukan kepalang bilamana saya menyaksikan keterlampauan permusuhan yang ditunjukkan mereka yang berketrampilan sebagai golongan yang beragama Islam dan berperadaban Melayu tetapi meluap luap rasa benci dan dendam kesumat terlampau terhadap saudara seagama dan sebangsa dengan mereka didalam UMNO?


Alangkah ruginya negara ini mempunyai golongan sedemikian yang berkulitkan Islam tetapi berinti yang sebaliknya?


Bukankah bagus sekiranya setiap ahli PAS baik yang berjawatan sebagai pemimpin ataupun ahli diperingkat pertengahan dan juga diperingkat akar umbi berperibadi seumpama Al Fadhil Tuan Guru Prof Dato Dr Harun Din Al Haj?


Saksikanlah cara beliau menyampaikan mesej tentang penubuhan Negara Islam yang selama ini menjadi asas perjuangan Jamaah Parti 'Islam' SeMalaysia :












Diantara sebegitu ramai pemimpin pemimpin PAS yang ada, tidak ada seorang pun dari mereka yang boleh menandingi Prof Dato Dr Harun Din didalam cara beliau membawa mesej pendekatan Dakwah Al Islamiyyah.


Kita selalu mendengar para penceramah PAS menempelak UMNO sebagai parti Melayu yang sekular, tidak ikhlas didalam segala slogan dan laungan mereka bahawa negara Malaysia ini adalah sebuah negara Islam tetapi sebenarnya adalah sebuah kerajaan sekular yang berfungsi menghidupkan sistem sekular peninggalan British dibawah Perlembagaan Malaysia yang dirangka oleh Suruhanjaya Lord Reid.


Kini kita dapati bahawa PAS pula sudah melupuskan apa yang dahulunya kita dengar sebagai matlamat penubuhan Negara Islam dan berubah agenda kepada apa yang dikatakan sebagai 'negara kebajikan' pula.


Sayang seribu kali sayang, umat Islam seMalaysia sekarang tidak boleh mengharap kepada mana mana pihak baik UMNO ataupun PAS didalam menentukan arah tuju negara ini kepada apa yang di redhai Allahu Rabbul Alamin.


Saya tidak nampak mana mana pihak dari kedua parti politik Melayu terbesar didalam negara ini yang mampu menegakkan Syiar Islam didalam ertikata sebenarnya dimasa sekarang mahupun yang akan datang.


Kita sudah tidak ada sesiapa lagi untuk menerajui perjuangan Daulah al Islamiyyah ataupun sebuah Khilafah di rantau ini.


Biarlah orang berhari raya,
          Kita pergi merambah dahan,
Biarlah orang mencari kaya,
          Kita mencari redhanya Tuhan.


Biarlah orang membakar rusa,
          Rusa itu banyak tanduknya,
Biarlah orang mengejar kuasa,
          Kuasa itu banyak buruknya.


Biarlah parang dicanuk lekat,
          Lekat itu banyak karatnya,
Biarlah orang merebut pangkat,
          Pangkat itu banyak mudaratnya.


Kalaulah hilang kulim dirimba,
            Rosaklah padi dimakan rusa,
Kalaulah hilang alim ulama,
            Rosaklah negeri ditelan dosa.


Fikir fikirkanlah!

15 comments:

Maarof said...

Saya ada cadangan, para ulama PAS yang tersisih tu masuk sahaja UMNO. Mungkin di sana mereka lebih dihargai.

nonbal said...

