Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, June 15, 2011

Perjumpaan 37 NGO NGO Anti-BERSIH di Kelab Sultan Sulaiman

Saya turut hadir semalam di perjumpaan 37 pelbagai NGO-NGO Melayu dan lain lain di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur. 
Nak dikatakan mesyuarat tertutup, segala macam media perdana, media maya termasuk stesen stesen TV rasmi dan swasta siap menghantar wartawan masing masing dengan jurukamera untuk merakam keputusan mesyuarat dan deklarasi bantahan terhadap perancangan demo besar2an oleh pihak pembangkang dan wakil Majlis Peguam.


Saya sampai kesana selepas Isya. Mesyuarat dikatakan bermula jam delapan. Tak kisah lah. Janji dapat hadir mendengar intipati perbincangan.


Dari hujah hujah para peserta yang rata rata terdiri dari wakil wakil persatuan persatuan dan pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan semalam, kesemua mereka merasakan bahawa kedudukan orang orang Melayu serta umat Islam yang menyokong Kerajaan Malaysia sedang menghadapi ancaman tercetusnya nanti huru hara dan pertumpahan darah rakyat jelata sekiranya dibenarkan anasir anasir subversif dan pihak pihak pencetus kekacauan sepertimana yang berlaku semasa protes BERSIH 1.0 pada tahun 2007 lalu.


Mereka juga menyuarakan bahawa terdapat maklumat penganjur BERSIH 2.0 tahun ini merancang membawa puak puak pencetus kekacauan dari negara jiran untuk menimbulkan huru hara serupa apa yang berlaku di negara negara Timur Tengah didalam perancangan mereka untuk mengganggu gugat proses penghakiman terhadap Ketua Pembangkang yang akan dihadapkan ke mahkamah diatas kes tuduhan ia meliwat bekas pembantu nya Saiful Bukhari!


Sepertimana kita semua sedia maklum, setiap protes dan demo yang dilakukan pihak pembangkang didalam usaha mereka untuk menggagalkan perjalanan proses undang undang bilamana ianya melibatkan ketua parti pembangkang terbabit.


Protes protes seperti ini selalunya mengakibatkan pelbagai kesusahan dan bencana kepada orang ramai serta menjahanamkan harta benda awam dan menyebabkan kerugian besar kepada negara dari impak terhadap sektor pelancungan, perniagaan dalam negeri dan juga kehilangan punca pencarian rezeki para pengusaha teksi, bas dan peniaga peniaga runcit dan yang lain.


Agenda pihak pembangkang yang mahu menganjurkan protes jalanan secara besar besaran tanpa mengambil peduli akan seribu satu kesusahan yang akan menimpa pelbagai lapisan masyarakat dan pencemaran maruah negara di mata dunia menunjukkan bahawa pihak penganjur BERSIH 2.0 berniat jahat terhadap negara ini demi mahu mencemarkan nama baik negara ini dengan menuduh bahawa sistem pilihanraya Malaysia ini tidak adil dan korup!


Hairan juga kita bilamana disebalik seribu satu tuduhan oleh pihak pembangkang bahawa sistem pilihanraya umum negara ini kotor, mereka tidak pula mahu bersyukur dengan kemenangan mereka di 5 buah negeri di Semenanjung Malaysia?


Jika benar bahawa SPRM itu condong terhadap BN, bagaimanakah didalam PRU ke 12, boleh mereka membiarkan pembangkang memenangi 5 buah negeri?


Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor?


Perak jatuh semula ke tangan BN bilamana ada 3 Adun PR berpaling tadah!


Makanya dakwaan bahawa SPRM itu tidak telus dan adil terbatal dengan sendirinya.


Begitu juga dengan tuduhan pembangkang bahawa Kerajaan BN ini kejam dan sebagainya.


Jika kejam, macamanakah segala pemimpin pembangkang termasuk Anwar Ibrahim masih bebas kesana sini malah sering terbang keluar negara memperlekehkan pentadbiran negara kita ini dihadapan ketua ketua kerajaan asing?


Tak masuk akal bukan?


Sebusuk busuk Kerajaan Malaysia ini, bebas bukan main pula puak puak ini yang dibiarkan bermaharajalela mencaci cerca, mengutuk mengata semua pihak yang tak seia sekata dengan mereka?


Ganjil sungguh!


Setahu saya sekiranya pihak pemerintah ini memang sebegitu jahat sepertimana digambarkan, sepatutnya setiap seorang pihak yang dok riuh tak sudah ini sudah lama hilang dilenyapkan pemerintah yang dituduh terlalu kejam dan tak berhati perut itu?


Tak munasabah lah kerajaan kuku besi ini membiarkan semua anasir anasir berkenaan seronok sebegini siang malam pagi petang dok huha sini huha sana ikut suka?


Diktator kelas apa macam ini?


Macamana boleh kita terima bahawa Kerajaan Najib Razak ini dikatakan penindas dan penipu, tak adil, berat sebelah yang tu yang ni tetapi boleh pulak bebas merewang merata rata puak puak pencaci cerca ini keserata negara?


Ada yang tak kena ni!


Makanya pihak pihak NGO NGO didalam negara ini sudah tak boleh tahan lagi dah.


Cacing kerawit dah mula naik ke mata.


Ular lidi sudah mula hendak jadi naga?


Mahu tak mahu, semangat pejuang sudah mula naik meresap, membakar jiwa dan merangsang minda pihak pihak yang masih ada segenggam maruah.


Darah pendekar sudah mula menggelegak. Maka mereka sudah mula menyahut cabaran dan bersumpah akan mempertahankan kedudukan pribumi didalam negara ini dari terus menjadi mangsa adu domba puak pengkhianat terhadap negara.


Langkah langkah sedang mula di atur untuk menentang usaha puak yang mahu mencetuskan kekacauan didalam negara tercinta.


