Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, August 14, 2011

Mahaguru58 keras terhadap musuh musuh Islam? Jawapan pada Mr Feckry!

Assalamualaikum Mr Feckry,


Didalam soal kepentingan agama Islam, saya tak akan beransur walau selangkah. Wallahi!

Bagi saya Islam adalah terpenting sekali dan saya tak akan memberi ruang kepada mana mana musuh Islam baik dari kalangan kaffir mahupun dari kalangan sesiapa yang mengaku diri sebagai Muslim tetapi bertindak menyerang Ad Deenullah ini dengan apa cara sekalipun.

Saya keras bila keadaan memerlukannya. Allah Maha Mengetahui akan usaha saya didalam menyebarkan kefahaman Islam kepada semua terutama pada yang kuffar dan pada sesama Islam yang memerlukan penjelasan lebih lanjut atau membantu menerangkan kedudukan perkara.

Makanya, pendapat saudara bahawa Tok Mamu ni keras saya hargai tetapi tidak akan berubah menjadi lembek seperti Ketua Agama Islam Negeri2 Melayu dan Negara, Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan yang sewaktu dengan nya.

Biar Tok Mamu dikenali sebagai orang keras dari jadi mamat lembek macam kebanyakan Darai berkenaan. 



Mana ada Mamak jenis Darai? Jarang beb! Kalau ada sorang dua memang useless tak leh pakai! 

Lebih baik ia tak ada kat muka bumi ni dari hidup menggadaikan maruah agama seperti kebanyakan mereka kat Malaysia ni yang cuma nak bermegah megah dengan gelaran begitu begini dan syok sendiri gah dengan kedudukan sebagai ullamak dan ketua agama Islam kononnya tapi hanya diam membisu, mentekedarah duit cukai rakyat dan hidup di tanggong kerajaan tetapi tugas dan tanggong jawab terhadap agama dan ummat tak dilaksanakan langsong!



Sebagai Muslim dan Mukmin, kita tidak boleh memberi muka kepada barangsiapa yang mahu mempersenda atau memperlecehkan umat kita didalam beribadah! 


Fahami maksud Surah Al An'am Ayat 70 berikut didalam al Qur'an Al Karim:



6:70
Transliteration
Wathari allatheena ittakhathoodeenahum laAAiban walahwan wagharrat-humu alhayatuaddunya wathakkir bihi an tubsala nafsunbima kasabat laysa laha min dooni Allahiwaliyyun wala shafeeAAun wa-in taAAdil kulla AAadlin layu/khath minha ola-ika allatheenaobsiloo bima kasaboo lahum sharabun min hameeminwaAAathabun aleemun bima kanoo yakfuroon
Sahih International
And leave those who take their religion as amusement and diversion and whom the worldly life has deluded. But remind with the Qur'an, lest a soul be given up to destruction for what it earned; it will have other than Allah no protector and no intercessor. And if it should offer every compensation, it would not be taken from it. Those are the ones who are given to destruction for what they have earned. For them will be a drink of scalding water and a painful punishment because they used to disbelieve.
Malay
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh *kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).

* Kehidupan dunia didalam ayat suci di atas boleh saja merujuk kepada kecenderungan para pemuka Islam sekarang ini yang begitu mudah menyerah kalah kepada desakan kaffirin dengan menuntut segala macam perkara supaya amalan ibadat umat Islam dihentikan, dikurangkan, di itu inikan mengikut kehendak harami harami seperti para pimpinan parti pembangkang DAP baik di Pulau Pinang mahupun diseluruh tanahair ini!


Saya tak akan tunduk kepada desakan mana mana pihak kaffir dan munafik didalam soal hal ehwal agama saya kerana saya hanya tunduk kepada Allahu Rabbi ; bukan mana mana manusia keparat!
Jangan kalian cuma menjadi tukang anggok anggok kepada sebarang keputusan menyentuh agama Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Mufti mufti bangang yang dok larang penyiaran pembacaan ayat ayat suci Al Quranul Karim melalui corong pembesar suara sebelum waktu waktu solat masuk tu mufti kepala atok dia!

Mujur Mamu ni tengah berpuasa dan sedang ku cuba sedaya upaya untuk mengekang amarahku memuliakan Ramadhan ini tetapi !@#$%^! semua ni sedang menaikkan darah Mamu dan kebanyakan pencinta Islam di tanahair ini dengan fatwa fatwa kepala atok mereka!!!

U ni sengaja nak perhangat Mamu pagi pagi ni dok kata Mamu keras!

Memanglah Mamu kena keras!

Kalau Mamu pun turut sama macam yakpursalam berkenaan di atas, tak ada maknanya aku terus hidup di bumi Allah ni!

