Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, July 04, 2011

Sindiket peminta sedekah 'Muslim' depan Bank ~ Memalukan umat Islam!!!

Assalamualaikum.


Saya pasti kebanyakan dari kita yang perlu berurusan dengan pihak mana mana bank pun di Malaysia sudah pasti akan bertembung dengan satu bentuk baru meminta sedekah yakni sindiket menadah tabung kononnya 'Sedekah Amal Jariah' yang akan duduk tercatok tanpa malu dan segan dengan tabung tabung mereka!


Selalunya lelaki yang siap berpakaian Baju Melayu dan kopiah atau wanita berbaju kurung dan bertudung.


Dulunya saya sering nampak hanya bangsa Melayu saja yang dok buat kerja tak bermaruah ini tetapi pagi ini saya mendapati bahawa geng Mamak sudah tumpang sekaki menjadi pengemis dihadapan premis bank CIMB!


Mula mulanya saya nampak Mamak ini siap duduk tercatok meminta sedekah depan bank CIMB Pandan Jaya.


Saya ke Bank CIMB cawangan Pandan Jaya pagi tadi untuk mendeposit sekeping cek tetapi seperti biasa mesin deposit cek bank itu memaparkan notis - Maaf - Perkhidmatan Tergendala!


Maka saya pun beredar dari sana dan menuju ke CIMB Pandan Indah pula!


Bayangkan betapa sakitnya hati ini mendapati sindiket yang serupa siap duduk menanti setiap pelanggan bank yang masuk ke ruang ATM di CIMB Pandan Indah pula!
Lagi memeritkan hati, melihat Geng Mami lah pula duduk tercatok tanpa rasa segan dan silu menagih simpati semua yang lalu lalang disana!
Islam melarang umatnya melakukan kerja kerja yang mengaibkan seperti ini. 


Apakejadahnya yang susah sangat sampai nak kena duduk depan bank menagih simpati, memalukan bukan hanya diri mereka sendiri tetapi juga seluruh ummah dengan melakukan kerja kerja sindiket seperti ini?


Dahulunya masyarakat Mamak @ India Muslim cukup pantang jika ada dikalangan mereka sanggup buat kerja hina seperti ini tetapi nampaknya sekarang, Mamak pun dah hilang harga diri. 


Dah muka tarpal, boleh dok duduk tercongok depan ruang ATM bank bank yang dok ada dan tanpa malu dan segan menagih simpati orang awam untuk menghulur sedekah yang besar kemungkinan tak sampai pada puak yang didakwa mereka mewakili? Tak malu ke mami oi???


Di bandaraya Kuala Lumpur ini bermacam macam sindiket seperti ini berleluasa. 


Nak harap DBKL dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyerbu dan menangkap geng geng seperti ini seumpama mengharap satu keajaiban kerana pihak pihak seperti DBKL dan Social Welfare amat malas sekali melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang di-amanahkan pada mereka.


DBKL adalah Dewan Bandaraya yang paling baloq didalam negara kita ini! Tak leh pakai langsong!


Nak harap bangunan sahaja gah dengan segala macam cahaya begemerlapan di waktu malam kat ibukota. Membazir letrik dan membuang duit orang awam dengan perbelanjaan tak perlu seperti itu.


Nak buat kerja penguatkuasaan malas macam nak mampos! 


Macamana lah sindiket sindiket seperti ini tak berleluasa di KL?

12 comments:

suhaila said...

kalau meminta sedekah itu haram, bukan kah memberi sedekah itu juga akan menjadi haram.

namun, seperti yang kita tahu, memberi sedekah itu sunat, malah ad waktunya wajib kita bersedakah. sampaikan salah satu rukun islam adalah berzakat!

Makcik tu bukan meminta sedekah untuk dia, tetapi untuk anak-anak yatim! oleh itu, secara teknikal, beliau bukan meminta sedekah malah beliau sedang menyedekahkan (memberi sedekah) masa beliau untuk anak-anak serta pembinaan surau tersebut.

MAHAGURU58 said...

Saya dah memang menjangka akan ada orang seperti suhaila datang memberi komen yang macam gini!

Ada saya sebut kat mana mana bahawa meminta sedekah itu haram???

Sebelum melatah memberi komen tak berasas, lebih baik kaji dahulu intipati artikel ini.

Saya kata ianya MEMALUKAN UMAT ISLAM!!!

Betul ke tidak?

Ada bangsa lain duduk tercatok depan pintu ruang ATM kat Malaysia ni?

Ada penganut agama lain duduk siang malam pagi petang menagih simpati masyarakat???

Makanya jika tak reti memahami artikel dan intipati maksud penulisan ini, janganlah semberono mengeluarkan kenyataan bahawa blogger ini ada mengatakan bahawa MEMINTA SEDEKAH ITU HARAM!!!

SUHAILA yang menyatakan begitu!

Kalau nak tembak pun, biarlah ada asasnya.

Tak faham maksud artikel; semberono pula mengeluarkan pendapat yang memang merapu.

Harap baca semula dan faham isi kandung mana mana artikel sebelum terburu buru nak komen.

Kan dah kantoi???