Sebagai warganegara bekas Tanah Melayu ini, mahu tak mahu kita semua akan turut terkesan dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku beberapa hari lagi?


Manusia cuma boleh merancang; Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang menentukan!


Saya hairan dengan sikap manusia kat Malaysia ni. 


Orang lain sibuk berusaha mencari jalan untuk menambah rezeki dan memperbaiki kehidupan masing masing tetapi ada sebilangan besar penduduk negara ini yang tak sedar diri di untung?


Warga warga asing mempertaruhkan nyawa masing masing, berusaha mengembara beratus atau beribu ribu batu, meninggalkan anak isteri, kaum keluarga tercinta, berhijrah mencari rezeki mereka didalam negara ini tetapi ada pula beratus ribu kamjat tak sadar diri berusaha memudaratkan tanahair kita ini dengan memberontak tak sudah sudah!


Ape punya perangai lah malaon ini semua?


Saya rasalah kalau negara lain, dah lama sadaqallah hal azhim riwayat mereka ini.


Tapi nak buat macamana?


Ini Mamluk al Malaisie.


Dimana kebanyakan para penguasa dan pemerintah dah kena penyakit. Sindrom Si Luncai Terjun dengan Labu labunya.


Asyik dok ..'Biarkan! Biarkan!


Macamanalah segala malaon dan yakpursalam tak naik tocang???

28 comments:

cicitHJHASSANu said...

salam tuan...

Suasana macam 'press conference' jer,tiada perbincangan meja bulat? nampak wartawan lebih ramai daripada odien...maaf jika tersalah tafsir gambar.

mungkin tuan terlupa hurai apakah solusi perbincangan itu?

posting tuan lebih kepada mengupas isu-isu yang tiada kaitan dengan BERSIH di KL nanti....tuntutan supaya proses pilihanraya diselaras seperti kerajaan selaraskan minyak setiap masa.

tiada kekacauan jika tiada provokasi. Saya yakin ianya aman dan bersih seperti BERSIH 2007 yang tiada pertumpahan darah pun,jauh meleset dari andaian tuan...yang ada hanyalah peserta demo yang disekat, dibantai dan disembur asid secara membuta tuli....

saya menunggu kupasan solusi meeting tuan semalam, mungkin ianya dapat mengendurkan semangat saya untuk turut berdemo nanti...tq,wallahua'lam.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam cicitHJHASSANu,

Memang lah tak ada meja bulat kat dewan tersebut malam itu.

Sebaris panelis duduk dihadapan hadirin dan masing masing menyampaikan pendirian pertubuhan mereka terhadap rancangan protes BERSIH 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 9hb julai nanti.

Saya memegang pada prinsip kerahsiaan tentang perancangan 37 NGO yang hadir pada malam itu untuk menghadapi puak BERSIH 2.0.

Makanya tak dapat lah saya membocorkan kepada umum akan langkah langkah yang akan di ambil pihak ANTI-BERSIH 2.0 itu.

Terpulang pada saudara untuk memilih melakukan apa yang saudara hendak?

Wassalamualaikum.

apoapojelah said...

Assalamualaikum

Agak-agaknya Rasullullah S.A.W dan kaum Muslimin di Mekah berdemonstrasi ke sewaktu dikenakan sekatan oleh kafir Quraisy di Mekah dulu? Mereka semua bersabar, berlapar dan berdoa kepada Allah sehingga Allah menurunkan anai-anai sebagai tenteranya yang menamatkan sekatan ekonomi tersebut.

Sekiranya mahu berhimpun sangatla stadium ada, besar lagi.

Hangpa semua nak ikut sangat cara demokrasi barat itu pi..tengok di Greece bergolak, bagus lah tu. Yang hairannya malaun CNN, BBC tak pula menggelarkan Greece Spring atau Kebangkitan Marhaen melawan Kapitalis, kerana disebabkan para kapitalis dan negara mereka amalkan riba rakyat menderita dengan 'austerity measures' oleh kerajaan negara itu.

Note that I am not a fan of UMNO or whatever political party, tapi membaca gerakan musuh-musuh Islam, menjadikan saya tidak memilih politik peti undi, demokrasi ala-barat sebagai pautan harapan untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

Wassalam.

chaples said...

salam tuan.

saya ada beberapa perkara yang mahu diberi penjelasan.dan jika diizinkan saya juga mahu memberi pendapat saya.

1)adakah tuan pernah hadir pada mana-mana perhimpunan yang dianjurkan yang cuba membantah polisi kerajaan?

2)jika jawapan nya ya,apa yang tuan saksikan cara-cara mereka berdemonstrasi dan di mana tempat tersebut?

3)jika jawapan tidak,perlu rasanya tuan merasai pengalaman tersebut.

4)adakah tuan ada melihat sidang media yb ibrahim ali dan konsensus bebas yang lain di parlimen berkenaan dengan bantahan terhadap demo bersih 2.0 ini?adakah apa yang dinyatakan beliau itu sesuatu yang boleh diterima akal sebagai rakyat malaysia?

