Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, July 16, 2011

Matlamat hidup ~ Apakah hanya untuk berkuasa dan berpengaruh semata?

Kekadang saya terasa pelik dengan kedegilan sesetengah pihak didalam negara ini yang mahu terus membolak balikkan kehidupan warga setanahair ini hanya kerana mereka kemaruk untuk berkuasa sementara didalam dunia yang fana ini?


Apakah kehidupan duniawi ini sahaja yang menjadi matlamat kebanyakan manusia?


Bagi seorang Muslim, wajib bagi kita mempercayai bahawa kehidupan didunia ini hanya peringkat ketiga didalam kewujudan kita.


Peringkat pertama kewujudan kita adalah bilamana Allah Subhanahu Wa Ta'ala mencipta ruh ruh kita dari Nur Muhammad.


Inipun bagi Muslim yang meyakini segala ilmu yang ghaib tentang kejadian kita. Bukannya di ajar secara sistematik didalam sekolah sekolah dan maktab maktab akademik. Ada perkara yang kita perlu meyakini secara individu tertakluk kepada asas kefahaman agama masing masing.


Bukannya sesuatu yang boleh kita tunjuki secara lahiriyyah? Bagaimana mungkin untuk kita menunjukkan pada sesiapa akan ujudnya zat yang diberi istilah sebagai ruh? 
Namun ruh itulah yang membuatkan sesuatu jasad itu bernyawa. Tanpa kehadiran ruh, maka jasad itu akan mula mereput dan berulat, kembali semula kepada fitrahnya yang berasal dari unsur unsur tanah.


Tertakluk kepada jatidiri kita samada wujud sebagai manusia, haiwan, serangga, tumbuhan atau kuman, segala bentuk kehidupan yang nyata berasal dari tanah dan air. Siapa yang boleh mendakwa sudah melihat ruh?


Tetapi walau banyak mana ilmu pengetahuan tentang hal hal sebegini diterbitkan didalam dunia media tetapi tidak mendapat perhatian sesetengah manusia yang hanya pentingkan kuasa dan pengaruh semata mata.


Kenapa agaknya mereka boleh terlepas pandang akan realiti hidup ini yang sebenarnya hanya bagaikan titisan embun disinar sang mentari?


Dunia ini hanya peringkat ketiga didalam kewujudan kita sepertimana saya katakan sebelum ini.


Peringkat kedua kewujudan kita adalah bilamana ruh kita dimasukkan ke diri kita semasa ujud sebagai janin didalam kandungan rahim ibu masing masing.


Nah, kini kita wujud sebagai manusia. Kita lahir ke dunia ini telanjang bogel tanpa apa apa. Membesar mengikut keadaan masing masing dan belajar segala apa yang kita berkesempatan mengetahui dan mentelaah mengikut kehendak dan keperluan inidividu.


Ada dikalangan kita, mereka yang hidup hanya bermatlamatkan kuasa, kedudukan dan pengaruh. Jarang ada yang mahu memikirkan akan kesementaraan realiti kehidupan masing masing?


Hidup diantara 5 waktu solat. Kita berkesempatan solat Subuh, belum tentu kita kan dapat menunaikan solat Zohor! Seterusnya kita belum tentu dapat menunaikan solat Asar? Asar ke Maghrib dan Maghrib ke Isya? Isya meniti ke Subuh seterusnya...


Itu hakikat hidup kita ini. Ada barangsiapa mahu menafikannya? Beranikah kita menjamin kita akan terus hidup ke waktu solat seterusnya lepas waktu ini? Qullu nafsin iza iqatul maut! Setiap yang bernyawa pasti akan mati.


Selepas kita mati, kemanakah tujuan ruh kita? Saya percaya kesekelian kita yang mengaku beriman terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala yakin bahawa ruh kita akan berada di peringkat ke-empat kewujudan kita iaitu Alam Barzakh.


Mengapa puak puak yang sedang dijangkiti virus gila kuasa tak mahu memikirkan tentang semua ini? Saya tak tahu samada mereka pernah berfikir sejenak akan realiti kewujudan kita semua ini? 


Jika ada pun, tak mungkin ianya telah memberikan mereka apa apa kesedaran tentang apa yang patut dan perlu mereka mengambilkira didalam meneruskan hidup ini secara adil dan saksama?


Peringkat kelima ~ Alam Akhirat. Pengembaraan ruh kita yang terakhir menuju ke titik penentuan takdir kita menurut penghakiman Yang Maha Kuasa nanti di Yaum Al Mahsyar. Syurga atau Neraka? Atau tersangkut ditengah tengah? Wallahu'alam bissawab!

6 comments:

Maskinah Hj M Damairah said...