Mazidul Akmal Sidik said...

Assalamualaikum.

Saya telah lama memerhati dan berulang kali menulis berhubung kegiatan meminta sedekah, kerap kali di lihat dilakukan berhampiran institusi kewangan di negara ini.

Kebanyakkan mereka terbabit, warga Rohingya (kelihatan seperti mamak), kelombok Islam tidak diakui tahap kerakyatan mereka di Myanmar.

Sebelum ini, tong seperti di dalam gambar di tampalan ini pernah saya lihat dijaga lelaki berkopiah putih di pasar malam.

Lebih menarik, dia menawarkan sebidang tanah wakaf, keluasan bergantung kepada jumlah sumbangan dihulurkan orang ramai. Mereka juga diberikan kertas berupa sijil 'pembelian'.

"Duit derma ini dimasukkan ke dalam akuan siapa?," soal saya.

"Akaun mak saya," balasnya.

Apabila diasak dengan pelbagai soalan lain, lelaki terbabit melarikan diri.

Kegiatan warga buta meminta sedekah juga kekadang kelihatan agak mengelirukan. Mereka datang berpasangan, si buta dan si celik. Dalam intipan pernah saya lakukan sebelum ini, wang kutipan di sekurang-kurangnya 3 lokasi berbeza setiap hari, diagih dua.

Lebih menarik, selepas waktu 'kerja' tamat, sebilangan membeli rokok Dunhill 20 untuk dihisap.

Hebat.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Tuan Mazidul.

Beginilah nasib kita Blogger dan Aktivisi Media Sosial.

Kita dedahkan kepincangan dan salah laku didalam masyarakat dengan tujuan supaya pihak pihak berkuasa yang berkenaan dapat membanteras kegiatan kegiatan sindiket sebegini tetapi tengok sajalah akan respons dari orang seperti suhaila diatas?

Memang masyarakat kita ni penuh dengan mereka yang tak boleh diajar atau ditegor ke?

Apakah patutnya kita yang mahu mengajak manusia ke jalan kejayaan biarkan saja masyarakat kita ni pergi jahanam seperti yang di inginkan musuh ummah?

Why the hell should we bother, right?

Let them all go to hell?

Almaklum sajalah blogger dan aktivis sosial macam kita ni diandaikan seperti tak prihatin dan bersifat kasihan sepertimana dilihat didalam respons orang seperti suhaila?

Saya rasa usaha usaha Mazidul juga pasti ada yang pandang serong dan menganggap sebaliknya?

Sometimes bro, I just wonder as to whether I should really give a damn as to how this society implodes?

suhaila said...

ok, saya akui memang tak ada tuan menggunakan perkataan "haram meminta sedekah". I thought it was implied, since as a Muslim, I always think it is embarrassing (memalukan) to do that is haramiyath. Saya salah. saya minta maaf.

Namun, persolan seterusnya ialah, kalau ia tak haram, kenapa pula perlu malu.

Kalau kita tak berupaya, kita mintalah pada yang berupaya. Kalau meminta sedekah itu sesuatu yang memalukan pastinya Rasul dahulu tak menggalakan umat memberi sedekah!. Kalau memberi mesti perlu ada yang menerima kan?

Satu lagi, meminta sedekah/bantuan ini bukan sahaja terbatas dikalangan umat Islam. Sebagai contoh berhampiran dengan tempat tinggal say, di Maybank Taman Johor Jaya, setiap hari sekumpulan pemuda/pemudi berbangsa tamil (this is also implied from their skin color, saya belum lagi bertanyakan agama/bangsa mereka) meminta sedekah bagi pihak rumah anak yatim mereka. Saya harap, tuan tidak lah terlalu taksub dalam streotyping masyarakat.

Akhir sekali, sekali lagi saya ingin membawa maklumat ini ke tengah, mak cik dalam gambar itu bukan meminta pertolongan, malah beliau sedang menolong rumah anak yatim dan projek pembangunan surau. Atau adakah maklumat lain yang saya tidak tahu? Adakah tuan sudah siasat dan mendapati rumah anak yatim tersebut tidak wujud? Atau plan pembinaan surau itu bogus?

MAHAGURU58 said...

suhaila my dear,

For someone who assumes so much, you have the gall to ask me as to whether I have checked the authenticity of the alms seeker syndicate?

You need to do your own research on this or take it from Encik Mazidul Akmal Sidik who has been exposing these syndicates for years by now?

I have better things to do than to cater for your fancies. Good luck to you anyway!

anti bohmau said...

it's a total disgrace to the Muslims, begging openly like that! i've always told my students not to put ourselves as a Muslim, so low doing things which other races can simply accuse us of being ignorant!

we can talk about honesty which only Allah knows. many a time, i've seen the same situation around my area, too. once i approached two young girls shivering in the cold night in front of a bank in kb, almost midnight after coming back from tutorial with my students. when asked, they seemed very reluctant to tell me where they're from & who sent them there. they asked me to buy a bottle of nutmeg balm cost RM10 which i guest only RM5! but i gave them a loaf of bread which i happened to bring with me & RM5 each & asked them to hide it somewhere for their own use. i know they were being used by this so-called orphanage to collect money in the name of co-curricular- activity-scam!! in the end, the admin lives easily at these orphans' sweat & tears!!

we have baitulmal, corporate funds for welfare in any monetary institutions & other able bodies to release alms, zakat & donations to the needy. just go through them, send them appeal letters if you're really desperate. be truthful. i'm sure they will help their desperate Muslim brothers/sisters. the moral is, we've to teach them the right way...yet human without dignity will go far to the extreme ends to fulfil their never ending lust!!