5)adakah salah untuk berhimpun?

pada pendapat saya adalah kurang bijak untuk menyatakan bahawa mana-mana demonstrasi akan membawa kesusahan ke atas ekonomi dan keselamatan negara.hampir tiap2 hari terdapat demonstrasi di seluruh dunia.tapi kita tertumpu terhadap demonstrasi yang berunsur ganas sahaja.kita tak berapa tau berkenaan demonstrasi yang membantah polisi2 kerajaan memerintah.adakah salah untuk kita berbuat demikian.

jangan dilupa orang2 tua kita pernah berdemonstrasi membantah malayan union.dan yang paling penting,jangan dilupa yang malayan union itu adalah juga dokongan sultan2.adakah orang2 tua kita menderhaka sultan?sultan ketika itu memerintah negara.apa kata tuan berkenaan perkara ini.

untuk rekod,saya telah hadir di beberapa perhimpunan dalam sedekad ini.saya boleh nyatakan perhimpunan yang membantah polisi kerajaan telah dilakukan dengan aman.apa yang membuat keadaan huru hara adalah apabila pihak berkuasa cuba mengambil jalan mudah untuk menyuraikan perhimpunan.soalan saya semula,adakah salah untuk berhimpun?

mungkin jawapan tuan,kenapa tidak dilakukan di stadium.perhimpunan atau demonstrasi ini dulunya lebih dikenali dengan kata tunjuk perasaan.tunjuk perasaan biar orang nampak apa yang kita rasa.jika dibuat distadium,lebih kepada berkongsi rasa.orang sama semua.tapi diluar,biar rakyat semua tahu bahawa kita sedang memberontak perasaan berkenaan dengan polisi kerajaan.salahkah itu.kenapa polis tidak mengambil jalan neutral untuk memudahkan cara perhimpunan tersebut berlangsung.keadaan menjadi teruk apabila polis menghalang jalan masuk ke kuala lumpur hanya semata menghalang para demonstran untuk hadir bersama.salahkah para demonstran tersebut?

saya harap tuan perlu lebih rasional lebih2 lagi apabila bersekutu dengan yb ibrahim ali yang secara terangan mahu mengambil alih tugas polis untuk menyuraikan perhimpunan bersih 2.0

sekian.wassalam

Nor Asri Bahari said...

PERKASA BUAT PERHIMPUNAN DI PADANG AWAM MERIAH AJA TAK PAYAH HASUT ORANG RAMAI, TAK PAYAH NAK HANCURKAN KEDAI ORANG. DALAM STADIUM BOLEH JE JEJAK 100 RIU? KENAPA KORANG TAK BOLEH GUNA AKAL? BANDAR BUKAN NAK BUAT PERHIMPUNAN, BANDAR TEMPAT NAK JALAN - JALAN MAKAN ANGIN, BELI BELAH, BAWA KELUARGA ANAK BINI BERHIBUR, TEMPAT ORANG CARI MAKAN. CHAPLES, KAU NI BANGANG TAK SEKOLAH? APA DAH JADI BERSIH DULU? APA KORANG LUPA KEDAI GERAI WARUNG KORANG RANAPKAN? OTAK TAK ADA? KALAU MENYUSAHKAN ORANG LAIN BUAT APA NAK BERHIMPUN KAT BANDAR? TAK SALAH BERHMIMPUN ASALKAN:

1. TAK BUAT HAL DENGAN PENIAGA
2. TAK KACAU LALU LINTAS, KL DAH BANYAK JEM, KAU NAK TAMBAH LAGI? BODOH KE APE? BANGANG KE APE KAU NI?
3. PERHIMPUNAN UMNO DULU MENENTANG MALAYAN UNION ADALAH UNTUK KEPENTINGAN RAJA RAJA MELAYU DAN BANGSA MELAYU, DAN MASA RAJA KITA DITIPU OLEH PENJAJAH, KAU NI BUTA SEJARAH?

JANGAN JADI BANGANG TAK BERTEMPAT.
JANGAN KACAU KELUARGA, ADIK BERADIK DAN KAWAN - KAWAN AKU BERNIAGA.

INGAT 37 NGO AKAN TUNGGU KORANG. JANGAN INGAT KAMI NI NAK DIAM DIRI AJA. KORANG NI BUTA TULI, PEMIMPIN KORANG DAH SKANDAL SEKS, SIAP ADA VIDEO, NAK AGUNGKAN DIA BUAT APA? DIA SEDAP SEDAP PERGI PHUKET KAU DAPAT APA? KORANG NI BODOH MELANTUN - LANTUN, GETAH SKRAP TU LAGI WANGI DARI KORANG!!!

AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR

Tuan Tanah said...

1)saya bersumpah yang saya hadir dan ada didalam perjumpaan pada malam tersebut..saya menyaksikan bagaimana mahaguru 58 memberikan pendaoat beliau.saya juga bersetuju dengan mahaguru 58 dimana segala isi perbincangan pada malam itu perlulah DIRAHSIAKAN..banyak isi perbincangan yg agak sensitif.malah segala rakaman sepanjang perbincangan juga dilarang.

2)Tentang isu wartawan lebih ramai sebenarnya wartawan tidak langsung dibenarkan mengikuti perbincangan tersebut.semua wartawan diminta keluar.malah ada seorang dua wartawan yang terlepas masuk ketika perbincangan dijalankan juga diarahkan keluar.saya juga dilarang masuk pada permulaan kerana disangka wartawan atau dari pihak pembangkang.

3)ketika berlangsung perbincangan ada seorang mamat dihadapan saya yg cuba bertweeter juga dilarang.kebanyakkan gambar yg ditunjukkan diatas adalah ketika perbincangan sudah selesai atau ketika pc.

4)persoalan kenapa demonstrasi ini perlu diharamkan oleh kerajaan kerana oa terang2 akan menyusahkan peniaga2 melayu di jalan tar,pemandu teksi,industri pelancongan dll walaupun tiada perkara buruk atau keganasan berlaku..KENAPA CADANGAN UNTUK DIADAKAN DI DALAM STADIUM D TIDAK DIPERSETUJUI??CUBA LOKASI DEMONSTRASI INI DIALIHKAN KE BUKIT BINTANG ATAU PETALING STREET,ADAKAH PIHAK PENGANJUR AKAN BERSETUJU??KENAPA PERLU DIADAKAN DITEMPAT PENIAGA2 MELAYU BERNIAGA??

