Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, July 17, 2011

TPM Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin di Pasar Chow Kit ~ Syabas Tan Sri!

Saya rasa belum ada lagi mana mana pembesar negara sanggup turun sendiri meninjau keadaan sebenar di Pasar Basah Chow Kit di kawasan lama kota raya Kuala Lumpur ini?


Hanya mereka yang cekal hati sahaja mampu mengharungi keadaan becak dan bau busuk hanyir dipersekitaran pasar Chow Kit yang berusia lebih dari 40 tahun itu! Kesanggupan Muhyiddin Hj Yassin selaku orang kedua paling berkuasa didalam Kerajaan Malaysia menjenguk sendiri keadaan di pasar lama ini harus lah kita hargai. 


Berikut adalah satu video rakaman saya di Chow Kit beberapa tahun dahulu:

Bukan sembarangan orang bergelar sanggup jejak kaki ke sana beb!


Selalunya orang orang besar tak akan jejak kaki ke pasar seperti Chow Kit! Mereka akan harap orang gaji mereka sahaja membeli belah di pasar pasar dan hanya tahu makan minum masakan yang telah siap di masak dan disediakan.


Saya berpendapat Tan Sri Muhyiddin ada ciri ciri seorang pemimpin negara yang tak sombong dan tidak memandang hina akan suasana kehidupan warga kota yang berpendapatan rendah. Mudah2an cara TPM ini akan dicontohi semua pegawai pegawai kerajaan yang lain.


Ikutilah cara Khalifah Sayyidina Umar Al Khattab! Mesra dengan semua dan senantiasa berdampingan dengan warga kota Madinah al Munawwarah semasa zaman pentadbiran beliau.


Selamat bertugas Tan Sri! Syabas sekali lagi di atas keprihatinan tuan!


Sila klik disini dan ke sini untuk membaca berita berkaitan.

7 comments:

hatiB0ngok said...

salam tuan, setuju benarlah dengan pandangan tuan terhadap pemimpin mcm tpm kita ... seingat saya tun mahathir pun penah turun pasar ramadan chow kit.. itu pun kalau saya tidak silap mengenainya...dan saya rasa dipihak pr juga ada melalkukan perkara yang sama... kami rakyat bawahan memerlukan sumber alternatif selain dari media kerajaan atau pun pembangkang untuk dijadikan garis panduan.... saya berharap sangat tuan dapat mengolah isu politik dengan lebih bnyak dan luas lagi...perlu sedarkan rakyat malaysia supaya mengunakan kebijaksaan dalam megharungi politik tanahair.. terutamanya menghadapi tokoh-tokoh yang cukup bijak mengunakan kata2.. memanupulasi agama.. dan lebih bagus kalau tuan sertakan bahan-bahan yang boleh kami jadikan rujukan dan pertimbangan.

Mohamed Firdaus Shajahan said...

I wish our minister "turun padang" with low profile(nobody knows even media)like saidina Umar r.a

Supar Yop said...

Selalu menteri atau pemimpin pembangkang turun kat pasar bila time kempen pilihanraya! Lepas tu kita tengok dalam tv kamera pun ngekor lah calon bersalam sorang2 penjual kat market tu dgn pelanggan2 sekali.Nasib baik ikan dgn ayam tak pandai salam, kalau tak itu pun depa huloq tangan jugak!!

Pada saya benda macam ni dikira ikhlas bila di buat off election season..

azran said...

I have to agree with Firdaus. If a comparison to Khalifah Umar is to be done, then the manner of how he execute this should also be emulated. Go down on the field with disguises. Observe the people. Ask for prices. See and share how we common people feel when faced with the ever increasing cost of living. Why do you need to do with the entourage of bodyguards and press. Shake hands ? Kiss babies perhaps ? I think I can recognize a PR exercise in getting publicity when I see one.

azwazis said...

Buat salah, tak buat salah. Susah gak dok Malaysia ni ya

MAHAGURU58 said...

Biasalah bro. Dah namanya manusia. Asyik cari kesalahan dan keburukan saja. Makanya hanya buruk yang nampak pada mata.

Berbaik sangka itu semua sekarang sudah menjadi kenangan saja.

Masing masing punya pilihan, kan? Sendiri jawab le nanti depan Allahu Ta'ala!

lah said...

Tepuk dada tanyalah selera...nak beli apa..anak ayam..KFC..perchik..
Menteri makan daging..rakyat makan tulang je..