Biar Mamu mati bergalang tanah dari terpaksa hidup berputih mata angkara diperintah segala penggadai maruah agama, bangsa dan tanahair diatas!



Apa kalian hendak memuaskan hati yakpursalam dibawah ini ke dengan melarang penyiaran pembacaan ayat ayat suci Al Qur'anul Karim menjelang masuk waktu solat di satu satunya tanahair umat Melayu Islam yang ada dimuka bumi ini?


Biarlah Mamu dikatakan keras terhadap musuh musuh Islam dari di cap sebagai pendokong gerakan pemusnahan saki baki kedudukan umat Islam di bekas Tanah Melayu ini.


Bila Mamu mati nanti, Mamu akan berhadapan dengan Malaikat Malaikat Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam kubor Mamu nanti ; bukan dengan segala yakpursalam di atas! Insya Allah!


Sesungguhnya kita dikunjungi Malaikatul Maut 70 kali didalam sehari, memantau akan apakah dia yang sedang kita lakukan? Kita boleh mati bila bila masa saja, beb!
Anytime, anywhere brader! 


Dari Surah An-Nisa Ayat 78 :

4:78
Transliteration
Aynama takoonoo yudrikkumu almawtuwalaw kuntum fee buroojin mushayyadatin wa-in tusibhum hasanatunyaqooloo hathihi min AAindi Allahi wa-in tusibhumsayyi-atun yaqooloo hathihi min AAindika qul kullun minAAindi Allahi famali haola-i alqawmila yakadoona yafqahoona hadeetha
Sahih International
Wherever you may be, death will overtake you, even if you should be within towers of lofty construction. But if good comes to them, they say, "This is from Allah "; and if evil befalls them, they say, "This is from you." Say, "All [things] are from Allah ." So what is [the matter] with those people that they can hardly understand any statement?
Malay
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

Tak kiralah samada diri yang berkenaan itu Ketua Agama Islam, Perdana Menteri, Mufti tara mana pun atau ulama' su' keluaran Al-Azhar ke apa ke universiti sekalipun?


Malaikat Maut nak masuk istana, JPM atau Pejabat Mufti apekebenda pun tak adanya Sayyidina Izra'il Alaihis Salam kan tertahan dengan mana mana UTK tahap apa pun!!!


Barangsiapa nak 'take it easy' ; 'relax' ; 'stay cool' sepanjang masa sedangkan maut semakin menghampiri kita bagaikan butir butir pepasir usia kita didalam 'hourglass' masing masing semakin lama semakin kurang dengan setiap helaan nafas kita, denyutan jantung dan nadi kita sedang beransur kepada titik noktah kehidupan sendiri, dipersilakan buat ikut suka.


Tok Mamu hanya mahu memastikan bahawa saki baki hidup Tok Mamu ini akan berakhir didalam keadaan 'Khusnul Khatimah' dan tidak sebaliknya. Insya Allah!


Daku keras tak sepanjang masa beb. Tanyalah sahabat sahabat dan rakan kenalan saya. Walaupun daku keras terhadap musuh musuh nyata kita, daku tetap sayang dan kasih sesama Muslim dan mereka yang tidak memusuhi kita.


Ada kala kita kena keras dan ada waktu waktu tertentu kita perlu mencurahkan kasihsayang kita pada yang berhak. :)


Wabillahi Taufik Wal Hidayah. 


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

9 comments:

omong said...

bravo saudara. saya menyokong usaha saudara. Allahu Akbar!!

omong said...

hampir semua yg mengaku ketua agama, mufti, mahupun ustaz hanya berdiam diri dgn usaha2 mengenyahkan syiar Islam secara perlahan2 di negara ini. walhal ini adalah negara majoriti Islam. sepatutnya tidak perlu ada kompromi melampau terhadap syiar Islam. kita kena tunjukkan kita tegas pada Agama tetapi boleh berlembut pada yg lain2. barulah org lain respect..
teruskan perjuangan!!!

MAHAGURU58 said...

Jazakallah bro. Hanya menyatakan apa yang nyata. Nak puaskan hati kaffirin dan munafiqin?

Sorry beb. Not me. Not for a fleeting second!

Yang dok seronok sangat nak 'kowtow' pada kuffar dan munafiq, tanggong lah nanti bila ajal masing masing tiba!

Mr feckry said...

As-Salam..fuh..comfirm lepas ni kene baca surah thoha ayat 1-5 baru boleh face to face dengan Tuan Mahaguru ni..(gurau..)

1st, saya baca, saya faham, saya kagum.

