Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, August 17, 2011

Soal bacaan Al Quran sebelum azan Suboh! Kes 'Lebih kuah dari sudu!'


Jika benci mendengar Al Qur'an dibacakan ; jangan berumah ditepian masjid!


Inilah sepatutnya saranan pihak pemerintah Kerajaan 'Negara Islam' Malaysia kepada mana mana pihak yang tidak senang dengan amalan pihak pentadbiran masjid masjid dan surau surau diseluruh negara kita ini!!!


Jika mahu di ikutkan hati, mahu saja Tok Mamu menyumpah laknat akan kecenderungan sesetengah pihak 'berkuasa' agama Islam untuk 'lebih kuah dari sudu' sejak kebelakangan ini, sanggup memberi muka kepada desakan desakan kuffar yang semakin lama semakin naik tocang di Mamluk al Malaisie ini!


Namun, dek kerana menghormati Ramadhan, makanya hasrat hati Tok Mamu terpaksa dikemam dan ditahan tahan!


Kenapakah begitu beriya sangat puak puak ini untuk menyekat dan menghadkan syiar Islam dikalangan masyarakat kita di Malaysia ini?


Kalau yang dok sakit hati mendengar ayat ayat suci Al Qur'anul Karim tu kaffir harbi harami laknatullah tu Tok Mamu tak kisah sangat tapi yang dok merenyam macam nak mampos tu pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang?


Ni syeikh! Yang dok kalut nak sekat orang mengaji menenangkan jiwa jiwa yang dok raplah jingga kat Penang tu, pasai apa?


Hangpa nak jaga hati kapiaq kah atau hangpa saja nak tunjuk hangpa ni baguih sangat, prihatin tahap gaban lah konon?


'Couple couple' beragama Islam, berbangsa Melayu dan yang lain lain kat Penang tu saban malam dok tenggelam dalam kancah maksiat memanjang kat tepi tepi pantai Padang Kota, Gurney Drive, Waterfall, Tanjong Tokong, Tanjong Bungah, Batu Feringghi, Telok Bahang dsbnya hangpa tak kacau!


Hangpa boleh dok biaq 'belangkas' kat persisiran Pantai Seagate, takdak pulak tok syeikh ahlul agama rajin nak pi tangkap dan cegah no???


Pasai apa?


Dah tak dak kerja lain dah kot kat Penang tu sampai dok pi suloh kat masjid masjid dan surau , nak menyusahkan pihak pentadbiran rumah rumah Allah tu dengan sekat depa dok mengaji, memberikan peringatan pada anak anak kariah supaya bangun, mai solat berjamaah kat masjid dan surau depa!


Awatlah hangpa ni kamjat betoi???


Bila meninggai karang, nak orang angkat tangan bersyukor kah?


Akai pi mana syeikh?


Kalau dah benci sangat mendengar bacaan ayat ayat suci Al Quran Kalamullah tu, pindah lah jauh jauh dari kawasan berdekatan masjid!


Mamak mamak yang dok duduk kat area Queen Street dan King Street tak ada pulak dok komplen sekian lama ni tok sami kuil Sri Mariamman dok tarik tali membunyikan loceng tokong depa sejak zaman berzaman!


Jamaah dan anak kariah Masjid Melayu Acheen Street tak mengadu pun tokong Cina kat sebelah sana dok adakan upacara keagamaan depa sejak zaman Tok Nadoq lagi?


Yang Tok Mufti dengan Jawatankuasa Fatwa Penang dok raplah sangat pasai orang dok mengaji sebelum azan Subuh tu, toksah dok cari pasai!


Macam saya habaq di awal bicara ni, 'Jika benci mendengar Al Qur'an dibacakan ; jangan berumah ditepian masjid!


Pindah pi main jauh jauh! Lakum dinukum waliyadin!

Memang benarlah seperti sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam bahawa di Akhirul Zaman ini, urusan umat Islam akan dipegang dan ditadbir oleh mereka yang terburuk dikalangan umat! Sadaqa Rasulullah!


Setakat nak harap pegang jawatan Mufti gitu gini tapi hidup menyusahkan ummat, tak payah dok 'eksyen' lah! Ada dengan takdak pun takdak beza apa apa pada kehidupan dan kemajuan ummat!


Jangan sampai kami naik menyampah meluat terhadap hangpa ni sampai terpaksa kami doa laknat pada semua yang terlibat pandai pandai nak menyekat amalan terpuji membacakan ayat ayat suci Al-Qur'an Al Karim memperingatkan anak anak kariah sekeliling masjid dan surau kami!!!


Dari dok jadi yakpursalam membuang masa dok pikiaq cari jalan nak memuaskan hati sang kaffir dan munafiq tu, pi lah ikhtiar berdakwah pada sesetengah anggota masyarakat yang semakin jauh dari amalan agama Islam nan maha suci!


Raplah Jingga betoi!!!

9 comments:

MPP said...

Asalamualaikum ya Mamu.. Gua sokong benar dengan apa yang Mamu tulis ni.. Sepatutnya para agamawan tak tunduk kepada tekanan dari puak kafir laknatullah.., tapi itulah yang jadi sekarang di Penang..

