Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, July 06, 2011

Mahasiswa Tolak BERSIH 2.0! Hargailah keamanan negara kita Malaysia!


Sejuk hati melihat anak anak muda mahasiswa kita pergi mengedarkan risalah keamanan mengajak masyarakat menolak perhimpunan yang tidak berasas mahupun ada sebarang faedah kepada mana mana pihak yang berfikiran waras didalam negara tercinta ini!


Bagi saya, kedaulatan undang undang haruslah kita semua hargai kerana hanya itu sahaja yang menentukan keselamatan kita bersama.


Kenapakah perlu bertindak dengan membelakangkan undang undang dan bersiap untuk bergaduh sesama warganegara?


Apa kalian ingat hidup kat Malaysia ini terlalu susah sangat kah sehingga perlu untuk memberontak?


Jom tengok keadaan bagi sesetengah warga Singapura dimana ada juga yang hidup miskin dan susah sehingga merempat!





Singapura dengan pendapatan per kapita tertinggi di Asia juga mempunyai rakyat yang tidur bergelandangan dikolong kolong flet HDB, kerusi dan bangku di taman taman mereka!








Di KL ni terdapat ramai juga manusia yang hidup susah. Namun jika kita fikirkan balik, berjuta juta orang dari negara negara serantau datang mencari rezeki dibumi tanahair kita ini.


Nak tengok cara Singapura mengendalikan pembangkang? Hehehe...tengok le..

Yang kelakarnya Polis Singapura akan menggunakan taktik peluk atau menahan untuk mengekang pergerakan para pembantah / pembangkang mereka!


Sampai naik rimas, tak boleh bergerak! Hehehehehe...


Masaalahnya kat Malaysia kita semua cepat naik angin...maka peluk peluk tak main lah..

Bawa ke balai yop! Sembang disana! :P

11 comments:

Supar Yop said...

Ada 2 ceriter di dlm artikel terbaru MG58,
1) Demo oleh student - zaman era PRU2008 adalah era demo student menyokong establishmenttak macam dulu2.Pelik bukan? Sebut demo je, mesti anti kerajaan dari Anwar zaman UM sampai lah sekarang. Kalau tak kerana keletah PKR/DAP/PAS, pasti mereka sentiasa hentam kerajaan.Skrg kerajan tak payah buat banyak sgr kerja..perangai 3 parti ni dah cukup menggelikan masyarakat..

2) Sinapura - Inilah yg DAP selalu agung2kan! Dah terang lagi bersuluh,kehidupan di sana tak seindah yg diwarwarkan.Sudah banyak blogger sana menghentam negara mereka sendiri, tapi di sini DAP lah yg mengagung2kan sangat, apa taknya kalau abang kandung mereka PAP yg memerintah.
Kalau di sana buat Bersih, tok sah cakap banyak la brader.. cara diorang padamkan demo lagi cepat dan brutal dari kita..Rujuk column STAR tiap Sabtu bawah penulis Seah Chiang Nee. Satu hari bila keadan makin parah, Singapura samada akan menyembah masuk balik Msia atau serang kita dgn kelengkapan tenteranya yg tercanggih di rantauan ini.Siapa yg akan tepuk gembira menyambut kedatangan mereka?

hamsor said...

Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.
Sumber: Malaysiakini

a piece of advice to uour mentors..

Sekiranya mengwujudkan sekatan jalanraya dibeberapa lokasi strategik bagi menimbulkan rasa cuak rakyat untuk menghadiri perhimpunan aman BERSIH 2.0, saya rasa suatu tindakan dan pembacaan yang amat silap...apa yang terjadi ialah membuakkan lagi rasa benci rakyat keatas pemerintah yang sedia ada..mengiyakan persepsi yang UMNO amat gerun akan kebangkitan rakyat melalui himpunan aman ini..

