Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya hampir menjadi Miouw Malaya semalam..Apa fasal aa?


Saya percaya masih ramai di antara kita yang sangsi dengan kelembapan pemain pertahanan pasukan bolasepak negara @ Harimau Malaya yang bagaikan tidak bertaring langsung boleh membiarkan para pemain import Singapura bebas bermaharajalela didepan gawang Malaysia beberapa kali!!!


Nak tuduh mereka sudah dibeli, kita tak ada bukti tetapi terasa sakit hati melihat pemain penyerang Singapura begitu mudah melepasi mereka yang sepatutnya dapat menghalang 'striker' Singapura setua Duric dari meledakkan tendangan menghala ke pintu gol pasukan negara kita???


Saya rasa Datuk Rajagopal kena teliti semula rakaman video 'match' semalam dan membuat perubahan pada barisan pertahanan pasukan negara memandangkan mereka gagal menyekat para pemain Singapura begitu mudah meloloskan diri ke kawasan kotak penalti pintu gawang kita???


Mujur ada penjaga gol terbaik kita Khairul Fahmi @ Apek menghalang 'striker striker' Singapura kenduri gol semalam!


Ada 'something wrong somewhere' ke beb?

4 comments:

ajai62 said...

Assalam Tuan

Bukan nak kutuklah tuan, tapi memang betul pemain pertahanan kita bermain dengan teruk... Bukanlah nak kata kita ni pandai sangat tapi bermainlah juga bolasepak dari peringkat sekolah hingga mewakili tempat kerja... Dah puas bermain disemua posisi... tapi paling suka pertahanan tengah... kesilapan mereka cuba bermain secara straight line... sepatutnya mereka bermain secara berlapis... LAstman sapu abislah.(clearance)

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam.

Terimakasih diatas komen tuan. Jadi bukan saya seorang sahaja yang tak puas hati dengan cara 'defense' kita gagal menyekat kemaraan strikers Singapore!

Memang perlu di siasat akan kenapa perkara ini terjadi semalam.

Sebab tu saya memang mengelakkan diri menaruh setinggi harapan pada 'pasukan' kita.

Nak harap semua main dengan penuh semangat macam zaman Mokhtar Dahari, Isa Bakar, Shukor Salleh dan semua 'super footballers' negara kita sampai boleh belasah Arsenal 2-0 zaman tahun 70an, memang tinggal impian sajelah!

Zaman tu mereka bermain demi maruah negara, tak dibayar tinggi tara mana pun.

Zaman sekarang, segalanya fulus...

Itulah sebabnya semua boleh lolos..:P

Macamanalah kita nak jadi juara Asia?

Duric yang dah tua umur 40an pun boleh mencelah muncul depan pintu gol!!!

Defense Malaysia nganga...

ben said...

Salam Mahaguru,

Cuba tgk balik bagaimana Sharbini Allawee menjaga gawang masa main kat Singapura dulu. Memang betul dia jaga tiang, tak ada usaha pun untuk menyelamatkan bola dari masuk gol. Lepas tu marahkan pertahanan sebab biar pasukan Singapura tendang bola. Kalau saya jurulatih, dah tentu saya buang terus dia ni. kalau sebiji dua lepas boleh juga, tapi ni 5 biji. Lebih baik SPRM siasat dia ni. Malam tadi APEK bertungkus lumus mempertahankan gol, terbang sana, terkam sini. Cubalah Mahaguru bayangkan, pemain Singpura tendang je mesti gol. Mesti dah kena beli dia ni. Sekian

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam ben,

Saya pun rasa begitu. Cuba dengar apa kata pengulas didalam video berikut:
http://youtu.be/_Re1xs73P3A

The Malaysian goalkeeper seems 'rooted'. Bermaksud dia macam berdiri gitu je takde usaha nak menyelamatkan gawang dia dari dibolosi sepakan gol!

Zaman sekarang ada kemudahan teknologi canggih bro.

Penganalisis perlawanan pasti boleh ketahui cara dan corak seseorang yang 'menjual game'!

That keeper needs to be investigated.