Salam, sejak muda lagi saya mengikuti perkembangan dan adakala bersetuju benar dengan perjuangan PAS. Tetapi semakin dewasa dan bila lebih memahami sedikit tentang agama, saya mula ternampak lopong-2 didalam PAS yang sangat mudah samaada untuk mengesan kelemahan perjuangannya dan bagaimana PAS boleh dieksploitasi oleh sesiapa untuk kepentingan tertentu. Dalam PAS tiada sebarang sekatan untuk bercakap, asal memihak kpd PAS, anda tidak akan diganggu. kekadang statement yang dibuat menyalahi dasar parti, hatta hukum agama pun dibolehkan. jika dikecam, maka ada pihak akan selamatkan keadaan atau ada pihak berkerja spin cerita. Yang penting PAS patut dilihat elok sentiasa pada pandangan pengundi, biarlah walau sebenarnya kekadang buruk pada hakikatnya dari pandangan Agama.
Sejak dulu saya sangsi terhadap keikhlasan PAS untuk melaksanakan negara islam dan hukum islam, tetapi terkadang kesangsian itu akan terpadam bila mendengar ceramah berkobar dari ustaz PAS. Tapi lama kelamaan, kian ternampak pembohongan bilamana terlihat banyak cakap2 yang tak serupa bikin.
Mereka mahukan AlQuran dan Sunnah, tapi apa sunnah yang mereka pelajari dan mana sunnah yang mereka amalkan?. Pengikut tidak ditarbiah, biar apa akhlak mereka, asalkan sokong parti. Bagaimana jika Hudud dikena keatas orang2 spt ini?. Hudud sebenarnya menuntut sebuah masyarakat yang berakhlak tinggi, iman yang teguh dan ketaqwaan sebenar kpd Allah. Kalau melihat masyarakat kini, tidak layak rasanya untuk menyebut pun pasal hukum hudud. wallahhualam.

nonbal said...

sambungan,
Kalaulah tidak kerana takutkan DAP kafir harbi sama-2 mendapat kuasa, ingin rasanya supaya Allah berikan kemenangan kpd PAS untuk kita sama2 melihat bagaimana PAS nak laksanakan negara islam bertunjangkan hukum hudud.
Kita nak lihat mampukah pemimpin pAS menyanggah keburukan akhlak ahli dan pengikut mereka lalu memperteguhkan pendirian tanpa maksud undi. Jangan nanti selepas setahun dilaksanakan, natijahnya pengikut sendiri mula menyanggah hukum tersebut atas pelbagai alasan. waktu itu barulah sebenarnya menolak hukum dan akan ramai menjadi murtad (nauzubillah).
Dulu belum dilaksana lagi hukum (baru berangan), tapi telinga pemimpin bak telinga lintah, pantang ada yang mempersoal akan dihukum kafir. Nampaknya seolah mereka (pemimpin PAS) lebih suka umat islam menjadi kafir dari menyeru umat kepada islam.
Ingatlah, Rasulullah (saw) dan para sahabat berjuang bermatian menyeru umat mentauhidkan Allah (mengislamkan umat manusia), jangan terlalu mudah kita mengkafirkan orang yang sudah islam.

Anak Perelih said...

negara berkebajikan adalah salah satu perancangan kepada negara islam.

dalam UMNO , ulamak lagi tersisih.... sila lihat barisan kepimpinan UMNO sudah la...

btw... MCA dan Gelakan tu adalah kafir harbi...

hamsor said...

KENYATAAN AKHBAR
3 JUN 2011
KERAJAAN NEGERI AKAN RAMPAS TANAH DI PJS1

Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan untuk merampas tanah seluas 11 ekar di PJS1 bagi memastikan rumah mampu milik dan sekolah dapat dibina di tanah tersebut.

Setiausaha kerajaan Negeri telah keluarkan arahan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk keluarkan Notis 7A mengikut Seksyen 128 Kanun Tanah Negara kepada pemilik-pemilik tanah itu: Lee Man Construction Company Sdn Bhd dan Kembar Empat Sdn Bhd.

Mengikut rekod, tanah itu telah diberi kerajaan negeri pada tahun 80-an kepada dua syarikat berkenaan dengan harga RM100 seekar untuk tujuan pembangunan bagi menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut.

Kerajaan Negeri juga diberitahu bahawa Syarikat Peter Brickworks Sdn Bhd telah dipilih oleh Bank Negara Malaysia untuk memajukan tanah tersebut.

Kerajaan Negeri kesal kerana pemilik tanah telah gagal menyokong kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian menyeluruh untuk menyediakan rumah mampu milik walaupun mereka telah mendapat ganjaran yang tinggi melalui pemilikan tanah.