Kalau Polis terus menerus membuat sekatan jalanraya tanpa pemeriksaan, lebih baik kerajaan istiharkan cuti umum aja sampai hujung minggu ini. Tindakan sebegini mencetuskan kemarahan orang ramai. Awal pagi orang keluar cari rezeki bukan pergi berhimpun. Penasihat2 kerajaan pun spesis pekak dan tuli juga ka?

Ini bukan ada sifat-sifat orang munafik... ni memang sah orang munafik. sebijik cam yahudi yang langgar perjanjian dengan Rasulullah S.A.W dulu ler... ooopppps luper lak... dia orang memang pun dok bawah tapak kaki acpo yahudi...

hamsor said...

Once Imam Hasan ibn Imam Caliph Amir al-Mu'minin Ali ibn Abi Talib was asked:


"What are the 10 strong things that are stronger than one another?"


Imam Hasan replied:

Among the strong things is Stone;


Even stronger is the Iron which is used to break Stone;

Even stronger is the Fire which melts Iron;

Even stronger is the Water which extinguishes Fire;

Even stronger are Clouds that carry Water with them;

Even stronger is the Air which floats the Clouds with it;

Even stronger is the Angel who moves the Air;

Even stronger is the Angel who will give Death to the Angel who moves the Air;

Even stronger is the Death which will come upon the Angel of Death; and

Even stronger is the order of Allah (swt) which governs the Death.

koolmokcikZ said...

Salaam,

Terima kasih kerana berkongsi video video ini. Seharusnya di tonton oleh mereka yang taksub dengan demonstrasi jalanan

Supar Yop said...

En Hamsor, kalau dah diorang setuju nak buat di stadium, buat sajalah disitu. Kalau UMNO takut munkin ada rasionalnya sbg parti politik yg bersaing.Tapi awak bayangkan kalau dibiarkan sj 300,000 orang (yg konon PAS boleh kumpulkan)berarak kat PWTC ke Jalan Tunku Abdul Rahman, silap2 boleh jadi rusuhan..siapa nak tanggung? Kut ada kereta diterbalikan, kedai dibakar, yang mati kena pijak,.. Kut2 tgh bersemangat, nampak je lambang BN/UMNO, adala sorang berteriak, kita bako je!(Ingat kes cermin kereta staff tv3 dipecahkan penyokong Anwar masa zaman refomasi bila beliau dijatuhkan hukuman bersalah tahun 2004 dulu?) Kut betul2 jadi amacam? Kalau perasaan tengah membuak2 marah dan ramai satu geng , satu warna takan boleh kawal perasaan! Tengok sja apa jadi di Thailand, baju kuning lawan baju merah, ini ke yg pembangkang nak tiru? Nak bertakbir masa demo? Sia2 lah..Ini bukan perayaan maulid nabi, ini perayaan huru - hara yg diketuai oleh hindu kafir..Jgn kata 300,000, kalau 100,000 orang jadi turun, berapa banyak tenaga polis , UTK, FRU, ASKAR nak dimobilise utk kawal demo tu? Kalau teori 1 utk 10,000, mananya 10,000 uniform body terpaksa dikumpulkan kalau jadi apa2.. Macam ni habis semua polis di KL/sELANGOR dikerah berjaga sampai lengang Balai Polis kat Kepong/Jinjang! Kalau cina Jinjang ngadu kena rompak, Operator cakap tak ada polis, semua pegi kawal demo di KL,macamana? Boleh terimer alasan itu?Esok keluar suratkahbo, polis melayu tak guna , tak nak tolong orang cina!!Itu belum stand by unit PBSM, Jab Pertahanan Awam , St John kalau ada cedera.. Banyak kena pikior Yop!Bukan takut kebenaran, takut banyak masalah jadi masa demo nanti.. Berapa ramai kafir DAP yg nak hadir sama? Selalu demo mcm ni ornag melayu sj yg bersemangat.Teman tak peronah tengok cina turun padang melainkan dema hantor wakil mcm Lim Kit Siang..Geng india/hindu pun dah tak beresemangat lagi sejak last demo hindraf tak ramai mcm 2007.Diorang pun tau sia2 sj..Kalau betul PAS ( sy rase dema ni je yg majoriti campur melayu PKR) nak juga demo pegi le ke kawasan cina di Bukit BIntang atau kawasan bisnes India di Brickfield, tengok macamana reaksi diorang..