5)BERKONGSI RASA DENGAN SEMUA RAKYAT??TUNTUAN INI DITUJUKAN KEPADA RAKYAT ATAU KERAJAAN??KALAU TUNTUTAN INI DITUJUKAN PADA KERAJAAN IA TIDAK MENJADI MASALAH DIBUAT ISTADIUM.JIKA PENGANJUR DAPAT MEMENUHKAN STADIUM DENGAN SERAMAI-RAMAINYA SUDAH TENTU SEMUA RAKYAT MALAYSIA TAHU GERAKAN BERSIH NI MENDAPAT SOKONGAN.DAN JIKA PERLU LAKUKAN SEPERTI HIMPUNAN SEJUTA UMAT.MINTA TANDATANGAN DAN IC KEMUDIAN HANTAR KE ISTANA NEGARA MELALUI WAKIL BERSIH ITU SENDIRI..BUKANKAH ITU LEBIH TERATUR??

6)salah ke kalau ibrahim ali memperjuangkan bangsa dia tanpa tindas hak-hak bangsa lain..HAK-HAK YANG DAH TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN..SALAH KER??pernah ke kita dengar ibrahim ali minta mansuhkan kerakyatan bangsa cina atau kekayaan orang2 cina tidak boleh lebih RM 3 juta contohnya..pernah ker??cuba kita lihat apa benda pertama yang lim guan eng katakan ketika dap menang di penang..bukankah perkara pertama yg dikatakan oleh SI PENDATANG ni adalah untuk hapuskan deb di penang.benda yang dah termaktub didalam perlembagaan pun..SIAPA YANG LEBIH ZALIM,KURANG AJAR DAN RICIST??LIM GUAN ENG ATAU IBRAHIM ALI

7)akhir sekali secara ikhlas saya ingin nasihatkan kepada SAUDARA CHAPLES jika kita tidak ada keinginan untuk pertahankan atau perjuangkan nasib bangsa janganlah pulak kita hina atau tentang bangsa kita yang ingin perjuang/pertahankan nasib bangsa kita..melainkan datangnya saudara sendiri daripada keturunan pendatang

*saya bukan ahli perkasa

Tenno perang said...

tiada guna kita layan mereka yang mempunyai intelektual yang rendah nih....terutama mereka yang menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 yang jelas berniat kotor....sebab kalu kita layan dan berdebat dengan mereka secara automatiknya kita akan ikut cara kebodohan dan kedunguan mereka yang jelas berjuang untuk bang nuar phuket...hahahhaha

Alibroley said...

salam...
saya amat2 bersetuju dgn pendapat mahaguru, norasri dan tuan tanah..
kalau kita guna otak..kita dah dapat baca muslihat penganjur "bersih"...
tak susah nak memahaminya..

joehan said...

wahai chaples...anda nmpknya kurang bijak atau pon agak bodo dlm hal bersih 2 ni...anda tau ke x tujuan bersih ni???psl nk tuntut prya yg lbh adil kononnya...xckup adil lg ke bila 5negeri dimenangi oleh pr..xckup adil lg ke bila pr berjya menidakkn majoriti 2/3 bn..sudah2 la tu wahai pentaksub anwar oi..majoriti msh lg memilih bn pd pru12 aritu n aku rs dgn momentum skrng ni xmustahil pr akn kehilangan beberapa negeri..rsnya anwar n kwn2 dapnya dh sedr akn hal ni..sbb tu dieorg nk bubar dun pd ms yg berlainan dgn pru13..

org yg paling gembira dlm hal2 berdemo ni adlh kaum cina..dioerg ttp akn leka mengira duit berniaga dan bngsa melayu islam msh lg lemah n bodo memegang sepanduk berpanas berhujan menuntut sesuatu yg sebenrnya bknlah isu yg sbnr...lupake siapa ambiga ni..seorg peguam hindu yg begitu anti dgn islam...wahai chaples pencacai anwar ibrahim..Allah bg ko otak..gunala elok2..jgn berpkir gune kepala lutut..

aku melayu islam said...

salam...
saya sehingga sekarang tidak faham mengapa mesti diadakan'bersih..'selepas pilihanraya ke 12 dan kemenangan Pakatan Rakyat sepatutnya PR menunjukan tadbir urus kerajaan yg baik agar kami rakyat Malaysia ini boleh membandingkan prestasi PR memerintah dengan BN ..tetapi sehingga kini harapan rakyat Malaysia amat hampa.Sudahlah bangsa Melayu dipijak ,dihina,dimalukan di Tanah Air tercinta ini..Islam sebagai pegangan kami di perbodohkan dicaci dan dipermainkan dengan terus dan teramat jijik..sekarang kumpulan demo Bersih ini ingin agar rakyat seperti kami terus hidup tertekan dan susah.Apakah anda wahai penganjur perhimpunan 'BERSIH' berpuas hati setelah 'MENANG JADI ARANG,KALAH JADI ABU'..saya faham semua orang ada hak untuk berdemo tetapi amatlah malang jika mereka ini gagal menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan yg kononnya mampu memerintah dengan lebih baik dari kerajaan yg ada sekarang..AMAT MALANG AMANAH YG KAMI RAKYAT MALAYSIA PERNAH BERI PADA PAKATAN RAKYAT TIDAK MAMPU MENJADIKAN MEREKA SEBAGAI KERAJAAN PILIHAN SELAIN BN..AMAT MALANG MALAYSIA INI MEMPUNYAI PEMIMPIN YG BERMENTALITI SEPERTI TUAN-TUAN YG BAKAL BERDEMO.SEKURANG -KURANGNYA MALULAH KEPADA DIRI SENDIRI JIKA TIDAK KEPADA ALLAH KERANA ANDA MEMANG PEGKHIANAT KEPADA HARAPAN RAKYAT MALAYSIA..

