Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, July 10, 2011

Siapakah dia 'Ular 2 Kepala' didalam NGO Muslim? Pendedahan Terbuka!

Assalamualaikum.


Sebenarnya ianya bukan rahsia besar tara mana pun? Sudah terpampang jelas didalam segala bentuk media akan siapakah dia yang saya maksudkan?


Cuba lihat akan siapakah dia yang duduk disebelah kepala IFC @ Ambiga Sreenevasan?



Orang yang saya maksudkan adalah tidak lain dari Haji Zaid Kamarudin, Presiden Jamaah Islah Malaysia, salah sebuah NGO Muslim yang bersama dengan ACCIN dan PEMBELA, Gabungan Pertubuhan pertubuhan dan Persatuan persatuan serta NGO Muslim yang sekian lama ini gigih memperjuangkan kedaulatan Islam dan senantiasa berusaha didalam segala cara untuk memastikan bahawa hak hak umat Islam seMalaysia tidak terhakis dan terjejas didalam apa cara sekalipun didalam negara kita Malaysia ini.


Didalam ia bersama sama dengan ACCIN mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Islam melawan puak puak penganjur IFC dan rakan sekutu mereka didalam MCCBHST, Zaid Kamarudin boleh pula menyokong penuh agenda BERSIH 2.0 yang dikepalai Ambiga Sreenevasan sendiri diatas platform berbeza dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha Agong IKRAM!


Apa cerita ini?


Apakah kita semua sedang melihat satu contoh 'Ular berkepala dua' didalam dua peranan bertentangan yang sedang diamalkan Tuan Haji Zaid Kamarudin?


Bilamana saya bertanyakan 'conflict of interest' yang sedang berlaku didalam kes Zaid pada rakan rakan seperjuangan didalam ACCIN, rata rata kawan kawan merakamkan rasa tidak setuju mereka dengan cara beliau dan JIM sedang cenderung kepada pihak yang pro Anwar dan sekutunya didalam Pakatan Pembangkang yang sering menimbulkan masaalah kepada ummah.


Ada rakan rapat berkata sebenarnya mereka semua sudah lama tidak setuju dengan cara Zaid menjadi  pisau bermata dua tetapi demi menjaga hati sesama NGO Muslim, mereka terpaksa buat buat tak nampak akan jalan yang dipilih Zaid bersama sama dengan pihak kuffar yang menentang usaha gerakan dakwah Islamiyyah seMalaysia!


Saya kenal Zaid begitu gitu saja bilamana kami semua bertemu dalam mana mana acara melibatkan penyertaan aktivis aktivis dan pejuang Islam menentang gerakan kuffar didalam agenda mereka terhadap ummah senegara.


Walaupun tak rapat tara mana, saya masih tidak boleh menerima keadaan dimana Zaid boleh menjadi salah seorang ahli jawatankuasa BERSIH 2.0 yang diterajui Ambiga Sreenevasan, seorang musuh umat Islam seMalaysia yang nyata!



Bukti yang sangat kukuh bahawa Presiden JIM ini ada ciri ciri 'ular dua kepala' bilamana secara terang-terangan ia turut bersama dengan Ambiga Sreenevasan, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Sivarasa Rasiah, Haris Ibrahim dan lain didalam protes haram BERSIH 2.0 semalam! Lihat video diatas minit 1.01.

Inilah sebabnya saya menyatakan bahawa ada ular 2 kepala didalam gerakan NGO2 Muslim yang ada.


Apakah pandangan tuan puan mengenai perkara ini?

9 comments:

Shah said...

Rakan-rakan penyokong PAS perlu sedar agama kita ISLAM sudah ditegakkan di negara kita.Agama kita ISLAM sudah berjaya dijadikan agama panduan dalam pemerintahan. Islam terbukti menjadi agama mendamaikan semua agama. ISLAM juga berjaya dipertahankan di Malaysia walau berkongsi kuasa.

Tujuan Ambiga jadi pengerusi Bersih untuk menarik kaum India tak persampaian. PAS merosakan peniaga Melayu. Tahniah KJ buat kacau di tempat perniagaan Cina.

Abusan said...

