Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, June 22, 2011

Dato Seri Dr Zahid Hamidi menjadi mangsa publisiti blog Uncle Seekers!

UncleSeekers @ Syed Abdullah anak kepada penulis buku buku politik S.H. Alattas atau Pak Habib menggunakan taktik meletakkan nama Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi sebagai penarik pembaca ke blog nya. 

Taktik ' be controversial or infamous'. Any publicity whether good or bad is publicity anyway.

Didalam etika blogger antarabangsa, ini dinamakan 'deceptive headlining' dan ianya satu perbuatan yang boleh mencemarkan nama sang blogger sekiranya ia mementingkan integriti dan mahu menjaga reputasi diri sebagai seorang penulis yang boleh dipercayai?

Saya rasa tertipu bilamana saya klik pada 'link' artikel berkenaan yang rupa rupanya nak mendedahkan seorang penipu bersiri @ 'KES PENIPUAN AHMAD AZHAR BIN MOHAMED KECHIK NO. KP 661101-10-6145 DAN TETUAN LOKMAN ASSOCIATES'.

Cara ni tak kena Brader Syed.

Saya percaya Brader Syed masih boleh menarik minat para pembaca dan pengikut blog Brader Syed dengan menulis judul mendedahkan tentang orang yang diceritakan sebagai penipu bersiri secara jelas.

Malah saya percaya blog 'Uncle Seekers' akan diminati ramai jika memang berjuang untuk mendedahkan tentang salahlaku sesiapapun didalam negara kita khususnya atau dunia amnya. Sungguh!

Saya alu-alukan pendedahan tentang penipu ini tetapi cara Syed nak ajak orang membaca artikel2 ini dengan cara menipu juga mencemarkan niat Syed sendiri. 

Perbuatan Syed menyalahgunakan nama Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu teramat salah dan turut mendedahkan diri beliau serta mendatangkan prasangka buruk dan fitnah terhadap dirinya serta ahli keluarga yang tidak bersalah apa apa!

Brader bernama 'Syed' didepan - tanda ada salasilah 'ahlul bait'. Sepatutnya lebih berhati hati sebelum menerbitkan sesuatu artikel yang bermukadimah yang tidak berasas.

Syed tak boleh cuba melepaskan diri dengan berkata ' Uncle Zahid tak marahkan...he he.. Uncle Zahid tak pernah beri saya seposen dan saya sendiri pun tak pernah minta seposen kat Uncle Zahid.' lihat disini.

Blogger beretika takkan buat macam tu bro.

Nasihat saya sebelum Syed menghadapi masaalah undang undang adalah untuk membuang apa apa kaitan pada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan menyiarkan satu artikel memohon maaf diatas kekhilafan Syed. Baru adil bro!

Buktikan lah bahawa Syed Abdullah adalah seorang blogger yang berjuang untuk keadilan.

Insya Allah. Sebagai manusia biasa dan hamba Allah, kita semua akan dipertanggungjawabkan diatas setiap apa yang kita tulis dan terbitkan didalam blog masing masing. Tak sempat didunia, di Akhirat pasti kita akan kena jawab.

Kan, Syed?

You owe Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi a public apology, Syed!

To say sorry is the mark of a responsible man. Are u one? I wish that u r so.

All the best to you bro.

* Saya tahu bahawa akan ada orang kata saya memberikan publisiti percuma kepada Syed Abdullah @ UncleSeekers ini dengan menulis mendedahkan penipuan beliau tetapi saya mahu masyarakat pembaca blog tahu bahawa artikel artikel Uncle Seekers yang mengaitkan nama Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi ini adalah tidak benar dan merupakan fitnah terhadap beliau yang saya kenal secara peribadi.

Saya baru sahaja mendapat sms dari Datuk Seri Zahid Hamidi menegaskan bahawa beliau tidak kenal sama sekali dengan Ahmad Azhar bin Mohamad Kecik yang Syed Abdullah @ Uncle Seekers katakan hampir menjadi tunangan anak Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Nak buat macamana? Manusia Akhirul Zaman tak takut dengan pembalasan di Yaum al Mahsyar seperti yang saya terbitkan keterangan mengenainya disini.

9 comments:

zelmey said...

Bukan nak menyebelahi uncleseekers, tetapi uncleseekers mengeluarkan artikel tentang Zahid Hamidi sebelum dia kenal dan tahu dan jumpa mangsa kes penipuan tersebut.

Bagi saya tuduhan anta tidak berasas dan memalukan diri anta sendiri :)

Saya mengkelasifikasikan anta yg ingin mencari populariti blog anta dgn mengeluarkan isu blog uncleseekers.

AHMAD said...