SyazZ_One said...

Setuju dengan Supar Yop~~~
Kerajaan takkan menghalang kalau perkara2 yang macam di utarakan oleh Supar Yop tuh td x pernah berlaku. Tetapi perkara2 tersebut telahpown berlaku sewaktu BERSIH 1... Oleh sebab itu kerajaan xmau pisang berbuah dua kali. Lagipun bukannya pihak kerajaan xde usaha nak buat rundingan, cume pihak BERSIH yang tetap berdegil dan memutarbelitkan fakta....

Tak salah nak buat perubahan, tp biarlaaa dengan cara yang aman... memang byknye yg masih x betul kerajaan kite nih tp xde laa seterok negara2 timur tengah tuh. Mereka langsung xde hak nak bersuara... sepatah je perkataan yang berunsur penentangan akan ditangkap. Atleast di Malaysia masih lagi berleluasa orang nak kondem kerajaan..

Jangan membiarkan sifat benci membutakan mata dan hati, berfikiranlah secara dua hala wahai rakyat MALAYSIA...

manfrommachap said...

Supay Yop and Syazz one,
That the reason why the police must play an active role and not just sweep things under the carpet. In any demonstration there is bound to be people who gets over emotional and lets not forget, agent provocateur.

These people wants to march peacefully for a good cause. They have taken all the best that they can to ensure that the march would be peaceful considering the presence of these agents. The police should be there to help. Instead, they took sides with the agents to disrupt the rally and use scare mongering tactic to make their agenda works.

If you ever get the chance to see the movie "A bugs life" and "Antz", you would probably be able tu judge better.

manfrommachap said...

The nasty road blocks today is justified by the planted molotov cocktails found yesterday. Looks more like a charade than a stark reality.

Today the people in Klang valley is being made to taste the medicine for supporting a peace rally. A six lane highway was blocked to only a single lane and the police did not even bother to check the vehicle coming through. It is apparent that the purpose is simply to indoctrinate hardship if the rally is allowed.

Supar Yop said...

"These people wants to march peacefully for a good cause. They have taken all the best that they can to ensure that the march would be peaceful considering the presence of these agents. The police should be there to help. Instead, they took sides with the agents to disrupt the rally and use scare mongering tactic to make their agenda works."- Mr Man Fom machap, I quote your words.But please turn to pages of Tunku Abdul Rahman's book May 13 Before And After.
Pada 10 May 69, 3 hari sebelum bala besar tu berlaku, orang cina Kepong minta diadakan perarakan utk membawa mayat Tan Soon Seng, 26tahun yg ditembak mati polis kerana menembak balas.Polis telah beri route yg sesuai dan tidak halang trafik.Apa diorang buat? Mereka ingkar arahan polis dan lalu kat main road Jalan TUanku Abdul Rahman.Mereka bawa macam2 poster maki hamun polis, termasuk 1 poster besar wajah cina itu dgn tulisan2 cina yg melambangkan dia sbg mati syahid ( died as a matyr).Jumlah mereka terlau ramai.Polis tak boleh buat apa, hanya sekadar perhati dari tepi jalan.Deruman motor yg sengaja dikuatkan menambahkan suasana panas di samping bahang matahari.Polis hanya mampu mengambil nombor plate motor2 yg terbabit sahaja.Nasib baik mereka berlalu dgn aman tanpa apa2 kejadian tidak diingini berlaku.Tunku memuji polis yg telah meng "exsercise tolerance" .Kalau polis pun memprovokasi mereka sudah pasti, 13Mei jadi 10 Mei.DAN ANTARA lanun keparat yg ada berarak sama pada hari itu ialah satu manusia keparat durjana bernama Lim Kit Siang.Perarakan terus berjalan hingga ke Kepong.Menurut TUnku ,tulisan2 cina pada poster tu banyak melambangkan subversif dan menyokong ideologi komunis.Kemudian saksi polis berkata, ada parang dan senjata tajam disorok sekali dalam keranda sebelum dikebumikan.
Kalau tuan tak beli buku tu, boleh rujuk blog Jebat Must Die yg telah menghurai peristiwa itu dgn cukup objektif sekali.
Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku lagi? Adakah kita nak polis jadi penyabar dan biar saja para pendemo berlalu seolah2 semua gembira riang ria nak pergi tengok wayang? Kenapa tak letak sj patung melambai trafik mcm kat PLUS Highway tu? Boleh jamin ke tak jadi apa2 kalau ratus ribu orang pakat nak turun ke jalan raya?Alangkan seronok lepas menang final bola pun boleh bergaduh sampai bakar kereta dan berbunuh2..

