Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, August 26, 2011

Bertemu Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah

Satu satunya Kerabat Di-Raja yang sering saya ketemu di Kinokuniya KLCC, gedung buku yang termahsyur bagi para pencinta buku adalah Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin D.K., D.K.II (Selangor), D.K.S.A, S.P.C.M, S.P.T.S, S.P.M.P. (Perlis), Ph.D (Harvard).


Duli Tuanku Raja Nazrin memang rajin membaca buku dan sering saya lihat di Kinokuniya, sedang membelek buku buku yang menarik perhatian Tuanku. 


Sebenarnya saya ternampak seorang lelaki ni membawa sebuah bakul yang penuh dengan buku buku. Saya sudah hendak mengusik lelaki itu mengendong sebegitu banyak buku buku bila saya terpandang Duli Tuanku Raja Nazrin dihadapan rak buku. Makanya terus saya memberi salam dan menyapa Tuanku.


Seperti kelazimannya Duli Tuanku terus membalas salam dari saya dan kami berjabat tangan dengan mesra. 


Duli Tuanku Raja Muda Kesultanan Perak Darul Ridzuan adalah di antara Kerabat Di-Raja Kesultanan kesultanan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini yang dihormati dan disegani ramai.


Pandangan Duli Tuanku Raja Nazrin Shah sering mendapat perhatian media dan di ambil kira oleh Kerajaan Malaysia.


Saya menghulurkan sekeping kad nama saya dan memperkenalkan diri kepada Tuanku sebagai blogger Mahaguru58. Tuanku bertanya pada saya akan apakah isu isu yang selalu saya tulis? Saya memaklumkan pada Tuanku bahawa saya memilih untuk menulis tentang soal soal berkaitan agama dan hal ehwal semasa. 


Saya turut memaklumkan kepada Duli Tuanku akan persahabatan saya dengan adinda Tuanku, Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah semasa saya didalam pergerakan tariqah dahulu. 


Saya mengkhabarkan pada Tuanku akan hasrat saya untuk mengutarakan usul agar Kesultanan Melayu Melaka diujudkan semula dan adinda Tuanku YAM Raja Dato' Seri Ashman Shah menjadi calon Sultan Melaka yang baru kerna Kesultanan Melayu Perak Darul Ridzuan adalah satu satunya Kesultanan Melayu yang mempunyai susur galur keturunan dari Sultan Melaka yang terakhir!


Tahu apa reaksi spontan Tuanku?


Tuanku ketawa sambil berkata " Don't create trouble!"


Kami sama sama ketawa dan kemudian saya memohon izin Tuanku untuk bergambar bersama?


Tuanku memperkenankan dan gambar di atas adalah salah satu gambar yang di ambil oleh pengiring baginda.


Saya percaya Duli Tuanku Raja Nazrin Shah akan menjadi seorang Sultan yang baik serta bijaksana bagi memimpin dan menerajui Kesultanan Melayu Perak Darul Ridzuan bila sampai saat dan ketika baginda berbuat demikian bagi menggantikan ayahanda Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbudin Shah nanti.


Semoga Allah Azza Wa Jalla memberkati dan mencurahkan Taufik dan HidayahNya keatas Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazrin Shah sekeluarga.


Amin Ya Rabbal Alamin.


Selamat berpuasa Tuanku!


Selamat menyambut Aidilfitri bersama kerabat Tuanku.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri Minal Aidil Wal Faidzin.

5 comments:

Cikgu Farish said...

Salam. Saya pun pernah terfikir perkara yg sama. Mengapa tidak dirajakan seorang anak raja dari susur galur kesultanan Melaka di Melaka... cara ini pun pernah dipraktikkan dahulu...

Cuma tak pasti apa implikasinya pada persekutuan Malaysia... Mcm yg DYTM kata "Don't create trouble"... What did he mean by that?

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Cikgu!

Sebenarnya ramai juga yang berfikiran serupa dengan kita cuma tidak berani menyuarakannya secara terbuka seperti saya.