Kerajaan negeri juga akan berbincang dengan Bank Negara bagi mendapatkan penjelasan berhubung pemilihan pemaju-pemaju seperti ini.

“Kita risau pemaju sebegini yang kurang bekerjasama untuk kepentingan rakyat. Sebab itu kita mahu berbincang dengan Bank Negara tentang kualiti pemilihan pemaju,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


LANGKAH TEPAT

inilah langklah paling tepat
inilah langkah yang sepatutnya
diambil sebagai contoh
ini lah contoh yang wajib diambil
oleh kerajaan negeri yang lain
jangan hanya sibuk melebong mengarut
membela rakyat - tapi tak bela rakyat pun

syabas kerajaan selangor
hidup pakatan rakyat !

zakwan said...

This posting is very misleading
PAS putting the Islamic state on the backburner is no different than UMNO reducing their "Ketuanan Melayu" tone to embrace 1Malaysia in an effort to appeal to non Malays as well as maintaining their Malay core support

Times have changed and so do the mentality of the rakyat/voters.
When they change, political parties to must follow suit
The way I see it, PAS and UMNO are just going with the times

Gone are the days when UMNO can go to town, screaming "Hanya UMNO yang berkebolehan mempertahankan bangsa Melayu" and automatically secure the votes
Malays today, regardless of rural and urban want those words to be put into action
Rhetorics no longer sound sweet to the rakyat

I always believe that for PAS to remain as a relevant political force, it must take the middle path
Sure, PAS should remain led by an ulama to set themselves different form the secular UMNO
But there has to be a healthy blend of conservative ulamas who are well versed in religious matters and progressive professionals of various fields well endowed in worldly knowledge

The recent party polls has demonstrated just that and will definitely give UMNO sleepless nights

I thought one of the fundamental principles of Islam is to safe guard the well beings of all of humanity as well as performing charity to those in need

To me, Islamic state is not only limited to hudud or Islamic laws or covering the aurah
It is about good governance, transparency, efficient economic management that gives no room for corruption and accountability
CAT,anyone?

To many rational minded Muslims, technically Islamic state and welfare state are one and the same
It's just that the term "welfare state" is much more preferable compared to the word "Islamic state"
This is due to decades of indoctrination and scare tactics not only by the MCA, MIC but also the so called Muslims in UMNO who has made it a norm in demonizing Islam for the sake of political expediency
Just look at the infamous statements by SoiLek and Moohiddin during the Tenang campaign
Soi Lek, Samy, Palanivel,Kong,Yen Yen and many others in BN are the true kafir harbi
DAP may not be a saint but they display more tolerance to Islam than BN component parties can ever be

zakwan said...

"Saya ada cadangan, para ulama PAS yang tersisih tu masuk sahaja UMNO. Mungkin di sana mereka lebih dihargai."

Of course they will be much more appreciated
Have them fill in their membership forms
The next thing they know, they will have to conduct recitation of doa selamat in officiating the new entertainment hub which will be established in conjunction with Najib's ETP filled with discos, booze and scantily clad ladies

Or they are going to recite Surah Yassin and doa tahlil to telco mogul Ananda Krishan and gambling towkey, Vincent Tan when they kicked the bucket
It's common knowledge that these two are UMNO's cash cows who funded BN's election machinery

Hey, If Najib can take a week off from office just to mourn the death of Lim Goh Tong 3 years ago, these scenarios are possible

Or maybe these ulamas will issue fatwa that it is halal to label Chinese and Indians as pendatang and other racial slurs

zakwan said...

Oh I just remember
You are right, Mahaguru 58
The Islamic state is a distant dream for PAS
That's because nearly a decade ago, then PM Tun Mahathir had already declared that Malaysia is an Islamic state in Parliament
The way I see it, UMNO already beaten PAS to it

But.........then we realize it was nothing but a ruse
Islamic by name but the government allowed the culture of hedonism to flourish, thus making the rakyat particularly the youth drunk with entertainment and politically unaware

I always thought that the key to UMNO's political survival is to keep the Malays dumb, dumber and dumberer

Islamic by name but the government gladly provided gambling license to their cronies like Vincent Tan in exchange for some kickbacks to fund the election machinery

Using gambling profits to win elections?
Does that mean that our government is not legitimate in the eyes of Allah?