hamsor said...

Supar man

aku pegi perhimpunan Bersih first dulu.

Aku nampak dgn kepala aku sendiri apa yang jadi.Aku nampak dgn mata aku sendiri mcm mana FRU attack orang tanpa sebab.

Walaupun kau tak sokong,gi tengok mcm mana.
Gi tgk mcm mana tindakan FRU masa tu nanti.

Satu aje aku mintak kau buat,
gi sana tengok sendiri siapa yang start dulu act of violence...lepas tu kau nilai la balik apa yang kau dah tulis tu.

Takde akan bertukar ganas la perhimpunan tu.Yang pegi pakcik berkopiah,makcik2 tudung labuh,awek2 universiti yang tak takut...

Gi tengok sendiri
Jangan percaya dgn apa yang media tulis!

Supar Yop said...

Yes Mr Hamsor,

I remember those days. The FRU were really brutal and high handed in their methods. I dont deny that.Masa tu Anwar was seen as saviour of Malaysians, dah bebas dari Penjara Sg BULOH umpama harimau lepas dari kandang.I was happy for him.Still, despite supporter of Anwar and reformasi that time I dared not ran ito the street. I makan gaji, have to think of my family. LET THE dare devils do it. And the PR came out succesfully after the PRU2008 election.Even now I am on my own and no more supporting Anwar,my interest in joining the demo has also faded.What is the point? Yes, the FRU will be brutal as before, but many are seeing with different views now. In those days the demos were the awakening of the oppressed to seek justice, to put aside the establishment. Well they almost did it. But now they are doing out of sheer greed and arrogance, they want to take to the street again, to be like Tahrir? Is our government that cruel that we need to topple them in such a way.? Cant you just wait until the next election and cross your own choice? Najib and the police force had shown much tolerance , discussing negotiating, offering alternative places. now I'm seeing arrogance in the Bershit operation.You know why? Mahathir dulu , dia gasak terus, never gave an inch of face.That is why the trend favours Anwar.Because this Bershit thinks the spirit was still like before,they still think people are with them like reformasi days. They still think they can get the 2/3 majority.Well I see a lot of opportunist and hypocrites and damaged characters among them. I see Ambiga who is actually more keen to convert people back to unmuslims, I see Anwar who doesnt give a damp as long as he can become a PM even though at the expense of kissing the ass of the jews, I see DAP who keeps proclaiming anti ISA , more freedom of speech yet their big taiko in Singapore are far worse than us. The worst part, I see malays being maniuplated by a few kafir scum bags.You will see later that 99% of the demonstrators are malays, DAP will send their sole rept Lim Kit Siang, he will wave his hands to the crowds and the PAS idiots will greet him with the Allahuakbar takbir..and Tian Chua and Ambiga. That is enough to make the numbers and there you go.
Well if you wanna join, it's a free country. You are not under age I guess? All the best to you and do come back and tell us your wonderful experience.People tell me, wear jogging shoes to make it easier to run away from the enraging FRUs!