Assalamualaikum, perumpamaan, pantun seloka dan syair yang dulu diajar didalam subjek bahasa Melayu yang berkaitan dengan ugama seperti halia itu tanam-tanaman, kebarat jua akan condongnya, dunia ini pinjam-pinjaman, akhirat jua akan kekalnya, sudah tidak ada lagi. Kalau ditanya anak saya yang tingkatan satu, dia tidak tahu pun mesej perumpamaan itu. Sedangkan mesej jelas ialah jangan hidup ingat keduniaan saja, ada lagi satu kehidupan selepas ini iaitu diakhirat.

salahuddin said...

Sesekali terbaca tulisan macam ini, terasa betapa kerdilnya kita sebagai manusia. Tidak tahu sebenarnya bila masanya kita dipanggil untuk kembali menemuiNya. Mengapakah ramai antara kita yang sanggup berbuat segalanya untuk mendapat kuasa yang pastinya akan dipersoalkan di akhirat nanti. Adakah kita masih mahu memgang kuasa kerana kita terpaksa memberi makan kepada ahli keluarga kita yang tidak pernah kenyang.. Atau mungkin sebenarnya tidak percaya tentang pembalasan di hari kiamat nanti. Masya Allah...

Den Cdo said...

Mahaguru : Den minat kat point "Kita berkesempatan solat Subuh, belum tentu kita kan dapat menunaikan solat Zohor!"....ehhh Dennak sembahyang Ishak dulu..takut tak sompek lak..semoga ia menjadi peringatkan kepada kita semuo...kuaso tak kemano bilo tibo maso, hilanglaa dio...masalahnya adalao bilo maso tu datang..adokah kito bersedio...?

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam tuan tuan dan puan,

Saya menulis semua ini sebab takut tak sempat untuk menyampaikan sekelumit perkara yang telah sempat saya mengetahui memandangkan hakikat bahawa nyawa saya boleh di-ambil Sayyidina Izra'il Alaihis Salam bila bila masa sahaja.

Takut segala pengalaman hidup debu dunia ini akan hilang begitu sahaja ditelan masa.

Saya terkenang arwah ayah saya yang sudah lama mati meninggalkan kami adik beradik.

Arwah abang sulung saya Muhammad Ibrahim yang mati semasa ia berusia 51 tahun.

Saya kini berusia 52 tahun lebih. Arwah mati didalam pelukan saya.

Saya masih boleh ingat saat nyawa arwah keluar dari jasadnya semasa saya berusaha memulihkan diri arwah yang mengerekot tatkala menghadapi sakaratul maut.

Masih terbayang segala kejadian itu, masih segar didalam benak fikiran saya.

Entah bila pula saat kematian diri saya ini?

Tempohari anak saya Muhammad Zikri menelefon saya bertanyakan keadaan saya?

Sudah lama ia tidak telefon saya kerana kecil hati dengan abahnya ini yang tidak setuju dengan satu keputusan hidup peribadinya.

Ia telefon sebab ia telah bermimpi akan kematian saya. Suaranya risau memikirkan ayahnya ini yang sudah meniti usia tua.

Saya berkata padanya bahawa mati itu pasti. Cuma kita tak tahu bila dan bagaimana nyawa kita akan di ambil Malaikatul Maut!

Yang boleh kita usahakan adalah supaya saki baki usia kita ini dihabiskan di jalan Ilahi.

Cuma kita tak pasti samada kita akan mendapat kematian kita nanti didalam keadaan Husnul Khatimah atau Su'ul Khatimah?

Husnul Khatimah itu sebaik baik penamat. Su'ul Khatimah itu sebaliknya.

Tak risau ke kita akan menghadapi kebarangkalian begitu?

Na'uzubillahiminzalik!

Anonymous said...

Satu peringtana yang baik.. Sebank juga bila membaca komen tuan tentang pabila anak tuan telefon...

~ OnDaStreet

Supar Yop said...

Mahaguru, bila baca anak tuan call balik, itu petanda Allah bukakan pintu hatinya utk menghubungi ayahnya.Walau macamana benci sekalipun dia pada ayahnya, tetap ada paling minima 0.000001% sayang dia pada tuan.

Dia ada takut juga tak sempat jumpa atau minta ampun sama tuan!Itu pasallah dia call.Mungkin dia ada perasaan bersalah kerana berkasar dgn tuan.
Moga2 peristiwa ini merapatkan kembali silaturahim seorang anak dgn ayahnya.

Sekarang ini anak bongsu saya yg berusia 7 tahun tgh berkonfrantasi dgn saya! Dia memang benci dgn saya, sbb saya akui keterlaluan mengusik dia.Tapi saya tetap sabar kerana saya tahu sebenci2 dia pun tetap ada 0.000001% sayang pada ayahnya.