INSAN YG MUAK DNG DEMO

joehan said...

chaples membndingkn perhimpun datuk nenek kita semua ms malayan union haritu..mmg chaples ni kurang cerdik or bodo agknya..sesuatu perkara tu msti bermula dgn niat or tujuan...ko blh x pkirkn sekejap gune kepale otak ko yg kurng cerdik tu...ape tujuan perhimpunan bantah malayan union n perhimpunan bersih ni...ade bezakn???lain kali kalo nk bg perbandingan tu harap gunekan kepale otak ye..so funny la this stupid guy

haikal fadzil said...

kepada chaples

hang belajaq mana sultan2 melayu mendokong malayan union? buta sejarah betoi la hang ni. hang dok baca yang macmichael mintak sultan melayu turun tandatangan kt surat malayan union, tu yang hang kata sultan mendokong malayan union? awat hang tak baca pasal ugutan macmichael kepada sultan melayu kalo tak turun tandatangan tu? hang kata nk tunjukkan perasaan tak puas hati hang pa semua kat rakyat, hang kena jaga2, jangan sampai rakyat pulak tunjuk tak puas hati dengan puak hang pa semua.

tak habis2 nak salahkan pihak berkuasa kalo berlaku kekecohan. kalo hang jenih dok tengah2 kump orang ramai mmg la hang kata mcm tu, sbb tu sudut pandangan hang. cuba hang pi dok line paling depan tu, sapa yang cuba provoke sapa? aku berani kerat jari la, org yang dok depan tu la yg dok provoke polis kata polis ni anjing dan segala macam gelaran yang islam tak pernah ajar. hang tahan ka kalau aku panggil hang anjing? polis tu pun manusia jugak.

full of crap la hang ni cheplas

PERKASA HULU LANGAT said...

Pada Cicit Hajihassanu dan Chaples,
Kamu saya nasihatkan turun Dan tunjuk lah perasaan kamu bersama orang seperti awak yang suka menunjuk perasaan Konon nya demi keadilan. Kami juga boleh turun untuk menunjuk perasaan kami, bezanya perasaan kami adalah kerana agama, bangsa dan negara. Tapi kami tidak hairan lah dengan comment kamu sebab kamu terdiri daripada gulongan bangsa melayu berdasarkan keturunan aje, sebab kamu dan gulongan orang melayu seperti kamu udah tidak punyai semangat dan jiwa melayu. Kesian...

kasyahforex said...

salam,, pelik sgt dorg x paham2 dgn muslihat musuh2 melayu,musuh2 islam,, kita yg x ade sekolah tinggi pun dah boleh faham maksud tersirat di otak2 yg memusuhi islam dan melayu ni. cuba la korg(kpd pro bersih 2,0 )perah sikit otak tu buat analisis la,, kenapa dorg penyangak2 yg anti melayu n islam ni sungguh2 nk buat kacau dan memperpecahbelahkn perpaduan melayu? dorg tgok melayu ni senang terpengaruh,emosional, yang pasti penyangak2 ni ketawa mcm berok tgok kebodohan melayu bercakaran... hahaha,,, Melayu pro bersih lu fikirkan la yg terbaik untuk tanah tumpah darahmu....generasimu....bangsamu..raja2mu...negaramu... fikir2kan...sedalam2nya...dah terang lagi bersuluh agenda2 melayu/islam ni nyata di depan kita...

Malaysia Reform said...

"This is a new Malaysia. We have a right to assembly, guaranteed by the constitution. Umno Youth will be marching on July 9. And that's that," - KJ.

chaples said...

salam kepada semua,

saudara nor asri baharudin:seperti yang saya sebutkan sebelum ni,saya nyatakan bahawa kekalutan terjadi apabila para demonstran yang berjalan cuba disuraikan dengan cara mudah oleh pihak berkuasa yakni menggunakan gas pemedih mata dan air asid.semua lari lintang pukang.tiada pilihan.dan ketika keadaan kelam kabut tersebut,beberapa semua orang disitu berlanggar antara satu sama lain dan melanggar gerai2 peniaga.seperti saya utarakan sebelum ini kepada tuan haji zainol,salahakh berdemo?kenapa polis tidak membantu melancarkan demo?tidak ada pun keganasan terjadi.wallahualam.


saudara tuan tanah:saya sudah cakap sebelum ini dan saya bertanya tuan rumah ini?pernahkah terlibat dalam demo?jika pernah,anda akan tahu bahawa jika tiada tentangan dari polis,semua berjalan aman.dan peniaga juga akan mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda.ini adalah kenyataannya.tuntutan ini adalah daripada rakyat kepada pemerintah.soalan saya lagi.salahkah berdemo?kenapa polis memilih untuk menggunakan jalan kekerasan.kita semua rakyat mempunyai hak di atas segala polisi kerajaan.jika saudara juga tidak berpuas hati,saudara pun boleh berbuat demikian.memang kita melayu adalah tuan kepada tanah ini.tetapi cara kita pertahankan perlu lebih berhikmah.dan lebih memikir untuk pembangungan minda melayu.daripada lagi meletakkan minda melayu ditahap yang rendah.kenapa saya cakap begitu.cuba lihat apa yb ibrahim ali cakap.kita akan turun dan menentang habis-habisan kumpulan bersih.adakah ini tindakan cerdik?saya rasa tidak.mungkin saudara memikirkan sebaliknya.itu pendapat masing2.untuk pengetahuan saudara,tun dr ismail di dalam buku biopic beliau menyatakan bahawa DEB ini perlu diberi masa ke atas perlaksanaannya.ini kerana jika tiada had masa,melayu akan dilihat sebagai orang bermain golf yang mendapat handicap.tidak ada kemampuan untuk memajukan diri sendiri.ini bukan saya cakap.ini mantan timbalan perdana menteri,mantan timbalan presiden umno,mantan menteri dalam negeri pra dan pasca 1969.wallahua'lam

chaples said...

