Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, September 27, 2011

Hudud Allah ~ Sistem Kehakiman Syariah Malaysia - amat jauh berbeza!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Saudara seIslam sekelian.


Hari ini soal Pelaksanaan Undang2 Syariah Hudud Allahu Ta'ala kembali menjadi tajuk perbincangan dan juga diperlekehkan oleh satu satunya akhbar milik mutlak orang orang yang mengaku berbangsa Melayu dan turut beragama Islam tetapi cara mereka mengendalikan soal ini bagaikan serupa dengan cara orang orang kaffir harbi mempersendakan kesyumulan Ad Deenul Islam!




Ramai yang salah tafsir bila membaca reaksi saya terhadap keceluparan mesej kartun yang dilukis oleh 'miki' dan diterbitkan oleh Utusan Malaysia semalam Isnin 26hb September 2011 bersamaan 28hb Syawal 1432 Hijrah. Bilangan 229 Tahun ke 46 PP362/12/2011 (026930). Satu satunya akhbar yang dimiliki kononnya oleh orang orang Melayu yang mengaku beragama Islam!


Islam aliran mana saya belum pasti lagi tetapi sudah tentu bukannya Islam menurut kefahaman dan amalan ahlul Sunnah Wal Jamaah kerana perbuatan mempersendakan Hukum Hudud Allah walaupun secara sindir pesan terhadap musuh mereka paling utama yakni Nik Aziz, Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim menunjukkan bahawa mereka ini masih belum faham akan hukum hakam Islam sebenar berdasarkan Al Quranul Karim dan Hadith2 sahih Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.


Saya sendiri pun bukanlah penyokong tegar Nik Aziz sekian lama ini dan pernah menulis bahawa perpaduan ummah dalam negara ini mungkin berlaku hanya bila Nik Aziz sudah tiada didalam dunia ini? Wallahu'alam.


Tetapi didalam soal kartun kurang ajar di atas, saya tidak boleh menerima penghinaan yang dilakukan oleh kartunis terbabit dan ketua pengarang Utusan Malaysia yang membenarkan dan meluluskan penerbitan sedemikian!


Tidak sama sekali.


Jika seluruh dunia umat Islam boleh berasa tersinggung dan amarah terhadap penerbitan kartun2 pelukis2 Denmark yang menghina Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam, saya ingin bertanya apakah penghinaan secara terbuka oleh kartunis Utusan Malaysia terhadap Perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala ini tidak membangkitkan amarah anda selaku seorang Muslim???


Apa dah jadi dengan akidah umat Islam Malaysia ini?


Sudah tidak peka lagi dengan penghinaan demi penghinaan yang dilakukan baik oleh orang orang kaffir harbi mahupun oleh mereka yang berlabel Islam tetapi amal perbuatan mereka serupa sahaja didalam memperlekehkan Islam?


Jangan lah lupa bahawa Hukum Hudud Allah ini bukannya dari ciptaan mana mana manusia!


Ianya adalah Perintah2 Allahu Ta'ala, Tuhan Semesta Alam, Tuhan yang Maha Pencipta, Maha Agong dan Maha Bijaksana lagi Maha Adil serta Maha Saksama!


Janganlah kerana perbezaan kefahaman politik duniawi, ada dikalangan Muslim Malaysia semberono sahaja memperlecehkan Hukum Hudud Allahu Ta'ala dengan mengaitkan Nik Aziz semata mata?


Nik Aziz tu cuma seorang manusia biasa, sama seperti kita semua. Bila sampai waktunya akan ia mati, meninggalkan kehidupan dunia yang fana ini sama seperti kita juga.


Hudud adalah Sistem Kehakiman dari Allah yang Maha Sempurna.


Bila manusia biasa cuba memandai mandai meminda dan mentafsir sistem perundangan seperti dibawah ini maka syariah itu menjadi pincang dan tidak dapat menyelesaikan masaalah jenayah dikalangan masyarakat kita.


Cuba tengok perbezaan ketara di antara apa yang di perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan apa pula yang diilhamkan manusia mengikut akal singkat mereka?


Sumberhttp://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/Federal_Updated.nsf/b3ac9c218c8efdc4482568310022d8b3/c118838525602ecc482572dd0018d8b7?OpenDocument



AKTA 355
AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 (DISEMAK - 1988)


Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis: 
Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.
--------------------------------------------------------------------------------------------


Manakala Hukum Hudud Allah menetapkan bahawa beberapa jenayah tertentu seperti:

  1. Berzina
  2. Menuduh orang berzina
  3. Meminum arak
  4. Mencuri
  5. Merompak / Menyamun
  6. Bughah (Tidak Taat terhadap Khalifah Muslimin)
  7. Riddah (Murtad)
  8. Meninggalkan Sembahyang
ada hukuman2 yang wajib dijalankan oleh pemerintah yang Muslim tertakluk kepada bukti bukti dan keadaan keadaan tertentu yang mensabitkan sipelaku dengan jenayah itu. 