Assalammualaikum,

Semoga tuan sentiasa berada dalam peliharaan Allah s.w.t. Saya terpanggil memberi komen di dalam blog tuan, untuk pengetahuan sayalah yang meminta bantuan kepada saudara uncle seekers untuk menyiarkan permasalahan yang saya hadapi dengan tujuan dengan pendedahan ini,tiada lagi org lain yang menjadi mangsa kepada penipu bersiri ini, memang kesannya sehingga ke hari ni, begitu menyakitkan dan menyeksakan, semoga Allah membalas kekejaman dan kezaliman yang dia lakukan terhadap saya dan keluarga. Mengenai penglibatan anak kepada YB Datuk Seri Zahid Hamid dengan penipu bersiri memang saya ada bercerita dengan uncle seekers tetapi bukan bertujuan menjatuhkan maruah sesiapa, tetapi ia adalah yang sebenarnya berlaku, semasa penipu bersiri ini ditangkap di IPK Kuala Lumpur saya bersama-sama Nurul Hidayah. saya mengenali Nurul Hidayah ini setelah saya menghantar email kepada penipu bersiri dan secara kebetulan telah dibaca oleh Nurul Hidayah dan bermula dari situ Nurul Hidayah mengenali saya, dan setelah beberapa lama baru saya dapat menyakinkan Nurul tentang perangai sebenar penipu bersiri ini, mungkin juga tiada jodoh antara mereka. Allah maha berkuasa. Mengenai YB Datuk Seri Zahid Hamidi tidak mengenali penipu bersiri tidak lah saya mengetahuinya, tapi apa yang saya tahu sebahagian persiapan pertunangan telahpun dibuat.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum zelmey,

Saya tak perlukan publisiti tambahan bro. Sekiranya saudara adalah blogger yang mengendalikan blog Uncleseekers, saudara perlu faham akan kaitan tajuk dengan isi artikel sebelum saudara terbitkan sesuatu artikel.

Ini perkara asas yang setiap penulis perlu tahu dan setelah saya meninjau akan profail saudara, ternyata saudara seorang yang giat didalam media penyiaran.

Bukankah content perlu selari dengan headline bro?

Saya ada menghantar emel memohon penjelasan dari saudara dan ahmadsuhaimimunir di alamat emel masing masing.

Harap mendapat penjelasan.

Saudara tak perlu emosional sangat didalam menjawab.

Saya cuma menyatakan pendapat saya bahawa tak patut nama pembesar negara seperti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikaitkan dengan berita tentang seorang penipu bersiri itu.

Itu saja.

Saya tak hidup dengan publisiti bro.

Alhamdulillah, Allahu Rabbul Alamin sentiasa memurahkan rezeki saya dengan cara halalan bil toyyibban.

Syukur kepada Nya.

Semoga diberkati Allah akan kita semua.

Amin.

Mahaguru58 tak perlu publisiti bro.

Saya berblog seadanya.

Wassalamualaikum.

azriahmad said...

salam mahaguru...

Bila saya membaca blog mahaguru mengenai uncle seekers ni,menyirap darah saya...tak habis habis manusia yg bernama penipu ni menyusahkan orang..dahulu mengunakan bekas permaisuri agong dlm blognya.habis cerita palsu dan sensasi di keluarkan mengenai AISYAH.skrg ni plak ambil nama Zahid Hamidi.entahlah...apa lah nak jadi ngn manusia sekor ni..
Manusia akhir zaman lah di katakan...

Wake UP! said...

Salam. Dalam dunia takde hantu cuma ada setan dan manusia yang menjadi hantu sebenarnya.

UncleSeekers said...

Salam Mahaguru - Puas hati?

Salam azriahmad - 7 tahun dahulu anda ada tidak kurang 10 email. Sekarang sudah berapa ye?

Ayat 'menyirap darah saya' - biasaku dengar tapi dimana ya..he he

"Manusia akhir zaman" - Tepuk air didulang terpercik ke muka sendir..

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Brader Syed,

Alhamdulillah. Bagi saya, saya rasa Brader Syed mungkin terbawa bawa pengulasan tentang kelengkapan tentera dan menyentuh tentang Dato Menteri Pertahanan didalam artikel artikel Syed Bhgn 1 dan 2 tetapi bila masuk Bhgn ke 3 dah termasuk cerita tentang penipuan yang menjadi mangsanya Saudara Ahmad Suhaimi Munir!

Makanya bagi seseorang yang secara kebetulan terbaca artikel Syed yang masih menggunakan judul berkepalakan cerita tentang ketenteraan dengan nama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih disana sudah tentu terfikir sama dengan apa yang saya rumuskan didalam reaksi saya pada penulisan Syed.

Saya berterimakasih pada Saudara Ahmad yang telah memberikan penjelasan dan kedudukan perkara sebenar yang membawa kepada kekeliruan ini.

Saya ingin mengucapkan tahniah pada Syed kerana sudi memaparkan kisah duka Ahmad tetapi mungkin terlepas pandang akan implikasi penerbitan artikel Bhgn 3 tersebut dengan mengekalkan judul yang sama dengan bhgn 1 dan 2 yang memang berkaitan dengan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Diatas kekhilafan saya, maka saya ingin meminta maaf pada Syed.

Sorry for the misunderstanding on my part bro but as a reminder to both ourselves, and all other fellow bloggers, we need to make sure that our articles do not give a misleading picture to the readers.

Majulah Bloggers untuk negara!

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

UncleSeekers said...

Mahaguru58 - Salam dihulur

AHMAD said...

Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan kebaikan, semoga apa yang terjadi akan mengeratkan lagi tali persaudaraan. Semoga tuan Zainol Abideen dan mewar-warkan perkara ini supaya tiada lagi mangsa selepas ini