saudara joehan:apa yang dituntut bersih ada beberapa isu.bukan hanya kemenangan di beberapa negeri patut dijadikan tanda aras keadilan sistem pilihanraya di malaysia.isu berkenaan media.berat sebelah.walaupun di indonesia sebuah negara yang lagi korup dari malaysia,singapura negara demokrasi ketat,thailand negara yang mempunyai masalah politik yang teruk,media mereka sangat terbuka dan bebas.mana2 parti berhak berkempen dan mempunyai masa dalam media-media perdana.antara isu lain berkenaan senarai pemilih.saya secara langsung memantau perkara ini.yang boleh saya katakan,daftar pemilih spr adalah rongak.malah nama saya sendiri tidak berada di alamat rumah saya seperti semasa pru 12 dulu.itu yang diperjuangkan.kaum lain walaupun tidak semajoriti melayu dalam perhimpunan ini masih lagi terdapat ramai yang turut serta dalam perhimpunan2 lain.itu yang saya berani katakan.kerana kita semua rakyat malaysia kan.persamaan antara perhimpunan membantah malayan union dan perhimpunan bersih adalah untuk memberi keadilan terhadap sistem pemerintahan di malaysia.wallahua'alam.


saudara haikal fadzil:maaf jika pengetahuan saya kurang daripada saudara.harap diperbetulkan.tetapi melalui pembacaan saya memang ya dikatakan harold macmichael telah 'memperdaya' sultan-sultan.ini adalah kerana diri mereka terbuka kepada serangan2 daripada british disebabkan tindakan mereka sewaktu pra dan pasca pendudukan jepun.sebab itu saya katakan ia adalah dokongan sultan-sultan.bukan mendapat sokongan sultan-sultan.pada pendapat saya,jika rakyat berani menentang,mengapa tidak sultan ya?wallahua'lam


perkasa hulu langat:melayu itu bijak.saya akan turun perhimpunan tersebut.malah saudara juga dialukan2 untuk turut serta jika saudara mempunyai pandangan yang sama.jika saudara tidak setuju,saudara juga berhak di sisi undang2 untuk berdemo atas tuntutan saudara.kita hidup di bawah undang2 kan.tetapi tak perlu bertembung rasanya.lagi bikin susah polis.jiwa melayu saya tak dikotori fahaman sempit yang telah dibajai sejak dulu lagi oleh pemerintah.saya mampu berfikir.dan saya tak perlu menjadi ahli perkasa untuk menunjukkan saya lagi melayu dari saudara.wallahua'lam


yang buruk datang dari saya.yang baik datang dari Allah.kita sentiasa diberi kerahmatan untuk berbincang.saya tak katakan saudara2 salah,tapi kita berbeza pendapat.mari raikan perbezaan tersebut.insyaAllah

usin said...

en. chaples, dh berapa lama jd pemustautin di s'pore @ indonesia? apa justifikasi anda bahawa di negara2 yg anda sebut itu 'ruang kebebasan' adalah pada tahap tinggi? anda tahu bahawa di s'pore, pembangkang tidak boleh buat sedikit silap. kalau tersilap, alamat akan disaman sampai muflis. buku sejarah mana yg anda kaji mengatakan sultan & raja melayu adalah pendokong malayan union? bukankah gerakan org melayu menentang malayan union adalah didokong oleh raja2 melayu? pendapat anda amat lemah sbb hanya bersandaran kpd perasaan @ emosi kebencian tanpa rujukan. apakah tujuan sebenar (yg terselindung) tentang perhimpunan bersih ini? sekiranya anda melayu, sebenarnya anda dibutakan mata hati oleh sentimen kebencian. sebenarnya, ada agenda lebih penting oleh penganjur. untuk memecah belah org melayu. biar jelas kedudukan 2 kelompok. yg menyokong dan yg menentang. org melayu yg menyokong bersih sebenarnya merelakan diri dipergunakan. melayu adalah pemunya asal tanah tumpah darah ini. kenapa perlu menurut perintah bangsa yg kita beri kerakyatan kerana kebaikan hati kita? dahlah kita beri kerakyatan, kita jadi hamba pulak kpdnya. org bodoh adalah org yg tidak tahu bahawa dia adalah bodoh dan diperbodohkan. tidak dinafikan bahawa sistem demokrasi membenarkan rakyat berpolitik. namun, apakah bentuk politik yg wajar diikuti? yg membawa keamanan, kemakmuran atau yg membawa pecah belah. anda sendiri boleh tanya hati kecil anda. (sekiranya anda melayu, terbatal jika anda bukan)..

Mustakhim said...

mereka nak buat perhimpunan 'bersih'.. meraka tempah baju tulis perkataan 'bersih' mereka tampal sticker kat kete ada perkataan 'bersih' sehinggakan meraka spray dan cat kat atas jalan tulis perkataan 'bersih'.. begitu kemaruknya dan taksubnya dgn perkataan 'bersih' tapi rumah 'bersepah'

hambaAllah said...

Assalaamualaikum

Bersih 2 menuntut 8 perkara.
1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Kesemua perkara ni bukannya perkara yg salah malah ini sepatutnya diberikan oleh sebuat kerajaan yg adil tanpa diminta oleh rakyat.

Org yg menuntut keadilan itu, org kristian yg menyokong murtad dan IFC, tapi yg menentang kelihatannya yg berkopiah dan ber"bin" atau "binti". Samalah dgn tuduhan yg dikenakan keatas DS Anwar Ibrahim, si penuduh, pendakwa dan org yg paling banyak menyebarkan fitnah adalah org yg mengaku muslim, tapi org yg membela dan menuntut keadilan majoritinya peguam2 kristian atau hindu.

Bagi saudara chaples dan yg sependapat, jangan dihairankan kalau ramai melayu dan org yg mengaku muslim menentang bersih 2, sebab melayu muslim yg sama juga yg akan memperjuangkan dan mempertahankan kerajaan sedia ada walaupun negara ini tergadai disebabkan ketamakan pemimpinnya. Jadi, jangan diharapkan kepada melayu muslim seperti ini. Menyokong kristian yg menuntut keadilah yg tidak bertentangan dgn agama lebih baik dari menyokong segolongan melayu yg mengaku islam tapi, menpertahankan ketidakadilan.

timur said...

