Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, August 10, 2011

Muslim Malaysia Mudah Murtad? Antara kemungkinan punca2nya...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Sudah sekian lama kita membaca tentang kes kes murtad dikalangan mereka yang lahir sebagai Muslim tetapi tidak membesar beramal dengan perintah perintah Allah disebabkan beberapa perkara.


Soalan saya adalah kenapa kebanyakan pihak kita tak mencari punca dan sebab sebilangan mereka yang mudah murtad ini berakhir sebegitu?


Di-antara sebab sebab utama mungkin adalah :

  1. Ibubapa sendiri lemah didalam penghayatan ajaran ajaran Agama Islam;
  2. Guru-guru di sekolah sendiri tidak ikhlas mengajar tentang Islam atau tidak mahir didalam menyampaikan ajaran agama didalam konteks kehidupan seharian;
  3. Tidak faham tentang rasional hukum hakam Islam berpunca dari lemah didalam kuasa berfikir dan tidak mempunyai kehendak didalam mendalami ilmu agama;
  4. Pengaruh rakan dan taulan yang sama sama jahil tentang ilmu agama Islam serta pengaruh ekonomi seperti miskin terlampau, dilanda kemurungan berpunca dari keadaan diri yang senantiasa di rundung malang;
  5. Tidak merasai kasih sayang baik dari ibubapa, adik beradik, saudara-mara;
  6. Dikhianati teman hidup, pasangan, menjadi mangsa jenayah seksual, pencabulan diri oleh orang yang mereka percayai seperti guru,pensyarah,ustaz dan sebagainya serta menjadi mangsa sumbang mahram;
  7. Dipengaruhi pendakyah Kristian dan kaffir yang lain melalui kaedah memikat hati mereka yang bermasaalah ini dengan mencurahkan apa yang berkulitkan kasihsayang tetapi berinti tipudaya dan muslihat, bantuan kewangan dan material, kata kata manis bermadu tetapi sebenarnya hanya racun bersalut perasaan memahami akan apa yang sedang dilalui sijahil atau lemah dari segi akidah, iman dan tidak beramal dengan suruhan Allah dan tidak menjauhi laranganNya;
  8. Kurangnya perhatian dari pihak pihak berwajib dan tidak menerima bimbingan para pendakwah berkaliber;
  9. Sifat dan sikap memberontak terhadap peraturan agama;
  10. Lain lain sebab.
Sila klik diatas paparan visual disebelah ini untuk membaca laporan akhbar tentang kaedah / dakyah yang digunakan pihak Gereja Methodist Damansara Utama untuk menduga tahap keimanan 12 orang Muslim Malaysia yang menjadi tetamu khas mereka didalam majlis makan malam anjuran gereja itu baru baru ini.

Memang le orang orang yang mentadbir gereja gereja Kristian tak pernah berputus asa menyebarluaskan doktrin kefahaman mereka sejak sekian lama ini.

Bilamana ajaran ajaran Kristian itu sendiri berpunca bukan dari ajaran ajaran Nabi Allah Isa Alaihis Salam tetapi dari salah seorang murid atau pengikut Nabi Isa @ Paul, maka di tokok tambah dan dihiasi sedemikian rupa oleh para pengasas kefahaman Kristian tanpa adanya nas asal Kitab Injil yang telah di batalkan oleh Allahu Ta'ala dengan turunnya Kalamullah al Muktabar iaitu Al-Qur'an Al Karim, maka kedegilan penganut Kristian meneruskan tersasarnya kefahaman mereka berterusan sehingga ke saat dan ketika ini.

Saudara/Saudari yang saya hormati sekelian,

Tidak boleh dan tidak patut kita terus menuding jari kepada pemuka pemuka Kristian ini semata mata. 

Mana perginya kesedaran mereka yang mengaku beriman terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

Sudah terang lagi bersuluh bahawa asas keimanan kita bertitik tolak dengan pemahaman Syahadah bahawa 'Tiada tuhan selain Allah ; Muhammad itu pesuruh Allah!'.

Kita beriman dengan hakikat penciptaan Adam Alaihis Salam sebagai Bapa kepada sekelian manusia.

Ingin saya bertanya anda. Apakah 'Agama' yang Allah ajarkan kepada Adam?

Cuba jawab!

11 comments:

Mr feckry said...

Ketika sebelum turunnya Al-quran agama tu adalah Agama beriman pada Allah.

Tapi lepas turunnya al-quran Islam ada Agama yang di redhai ALLAH.

is that correct ya tuan mahaguru?

betulkan saya kalau saya salah, tambahkan lagi jawapan sebab memang manusia ini serba kekurangan. Kesempurnaan itu milik Allah.

Isu murtad kita tak boleh tuding jari. Perkataan Ikhwan Muslimin itu adalah jawapannya.

