Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, June 12, 2011

Dato Dr Hassan Ali korban pertama Kabinet Perang PAS ~ Salam Takziah!

Salam Takziah saya ucapkan kepada Dato Dr Hassan Ali yang dipecat dari kedudukan beliau selaku Pesuruhjaya PAS Selangor pasca Muktamar PAS 2011 baru baru ini.


Korban pertama sesudah PAS selesai bermuktamar dan mereka menggugurkan matlamat asal parti untuk memperjuangkan agenda penubuhan negara Islam dibumi Malaysia ini.


Pemecatan Dato Dr Hassan Ali adalah sesuatu yang kebanyakan kita menjangka setelah beliau gagal untuk mengekang Kerajaan Pakatan DAP-PKR-PAS Selangor untuk membanteras penjualan arak didalam negeri Selangor Darul Ehsan yang ditentang dengan sebegitu keras oleh Exco Kerajaan Tempatan DAP Ronnie Liu.


Maka pemecatan Dato Hassan Ali sudah memang menjadi ramalan rata rata pemerhati politik bila pucuk pimpinan PAS Pusat tidak lagi diterajui para ulamak.


'Groundswell' ini sememangnya menunjukkan perubahan dasar PAS didalam percubaan untuk merampas kuasa di peringkat kerajaan pusat di Putrajaya andainya kebanyakan para pengundi Malaysia termakan umpan janji janji manis mereka dengan DAP dan PKR didalam PRU ke 13 akan datang?


Siapa pula selepas Hassan Ali? Apakah Timbalan Mursyidul AM PAS Al Fadhil Tuan Guru Prof Dato Dr.Harun Din pula?


Prof Dato Dr Harun Din merupakan diantara barisan kepimpinan ulama PAS yang kadangkala melawan arus dan tidak mudah menggadaikan prinsip beliau didalam memperjuangkan penubuhan sebuah Negara Islam didalam Malaysia sekian lama ini.


Beliau terbukti tidak mudah berganjak dari pegangan beliau bahawa tanahair ini semestinya dibawah sebuah Kerajaan Islam sesuai dengan takrif bahawa setiap Melayu itu beragama Islam dan kehidupan orang orang Melayu mesti berteraskan Syariat Islam. 


Mana ada pemimpin PAS lain yang sebegitu istiqomah dengan perjuangan untuk menubuhkan Daulah Islamiyyah Malaysia seperti Prof Dato Dr Harun Din?


Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memelihara Tuan Guru Prof Dato Dr Harun Din dari hasad dengki dan khianat puak puak pencacai penurut perintah DAP dan PKR didalam PAS.


Amin. Ya Rabbal Alamin. 


Sementara itu bersama sama lah kita melihat perkembangan seterusnya didalam drama politik tanahair kita ini.


Sayang seribu kali sayang, demi pangkat dan kedudukan, manusia sanggup lakukan apa sahaja termasuk menggadaikan matlamat menuju keredhaan Allah!

6 comments:

Mr feckry said...

hidup ini adalah semata-mata untuk Allah..teringat ungkapan ini..

teringat juga ungkapa masyukkkk dengan projek..

paling geli dengar orang kat berkat kepimpinan negeri...

ag said...

keputusan muktamar PAS dan PJ selangor yg baru betul2 bagi puak munafiqun panic..

MAHAGURU58 said...

Siapakah akan menjadi mangsa sembelihan politik PR selepas ini?

Bersama samalah kita tunggu dan lihat siapa pula yang kena???

Malaysiabaru said...

malaysiabaru.com said,

tahniah dr rani,

aik, yang perak dan johor masih org lama?

( dekat dua tahun tunggu hasan ali di pecat baru skrg kena ) itu khalid gagap bila pkr nak pecat ?

cicitHJHASSANu said...

salam tuan...

sebenarnya Dr Hassan Ali bukan dipecat tapi diganti dgn Dr Rani...aktivis parti dan NGO.

Namun, berbagai dugaan mereka tetap teruskan pemilihan dan ianya berjalan secara harmoni...

Umno masih jauh ketinggalan dalam mengurus sahsiah diri dalam berpolitik.

Kalo ada tindakan Pas yang sering ditentang Umno,maknanya kerja itu adalah untuk kebajikan rakyat.wallahua'lam.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam.

Setiap satu perubahan pucuk pimpinan sesebuah parti atau organisasi boleh ditafsirkan didalam pelbagai cara.

Segalanya terpulang kepada persepsi kita melihat sesuatu perkara itu?

Hakikatnya bahawa kedudukan Dato Hassan Ali kini tidak lagi memimpin PAS Selangor dan katalah apa sahaja, ianya tetap tidak mengubah realiti semasa.

Segala sepak terajang politik tetap berkisar pada perjuangan seseorang menaiki tangga pencapaian tertinggi didalam dunia politik semasa.

Teringat pada permainan 'Snake & Ladders'. Dah sampai ke kedudukan tertentu, di pagut ular, menyusut kembali ke pangkal permainan.

Lebih kurang gitu lah. :)