Hukuman Hudud hanya boleh dijalankan keatas pesalah yang terbukti benar benar bersalah dan jenayah itu dilakukan diatas kehendak sendiri tanpa sebarang paksaan atau keadaan yang memaksa ia atau sekumpulan terbabit.

Insya Allah, akan saya siarkan tentang Kitab Hudud Allah selepas ini dengan lengkap didalam Bahasa Melayu dan Inggeris untuk kajian setiap pembaca yang mahu mengetahuinya.

Sistem Kehakiman 'Syariah' didalam Malaysia ini tidak mengikut apa yang diperintah Allah didalam ertikata sebenar benarnya.

Itulah sebabnya kenapa ada dikalangan kita yang buat kerja kerja 'ba alif ngang' seperti di atas ini dengan ikut sesuka hati bingai masing masing!

Mudah2an dengan penerbitan tentang apa kah dia yang terkandung didalam Kitab Hudud Allah itu nanti dapat membantu semua yang mahu mengetahui akan perbezaan diantara hukum yang diturunkan Allahu Ta'ala itu sendiri dengan apa yang dirumuskan mengikut kepala otak manusia biasa yang berkepentingan?

Tak sama brader! Hukum Tuhan dengan Hukum manusia Cap Ayam memang jauh berbeza!

Nantikan penerbitannya selepas ini. Insya Allah.

8 comments:

Pakcoh said...

AsSalam Sheikh..

Hal-hal ISLAM mmg saya sokong 1000% sehingga saya terpanggil utk memberi komen diblog tuan..

Kalau setakat bangsa Melayu sibuk sana sini dengan bangsanya MEMANG saya sendiri akan maki hamun "Melayu" itu sendiri kalau duk asik dengan bangsanya sahaja sehingga lupa HUKUM HAKAM ISLAM..

Kesimpulannya, APA TINDAKAN tuan terhadap akhbar harian MELAYU paling "laku" dengan fitnah seranah tu?
Setakat beri "komen" ala kadar di dalam blog tuan rasa boleh sampai ke telinga orang-orang "melayu" tu ker?

Bukan sahaja akhbar, malah blog-blog "melayu" semuanya duk maki kutuk serta MEMPERSENDAKAN hukum ALLAH tersebut..

HUKUM ALLAH bro..

Harap jangan hangat-hangat taik ayam jer..

Lakukan tanggungjawap ISLAM tuan..

Wak Long Man said...

Salam Tusn Guru, memang benar artikel tuan guru.. Tidak kira apa pun perbezaan dlm politik tapi bab kesucian Islam jgnlah diperlekehkan.Semestinya setiap artikel/bahan berita@karikatur mesti berlandasan akhlak yg mulia. Bagaimana pendapat tuan dalam sebuah negara yg majoritinya Islam Tapi mengamalkan Hudud utk umat Islam sahaja.Bagi bukan Islam tak perlu hudud. Adakah ada keadilan yg sahih jika sesuah negara mempunyai 2 hukuman/undang2 yg berbeza. Sedangkan, dlm Islam , jika hudud dilaksanakan di sebuah negara Islam .. Tidak secara langsung bukan Islam juga terikat dgn Hudud.

hamsor said...

BRO..

THERE IS IDIOT THAT SAYS THAT THIS IS ALL HUDUD PAS...ELECTION...BLA..BLA..BLA..

LET ME ASK THIS IDIOT, THEN WHERE IS THE HUDUD BN OR HUDUD UMNO? AND WHEN IS THE ELECTION DATE??

AND IS HUDUD UMNO IS BASED ON SEX/PORN TAPES?????

Emzette Kay said...

Ameen Bro. I will stand by you, side by side,if ever you have to defend yourself physically or otherwise, as a result of your stance regarding the topic.

Cricket said...

Kalau nak jadi 'kafir' tu bukan hanya kononnya 'menolak hudud'.. malah sepatah ayat dari al-quran pun, kalau kita nafikan.. boleh terpesong akidah kita..

Bagaimana pula persoalan mengenai pluralisma agama yang sedang giat diperjuangkan oleh pemimpin2 tertentu ??