Takwa, iman , ikhlas...pada saya pernilaiannya pada Allah. Kita ni hamba cuma patuh saja dengan perintah Allah.

Saya doakan kita bersama ke syurga ALLAH..

syahir said...

salam syeikh,
saya terasa nak mencuba menjawap soklan tuan syeikh ini, dan jika salah harap diperbetulkan.
baiklah, pada pengetahuan saya yang masih jahil ini, yang Allah ajarkan kepada Adam adalah mengenal nama-namaNya. Itu sahaja xsilap saya.

terima kasih.

Mohamed Firdaus Shajahan said...

Tuan,kalau baca berita,kebanyakkan murtad sebab faktor kemiskinan dan jika masuk christian mereka diberi elaun...

MAHAGURU58 said...

Soalan saya wahai saudara saudaraku adalah ' Apakah 'AGAMA' yang Allah ajarkan kepada Nabi Adam Alaihis Salam?

Tentang kemiskinan membawa kepada kekufuran itu memang sudah kita maklum.

Apakah 'AGAMA' yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala ajarkan pada Ayahanda Sekelian Manusia?

Agama nya?

hamsor said...

"..jika kita takut pengaruh Kristian dan orang muslim dikelirukan, saya cadang agar RTM, TV3 serta siaran-siaran lain menyiarkan Siri Debate Ahmad Deedat dengan paderi-paderi di pelbagai tempat..patutnya dah lama kita lakukan..malangnya semasa hayat Ahmad Deedat, ketika datang ke Malaysia dia dihalang dari berucap di Dataran Merdeka..dia disuruh berhenti ketika tengah berucap..jujurkah kita?"

Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

hamsor said...

DIANTARA TEKS KHUTBAH JUMAAT 5 OGOS 2011 MASJID2 DI WP...

Kedua: Puasa memperkukuhkan lagi ekonomi ummah melalui aktiviti
perniagaan di antara dunia Islam khususnya, kerana pada lazimnya
permintaan ke atas barangan makanan utama meningkat pada bulan ini.

Justeru, umat Islam hendaklah merebut peluang ini samada di peringkat tempatan mahupun di persada antarabangsa untuk megembangkan ekonomi masing-masing walaupun dalam bulan Ramadan.

http://www.jawi.gov.my/Khutbah/Tawaran%20Mega%20Ramadan/tawaran%20mega%20ramadhan%20manual.pdf

SAYA HAIRAN DAN TERKEJUT BILAMASA MENDENGAR TEKS INI. KENAPA PERMINTAAN KEATAS BARANG MAKANAN MENINGKAT PADA BULAN RAMADAN SEDANGKAN PERKARA YANG PERLU DI CAPAI PADA BULAN RAMADAN ADALAH SEBALIKNYA!

MALAYSIA..OWH..MALAYSIA...

Ziarah76 said...

pandangan saya:
http://ziarah76.blogspot.com/2011/08/mari-kita-bincangkan-isu-pemeriksaan.html

syahir said...

kesimpulan daripada mengenal Nama-Nama Allah tersebut adalah bertujuan untuk mengESAkan Allah SWT. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Allah itu SATU! SATU! SATU! Dan Muhammad itu kekasih Allah.

Anonymous said...

Agama yang ada kaitan dengan Allah saya rasa hanyalah agama Islam. Dalam kata lain yang diajar kepada semua nabi dari Adam dan seterusnya adalah agama Islam. Apabila agama itu telah lengkap diturunkan makanya Allah tidak lagi menghantar nabi bagi membawa mesej agama. Ia sekadar pendapat.

Muhammad Ibn 'Az said...

Salam Tok Mamu,
Saya sgt setuju dengan apa yang disenaraikan. Cuma Tok Mamu terlepas satu perkara yang paling penting tapi ramai orang tak sedar. Satu perkara yang dibuat secara diam sejak berpuluh tahun lama. Rasanya faktor makanan yang dimakan oleh orang Islam juga jadi antara penyumbang kerosakan iman yang parah. Industri makanan kita sebenarnya dikawal secara majoritinya oleh orang bukan Islam. Dah banyak kes di mana bebola ayam, daging, roti, biskut, susu, daging ayam yang tercemar dgn unsur tidak halal. Iman cepat rosak dan terganggu dengan makanan yang haram. Ini tak termasuk ibu bapa memberi makan kepada anak2 dengan hasil duit yang tidak halal. Ia sebuah faktor besar. Rasanya Tok Mamu pun akan bersetuju dengan perkara ni. TQ atas penulisan ini. Salam Ramadhan..

lah said...

Salam Tg,

Islam lah agama/deen yg dianugerahkan kpd umat manuasia, tapi banyak yg syirik,kafir,munafiq dan fasik.