Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, June 10, 2011

Pilihanraya Kariah Masjid arahan DAP P.Pinang ~ YDP Agong perlu bertindak!

Saya merujuk kepada masaalah 'Pilihanraya Kariah Masjid' yang ditimbulkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sekarang dibawah perintah parti kaffir harbi DAP!


Bilamana urusan agama Islam kita sudah mula dicampuri kaffir harbi DAP Laknatullah, maka sudah jatuh wajib Ketua Agama Islam dinegeri berkenaan iaitu Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin bertindak bertitah menangani masaalah ini secara tegas dan adil lagi saksama.


Tuanku tidak boleh membiarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pentadbiran DAP masuk mencampuri urusan pentadbiran kariah kariah masjid dibawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang dengan mengadakan sistem pilihanraya yang kini mencetuskan perpecahan dan perbalahan dikalangan sesuatu kariah masjid di negeri yang Ketua Agama Islam nya adalah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sendiri mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia.


Tidak ada mana mana pihak berkuasa selain Duli Tuanku sendiri yang berhak menentukan arah tuju pentadbiran pihak berkuasa Agama Islam dimana mana negeri yang tidak mempunyai Sultan atau Raja Melayu.


Ini hakikat tentang peruntukan kuasa kuasa seseorang Yang Di Pertuan Agong Negara Malaysia sepertimana tertera disini.
Cuba teliti akan peruntukan kuasa kuasa DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dibawah ini :

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.
~~~@~~~
Saya perhatikan bahawa sejak sekian lama ini, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong tidak bertitah menyentuh tentang keterlampauan pihak pihak bukan Islam yang semakin berani mencampuri urusan urusan dan hal ehwal yang berkaitan dengan kedudukan Agama Islam didalam negara kita terutamanya negeri negeri yang tidak mempunyai Sultan atau Raja Melayu.
Duli Tuanku harus sedar bahawa anak anak negeri berkenaan tertunggu tunggu akan titah Tuanku menyelamatkan mereka dari kemelut yang ditimbulkan anasir anasir kaffir harbi Laknatullah yang tidak senang melihatkan mereka hidup beragama Islam dan sering melakukan pelbagai cara untuk memesongkan akidah dan iltizam umat Islam didalam menyembah Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Duli Tuanku sahajalah yang diberikan kuasa mutlak mentadbir urusan hal ehwal Agama Islam di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Jangan tunggu sampai cacing kerawit bertukar menjadi naga, Tuanku!
Cantaslah sebelum ia mula bertanduk dan menjahanamkan kita semua!
Daulat Tuanku!

2 comments:

hamsor said...

Perlembagaan menetapkan, sebagai Negeri yang tiada Sultan, segala HAL EHWAL UGAMA ISLAM perlulah mendapat PERKENAN Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sebagai KETUA UGAMA ISLAM di Malaysia.

Kita juga sedia maklum bahawa bagi setiap lantikan yang mengikut Perlembagaan, nama-nama individu TIDAK DINAMAKAN SENDIRI oleh mana-mana Sultan, Agung mahupun Yang Di Pertua sebab nama-nama tersebut dipilih oleh 1 Jawatankuasa kemudian di PERSEMBAHKAN kepada Sultan, Agung ataupun Yang Di Pertua untuk di PERKENANKAN.

Puak-Puak UMNO Khawarij ni jenis tak paham Bahasa Melayu, tak leh nak beza antara DIPILIH dengan DIPERKENAN. dasar bongok.

Kalau ikut sistem pengundian, penduduk setempat atau Qariah Masjid akan memilih mana-mana individu untuk memegang Jawatan-Jawatan yang bakal diisi dan bagi gua sistem ini sangat-sangat relevan untuk dipraktikkan di Malaysia.

Qariah masjid setempat pasti tahu siapa yang layak memegang jawatan tersebut... Qariah Masjid pasti kenal ilmuan-ilmuan agama yang "Kaki Masjid" dan berkelayakan memegang jawatan berdasarkan kepada ilmu mereka melalui pergaulan dengan masyarakat setempat.

Kalau nak ikut cara UMNO Khawarij alamatnya - Ketua Cawangan je lah yang bakal pegang jawatan... lepas tu jangan harap la nak nampak muka AJK Masjid lantikan UMNO dekat Masjid terutamanya waktu solat subuh.

Biasa kalau pergi Masjid yang AJK nya adalah lantikan puak-puak UMNO Khawarij, yang nampak muka dekat masjid waktu subuh cuma Imam, tu pun kadang-kadang...

Ada jugak puak UMNO Khawarij yang mainkan isu kununnya DAP cuba mencampuri urusan Agama bila sistem pengundian AJK diadakan nanti dan ianya juga adalah cubaan untuk memecah belahkan "Bangsa Melayu".

Ni che nak tanya... Yang bakal dipilih memegang jawatan nanti dah tentu beragama Islam... Jadi apa masalahnya..? Kalau yang terpilih nanti tu berbangsa Cina atau India atau Siam atau Mamak atau lain-lain bangsa tetapi beragama Islam, berpendidikan dan berkelulusan Pengajian Islam... Apa masalahnya..?

Yang tu 1,000,000 kali lagi bagus dari dapat AJK Melayu UMNO yang tak de pendidikan dan kelulusan Pengajian Islam tetapi cuma seorang Ketua Cawangan UMNO.

Ketua Cawangan UMNO yang tak de pendidikan atau kelulusan agama Islam nak jadi AJK..? nak jadi Imam..? Nak pimpin jemaah..? Nak ajar anak-anak bawah Qariah mengaji Al-Qur'an..?

Piiiiiirah mabuk..!

Muse Razak said...

Assalamualaikum,

Saya sangat bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Tuan. Khuatir jika Pilihanraya Masjid ini memecahbelahkan umat Islam. Ketara sangat agenda jahat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP. Yang menyedihkan terdapat segelintir manusia yang tidak membuka pintu hati seluas-luasnya apa akan berlaku jika ianya dilaksanakan. Komen mereka diilhamkan oleh naluri politik. Bila kita tidak selari dengan keputusan mereka, kita dituduh menyokong seteru mereka. Sedihlah...tapi kalau beginilah cara mereka 'melayan' pendapat orang atas pagar makanya saya tidak ada pilihan lain selain memilih yang terbaik demi kesyumulan agama saya, kedaulatan bangsa saya dan keamanan negara saya.

http://duniakitabersama.blogspot.com/2011/06/jangan-dijolok-sarang-tebuan.html