SALAM CHAPLES...SAYA NI ARI2 MASUK KE KL, ARI2 JEM...BANYAK KERJA PERLU DILAKUKAN DI KL..ALHAMDULILLAH WALAUPUN JEM MASIH LAGI DAPAT DISELESAIKAN..TAPI JIKALAU ADA BERSIH LG TERUKLA ORG MCM SY NI..KALAU PIHAK BERKUASA XWT PROVOKASI SEKALIPUN TAPI KAMU SEMUA DAH HALANG JALAN SAYA UNTUK MENCARI REZEKI..SEBAB SAYA MASUK KL SETIAP MASA XKIRA WAKTU..ITUKAN DAN MENJEJASKAN EKONOMI SAYA..KAMU BOLEH BAGI PENDAPAT SUPAYA SAYA NI X AKAN RUGI? ...BOLEH KAMU BAYAR KERUGIAN SAYA NNTI?

chaples said...

salam semua

saudara usin: saya ada dah tulis sebelum ni.tapi pc mati pulak.ok la.macam ni.berkenaan dengan justifikasi tu.saudara sendiri yang berikan.memang ramai pembangkang di tahan.itu di pihak kerajaan.tetapi di pihak media,mereka bebas melaporkan berita.contoh semasa pilihanraya mereka baru2 ini, media mereka siap bagitau kat mana parti2 bertanding ada buat rapat umum atau ceramah.walaupun mereka mengamalkan demokrasi ketat.di indonesia pula,mereka mempunyai banyak saluran media perdana yang bebas mengkritik mana2 pihak.kan bagus macam tu kan.berkenaan malayan union.perlu diketahui perjanjian tersebut adalah antara british dengan sultan2 melayu.bukan british dengan MCA.bukan british dengan PKM.walaupun dikatakan sultan2 terpedaya,ini adalah kerana perkara2 yang mereka lakukan semasa pendudukan jepun.so secara tidak langsung,rakyat melalui perhimpunan tersebut menentang malayan union yang cuba untuk ditanda tangani oleh sultan2.wallahua'lam.
saya orang yang percaya bahawa melayu adalah tuan tanah kepada negara ini.tapi benda tu tak boleh nak menyebabkan kita sentiasa bertongkat untuk dibantu untuk berjaya.melayu akan jadi lemah sebab diri sendiri.bukan sebab orang lain.kita tak menyokong ambiga.tapi kita menyokong bersih.untuk mendapatkan keadilan dalam pilihanraya.bukan sekadar untuk memberi kemenangan kepada pembangkang.pilihanraya yang adil.itu yang diminta.wallahua'lam


saudara timur:saya juga kerja di KL.saya juga masuk KL.saya dilahirkan di KL.saya bersekolah di KL.jika perhimpunan bersih menghalang tugas tuan,saya mintak maaf walaupun saya bukan pimpinan bersih.dalam masa sama,saya juga biasa menyertai marathon2 sekitar KL.polis menjaga pelari2 tersebut dengan baik tanpa menyebabkan lalulintas terganggu.apa kata polis buat macam tu jugak kepada para peserta demo tersebut.bagi satu jalan untuk mereka.tanpa perlu membuat sekatan jalan yang takda kena mengena dengan demo.rakyat boleh masuk KL sesuka hati.bershopping dan tengok orang demo.macam tu lagi elok rasanya kan.takda apa2 kekacauan.saya tak mampu membayar kerugian saudara.tapi jika semuanya berjalan dengan elok dibawah landasan demokrasi yang betul,saya yakin,pada hari tersebut saudara akan mendapat untung lebih insyaAllah.wallahua'lam

Servant of God said...

Kepada Chaples dan penyokong2 Bersih 2.0,

Tolonglah jangan nak memperbodohkan kami, ataupun dengan erti kata lain, please don't insult our intelligence.

Kamu kata perhimpunan Bersih tidak membawa kerosakan dan kesusahan? Kamu tidak ingat betapa teruk traffic jam di KL pada tahun 2007 dulu? Jangan kamu berani kata itu tidak menyusahkan orang. Hujung minggu ialah hari2 ibu bapa meluangkan masa dengan anak-anak. Hari untuk peniaga mendapatkan nafkah. Hari untuk semua orang merehatkan diri.

Kau orang nak menegakkan benang basah tuh, jangan nak susahkan orang Malaysia yang lain.

Sekali lagi, tolong jangan nak perbodohkan kami. Bersih konon. Kalau sekarang tak bersih kenapa boleh PR sapu 5 negeri?

Kau nak bangang, bangang lah sendiri. Jangan nak perbodohkan kami.

chaples said...

salam.

saudara servant of god: maaf jika saudara rasa saya membodohkan saudara.saya cuma memberi pencerahan berkenaan isu ini.jika tuan ada ilmu lebih,enlighten me.

seperti yang saya cakap sebelum ni.bukan perhimpunan tu yang menyebabkan jalan2 sekitar kl sesak.tapi adalah tindakan tak semena2 polis membuat sekatan jalanraya masuk ke kl.persoalannya.kenapa polis perlu lakukan sedemikian.seperti analogi marathon yang saya berikan sebelum ni.cuba fahami.kalo polis bertindak lebih matang,anda boleh datang berjalan2 di kl sambil mengambil gambar para demonstran.tiada masalah bukan.kita sudah matang.

macam saya cakap.bukan 5 negeri yang dimenangi tu menjadi tanda aras ke'bersih'an sistem pilihanraya malaysia.anda boleh baca komen2 saya di atas.wallahua'lam

Servant of God said...