2nd tuan ingatkan saya tentang Saidina Umar al-Khattab yang tegas tu. Namun segalanya untuk Islam.

3rd.Tak ade ucapa melainkan doa untuk Tuan dari saya.

Ya Allah, ampuni la daku hamba -Mu yang jahil ini. Sesungguhnya kau la ya Alim dan kau la Ya hakimm. Aku pohonkan pada mu ya Rahman, Ya rahim..dengarkanlah setiap pengaduan , dan setiap pengharapan sahabat ku ini Mahaguru58(maaf ana tak tahu nama penuh anta) serta beri la keberkatan pada sahabatku ini Ya Allah. Kerana sesungguhnya beliau merupakan umat Islam yang sangat sayangkan agama-Mu Ya Allah.

Ya Allah sesungguhnya hanya pada-Mu la kami sembah dan hanya pada -Mu la kami pohon pertolongan.

Makbulkan la ya Allah ya rahman ya Rahim doa ku ni. Sesungguhnya Kau la pemakbul segala doa.

Amin.

This for u tuan Mahaguru58 from Mohd Zulfikri bin Abdul Jalil.

whiteorange said...

Bro

Bukan apa

Aku rasa , dalam banyak hal, para ulamak elok bermuzakarah dalam hal hal agama ini . Lagi baik kalau kita diberi peluang mendengar

Terdapat banyak versi atau pendapat yang melibatkan hukum ni ... misalnya dalam bab membaca ayat alQuran sebelum subuh ni, adakah ini amalan kebiasaan sahaja yang dah jadi macam peraturan atau tuntutan yang diwajibkan?

Kalau aku tak silap, diJohor juga telah melarang atau tidak menggalakkan tarhim sebelum subuh.Tetapi perkara ini tak lah diheboh hebohkan sangat kerana ia bukan dilakukan atas dasar mengganggu orang tidur.

Dan aku difahamkan azan dua kali, satu sebelum masuk waktu dan satu lagi ketika masuk waktu yang seharusnya dilakukan.

Begitu juga soal hukum hudud, sebelum aku mendengar penjelasan hukum hudud dari ustaz kazim, selama ini apa yang aku faham, setiap kesalahan , hendaklah dijatuhkan hukum hudud ... iaitu potong tangan , pancung dan direjam,

tanpa mengetahui adanya hudud dan takzir termasuk qisar. aku tak pasti sama ada itu salah aku mengaji tak habis, atau ustaz yang mengajar aku tak habis !!

disini perlunya ulamak dan cendikiawan Islam tanpil, jangan sekadar berceramah disurau surau dan masjid yang tak seberapa ramai audience.

Aku cadangkan mana tazkirah yang bagus isinya, misalnya tentang hukum hudud, takzir dan qisas seperti yang dihuraikan oleh ustaz kazim perlu diperluaskan ke media arus perdana seperti RTM, TV3, dll, bukan untuk mencari polical mileagr tetapi untuk mendapat penjelasan sebenar.

Aku yang meminati Dr zaik n Ustaz kazim

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam ramadan bro.
APA akan sebaris bersama bro dalam jihad ini.
Salam

OBEE said...

Asalamualaikum, bro tepat sekali kata kata. Bila lemah macam2 jadi. Keadaan sekarang sbb tak tegas guna undang undang yang ada orang ambil kesempatan dalam segala bentuk sampai tahap hina Nabi junjungan kita pun tak ada apa yang terjadi.... How siow betoi!

syahir said...

salam,
sapa pulak dalam Malaysia yg berani hina Nabi Muhammad SAW secara terang-terangan? baru dengar je ni.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum syahir,

Yang Tuan ACP(Rtd)Osman Bakar dok sebut ni tentang si Murtad Benjamin Stephen, paderi tak berdaftar Kristian hina Rasulullah SAW dalam rangkaian video dia dulu.

Mamu buat repot polis, huha sekejap dalam media perdana. Segala Menteri komen gitu gini. Special Branch janji siasat. Mamu di iringi Tuan Osman Bakar dan seorang lagi pegawai polis yang telah bersara gi Balai Polis Pudu, jumpa SB, bagi keterangan dan serah bahan bukti berupa salinan video2 penghinaan terhadap Nabi kita dan Islam, sampai ke hari ini tak de khabar berita tentang kedudukan kes ini.

Itu maksud Tuan ACP Rtd)Osman Bakar!

Masih berterusan penghinaan terhadap Nabi didalam Facebook dan Internet oleh kaffir dan munafiq.

SKMM terus NGANGA! KDN jangan cakap le.

Asyik asyik amaran demi amaran demi amaran demi amaran tak sudah sudah!