Anonymous said...

Mohon laluan tuan...

Suhaila,
anda menyatakan:

"Namun, persolan seterusnya ialah, kalau ia tak haram, kenapa pula perlu malu."

Apakah saudari bermaksud tidak perlu malu selagi tidak haram?

Jika bertempat dan betul duduk perkara, tidak mengapa.

Namun, bukankah lebih baik menjadi tangan yang memberi daripada yang menerima?

Kudrat wajah-wajah ditunjukkan masih kuat dan gagah. Plaing tidak mampu berusaha cara lain selain meminta sedekah.

Apalah guna kekuatan dan kudrat kurniaan Ilahi jika tidak digunakan sebaiknya. Mungkin mereka tidak tahu, tetapi orang seperti saudari yang lebih tahu seharusnya memimpin, bukan menggalakkan kegiatan meminta sedekah disebalik punya kudrat yang masih sihat dan kuat.

Wallahualam...

Supar Yop said...

Ha..ha .. Geng mamak dah tukar bidang dari merompak ke minta derma!!Apa pun dgn keluarnya artikel ini boleh membuat kita berfikir 2 kali sebelum menderma. Di tempat saya ( di BB Bangi), selalu jugak diorang letak kotak derma depan Bank Islam, lagi lah berkat dgn namanya.. Bila saya masukan duit , kekadang saya bersembang juga dgn tukang minta derma. Dari slang dia saya tahu dia local ( bukan myanmar) , petang jual cendol di Semenyih.
Kekadang ada warga Pakistan datang depan rumah jual takar dgn ukiran ayat Quran, saya minta paspot dulu utk verification! Takat ni belum lah dapat tangkap red handed mcm Mazidul..

suhaila said...

ondastreet,

terima kasih atas input saudara(i),

1. Memang lebih baik yang memberi, tapi bukan bermakna yang meminta itu hina atau perlu dihina seperti ini. Saya rasa kita semua sudah cukup dewasa dan sudah cukup makan garam untuk sedar, usaha semata-mata tidak cukup untuk survival di dunia ini. Beza utama antara orang yang berada dan yang tiada hanyalah peluang. Walau sehebat mana usaha kita, kalau tak ada modal, kalau tuhan tak bagi nikmat dalam bentuk peluang dan sebagainya, tak ada lah kita menjadi berada. Sebab itu, apa yang kita ada kita perlu kongsi. Yang berada memberi yang tiada meminta.

Memang mudah untuk kita kata mereka tak cukup usaha. Tapi, berhenti sejenak, fikirkan, usaha semata, tanpa peluang dibuka, tanpa sumber, boleh ke kita adakan yang tiada?

2. Yang meminta dalam konteks ini, jelas beliau bukan meminta untuk keperluan diri, tapi untuk kegunaan masyarakat (iaitu rumah anak yatim dan pembinaan surau). Oleh itu, selagi tak ada penipuan dalam ini, saya tak faham kenapa mak cik itu tak boleh meminta, mengapa tindakan nobel makcik itu tak diiktiraf malah dihina.

Anonymous said...

salam buatmu suhaila,
saya kagum dengan sangka baik saudari.

tidak dinafikan, ada yang benar mengutip derma untuk anak-anak yatim tersebut. ada juga yang benar mengutip derma untuk membina masjid.

namun, ada kalanya, ada yang menyalahgunakan simpati dan murah hati rakyat Malaysia. ada yang terang-terang modus operandinya.

apa yang en mazidul beritahu adalah berdasarkan apa yang disaksikannya sendiri.

dan, berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam membantu rumah anak yatim, boleh dikatakan ada sampai ke tahap mereka terlebih bekalan. manakan tidak, dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat dan memberi imej yang baik kepada institusi perniagaan (selain cuba mendapatkan pengecualian cukai), menderma kepada rumah anak-anak yatim merupakan antara pilihan utama.

sebagai contoh, baru-baru ini, terdapat tayangan amal transformers 3 untuk rumah anak yatim dan dana dan derma diperoleh daripada orang persendirian dan syarikat perniagaan.

walau apapun, saya tabik dengan sangka baik saudari. semoga allah mempermudahkan urusan saudari dan kita semua.

wallahualam...

Ghafar said...

Salam..mereka tu bukannya mamak tapi orang Rohingya..pelarian dar Burma..tapi diorang majoriti beragama Islam..apa salahnya membantu mereka yg susah..mereka telah ditindas dan dihalau dari negara sendiri(Burma)..tiada sapa yg menghiraukan nasib mereka..malah di luar sana tidak ramai yg tahu tentang mereka...