chaples,

tak tahu laa kamu baca lagi ke tidak jawapan aku nih, agak lambat aku reply. aku harap kau baca.

pertama sekali, aku nak ulang poin aku dalam komen terdahulu. Bersih 2.0 nih tiada purpose, melainkan mainan politik PR sahaja.

kalau betul sistem pilihanraya di Malaysia tidak telus, macam mana PR boleh sapu 5 negeri? kalau betul kamu tak nak memperbodohkan aku, tolong jawab soalan tu.

lagi satu, kamu menyalahkan polis pulak? bukan kamu tak tahu apa yang berlaku di sini mencerminkan bagaimana Malaysia dilihat di mata dunia.

bila kau merusuh, orang tak datang Malysia tau tak? orang akan over react sebab dah terbayang2 Malaysia nih macam Thailand. yang sakit, rakyat Malaysia jugak. mungkin tidak di hari itu juga terasa, tapi akan datang balanya nanti.

itu baru satu saja sebab. aku cukup sokong laa polis balun korang. dah laa memang takde isu, korang nak tutup lak periuk nasik orang lain.

aku ulang sekali lagi. Bersih 2.0 nih NON-ISSUE!

konon laung keadilan laa.. hapa laa.. tapi hak2 orang kau tindas sampai tak ingat! Pakatan Rakyat memang kerjanya menipu rakyat Malaysia.

chaples said...

salam saudara servant of god.

alhamdulillah saya baca lagi.ni ruang untuk kita bertukar2 pendapat.dan saya menghargai pendapat saudara.isu bersih ni mainan pembangkang.jikalau ya pun jawapan tu,saya rasa tak salah untuk pr berbuat demikian.sebab pr pun rakyat malaysia.tuntutan tersebut adalah sebahagian dari rakyat malaysia.salah ke pembangkang nak berdemo secara aman menyatakan bantahan.kan?itu kalau ini agenda pembangkang.politik ni licik.

saya ulang lagi sekali.bukan kemenangan dicari.keadilan itu dipinta.ada baca laporan malaysiakini yang dilaporkan dari parlimen.http://malaysiakini.com/news/167980. ni laporan dalam bahasa inggeris.kalau takda akaun,boleh baca initial berita tu.ia menyatakan spr mengaku terdapat kesilapan apabila dalam rumah ibu yb azmin ali ada lebihan 5 pengundi yang tidak diketahui siapa orangnya.itu baru satu contoh sebab yb azmin periksa rumah dia.macam mana orang awam lain?contoh lain berkenaan media.awak sendiri pun boleh tengok.macam mana media terlalu berat sebelah dalam membuat laporan.mungkin awak cakap pr ada suratkhabar sendiri.tapi tu surat khabar politik parti tersebut.memang akan memberi pendapat berat sebelah parti tersebut.tapi sekarang kita cakap berkenaan rtm,media prima dan suratkhabar2 lain.mereka bukan media politik parti berkenaan.tapi mereka melaporkan berita berat sebelah parti berkenaan.kan?berkenaan rasuah.sebagai contoh di dalam mana2 pilihanraya kecil.perdana menteri pergi ke sesuatu kawasan atas kapasitinya sebagai perdana menteri.tetapi dia secara terang2an berkempen untuk parti umno.benda tu 100% adalah salah.spr patut mengambil tindakan.bukan terhadap umno sahaja.juga kepada pembangkang.kerana perkara ini dah terbiasa di kalangan masyarakat kita.

Servant of God said...

Saudara chaples,

Keadilan yang dicari? Untuk siapa? Hanya untuk PR? Habis tu, hak2 rakyat Malaysia yang cukup benci dengan perhimpunan macam ini, bagaimana?

Adakah kami rakyat yang tiada jawatan politik, yang tiada title datuk datik ni tiada hak? Kenapa kemahuan minoriti pula lebih utama daripada hak2 kaum majoriti?

Bagaimana aku tahu majoriti tak nak bersih? lebih 1,200 laporan polis bantah bersih dah dibuat laa dol. Apa lagi kau nak?

Pasal media, kau jangan nak kelentong aku. Aku bekerja dengan orang media, aku kerja dengan orang marketing, dan aku tahu habit2 tontonan orang.

Sekarang nih bukannya 1981. Takde pilihan. Tetapi, sekarang terlalu banyak pilihan alternatif. Dan, orang2 sekarang hanya akan pilih media yang dorang sokong.

Kalau dorang pro-PR, takkan dorang sibuk2 tgk TV3 nyer. Orang2 pro-BN kebanyakannya takde keje pi mkini tuh.

Sekali lagi, aku minta kau jangan nak memperbodohkan kami, walaupun kau masih jugak berbuat begitu, setiap kali kau berkata yang Bersih ini ada valid reason.

Bersih ni alat kuasa luar nak takluk negara ni. Sanggup kau jadi keldai dorang dan gadai negara ni?

penyair kura kura said...

salam tuan ,
saya amat tertarik dengan hujahan dan cara chaples berhujah.. jarang saya dapat baca hujahan dan respons yang tertib dari seorang pemikiran yang brtentangan.. inilah yang kita perlukan dalam mengupas perkara khusus.
syabas buat tuan dan 37 ngo anti-bersih .. yang mana saya anggap mewakili rakyat malaysia yang mahukan ketenteraman dikekalkan.. tak semestinya kami menyokong kerajaan kerana menolak BERSIH .. tetapi akal kami menolak huru hara
kenapa kejayaan menawan beberapa negeri tidak boleh dijadikan ukuran tahap ketelusan SPR? kalau tawan semua baru boleh dijadikan ukuran? tidakkah itu hanya ketamakan.. dan bukannya kehendak majoriti.. ?
bak kata Alibroley "kalau kita guna otak..kita dah dapat baca muslihat penganjur "bersih"...
tak susah nak memahaminya"