Islamic by name, yet we imitate the so called great Syaitan, the USA by establishing our own Gitmo in Kamunting
Unlike the Americans where they locked up suspected terrorists, we locked up political dissidents
Some democracy we live in

Islam by name but our mainstream media have no qualms airing a sex video on prime time news or pictures of it in the newspaper front pages for kids to see

Islamic state but our government has more faith in the secular court inherited by the British colonialist rather than the Syariah court in trying a sexual crime
Even the Qazaf punishment has been deemed irrelevant

Islamic state but our religious institutions allowed certain individuals to bastardize the holy Quran by reciting a sumpah laknat to assure your innocence
Bye bye courts

Islamic state but our government wants more nightclubs, booze and strip joints to be established for the sake of "economic transformation"

I guess there is still hope for PAS to establish their Islamic/welfare state after all

manfrommachap said...

Dear Brother Zainol,

You make it seen as though Umi Hafilda's public speeches looks exemplary.I am quite a follower of the opposition's ceramahs and moast of what I have seen is that, they would ridicule the BN's government initiatives and in most cases, they would unravel the hidden agenda behind this initiatives. At times, I would investigate to verify and while there are some that are mere inconclusive speculations, a majority of the issues are quiye true. Hence, I do not equate these harsh ridiculing as maki hamun or mencaci but I do feel that humialiated that the BN government cannot be sincere to thr rakyat who has to rely on the oppositiom dor transparency.

I had stopped reading the main stream nespaper which absolutely lacks transparency and is so full of political mischief.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam nonbal,

Pandangan yang berasaskan realiti semasa. Namun tak semua orang akan bersetuju dengan kita kerana masing masing begitu keras mempertahankan pendapat berdasarkan kesetiaan kepada sokongan mereka terhadap PAS ataupun UMNO.

Mahaguru58 setuju dengan fikrah saudara.

MAHAGURU58 said...

Anak Perelih,

Saudara berkata benar bilamana saudara nyatakan bahawa MCA dan GERAKAN kaffir harbi.

Kenyataan2 mereka sejak kebelakangan ini mempamerkan permusuhan mereka terhadap kita, umat Islam dan Ad Deenullah sendiri.

MAHAGURU58 said...

hamsor,

Saya memilih untuk melihat tindakan selanjutnya dari memberi komen akan sesuatu yang setakat ini cuma perancangan sahaja.

MAHAGURU58 said...

zakwan,

Valid arguments so far. Well said.

MAHAGURU58 said...

manfrommachap.

You are quite wrong there bro assuming that I support or give credence to Ummi Hafilda's views.

I find her statements very vulgar and quite against the norm for a Malay Muslim woman.

A selendang or even hijab adorned does not validate whatever bullshit or politically laced libel that spews forth preceded by Islamic greetings whatsoever!

Just because I refrain from speaking against any person or party making noise now and then does not mean I support any of those people.

Surely you don't expect me to spend my life responding to each and every thing that anyone says or do, do you?

Hello bro! I've got better things to do than waste my time entertaining every damn idiot creating havoc out there!

I blog only if I feel like it bro. Just like every other blogger out there depending on our availability to do so.

We all have our lives to live unlike some who are paid to do so ~ blogging 24/7 appeasing their chosen masters.

My master is none but Allahu Ta'ala.

Period.

I speak out against the wrongs committed by all parties ~ Royalty, UMNO, PAS, etc.

I try my level best not to bother with the likes of the DAP, PKR and other unmentionables.

Comprende?

Ahmad Nasim said...

"To me, Islamic state is not only limited to hudud or Islamic laws or covering the aurah
It is about good governance, transparency, efficient economic management that gives no room for corruption and accountability"

Zakwan it's sound very UMNO to me if we are in the 80s or 90s. hehe BTW Sweden is the most welfare state in the world, errr so Sweden is a muslim country???