Sila baca : http://jejakwarisan.blogspot.com/2009/02/yam-raja-dato-seri-ashman-shah-calon.html

By saying " Don't create trouble!" HRH Tuanku Raja Nazrin might have meant not to rock the boat as per the status quo that is prevailing with regard to the positions of Their Royal Highnesses the Malay Sultans in the wake of the opposition led silent uprising by the unsuspecting masses who have been fed anti-Malay sentiments in the guise of 'freedom' and other anti-establishment feelings stirred by those clamoring for federal political power.

The Malays are a race that are just so forbearing and have become mellow through the ages.

I for one wish to see them return to what the Malaccan Empire once was!

I believe that if it is to be, it can be up to you and me plus the millions of others who are aware of what's going on?

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam sdraku Zainol Abideen.
Saya pun selalu terserempak Kebawah Duli kat situ.Tuanku seorang yang amat ramah dan mesra.Sehingga bodyguard terpaksa berada jauh dari dia.

Selamat berpuasa,selamat menyambut Aidilfitri.Maaf jika ada silap dan salah.

Ada 'bom atom' yang akan saya ledakan malam raya nanti,InsyaAllah.

Salam

Supar Yop said...

Ia, saya sebagai anak jati Perak 100% setuju Kesultanan Melaka diujudkan semula dari susur galurnya. Sebenarnya ia juga berpecah kepada kesultanan johor, tetapi keturunan itu telah pun berakhir pada abad ke 18.Keturunan kesultanan Johaor yg ada sekarang adalah asal usul dari keturunan Temenggung.
Cuma cabarannya adakah rakyat Melaka dapat menerima seorang Sultan setelah 500 tahun tanpanya?

Saya rasa demi kepentingan politik orang melayu wajar ia dihidupkan semula.Kerana takut kekuatan bangsa lain yg akan menonjol menyaksikan munkin satu lagi negeri melayu tanpa raja jatuh ke tangan mereka selepas Singapura.

Kita juga perlu meneliti ke sebuah lagi negeri tanpa Sultan di utara sana, iaitu negeri asal Tuan Mamu!

Perjanjian yg membawa Pulau Pinang keluar dari Kedah hanyalah sah antara British dan Kesultanan Kedah shj dan sudah pun null and void semenjak kita merdeka.Tapi Kerajaan Perseketuan dari zaman Tunku Abdul Rahman sampai sekarang sangatlah berlembut membiarkan sahaja stauts quo berjalan sejak 1786.

Malah ganjaran saguhati yg dijanjikan oleh British kpd Sultan Kedah setap tahun diteruskan, tidak dibayar oleh Kerajaan negeri PP, tetapi oleh kerajaan Persekutuan.

Maka utk menyelamatkan satu lagi negeri tanpa raja jatuh ke tangan bangsa asing ( peluang untuk jatuh lebih cerah berbanding Singapura, faham - faham lah),Kerajaan Persekutuan boleh buat dgn 2 cara:
1) Menyerap kembali PP ke dalam Kedah, balik ke negeri asal.Dgn ini secara otomatik kerusi Ketua Menteri dan kuncu2 nya, akan hilang serta merta.Masalahnya sekarang Kedah dikuasai PAS, kalau pulang balik ke sana, ibarat diorang ni dah jadi tag team WWF, lagi parah mcm adik beradik pulak!

2) Menyerap PP di bawah Wilayah Persekutuan spt KL, Labuan dan Putrajaya.Dgn ini melapor terus ke kerajaan Pusat.

Saya munkin melalut sikit terkeluar dari topik Sultan Melaka, tetapi saya lihat ada kaitan antara ketiga2 negeri tanpa raja ini.

Mengenai Singapura, kita tidak boleh buat apa2, kerana ia sudah keluar dari Malaysia.

Mengenai Melaka, walaupun ornag melayu lebih ramai dan semua KMnya adalah melayu, secara beransur2 kaum cina sedang mengumpulkan kekuatan ekonominya disamping politik.

Semakin banyak status tanah rezab melayu menjadi tanah perumahan dan perindustrian menyebakan banyak jatuh ke tangan cina yg diketahui mempunyai kuasa membeli yg lebih besar dari kita.Saya berharap PM kita cepat2 mengambil langkah drastik sebelum Melaka bertukar menjadi satu lagi PP atau Singapura.

Nizam said...

Assalamualaikum.Selamat hari raye.Maaf zahir batin...