NGO Muslim menerima wang peruntukan daripada kerajaan menerusi JAKIM. Setiap tahun mereka mendapat peruntukan tersebut. Namun ada di kalangan mereka menentang secara sembunyi bahkan kini terang-terangan, terhadap agenda menegakkan Islam dan menghindarkan murtad. Apa pun jika kerajaan benar-benar bersalah, tiada salahnya menegur, secara hikmah, tetapi dalam hal menyokong pihak yang mencalar dan merobek Islam, maka itu petualang sebenar. Manusia dua kepala adalah mangsa kebodohan sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan terlucut Iman.

mk said...

Sebaiknya Dah tiba masanya Dipisahkan Antah dengan Beras...

Rakyat Islam perlu didedahkan diantara:

Tok guru menyesatkan dgn ulama sabenar

Ngo yg perjuangkan hal Islam dgn yg opputunis dan ambitious mencari tempat..

Ajaran dari Rasul dgn Tok tok guru yg angkuh dgn ilmunya yg tak sempurna...cakap orang putih pun tak tau mcm mana nak menelaah kitab besar berbahsa Inggeris,

Ini tanggung jawab besar dan perlu Ilmuan yg tinggi lagi berani..

Bagaimana pun selagi kita sayang dan utamakan Rasul dari segala mcm munusia....pasti kita bolih lakukan.

Harap masih ada lagi penyayang Rasul dibumi malaysia ini ..melakukan

Brahim Nyior said...

Tuan, saya berpendapat kemelut ini takkan berjaya tanpa penyertaan Melayu-Muslim yang punya pengaruh dan kekuatan tersendiri.

Jika PAS tidakk menyokong dan menggalakkan pengikut berdemo, pasti tiada sokongan terhadap demo haram ini.

Zaid Kamaruddin pun begitulah, malangnya seperti kata tuan sendiri, sokongannya kepada Anwar membutakan hati dan jiwanya daripada mengenali Ambiga.

Dalam kalangan pendemo, ramai yang ingin melihat kerajaan yang ada hari ini tumbang seperti mana mereka lakukan pada pilihanraya sebelumnya.
1998-Demonsrasi pemecatan Anwar, akibatnya tumbang di Trengganu pada PRU 1999.
2007-Demonstrasi BERSIH 1.0, mengakibatkan BN kehilangan 5 negeri dalam PRU 2008
2011-Demonstrasi BERSIH 2.0. akibatnya .......?

koloGnyer said...

toing toing toing.....sedih melihat org melayu kita..tak habis2 bertalam muka 44....tp yg lg heran dah tahu mcm tu tp masih lg duk p sokong...tn mahaguru sifat ingin menjaga hati sesama NGO haru dikikis...ahli2 JIM pula apa bikin klu ketua sudah bersuluh bagi skongan ini mcm....

shomad said...

apa pun kita lakukan...ada dua pilihan...jalan yang diredhai tuhan atan jalan yang dimurkai tuhan...tak ada jalan atas pagar...pilihlah.

Anonymous said...

Memang dia Presiden JIM tapi tiada jaminan dia seorang Muslim sejati yang patuh dan taat pada agama..kerana yang melantik dia adalah manusia bukan wahyu so pandai2lah kita menilainya..

YamaShita KaiTo said...

Jangan sempitkan kaedah dakwah.

Mungkin penerangan ini boleh membantu. Beliau merupakan Timbalan Yang Di-Pertua IKRAM Negeri Johor juga salah seorang anggota Dewan Perwakilan Nasional (DPN)IKRAM yang berfungsi untuk merangka hala tuju, menggubal polisi serta tempat melakukan keputusan IKRAM.

http://lotfialfikri.blogspot.com/2011/07/meluaskan-kerjasama-dalam-perkara-yang.html

Semoga kita bukan sekadar orang yang berkata-kata sahaja tetapi juga berkerja secara praktik dan berkesan.

Zakir said...

terima kasih mamu kerana berani menjelaskan perkara ini. Ia satu pendedahan yang menyedihkan hati… apalah yang dapat dilakukan oleh orang awam apabila pejuang2 Islam sendiri terkeliru… kepada ummat manusia, persiapkan diri sendiri dengan amal soleh…kita sedang berada dalam fasa fitnah dunia akhir zaman yang sangat besar. perbanyakkanlah doa supaya Allah melindungi kita daripada fitnah besar ini dan berada dalam kumpulan yang benar dan terlindung… :-(