Sekarang ni adalah zaman dimana cerdik pandai yang memegang gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti, Tok Guru dan seumpamanya yang mementingkan imej serta pangkat melebihi daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran agama kerana Allah.

Sebab tu lah Allah berfirman yang bermaksud..

“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Wallahualam...

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Tuan!

Didalam kehidupan di Akhirul Zaman ini, para pencacai dan pendokong kuffar dari kalangan pegawai pegawai dan ahli majlis agama bersifat pepat diluar ; rencung didalam!

Bagi saya, mereka ini tidak ubah bagaikan musuh dalam selimut umat Islam seMalaysia!

Mereka diam tidak bertindak menghalang maksiat yang sedang berleluasa tetapi rajin pula menimbulkan pelbagai macam polemik didalam kehidupan umat Islam!

Apa gunanya mereka ini kepada kita?

Lebih baik mereka ini tiada dari hidup menjadi kudis pada ummah!

Mohamed Firdaus Shajahan said...

apa mufti buat?
kenapa semua mula kearah fikiran sekular....
saya tidak senang hati apabila bacaan quran dihentikan...tapi kenapa sebelum ini perkara ini tidak diluahkan..adakah ini plot anti-islam?

Living Seed said...

ni saya copy paste drp FB

"saudra muslim saya sekalian x usah lah kita nak berdebat benda yang nyata.. ini soal agam.. soal akidah.. kadang kadang kita rasakan benda baik yang kita buat tu boleh dapat pahala sedangkan dosa yang kita dapat.. ini bukan soal politik ni soal umat islam.. kalau cakap nabi pun kita nak persoalan kan ... susah macamni... baca lah alasan seperti dibawah.. bukak mata bukak minda.. kaji maksud alquran.. jgn taksub kepada sesuatu parti politik sampai hukum pun kita tak tau.. kalau sebelum ni kita tak tahu .. jadi lah ni satu pengajaran... fakta dibawah saya rasa cukup untuk kita faham..

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

Living Seed said...

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda:

“Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain.

Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa… tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid… dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini… boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara”

Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: "

ANY COMMENTS Cik MAHAGURU???

tp saya berpendapat, setakat baca quran, yg dok dengaq dpt pahala kan??? selama ni byk ja ganguan bunyi bising lain..hahaha

C@Rr0tSu$U said...

Salam Mahaguru...
Alhamdulillah... saya gembira usaha tuan membangkitkan hal ini... saya sendiri dah cukup sedih dengan penghinaan yang mereka lakukan terhadap agama kita.... Semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara kita.. Tak banyak yang saya boleh lakukan.. insyaallah... dengan sembahyang hajat dan berdoa kepada-Nya menunjukkan kebenaran terhadap mereka, puak2 terlampau nih.. Maaf Mahaguru.. yang lain saya tak mampu lakukan.. Astaghfirullahalazim.. Allahuakbar!!

Mr feckry said...

assalamualaikum...

mudah je kes ni..ape kata kita tukar sikit, baca tafsir al-quran dengan pembesar suara masa menunggu azan subuh. Kalau boleh biar berlagu sikit. Macam akhil hayy dengan ustaz zul pengacara imam muda tu baca.

baik kafir ke, muslim yang non sejati ke, semua paham.

saya rasa, mungkin akan ada kelainan sikit die punya impak.

Doran bising, sebab tak paham, ape makna ayat quran tu..

apa kata tuan Mahaguru58 yang sentiasa 'berangin ni'( gurau je hehe..)?

Acilut60 said...

Pelik bin hairan.

Anjing salak sana sini. menyusahkan jiran tidak pula di keluarkan arahan tutup mulut anjing.

Kalau arahan dikeluarkan bagi memperlahankan bacaan Al-Quran di Masjid, maka arahan yang serupa juga hendaklah di keluarkan bagi menutup mulut 'anjing' peliharaan supaya tidak mengganggu orang awam.

Jangan 'double standard'

Lim Guan Eng perlu adil. Jangan hanya menyalak pada baccan alQuran. Salak jugalah pada tuan punya anjing yang mengganggu jiran-jiran...

Anak Perelih said...

perlis pun tak pasang kesen mengaji ni (kecuali IKBN Kola perelih) masa nak masuk waktu subuh dan maghrib... Perlis ni DAP perintah jugak ke???/ Cuba tanya Dr Asri dan Mufti perlis ??? depa tu tak berparti dan ulama yang bukan politik... takut benda ni jadi Bidaah...

Bila pasang keset masa nak masuk subuh dan maghrib dalam bulan posa ni.. org yang rumah jauh sikit dari masjid akan keliru.. adakah itu azan subuh atau maghrib utk stop sahur atau mula bukak posa... sebab tu isu ni timbul masa bulan posa sahaja... walaupun bulan lain ramai org berpuasa... pernah terjadi pada salah seorang keluarga saya... dok tunggu nak buka posa.. tau tau mahgrib dah masuk 5 minit dah.. kerana dia ingat azan yang sayup sayup kedengaran tu bacaan dari keset... abis tak dak pun berenti lah pasang keset tu 15 minit sebelum masuk waktu maghrib.. ni tak, sampai dah nak azan pun masih dok pasang lagi...