Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, July 30, 2011

Jalan Bukit Bintang ~Tarikan Pelancungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur?

Secara tak langsung, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur redha dengan tarikan terbaru kepada para pelancung asing dengan membiarkan segala macam sindiket peminta sedekah dan penjualan secara terbuka barangan ciplak di salah sebuah kawasan pelancungan termasyhur di ibunegara Malaysia.


Bayangkan apa yang para pelancung asing akan fikirkan tentang negara kita ini bila memandang para pengemis duduk berderet meminta sedekah di tengah tengah ibunegara kita?


Saya rasa mereka ini sudah lama dibiarkan bermaharajalela mengemis, menjual produk tiruan dan segala macam lagi kegiatan yang terang terang menyalahi undang undang negara kita tetapi pihak berkuasa tempatan seperti DBKL ternyata tidak menjalankan tugas tugas yang di amanahkan kepada mereka! 


Kes nganga seperti ini bukan hanya di KL sahaja tetapi di seluruh negara. Bagaimanalah nak menjadi negara maju jika penguatkuasaan undang undang hanya setakat nak menggubalkan undang undang itu dan ini di Parlimen dan Dewan Dewan Undangan Negeri?


Saya serahkan kepada tuan puan untuk membuat rumusan sendiri dengan menilai apa yang di paparkan gambar gambar ini yang saya rakam semalam semasa memandu lalu Jalan Bukit Bintang di tengah tengah Kuala Lumpur?







5 comments:

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam Sdra Zainol Abideen.
Terima kasih kerana singgah diblog saya semalam dan memberikan semangat.

Malu juga sebab almaklum lah blog saya tu bahasanya brutal tak ada insuran.Tp kalau saya tak lepas angin macam tu takut mudarat otak nanti jadi lain pulak.

Apapun terima kasih sahabatku.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam tuan.

Saya selalu mengikuti terbitan blog tuan.

Tentang gaya bahasa, ianya hak tuan selaku tuan empunya blog.

Yang penting adalah ikhlas didalam penerbitan dan apa nawaitu blogger terbabit?

Masing masing ada gaya dan cara tersendiri.

Ini adalah hak asasi setiap blogger dan pengamal media baru.

Akhir kalam, kita bertanggungjawab keatas setiap apa yang kita terbitkan.

Tak gi ke majlis dailog bersama Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil ke petang ini?

Mr feckry said...

satu lagi..sindiket pelacuran bersepah kat BB..tengah jalan je bapa ayam tanya , 'mau perempuan ka"

MAHAGURU58 said...

Tadi sempat berkenalan dgn pegawai tinggi CID, nanti saya follow up ttg perkara yg Feckry maklumkan. Insya Allah.

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam Bro Zainol.
Syukur Alhamdulillah akhirnya kita dapat bertemu setelah sekian lama follow blog sdra,even sebelum saya mula berblog.

Kalau tak keberatan minta dipanjangkan gambar gambar kita tadi ke azmiapa@gmail.com.Terima kasih.

Selamat menjalani ibadah puasa.