Persoalan mengenai kerelaan kita umat islam terhadap penggunaan nama 'ALLAH' oleh orang bukan islam yang secara jelas2 telah mensyirikan keesaan Allah s.w.t..

Islam bukan diutuskan oleh Allah ke atas makhluk dimuka bumi ini untuk disyirikan.. tetapi sebaliknya peranan kita sebagai khalifah dimuka bumi ini adalah untuk menyeru mereka agar kembali menyembah Allah yang satu, bukannya bersekongkol dengan mereka untuk menyekutukannya..

Berbalik kepada persoalan hudud, sila rujuk kembali ucapan oleh MB2 yang menguasai negeri dibawah pentadbiran pembangkang (peringkat persekutuan)..

Realitinya, mereka sendiri tidak sependapat dan saling bercanggah pendapat dalam isu sebegini.. alasannya ?? rujuk kembali ucapan2 mereka.... apa bezanya ucapan2 mereka dengan apa yang keluar dari mulut pemimpin negara ??

Tetapi jika diteliti dari segi track recordnya.. jika perkataan tersebut diucapkan oleh pemimpin2 yang memerintah..

Kita sendiri akan sedia maklum akan hukuman dan tuduhan yang akan dilemparkan.. tetapi jika keluar dari mulut mereka sendiri pula bagaimana ??

Mengapa harus ada sikap double standard dalam menangani isu sebegini ??

Mengapa ??

Jika tiada agenda politik yang tersembunyi.. isu 'klasik' ini tidak akan dimainkan atau 'dikumandangkan' oleh mereka ketika mereka mula menyedari bahawa sokongan orang2 melayu terhadap mereka semakin pudar..

Sebab itu ada sesetengah pihak yang berandaian bahawa isu ini sengaja ditimbulkan kembali hanya kerana soal hudud ini sedang dipolitikan bertujuan untuk menarik kembali sokongan orang2 melayu..

Walhahl sepertimana yang diwar2kan sebelum ini.. dalam BUKU JINGAY itu sendiri, mereka tidak pernah menyebut mengenai persoalan ini..

Takkan Nik Aziz tak faham kontrak kot ??

Hudud - Kebajikan - dan kononnya kembali kepada matlamat perjuangan asal..

Huh ! sungguh memeningkan..

farul_izraf said...

Sambungan pada komen Cricket-

YAB Datuk Seri Azizan yang menyatakan bahawa Kerajaan PAS Kedah tidak akan melaksanakan hudud kerana PAS berkongsi kuasa dengan parti cauvinis dan rasis biaDAP & PKR. Kerajaan PKR Selangor tolak terus, mereka tegas tidak akan laksanakan hudud. Khalid Samad, Dzulkifly Ahmad dan lain-lain kepimpinan PAS jelas menyatakan bahawa PAS tidak akan laksanakan hudud tanpa persetujuan biaDAP & PKR.

farul_izraf said...

Tuan,

PM&TPM mengakui hudud itu hukum Allah tapi realitinya UMNO berkongsi kuasa dengan parti MCA, MIC di negeri2 yang diperingah UMNO. Itu yang dimaksudnya tidak realistik untuk dilaksanakan sebab para kafirun itu tidak bersetuju.

Tidak ada bezanya dengan pemimpin PR yang juga berkongsi kuasa dengan parti DAP. MB Selangor menolak terus pelaksanaan hudud, takde pulak terdengar pihak sebelah sana mengkafirkan MB 'bertuah' ni...

Suasana tidak kondusif untuk pelaksanaan hudud, meminjam kata mantan Mufti Perlis..

Anonymous said...

As salam tok sheikh,
The burden is on the ruler or leader among the best, i agree, with you that the Scholars and ulamak and the pious have responsibilities to dakwah and research the essence and the System that Allah Almighty have created, And implement it.

Saya juga bersetuju yang ade manusia yg meminta-minta kenafsuan dalam urusan Hukum Tuhan, inilah yg terjadi, ditambah dengan kedengkelan dan kekurang ajaran, maka cakap main sedap mulut, buat main sedap hati.

Apabila ketua dipilih dari yang terbaik dikalangan terjahat, apibila keputusan harian di tentukan oleh wanita dan apabila yang kaya menjadi bakhil dan pelik...maka adalah lebih baik berada di perut bumi, mati.

Ini adalah tanda kehancuran sebelum kehancuran yg mutlak.

Many Muslims are bunch of confuse lot, and the muslims are the one who is confusing themselves. It is the Agenda...and it is the cancer that afeecting the Muslims.

Thanks for the concern and fight for HAQ.